Wednesday, July 20, 2011

Gua Manyaaaakkkkk Takut Sama.............

salam my beloved friends :)

Time sekolah rendah jenama or favorite cartoons yang aku suka ialah Hello Kitty. OMG, kalau boleh everythings nak Hello Kitty. From up to toe la kalau dpt. Sampaikan masa belajar Math ktorg wajib ada whiteboard kecik sendiri untuk tunjuk calculation,whiteboard pon Hello Kitty jugak. Pastu mula la classmate-classmate sume nak tahu kat mana beli whiteboard Hello Kitty. Wah, berlagak jap mase tu!

Tapi in reality aku memang manusia yang paling paling paling takut dekat kucing.Aku sedar yang kita sebagai manusia kita hanya perlu takut kpd Allah S.W.T tapi tak tau la pasai pa aku memang takut gila dengan kucing.

Mungkin one factor kenapa aku tak berkenan dengan makhluk comel ni ialah masa kecik-kecik aku memang ada asma so memang tak tahan dgn habuk & bulu-bulu kucing tu sume. Therefore memang aku akan pergi sejauh mungkin drpd kucing. So terbawak-bawaklah sampai sekarang. Walaupon coming soon aku bakal mencecah 21 years old, kalau aku pergi makan dekat luar and suddenly ada kucing kat bawah meja aku angkat kaki kot. Tiba-tiba die dok meow-meow kat tepi aku memang aku suruh Abah aku halau kucing tu main jauh-jauh. Tapi kalau kucing tu pregant pastu tak larat then die mai dudak dekat bawah kerusi aku time tu aku macam berani-berani sikit la sebab aku bajet perut die memboyot so tak larat nak suddenly lompat atas meja makan ktorg. 

Arwah Atuk aku dulu pon ada bela seekor kucing. MasyaAllah every week dtg umah atuk aku memang aku akan jd cucu paling sopan sekali sebab aku memang hanya akan ddk atas sofa diam-diam sambil terjengok-jengok kat mana kucing atuk aku ada. Sehabis daya aku akan mengelak pakai skirt yang ikat reben kat belakang tu sebab kucing atuk aku tu pantang nampak tali bergerak-gerak mula la dia nak main. Perasaan punya kucing!
Last-last kucing tu mati. Sebab apa aku tak ingat lah . Sesungguhnya ketika detik & saat itu akulah manusia yg paling suka sekali :) :) :)

Mase time Pre Law kat Kedah pon ada kisah kucing & aku jugak. Kat Kolej Masria aku duduk tu punyalah berlambak species kucing weyh. Terseksa jiwa raga tau tak! Keje meow-meow ja takde bende lain. Pulak tu suka nak bertenggek depan bilik aku. Sekali pun perut aku macam OMG,OMG perlu segera ke toilet aku sanggup tahan selagi ada kucing kat depan pintu bilik aku tu. Kalau nak turun bawah g mesin basuh nak cuci baju suddenly ada kucing tgh syok lena kat tangga aku sanggup pusing ikut jalan jauh. Tapi, kalau suddenly memang hal emergency terpaksa lah aku jerit "Dafiiiiiiiii......." and Dafi classmate merangkap jiran aku akan datang bak pasukan bomba penyelamat untuk menghalau kucing-kucing tu sume. Nak harapkan geng-geng aku tolong sume penakut kucing jugak. Si Dayah badan abang ketak-ketak pon xleh harap sama jer macam aku jugak.

Gamaknya Dafi nak mengembalikan nostalgia masa zaman PreLaw dulu itu yang die post link ni kat aku!


Gila scary aku dengan kucing dalam video ni. Dah serupa pembunuh upahan. Gitu! Imaginasi terlebih.
Anyway a bunch of thanks to Dafikah Harun sebab selalu jadi pasukan bomba penyelamat tiap kali ada kucing yang nak menganggu gugat aku.hahaha ;)

Kalau-lah kucing tiba-tiba datang attack seperti perompak datang nak meragut memang aku bagi sume duit-duit yang ada termasuk syiling-syiling hatta 1sen sekali pun. Ambiklah ATM card aku sume janji kucing tu main jauh-jauh. Tapi, kucing mana mau duit! Kalau bagi makanan esok lusa dia mai lagi. Ntah r weyh aku pon xtau mcm mana xmau bagi kucing mai dekat-dekat dgn aku. Ada tips? Kalau ada jual perfume elak kucing datang dekat aku sanggup beli kot.

Walaupon aku penakut tegar kucing tapi kat umah aku ada kucing.Gheeeeeeeeeee ;)
Kucing patung!


Tapi kucing ni aku dah wakafkan dekat adik sedara aku sebab dia nak sangat bela kucing tapi die pon sama jugak ada asma macam aku so memang Mak Su aku x allowed la untuk bela. Therefore aku pon kasi la kucing ni kat die. Tahu tak die letak nama ape dekat kucing ni? NUR ONI. Memang sangat lawak. Mana mai nama tu pon aku xtau. Siap ada Nur tu. Tak boleh blah!

Dengan terbitnya entry ni janganlah ada orang nak mengacah-acah aku or nak wat wakenabeb bawak kucing baling dekat aku. Memang akan bergemalah suara veto mengenggarkan dunia ketika tu. Tak mustahil aku yang lembik & tak berstamina ni boleh lari bak pelari pecut dunia ketika itu. Toksah lah bersusah payah nak offer RM sejuta dekat aku nak suruh aku main-main and belai-belai kucing. Memang takkan! Aku sanggup reject weyh sejuta tu!

love & hugs,vna erman :)


2 comments :

~aniz~ said...

aku rse mgkn aku cm lbh scare kt kucing kot,tp vna,lau 1juta,aku sanggup wei men3..lps tu pngsan pn xpe...hahahaha

.vna erman. said...

hahahaha....mata duitan...