Wednesday, February 19, 2014

Telemovie Resipi di Astro Citra & AKU.

Assalammualaikum,

Semalam waktu lunch hour sementara tunggu Abah balik makan terbukak channel Citra sebab ada telemovie Resipi. Padahal sebelum ini tak pernah tau pon pasal cerita ni. Rasanya cerita dah di tayangkan so yang semalam tuh ulangan yang kali ke berapa juta kali pon tak tau lah. Well, Astro. Baca sinopsis dekat info macam best & barisan pelakon pon not bad. Antara barisan pelakon utama cerita ini ialah Dato Rahim Razali, Sheri Merlis dan Nadiya Nisaa. 

Al-kisah sinopsisnya Radiah (Nadiya Nisaa) merupakan anak kedua daripada tiga orang anak kepada pasangan Dato Rahim Razali dan Sheri Merlis yang membawa watak ayah dan emak dalam telemovie ini. Radiah ni membawa gambaran anak gadis di zaman sekarang di mana sibuk kejar cita-cita dan kerjaya dan langsung tak ambik port perihal masak memasak dan bab dapur. Masa zaman sekolah, kalau di suruh baru lah menjengah itu pon muncung sedepa. Beberapa tahun berlalu, dia dah berkerjaya semakin payah nak balik rumah melawat orang tuanya.

Satu hari, emak Radiah (Sheri Merlis) meninggal dunia. Berlaku pergaduhan dan pertengkaran antara adik beradik Radiah yang menyuruhnya untuk duduk bersama dengan ayahnya yang kini keseorangan memandangkan adik lelaki nya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala ayahnya enggan berpindah ke Pulau Pinang ke rumah kakaknya. Akhirnya Radiah beralah dan tinggal bersama bapanya.
Kemain banyakNYA dalam ayat aku.

Dalam cerita ni, ayah Radiah punya favorite dish yang dimasak oleh emak Radiah ialah Rendang Hati. Tapi yang menariknya for the first time Vna tengok redang hati ada bubuh udang. Terus tanya dekat Mak Vna ada ke resipe cenggitu eh? Mak Vna pon tak pernah tau. Anyone know itu resipi authentic negeri mana yer?
Dalam cerita ni seperti yang Vna mention before Radiah memang TAK PANDAI MEMASAK.
Tapi demi nak mengembirakan hati ayahnya yang rindukan masakan airtangan arwah emaknya, Radiah mula belajar memasak. Macam-macam cara dia belajar memasak demi nak mendapatkan semula RASA seperti resipi masakan arwah emaknya. Search youtube, tanya dekat saudara mara, jumpa Chef Ismail (gituuu) tapi setiap kali hidangan rendang hati yang disediakannya masih tak sama seperti airtangan ibunya.

Sehinggalah satu hari, Radiah memasak tiga jenis rendang hati yang berbeza rencah tapi masih tak dapat memenuhi citarasa ayahnya yang mengatakan ia masih tidak serupa seperti masakan emaknya. Radiah terus bengang dan meninggalkan rumah demi menenangkan fikiran. Bila dia balik semula ke rumah, ayah dia ajak slow talk. Antara pesanan ayahnya "Masak kena ikhlas datang dari hati"
Nak dijadikan cerita, masa tulah memori kena paksa tolong dekat dapur muncul dalam fikiran Radiah. Terus dia ingat ingredients UTAMA yang membuatkan masakan rendang hati emaknya istimewa dan akhirnya Radiah berjaya membuat rendang hati & terubatlah rindu ayahnya nak makan rendang hati yang rasanya sama seperti yang disediakan oleh arwah emak Radiah :)  

the only picture Vna manage jumpa yang ada kena mengena dengan drama resipi ni.
Photo credit to Nadiya Nisaa FB.

Apa yang Vna nak cuba sharekan dengan korang pasal cerita ini, macam mana kehidupan kita ini, tolonglah hargai ibubapa korang. yes, i know kita kadang-kadang mesti tak puas hati sebab hati kita nak sangat buat tapi mak ayah kita halang. Kita dah besar, kita rasa keputusan itu yang terbaik untuk kita tapi kita lupa tanpa REDHA ibubapa kita, tak RESTU mereka lambat laun hidup kita tak kemana kekawan.

Mungkin kita rasa kita berjaya, kita kaya, kita popular, kita hebat dekat mata dunia tapi sebenarnya hati kau tak lapang dan tak setenang biasa. SEBAB--restu dan redha ibubapa tiada. Well, Vna pon bukan anak solehah mana. Ada masa emak Vna senyap tak bercakap, dah aku tau kenapa mesti ada benda dia terasa dengan Vna. Pernah dia tak bertegur buat derk sebab Vna balik lewat keluar dengan kawan-kawan sekolah sebab dah lama gila tak jumpa. Lewat pon bukan sampai tengah malam cuma balik waktu maghrib masuk. Teheeee :)
Bila kenang-kenang balik, benda remeh kot, kita dah besar nak jugak enjoy macam orang lain. Bukan buat jahat bukan buat maksiat. Tapi bila kita dah sejuk kita akan realise. Bila Vna fikir balik, mak ayah Vna makin tua, abang adik Vna duduk jauh. Untuk sementara memang Vna seorang yang dekat dengan diorang. Diorang sunyi. Allah---bila fikir semula apa la sangat permintaan diorang--halang Vna bekerja dekat KL, mintak cari pengalaman dekat negeri sendiri dulu, jangan jauh dengan diorang buat sementara. 
AKU TAK SAMPAI HATI KATA TIDAK!

Biarlah Vna kena keji kena hadap orang tanya kenapa masih tak kerja, woiii ko keja bagi habis duit mak ayah ko je shopping woiii itu woii ini--takpelah.
kalau orang kata alaaa weyh mula-mula memang diorang gitu, esok kau dah kawen macam mana?
BILA DAH KAWEN, sekarang belum LAGI!

Masyarakat, izinkan lah Vna gembirakan mak abah Vna dulu. 
Masyarakat mohon jangan pertikaikan kenapa abah emak Vna tak kasi itu tak kasi buat ini
Masyarakat, kalau kau nak kejar cita-cita, kau dah berkerjaya kau jangan sibuk sesedap rasa melontar kata aku memang mengaga-- tadah tangan-- hadap-- perabih duit abah emak aku.

kau orang jangan lupa, aku ada blog ini.
tak banyak, tak sikit, tak hebat macam tertera dalam slip gaji kau orang,
tapi boleh ahh buat aku shopping itu ini nak ber-ootd.
atleast makin sikit duit yang ada, makin kurang pembaziran aku buat.
kalau gaji aku beribu, makin mengebu nafsu membazir aku.
Aturan ALLAH semua bersebab kekawan.

Sekali pun Abah ada kasi duit belanja dekat aku,
Aku pon kekadang ada mintak itu ini,
Abah bagi--tapi kenapa mesti ko pertikaikan TANGGUNGJAWAB yang abah aku buat?
Allah SURUH, Abah JALANKAN.

Aku tak nak jadi macam Radiah nanti terkial-kial nak korek rahsia resipi masakan emak aku bila satu hari dia dah takde. Aku tak nak jadi terkilan sebab tak sempat belajar macam mana emak buat ayam goreng berlado favorite semua orang termasuk kekawan aku yang obses gila setiap kali aku bawak bekal ke sekolah/balik hostel/balik rumah sewa. Aku sedang menelaah itu semua. Segala rencah segala bahan dia guna. Well, dah lama reti actually, tapi macam-macam lagi aku nak belajar.

Aku tak nak terkilan bila abah panggil, "Ena, buat kat abah air abah nak makan"
tapi aku takde.
|
|
|
|
Dari segala segi aku tak nak TERKILAN.

Diorang TAK NAK duit aku,
diorang cuma nak AKU,
ada untuk mereka.
SEMENTARA!

Insyaallah Vna dah TEKAD dengan JALAN yang dah lama Vna fikir nak buat.
No matter what, RESTU & REDHA abah dengan emak Vna dahulukan dan alhamdulillah diorang agree dengan apa yang Vna decide ini. Aku tak menyesal REJECT semua offer yang ada, aku tak kisah korang ada business card nak berlagak tayang status korang sandang sekarang. 
WHY BORDER bak kata Azwan Ali?
Sekarang segalanya Vna serah Allah sebab dia sebaik-baik pengatur jalan cerita hidup kita. 

Nak KAHWIN ke?
Nak release LABEL sendirikah?
Dah dapat KERJA bestkah?
Vna pon tak boleh jawab semua tuh .
Vna dah mintak dekat DIA,apa yang dia takdirkan datang dulu, itulah yang Vna akan khabarkan dekat kalian. Insya allah. 

baik bah,
baik-baik mak,
arahan di terima!
roger & out!


much love, vna erman :)

No comments :