Tuesday, January 20, 2015

UiTM Dihatiku.

Assalammualaikum,

Hai, semalam adik kami dah balik mai umah. Dia dah habis final exam semalam untuk part 1. Alhamdulillah. Kami suka haiihh kalau adik kami balik, pasai pa tau? Sebab ada mangsa untuk dipaksa jadi ootd photographer! Haha. 

Tiap-tiap kali jengah masuk pagar UiTM, mesti superb excited even bukan bekas alumni UiTM Arau, tapi mana-mana UiTM pun feeling dia sama. UiTM Sg.Petani, Shah Alam dengan Puncak Alam semua aura sama. Bila datang nak pick up adik Vna, nampak students pakai baju kurung, bawak makanan baru balik dari kelas, kadang kalau datang petang-petang nampak budak -budak tengah berkawad kesatria. Semua tuh dah pernah rasa kot. Dah lalui, dan sekarang merindui :(

Bestnya jadi students haih. Walaupun sekarang dah hampir setahun lebih tinggalkan UiTM, tapi hakikatnya tak berpisah pun dengan UiTM. Forever sentiasa di hati. Still datang UiTM walau bukan students lagi, tapi datang as alumni, datang as kakak yang proud share the same experience with her sister. Memang betul lah UiTM Dihatiku. 

So semalam masa datang untuk pick up adik dengan barang-barangnya, sempat fefeling jadi student balik. Jadilah aihh lepas rindu. 







Muka happy habis exam nak tergolek melangut cerita Korea. Juga muka suka sebab ada part time job as ootd photographer. Ahahahahahahaha! *gelak jahat*

Much Love, Vna Erman

Sunday, January 04, 2015

1600 Pandas World Tour Malaysia

Assalammualaikum,

Hai, terima kasih technology sebab awak tiba-tiba kami dapat tau yang ada "1600 Panda Berkelah di Taman Tasik Taiping" hari Ahad, 4.Januari. 2015. Eh, 2015 sudah. Ok lahhh entry pertama tahun baru cerita pasal panda. Dapat tau pun melalui whatsapp. Segalanya di hujung jari. 

Kebiasaan hari Ahad pergi pasar tani dekat area Kamunting tu haaa beli lah stok barang dapur untuk seminggu. Lepas tu, kena mendayu sikit lontarkan pujukan suruh Abah singgah sat Lake Garden Taiping sebab nak tengok jugak. Seperti ku jangka, memang jammed nak mampuih lake tu haa. Tapi nasib baik dapat parking betul-betul depan area panda-panda tu "berkelah". 


Memang lah panda-panda ni semua hanyalah pelesu, bukan panda sebenar tapi jangan tak tahu semua panda-panda ni unik. Semua panda-panda ni di perbuat daripada kertas (papier-machie pandas). Di hasilkan oleh Paulo Grangeon dari Perancis dengan kerjasama World Wildlife Fund (WWF). 1600 monumen panda ni mewakili jumlah panda yang masil hidup sehingga ke hari ini. 

Bertemakan "Iniatiating The Culture of Creative Conservation", Malaysia dipilih sebagai negara ketiga di Asia bagi siri jelajah kempen ini selepas Hong Kong dan Taiwan, manakala Taman Tasik Taiping merupakan lokasi ke 6 di Malaysia. Uniknya lagi tentang panda-panda ni, selain hand-made panda-panda ni jugak dilukis dengan pelbagai reaksi wajah, ada yang gembira dan ada juga yang tengah sedih. 
Comel gilos! 

Di sebabkan manusia terlalu lah ramai, hanya selfie mengunakan monopod yang mampu ku beri sebagai bukti menyokong kempen ni. Seriously, kalau takdak monopod memang tak dapat bergambar kot. 




Kepada yang berminat nak pergi tengok panda-panda ni/terlepas tour sebelum ni dekat destinasi sebelumnya, jangan sedih masih sempat, boleh join tour kempen ni di lokasi-lokasi di bawah :

1. Menara Jam Condong, Teluk Intan
5. January.2015, 10.00-12.00

2. Red Square, Malacca
6.January.2015, 10.00-12.00

3. National Monument, KL
9.January.2015, 10.00-12.00

4. Publika Solaris Dutamas, KL
13-25 January 2015, 10.00-22.00

Masa dekat Publika tu nanti rakyat Malaysia jugak berpeluang untuk adopt pandas at RM150 seunit bermula 12 January 2015 bagi mengumpul dana untuk wildlife conservation. Jangan lupa bawak monopod okey! Sebab panda ni bersaiz kecik, guarantee ramai manusia berpusu-pusu sebab limited time (except masa dekat Publika), so monopod really membantu. Haihh, teruihhh rasa nak pi Zoo Negara tengok panda sebenar sekarang!  

Much Love, Vna Erman