Monday, August 29, 2011

Biscuit Raya by Vna Erman & Mom ;)

Assalamualaikum,

Most probably besok raya. Yeaaaayyyyyyy! Tapi kalau tiba-tiba mohor besar raja-raja ckp tak raya tak boleh nak buat apa lah kan jwbnya esok bgn bersahur & berpuasa lagi lah. Ala sehari jer derrrr!

So far mcm mane persiapan raya korg? Mesti ada yg tgh kacau dodol skrg, ada tgh mengetel-getel kuih utk tetamu akan dtg, ada tgh sibuk mix & match baju & shawls kan kan kan kan kan kan ;)

Cer korg teka ape vna tgh buat?
Sapa dpt jwb dgn bijak korrrrgggg mmg currrrrrrrrlassssssss mcm Mak Cik Jah iklan ribena ;)

Jawapannnyaaaaaaa ialah busy bergelumang dengan tepung, telur, butter, oven yg panas ouhhhh ouchhhhhh buat kuih raya lah. Everytime Dayah call/msg mesti gua tgh busy berdating dgn kuih-kuih ku. Yeahhhh 4bulan semester break punya pasal lah gua merajin-rajinkan diri  buat kuih raya. Ok la tastenya. Nak rase jemput mai umah naaaaa.....

Biskut Raya Pertama Yg Siap: Biskut Nescafe.


Biskut paling senang dalam dunia. Budak kecik 7 tahun pon rasenya mampu buat. Erleen cakap sedap! Haaaa baru kau tahu akak kau punya tangan ni ada miracle?

Biskut Kedua: Mazola

Masa tengah gentel-gentel kuih ni teringat dkt arwah Atuk. Ni favorite die ni walaupun lepas makan die akan batuk-batuk & semput. Kalau atuk still ada skrg boleh die merasa mazola cucu die wat. Before this tak pernah buat. Tahun ni 1st time buat.Perbezaan mazola Mak dgn Vna ialah saiznya. Vna suka nak wat kecik-kecik-kecik. Bukan kedekut tapi nak kelihatan cute :) 

Biskut Ke-3: Semperit

Yang ni memang 100% Mak yg buat. Kalau vna yg buat mahu tak jadi bentuk bunga. Eeeeeh tak pandai la seriously. Tugas hari tu hanya letak ceri, bakarkan dlm oven & susun comel-comel dlm balang. Done, ;)

Biskut Ke-4: Biskut Gajus.

Mak yang bancuhkan adunan & vna yg proceed the next next next step nya. Tgh2 buat kuih ni tiba-tiba rasa sakit pala. Nak telan panadol puasa lah pulak. Akibatnya rupa biskut ni ada yg jadi mcm gaya ala org lompat bintang. Bila dah rest jap sapu-sapu minyak cap kapak bagi kuar sume angin dlm badan baru dpt wat kuih dgn tenang semula and hasilnya seperti dlm gmbr rajah. Eh, sound like soalan Geo time sekolah.

and the last one: Biskut Cornflakes.

Ni masih fresh dari oven. Pagi tadi baru buat. Ini pon biscuit paling senang dalam dunia vna rase. 

So inilah hasilnya kerjasama emak dan anak. Boleh la kalau org datang nak jamu-jamu kan. Besides 5 jenis ni adelah lagi kerepek-kerepek, tempeyek-tempeyek, kacang segala. Tu sume tempah lah. Nak buat sendiri mcm gigih la pulak kan.

Di kesempatan ni jugak vna nak mintak maaf dekat semua my dear readers & followers atas salah silap & kekhilafan vna dekat korg sume. Mintak maaf kalau-kalau ada tersinggung dgn vna bila korg ada baca mana-mana entry dalam blog vna ni kan. TQVM sebab sudi jenguk-jenguk & baca blog vna yg tak seberapa ni kan. Tadi baru terjumpa ada blogger tulis pasal vna dkt blog die. So sweet la u dear. Siapa? Nnt ada waktu vna reviewkan ok!

Kepada korg-korg yg nak balik kpg tuh drive carefully. Bawak bersabar kat highway tuh. Jgn gopoh-gopoh. Stay by byk-byk jajan (kalau gerak time mlm la) & tune on lagu raya kalau stuck lama sgt kat jam. Baru feel nak rayaaaaaaaa........ 

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin.
much love korg!

love & hugs, vna erman :)

Friday, August 19, 2011

Kenny Rogers,with love :)

Assalamualaikum,

Pastikan anda mempunyai keimanan yg kuat sebelum meneruskan membaca entry kali ni. Kalau rasa2 goyah baca lepas bukak pose ok!

Semlm vna sempat spend time ngan my schoolmate a.k.a kawan seuniversiti jugak. 4 of us sume dkt UiTM Shah Alam gak. Jodoh pnjg ;)
Yesterday activities was berbuka puasa dkt Kenny Rogers plus round-round window shopping. Oh, window shopping sgt! Pu & Chap sempat sabar-menyabar baju. Jaliq dgn misi mencari bahan pemutih & Vna asalnya memburu kebaya putih suddenly switch to sehelai t-shirt. Sehelai jer ok!

So, inilah menu ktorg: Why ada 2 dishes jer? Lagi dua same jugak dgn makan Jaliq tuh hah cume yg membezakan hanya side dishes. Mine was Taggy Chicken Sphageti. Oh, betul kot nama menu tuh. Not really sure.wink wink.


Kenny Rogers, yeah tak perlu nak sangsi-sangsi kelazatan, kesedapan & keenakkannya. 
Sila telan airliur berdeguk-deguk lpas tgk gmbr di atas. ;)


Tuh dia vna bergmbrdgn retiiisss hebat yg bakal menganggu gugat kedudukan Fasha Sadha sbg Pelakon TV Wanita Popular ABPBH. Tak mustahil akan menjadi pesaing sengit Lisa Surihani jugak. OMG, kalau betul Jaliq & Lisa Surihani bertndg dlm category yg sama mane satu vna nak support? Dua-dua suka.Dua-dua sama hebat. Well, kte support BFF sendiri la kan. Untung-untung famous sekaki :)

Seterusnya,


Pu & Chap ;)
sorg future businesswoman & sorg lg future fashion designers Malaysia ;)

Sangat kelakar sangat lawak bila bukak cerita zaman sekolah dulu. Pu boleh tak hengat time sekolah dlu die selalu gantung beg Jaliq kat tingkap blkg class dgn Mas & Cyn. Chap pulak bukak cerita time waktu rehat. Sumpah Kenny restaurant tuh dah mcm ktorg jer control. Buat mcm restaurant sendiri padahal 1% syer pon tarak. Dah nak gelak takkan nak tahan-tahan plak kan?

Sgt happening smlm. Mcm nak terkoyak mulut gelak. See, Jaliq tak boleh henti gelak!


So, that's all for today. TQ for reading this entry :)

love & hugs, vna erman :)


Tuesday, August 16, 2011

Called me: Hye Athlete!

Assalamualaikum,

4months semester breaks dah nak dkt habis dah. Tu diaaaaa bila course registration bukak terus sume pantas bak kilat nak register kokurikulum dulu. Seriously nyampah betoiii la dgn koku segala mcm ni. Tapi nak grad punya pasal terpaksa lah kan.

So this coming sem vna decided nak main bowling. Yes, bowling yg I tak pernah lgsg main tuh. Yg slalu I g tgk org main jer and bila ada org main masuk longkang terus mcm nak gelak kan org tuh. Sebab tulah diri sendiri tak pernah main dlm seumur hidup ku sebab malu takut org gelakkan kte. Plus, suka sgt nak gelak kat org lain kan mesti dpt balasan balik kan?

So, skrg kene siap sedia build up muscle nak angkat bola bowling 
*tgn di dada mata ke atas*

Ni response or anjingan?



Nah ambik kau serangan balas!

Tak ketinggalan, kalau ada kawan kte nak-nak BFF sendiri plak tuh bakal menjdi seorg pelakon haruslah kte puji2 kan ;)

And dulang hantaran berbalas di wall ku semula.


Sangat penat gelak, sangat tak larat berbalas-balas anjingan. Hopefully takde clash ngan mane-mane class yg lain sbb nnt nk kene pk nk tukar koku ape plak. Seriously tak dpt bayangan diri sendiri main suka yeah walaupon bowling jer kan. Haha, sila gelak Vna Erman bersukan!

One more things, MINOR SUBJECT!MINOR SUBJECT!MINOR SUBJECT!
Yeah, pengsan kalau betul kene ambk minor tuh!

love & hugs, vna erman ;)


Monday, August 15, 2011

Cuci Mata bersama Heliza Helmi.

Assalamualaikum.


Entry ni and link about this entry kat FB pasti akan di komen and di like oleh peminat tegar Heliza iaitu Nazrul. Nazrul, betul tak?

Back to reality, dah 15Ramadhan dah kan? Mcm kejap jer weyh kte pose and da lg separuh perjlanan yg harus ditempuhi sebelum tibanya Syawal. Bila dah separuh Ramdhan ni sume org pakat-pakat dah start kalot la Hello,hello baju raya ciap belom? Kasut raya dah jumpa belum? Oh sebut pasal kasut raya my own kasut raya tak jumpa-jumpa lagi yg berkenan di hati. Dah la kaki kecik molek hopefully still ada heels or wedges yg cantik-cantik saiz 4 menanti. *Sila angkat tgn & berdoa sekali*

People start searching especially girls/women tudung-tudung kat Ariani yg skrg mak aihhh sesak napassss den temankan Mak cari tudung. Shawls & pashmina semakin banyak di request. Sebut pasal pashmina ada kisah or cte yg vna nk story. Tiap-tiap weekend vna akan follow abah & mak pergi Psr Tani kat Kamunting nun hah. Mak & Abah pergi market cari ikan & sayur vna akan melencong ke tempat-tempat jual-jual pakaian, shawls and etc. Nak-nak nak dkt raye ni mak aihhhh byk sgh collections depa bawak kuar. Sungguh walaupun skrg ni bulan pose, Yes, I know kita tak boleh dgr sangat kata hati & follow nafsu haloba gila shopping tapi,tapi, tapi,tapiiiiii weyh dlm2 kawal nafsu tak mau,tak mau tak mauuuuuuuu I already bought 6 helai pashmina untuk raya. Yes, itu pashmina. Shawls ada jugak. Lagi dahsyat itu beli before raya. Berapa helai? Tak mau cerita. Bila dah sakan beli pashmina shawls segala bagai for sure lah nak cari style yg nak follow. Untuk itu, idola pilihan utk raya kali ni ialah cik gorgeous mata bulat kita Heliza Helmi :)


Kenapa pilih Heliza wahai cik Vna? Dah name pon raya kan dlm bulan baik plak tu so kite kene la follow somebody yg penampilannya sopan & menutup aurat. So, I think Heliza lah contoh terbaik. I love the way die  style up hijab die. Seriously cantik, sopan & menutup aurat. Mak sangat-sangat tak suka bila vna pakai messy style tapi die tak la menghalang, as long as tak nmpk leher sume tuh. So, untuk mengembirakan hati mak mase raya ni nak try pakai hijab mcm Heliza sebab nmpk kemas.

Pictures credit to FB Heliza Helmi

Tapi,tapi,tapi awak-awak sekalian, kte suka style tudung hijau ni tapi tak tahu caranya nak pakai
:(


Memang target terus nak pakai mcm Heliza ni. Once bukak FB Heliza terpandang jer gmbr die yg tudung purple ni memang nekad dah nak pakai cara ni. And again tak tahu caranya!

Sangat, teramat sangat suka gmbr yg niyh:

Anyone here boleh share kat mane nak tahu cara nk style up hijab just like Heliza ni? BTW, Sume tudung2 Heliza pakai ni comes from jenama die sendiri. Awesome!

Dear Heliza boleh tak nak request tutorial how to style up hijab just like you?

Untuk raya tahun ni jugak, memandangkan umur soon akan mencecah 21years old so nak-nak bersopan but still follow trend therefore I decided to wear long skirt. Yup, I already bought 1 long maxi skirt dkt on9 tapi still belum sampai-sampai lagi hopefully boleh dpt b4 raya ni and also tempah 1 maxi skirt yg harap-harap jadilah seperti yg dikehendaki. Oh my tailor please jgn hampakan hasrat hatiku ni. And again tgh cari idea nak pakai that 2 maxi skirt ngan baju pe. Thanks again to Heliza sebab upload gambar2 style santai die yg vna rse boleh follow.

1st picture: Sgt simple tapi lawa. Ok, Heliza lawa pakai apa pon lawa.

Sangat mengharap dapat pakai mcm ni time raya nanti. Sumpah suka gila style Heliza yg niyh!
Pashmina,done dah ada. Long maxi skirt dah ada.Beg pon dah ada tapi tak sama la mcm Heliza tuh. Tinggal nak cari baju. Yes, thanks Heliza sebab bagi idea how to style up with maxi skirt!

Next, baju kurung. Bab baju kurung memang tak boleh follow Heliza la sebab dah tempah awal-awal kan. But just nak share ngan korg dress/jubah yg Heliza pakai yg vna suka!

Regarding this blue dress. Vna agak dress la. Tapi ada gak ala-ala jubah moden. So terserah hampalah nak panggil die ape kan.
Die sebabkan tengok Heliza pakai corak strip-strip ni oh menawannya. (Again Heliza dah sedia kala cantik) Vna pon terpk nak cari kain corak strips2 jugak. Yes, dapat tapi sangat tak samalah dgn Heliza. Plan nak wat baju design mcm nilah tapi last-last wat baju kurung moden+hud di sebabkan tak tau nak explain mcm mane rupa baju nak wat dkt tailor. Nak lukis wah-wah pandai sangat lah kan. Nak suruh ckp kat tailor tu "Ala I nak baju mcm Heliza tuh" sgt tak boleh sebab tailor tuh cina mmg harapanlah die tau.

Next, vna suka jugak dgn baju Heliza yg ni. Nak pakai raya cantik, nak g dinner pon sesuai.

Gambar-gambar yg Heliza upload dkt FB seriously walaupon hanya gmbr tp sgt2 membantu gegurl kat luar tu nak style up cara Muslimah especially nak-nak raya ni kan. Nak melaram ala Hana Tajima rsenya tak sesuai kot utk raya sebab gaya Hana lebih kpd mcm nk g class ke, keluar jln2 mcm tuh. Nak pakai turban style ala Yuna weyh takut ah sat g p smbhyg raya kat masjid pakat-pakat confuse mana satu pak imam mane satu makmum. So the best example ialah Heliza I think. Sape setuju?

love & hugs, vna erman ;)


Thursday, August 11, 2011

Teaser Cinta Kura-Kura by KRU Studios.

Assalammualaikum,

Best ke tak cerita ni?


Jom kte main teka-teka? Nmpk mcm lain drpd yg lain. But still, don't judge a book by it's cover. So, kalau filem plak jgn terus buat conclusion berdasarkan producer, pengarah & pelakon. Semua bergantung kpd penulisan script & pengolahan plotnya. Waduh-waduh dah mcm student perfileman gua rse :)
hehehe...

Jom tgk teaser die di sini :Official FanPage Cinta Kura-Kura

love & hugs, vna erman ;)


Wednesday, August 10, 2011

Cuci Mata bersama Nurita Harith.

Assalamualaikum,


Dah 9 hari kita berpuasa and Insyaallah esok dah nak masuk sepuluh hari dah. Alhamdulillah. Makin menginjak hari berpuasa makin dekat lah kita nak raya kan. Actually vna dah pon buat baju raya. After habis final hari tu dah terjah Jakel cari kain. Tapi, sengaja mengisi masa lapang dgn survey collection baju-baju 
raya from Malaysian designers. Bajet ada RM10juta dlm bank konon-konon dptlah merasa nak pakai baju-baju dari top-top designers.Berangan-angan lepas tu berangin sebab dlm dompet ada RM10.00. Sadis sekali.

Oh, mmg jatuh cinta sgt lah dgn Rizalman punya collections. Besides, I do love Nurita Harith collections too ;)

Seriously ok, vna ada tengok dlm magazine EH! yg the latest one tu ada gmbr Nealofa pakai baju kaftan rekaan Nurita Harith. Cantik boleh? Lepas tu terus Google tau nak tengok collection-collection lain from Nurita Harith. Hey,hey,hey sumpah suka gila sebab die mcm comel-comel, simple & tak de corak-corak & manik-manik yg sarat. Suka!Suka!Suka!

*picture credit to http://www.nuritaharith.com *


Ok, kalau pakai kaftan pink ni boleh terbang di pagi raya dgn confidentnya. Pretty awesome! I loved it.


Oh, kalau nak pakai baju ni sila pastikan Ramadhan di manfaat sepenuhnya utk mndptkan tubuh yg langsing :)


Simple & Chic :)

and the most favorite kaftan form Nurita Harith is this one :

Kaftan nilah yg di pakai oleh Nealofa dlm shoot magazine EH! edition Ogos. Sgt suka colour-colour pastel yg dimainkan oleh Nurita. OH! 

Keinginan tak selalunya seiring dgn realiti.

love & hugs, vna erman ;)


Thursday, August 04, 2011

Drama Intan Payung.

Assalamualaikum,

Dah 3 Ramadhan kan.So korg mcm mane? Anyway tadi vna ada tgk satu drama yg gila sweet, gila comel & kelakar. Daya penarik cerita ni yg buat vna utk tgk of course my sweetheart, Lisa Surihani. Oh, terpaksa berebut TV ngan Abah. Eh, eh abah ni kan suka nak dengki-dengki. Yeah, I got the remote control. And Abah malas nak layan anak dara die seorg ni terus masuk tdo dan mengalunkan irama zzzzZzzzz. Telefilem tu tajuk Intan Payung and heroin die like I told you, Lisa Surihani la & hero die Zul Huzaimy.

Cerita ni dkt Astro Warna. Yes, Astro Warna kan utk cerita-cerita komedi. But sometimes tak komedi mane pon ada jugak. Tapi seriously cerita Intan Payung ni sgt-sgt kelakar, sgt2 comel meow-meow & sweet ouwwww! Watak Zul Huzaimy ckp skema BM mmg lawok ok. 

Di sebabkan nak-nak jugak paksa korg tgk cerita ni kan (sape-sape yg tak tgk lg la) vna dgn rajinnya terjah web astro just to find out bila lagi ulangan die. Plus, diri sendiri pon nak tengok sekali lagi. 

Sumber: www.astro.com.my

One more things, nama watak Lisa dlm cerita ni ialah Azwina. Azwina, Erviena, Azwina, Erviena. Ehem-ehem! Wina and Vna sound familiar right? wink wink ;)
PERASAN!
*tgn di dada mata ke atas*
Abang & adik sangat malas nak layan gua punya perasaan "perasan" tadi ;)



Pretty Lisa & pity Vna!
That's all.Tengok jgn tak tengok tau!

love & hugs, vna erman :)




Wednesday, August 03, 2011

IAMJETFUEL.

Assalamualaikum,

Siang tadi keluar berdua-duaan dgn Mak. Motif ialah untuk cari birthday present dkt adik vna. Yela tiap-tiap hari die countdown birthday mesti die akan pesan kt ktorg sume suruh beli hadiah. eh eh demand pulak!
Lepas dah dpt brg yg dicari we went to magazine shop to catch up some magazine. Jap-jap mcm nak beli Jelita, jap-jap nak beli Remaja, jap-jap nak beli Scawaii last-last sekali beli EH!

EH! Yes, EH magazine seriously sgt best. Vna jarang la beli magazine EH! Selalu layan Remaja, Cosmopolitan, dara.com & Intrend. Tapi edition EH! kali ni seriously best & berbaloi for RM7. Covergirlnya Yuna. Vna tak la minat Yuna mcm vna minat Lisa Surihani & FT but then I love and adore Yuna style. Yuna, icon hijab inspiration buat semua gadis-gadis kat Malaysia.



From EH! magazine also vna baru discover Yuna dah ada brand tudung sendiri. OMG! Lari sorok bwah katil jap sebab gua ketinggalan siyh. Harga-harga tudung Yuna not exceed RM 70. So, kalau sebulan simpan 10rgt lepas 7bulan mampu beli. Sadis, lepas tujuh bulan baru mampu beli ;(

So girls out there, korg boleh pergi sendiri kedai Yuna kat Subang or directly shopping on9 dkt blog mereka di iamjetfuelshop or FB diorg IAMJETFUEL

and girl out there yg tercari-cari tutorial nak pakai shawls mcm Yuna mcm dlm cover EH! boleh catch up kat video bawah ni. Berapa byk mcm daaaa.....
check it out:





 My Hijab Style Inspiration :Yuna Zarai.
and you people should grab EH! magazine a.s.ap sbb semua collections from up to toe pilihan EH! mmg superb duperb gorgeous bebeh!

love & hugs, vna erman :)


Tuesday, August 02, 2011

Birthday Shouts to my sister, Nur Erleen Erman

Assalamualaikum,

5 tahun aku menyandang gelaran anak bongsu. Sudah lah dilahirkan sebagai seorg perempuan sinonimlah di labelkan sbg anak manja. Aku sendiri tak dpt recalled my experience jadi anak perempuan tunggal keluarga but aku bajet best la. WOW! Tak payah berebut doll sume aku punya kau punya. OPS! Actually tak main anak patung sebab takut mlm2 die berhantu tapi main teddy bear takpe. Same jer dua-dua weyh tapi I prefer teddy bear la. Empuk-empuk,cute ouwww peluk lena tdo.

Tapi jawatan anak tunggal perempuan dirampas oleh adik aku yg lahir pada 2nd August 1995. Oh yeah dah jadi kakak eh? Umur lima tahun what do you expect hah? Of course peragai tak senonoh tak henget dunia mula lah bermaharajalela. Yeah, yeah. yeah mestilah vna started worries mainan masak-masak perlu dikongsi bersama. Plus, I got sister ok not brother.

But then, benarlah kata pepatah "air di cincang takkan putus" Heyyyy, I loved to have sister lar. Bgun pagi-pagi alamak musyuk masyam come to my sister and cium-cium die picit-picit pipi die and she will started to menguek-uek. Yoooooo, best experienced ever!

Bila dah besar standard la argue-argue & mengamuk-gamuk plus die sgt pemalas bab susun atur & kemas mengemas bilik semua. Agak kasar but sometimes terkuar "eeee,bengong la ko" and Abah mula kasi warning nak kene cabai mulut ke? Oh, adik beradik mane tak mcm tu kan?

And perkara yg paling aku suka menjadi seorg kakak ialah bila mana kita dpt seorg adik yg begitu sensitive jiwanya. And mmg malang nasib adikku seorg bila dpt kakak mereng mcm vna. Yes, vna akan suka nyanyi lagu Ayah & Ibu by Sudirman sbb adik vna tak boleh dgr lgu tu and she will started crying sbb sensitive benor jiwanya walaupun ketika itu Abah & Mak memang ada depan mata. 

Bila kita sakit die pun turut sama-sama terasa tempiasnya. Ingat tak vna cerita yg vna masuk hospital past few month? Every night adik vna yg jaga & kalau vna sakit kepala especially and menagis bila tak tahan sakit dgn die-die sekali menangis. Bila vna dah sihat vna tanya kenapa ko nagis time akak nagis kat hospital tu?
"Ye la tgk kakak aku sakit mestilah aku nagis"
I was terharu tak hengat dunia and seriously deeply inside my heart:
"TQ so much Ya Allah for sending me the best sister ever!"


To my beloved & lovely sister, Nur Erleen bt Erman, happy birthday dear. May Allah bless you but I do think Allah has done blessed you in various ways. I love you so so so much. Terima kasih byk-byk sebab jagakan akak everytime akak sakit. Terima kasih byk-byk sebab kasi akak selalu buli-buli mengaco ko. Sape suruh kau jadi gebu-gebu sangat kan. Sesungguhnya kau sentiasa comel sejak kau lahir & sampailah sekarang. Teruskan usaha kau sampai ke menara gading & hadiahkan kejayaan kau buat Abah & Mak. 
All the best in your future :)
and again Happy Birthday!

love & hugs, vna erman :)