Showing posts with label WHERE TO EAT?. Show all posts
Showing posts with label WHERE TO EAT?. Show all posts

Monday, October 02, 2017

Mee Kari Sedap dan Murah di Taiping

"Bukak tak bukak tak............?. 
*sambil mata meliar tengok tepi jalan*

BUKAKKKKKKK!

Assalammualaikum,

Antara makan favourite aku ialah Mee Kari. Tapi kalau makan nasi tak suka lauk kari. Jangan tanya kenapa takde jawapan. Lulz. Ada satu gerai dekat Taiping ni jual mee kari tersangat sedap lazat marvellous tahap sempurna 100%. So kepada orang-orang Taiping/orang yang cari makanan sedap dekat Taiping/pelancong atau sesiapa saja meh lah makan dekat gerai warga tua ni. Tak tipu sangat sedap dan murah. Lokasinya dekat tapak bazar Ramadhan Kamunting, ada gerai-gerai makan dalam 4-5 buah sederet meniaga. Gerai mee kari ni paling hujung sekali, penjual dia suami isteri yang dah berumur. 



Maaf takde proper gambar sebab ambik curi-curi. Nak approach diorang untuk proper pose macam eh segan pulak plus rasanya diorang pun tak mau so ambik curi-curi jer. Sorry pakcik makcik tapi niat saya nak memudahkan orang-orang kenal yang mana satu gerai mee kari sedap yang saya cakap ni. Teeeheeeee :)
Selain mee kari, gerai ni ada jugak jual nasi ayam,laksa dan soto tapi setakat hari ini tak pernah try menu lain selain mee kari. Pernah niat nak makan soto tapi bila pergi tak tergamak nak sebut menu lain nak jugak kena order mee kari. LOL!

Honestly, dah banyak kali makan dan setiap kali makan tak pernah mengecewakan. Kalau bulan puasa pun diorang meniaga cuma kadang-kadang takde menu mee kari sebab makcik kata tak larat nak buat dikkkkk. Biasanya nasi ayam memang ada masa bulan puasa. Tapi kalau datang hari-hari biasa insya allah mee kari ada. Cuma pastikan datang pada hari ISNIN, SELASA,JUMAAT dan AHAD sahaja ok. Sebab hari Rabu, Khamis dan Sabtu ada pasar malam jadi diorang tak meniaga, cuti tutup gerai. Waktu operasi bermula jam 5.30 petang. Kalau datang awal berpotensi belum meniaga lagi (Baru dapat tau recently sebab selalu datang kuciwaaaaa alaaaa tak bukak padahal belum bukak lagi.LOL!

Harga pulak tersangat berpatutan di zaman-zaman GST masih kekal RM3.00 jer. Dah lah mee banyak, ada kerang, ada telur (kadang-kadang separuh kadang-kadang suku ), fish cake, fish ball,tauhu, taugeh dengan sawi. Memang pakej lengkap mee kari lah senang cerita. Macam tak percaya harga RM3.00. Korang boleh makan teruih dekat situ atau bungkus bawak balik. Selalunya Vna memang bungkus bawak balik. 

(Sorry, platting berlemuih tak lap tepi pinggan, dan-dan dah tuang kuah dalam mangkuk pappp snap gambaq teruihhh makan pastu dah habis baru realise mangkuk berlemuih.LOL!)

Highly recommended.

Much Love, Vna Erman :)

Monday, April 22, 2013

The Loaf.

Assalammualaikum,

Lately ni cuaca ya ampun panaiiihhh kemain. Dari Puncak Alam sampai ke Taiping sameeee jer rasa panaiihh. sempat merasa sejuk sat sampai macam nak selsema waktu dalam bus otw balik Taiping last Thursday. Itu pon sebab naik bus malam. Bila cuaca panaihhh kita pon jadi malas, bila jadi malas memang tak berusik buku/assignment/research  maka semua pon terbiar tak perlu kata apa-apa. Demi nak menaikkan semangat untuk berjinak-jinak dengan itu semua, so kita mulakan dengan update blog dulu. kasi mesra jari jemari dengan keypad lappy yehaaaaa. (kononnya!)

well, actually Vna nak cerita something yang currently Vna obses to which is The Loaf. Masa semester dua lecturer subject Jepun Vna selalu cakap yang dia tak suka makan roti yang di jual kat Malaysia except The Loaf. Dia cakap roti dekat The Loaf superb best. kalau sekali korang makan sure korang takkan makan roti lain lagi. oh,okey really? 

so baru-baru ni nak mencuba ahhh makan. sebelum-sebelum ni bukan tak pernah nak try tapi perception ingatkan The Loaf ni mahal & sesuai untuk mereka-mereka yang banyak fulussssnya. Tapi kali ni persetankan tentang harga not matter what nak jugak rasa. Dekat The Loaf ni yang specialnya diorang sediakan sample each roti/pastry yang diorang jual so senang ahh nak tahu sedap ke tak, best ke tak and kena tak dengan selera tekak masing-masing. good marketing strategies.
 Dan terbukti kata-kata lecturer Jepun Vna yang roti The Loaf superb best. harga pon affordable dengan quality & rasa pastry tuh sendiri. sangat highly recommended dekat korang-korang sekalian please try once & sure you will definitely fall in love with it and terus nak nyanyi lagu CT, Falling In Love! 

sekarang pantang cakap nak pergi Subang dalam pala otak tak pikiaq mende lain dah :
THE LOAF!
 THE LOAF! & 
THE LOAF!

The Loaf dekat Empire Gallery, Subang. Outlet yang selalu Vna & kawan2 pi.


This is my FAVORITE!
Cranberry Cheese.
sekali masuk mulut nikmatnyaaaaaaa..........*pejammata*
wajib beli atleast 2 biji ke atas. teheee :)

lagi satu favorite, Sausage Cheese Oyaki. 
yang ini suka nak habis cepat. ikut nasib ahh kalau bernasib baik datang ada kira lucky ahh, kalau datang tup-tup tengok dekat display dah takde kecewa pendam sorang-sorang ahh :(
since mende alah ni suka nak habis cepat sangat so sekali datang wajiblah beli sebegini banyak :

 :) :) :)

Mende alah ni nama dia Uhuhu. nampak sedap, nama pon comel. kalau orang tanya makan apa: Uhuhu!
teheee :) 
 Vna tak pernah try lagi. maybe akan datang .

Other dishes offered by The Loaf:
actually Vna pon baru tau menu dia berbeza dekat a few outlet. Ada lima tempat yang berbeza menunya iaitu The Loaf dekat Bangsar Village II, Empire Subang, IOI Boulevard Puchong, Langkawi & Pavilion.
korang boleh check it out Official Website The Loaf menu apa yang diorang offer siap dengan price sekali. so dekat rumah boleh siap-siap budget :) 

During official launch 9th oulet at Paradigm Mall.
nampak tak siapa yang istimewa kat situ?

Of course foundernya, Tun Dr. Mahathir Mohamed :)
My idol.
This is why The Loaf sangat dekat di hati.

entry ni seriously takde kaitan langsung dengan PRU13 eh. Cuma nak selitkan Vna really really really adore and respect Dr.Mahathir sejak dulu. Selepas Rasulullah S.A.W follow by parents Vna the next person yang Vna sanjungi ialah Dr.Mahathir lah. Seriously teramat-amat kagum dengan pemikiran dia ( how I wish boleh pinjam otak dia) , cara kepimpinan dia, cara dia berdebat & segala-galanya tentang BELIAU Vna KAGUM!
Bila dah segala-galanya tentang Tun Vna suka itu termasuklah sekali dengan The Loaf Bakery & Bistro :)

Kalau before this Vna pernah tulis pasal cikgu favorite Vna waktu sekolah rendah, then one day nak di jadikan cerita anak cikgu Vna tuh add Vna dekat FB then PM cakap yang cikgu Vna baca entry yang Vna tulis pasal dia tuh & dia still ingat dekat Vna until today even Vna dah tinggal zaman sekolah dah beberapa tahun. 
Kalau before this Vna pernah tulis pasal Hatta Dolmat, then suddenly one day Hatta terjumpa entry yang Vna tulis and baca blog Vna lepas tuh terus tweet entry Vna dekat twitter dia. 
So mana nak tahu one fine day tiba-tiba Dr.Mahathir TERBACA pula entry ni (since Tun pon one of blogger) Vna cuma nak Tun tahu yang Vna suka sangat pastry The Loaf. hope The Loaf akan buka other outlet dekat negeri-negeri yang lain 
( since Vna dekat Perak, so after habis degree ni memang payah ahh kalau nak makan The Loaf kan)

last but not least, one of my wishlist is to meet Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Seriously if ada opportunity (privately lagi best) I just wanna to say thank you for what he had done to Malaysia. 
Insyaallah one fine day :)
Amin.

thank you for reading this entry
take care & good nite.

much love, vna erman :)






Friday, November 16, 2012

Istanbul Aku Datang Movie

Assalammualaikum,

salam maal hijrah everyone :)
tahun baru berhijrah lah ke arah yg lebih bagus dari dulu.
mudah-mudahan.amin.

since Malaysia negara yg kaya raya dgn public holiday, oh my bertuahnya jd Malaysian so dptlah pulang ke kpg halaman meluangkan masa bersama keluarga.cewaaah ;)
actually dah lama plan nak tgk cerita Istanbul Aku Datang ni weyh. well, dah hampir-hampir penghujung sem so simpanan pon makin-makin hujung jugak so tundalah lambat sikit tgk cerita ni drpd org lain. Terpaksa tunggu balik Perak sebab nak pau Abah. gheee :)


memandangkan Abah & Abangku tidak berminat cerita-cerita sweet-sweet honey sebegini so ktorg split whereby gegurl tgk Istanbul Aku Datang & the jantans tonton Skyfall. oh actually ktorg pergi 2 family. family vna & family paksu vna. :)
family day's out lebih kurang.


well to me as 22 years old girl, cerita ni sangat sweet. again, to me. But then rasanya ramai yg cakap cerita ni best based on response member2ku di tweet tweet. rata-rata cair walaupon dlm wayang tuh sejuk actually. tehehehe :)
Lisa Surihani as Dian & yes Dian is a blogger. oh man cerita dekat di hati sangat. give me 5 dian!
cerita pusing mana pon serupa jer weyh. Apa yg buatkan IAD lain drpd yg lain ialah takde nak conflict anak Dato' anak penarik beca, takde nak cerita ada pengoda ada penghasut like Malay movies suka nak buat tuh.
cerita dia simple, sweet & ouchhh totally touched. senang cerita korang tgk ahh sendiri baru paham feelnyaaa :)
me like like like like like 100X. AWESOME!

duduk sebelah si kenit ni, dia pon sibuk nak nages segala. see 9years old boleh feel gituuu ke-sweet-an filem ni.
Vna: Cerita apa dik?
Aniqah: ISTANBATUL AKU DTG.
Vna: ISTANBATUL pon bulehhhhh dikkkkk..............
gheee :)

after movie, perut melancarkan program pancaragam terus serang Ipoh Hainan Chicken Rice.

terbawa-bawa dari IAD, Beto makan Maggie Asam Laksa oucchh sedapnya kalau dpt makan then tgk menu eh eh ada asam laksa tak pikir panjang dah terus order takmau ahh nasi ayam walaupon depa pakat cakap tuh menu special.

nasib sedap. Alhamdulillah.

For this movie vna bagi 4.5/5. best & berbaloi.
kudos IAD teams. u guys did a good job.
macam nak tgk lagi sekali. anyone nak belanja please?
pm me. haha :)

p/s: is welcoming Twilight Breaking Dawn Part 2 

much love, vna erman ;)


Friday, June 22, 2012

Aura Pakli's

Assalammualaikum,

Tahukah anda vna & kawan-kawannya mempunyai masalah yang sangat besar iaitu:
"TAK TAHU NAK MAKAN APE!"
Ktorg ibarat nenek tua yang dah berusia 100tahun yang dah makan segala mcm makanan yang wujud di buka bumi ini except yang hareeem di sisi agama.
LOL!

serious korg!
inilah symptom yg ktorg hadapi.
the end nya ktorg mesti akan pergi jumpe PakLi mintak bantuan.
yes, Pakli's Kopitiam ;)

can you just imagine selang 2hari ktorg akan pergi makan dkt Pakli?
alasan duduk kat Puncak Alam sudah tak boleh pakai lagi.
setakat nak g Pakli Sek7 ibarat dihujung kaki.
agak2 byk keje dkt Setia Alam pon buleh
:)
Oh Pakli's Mak Esah mane kau pakai sampai ktorg bertiga sangat ketagih nak lagi & lagi & lagi.
within this week ktorg dh pergi 4KALI dlm semggu ke Pakli.
memang ktorg penyumbang kekayaan Pakli.

si gadis di sebalik kejayaan PakLi's Kopitiam :)
kenyang perut vna & aniz malam tuh :)
well, ade satu mlm dkt Pakli Setia Alam Dayah murah hati belanja 
hugs for Dayah :)

the last time ktorg g Pakli sempat lepak jap dgn Dee :)
Dee ex-classmate ktorg dkt Prelaw Kedah dulu.
eventhough tak lah lame giler tapi sempat lah saling menganjingkan.
Dee hutang something dgn ktorg.
dia promise nak bawak ktorg pergi rumah die but until now janji tinggal janji.
untuk mengubati janji yg tak dpt ditepatinya (but still Dee ktorg akan tuntut yer!) so Dee ajak ktorg naik kereta kuning diraja beliau bawak pusing 1round dkt area Pakli tuh.

ktorg sangat excited sebab kereta Dee ade GPS!
jakun,yes I know ;)



well Dee ko cakap ko selalu baca blog aku utk tau updates ktorg kan?
aku cume nak pesan apa brg kereta ade GPS tapi xdtg2 lepak dgn ktorg dkt Puncak Alam
;)
anyway, thank you sebab bg ktorg merasa kereta kuning kau yg meletops tuh :)

sbg mengakhiri entry kali ni vna tinggalkan korg dgn resit2 yg ktorg makan dkt Pakli sebyk 4kali dlm seminggu. 
hey, ni bukan resit sorg2 okey. resit makan beramai-ramai.
yang paling mahal tuh time Dayah belanja vna & aniz. Bab ketuk kawan serah dkt ktorg.gheee ;)


serious aura Pakli sangat kuat.
sangat recommendkan pada korg utk makan dkt situ.
so far yg vna tahu Pakli ade 3cawangan dkt Sek7 & Sek18,Shah Alam dgn dkt Giant Setia Alam.
tapi dekat Sek7 paling sedap.
try & korg pon akan jd ketagih mcm ktorg :)
kalau agak-agak takde member nak teman makan kat situ you can invite me.
bab makan free I likeeee
ngeeeh! ;)

take care!
much love,vna erman ;)

Saturday, March 24, 2012

Friday with IKEA.

Assalammualaikum,

semlm lepas habis discussion subject MIS terus ajak girlfriends berjalan. Ya ampun serious lah tak tahu nak buat apa dilanda penyakit kebosanan yg kronik. Di tambah lagi dgn memory card hp yg suddenly rosak menambahkan sakit hati.huh!

ddk dkt Puncak Alam ni tersangatlah payah nak decide nak pergi mana. Sebab kene pk mase, cost minyak & tol, jalan jam & etc. Last-last Dayah come out dgn idea nak pergi mkn meatballs dkt IKEA. selama ni asyik dgr org ckp sedap,sedap jer so nak try lah ;)

nak di jadikan cerita ktorg discover jalan baru. short cut nak pergi KL. tapi ktorg nk pergi Damansara. Dah pulak sesat tersekat-sekat dkt jalan jam yg ampun dkt kolumpo tuh hah. pusing punya pusing last-last jumpe lebuhraya sprint nak pergi Damansara. akhirnya sampai jugak ktorg kat Damansara. Dayah yg monyok mogok sengap sorg2 dkt blkg sebab kene marah dgn Aniz akhirnya tersenyum lebau bila pergi Damansara. sukeee letewww si Dayah. tak habis-habis dgn Damansara die.

masuk IKEA attack FC terus tolong sebab perut dah menjerit-jerit TOLONG!TOLONG!SAYA LAPAR!
menu pilihan vna & aniz ialah meatballs sepuluh ketul lah whereas Dayah choose nak makan chicken chop.


Bismillah.
sodap,sodap.boleh tahan. ntah nape ngade2 arituh nak makan meatball sedangkan realiti tak suke daging.
mengade kan?
then 1st time jugak makan dgn jam. tak tahu lah kalau tuh style org putih makan kan.
gua orang melayu so jakun-jakun sikit lah. tapi sedap!
dah masuk meatball ke 3 terus macam ni:

jap lagi Aniz cakap ko makan!ko makan! sumbatlah lagi........


gua surrender kekeyangan lah babe.
berehat sebentar dgn bagi sokongan pasukan sorak pada Aniz.

go baby go baby!
akhirnya gua hanya mampu makan 8biji meatballs & paling maximum lah tuh.
tak mampu masuk lagi sebab dah full house sampai ke keronkong.
& apa lagi kasi sumbat sama Dayahhhhhhhhhhhhh!
hoyeeeeehhhhhhh! Inilah juaranya.........
Caption: Akulah Diva si Dayah. kau mampu?
ahaks!

lepas makan pusing-pusing IKEA dptlah meja utk dijadikan writting table nak online, buat homework/assignment segala. rm29.90 jer. tq kpd sales IKEA.
bersemangat gua lepas ni nak study.ahaks!

much love,vna erman :)


Sunday, September 18, 2011

Satu Hari Di Sunway Pyramid.

Assalamualaikum,

Selamat Hari Malaysia everyone ;)
Memandangkan 1st week ni weekendnya cuti smpi 3hari mcm2 bende nak kene settle up kan. 1st kene find all the stuff yg nak gune especially for minor class. Masyaallah penatnya hanya tuhan yg tahu. Four of us  keluar pergi Sunway Pyramid dari pagi smpi ke mlm on the Friday nak cari & complete kan sume brg2 yg diperlukan. Ponat memang ponat! Tapi harus di gigihkan jua.


yes, I know ini toilet but rsenya nowdays ambik gmbr dlm toilet org dah tak heran kot ;)

You know what I love this picture so much.Why? Besides bergmbr dgn diva diva Malaysia a.k.a my besties this picture mcm berjaya sembunyikan my drumstick yg besau & gerun utk di tonjolkan. Good job Dayah!

They will always be my besties and kesygan 4ever. Dayah hot & Aniz a.k.a Aisywara Rai Malaysia.

Mereka tidak janggal lagi di blog vna. But now vna nak introducekan diorg as my housemate.
Weeeehuuuuu, hidup bujang skrg. Sebenar-benar bujang :)

Next,
Caption for this picture ialah:
"Penat Dlm Kejelekan"

Jelas & nyata kebesaran drumstick kte kan awk-awk sekalian.

Dah penat ke hulu ke hilir singgap jap try Tutti Frutti.


To be honest tak sedap mana. Tapi tak tau nape ramai sgt ckp die sedap-sedap! Kalau Vna I think Baskin Robin lagi sedap & creamy & marvellous kot. Or maybe ktorg letak2 mcm-mcm jadi tak sedap kot! Masaaaammmmmm!

Seharian pusing Sunyway alhamdulillah complete sudah sume material nak gune for minor class. Mmg ber-rat rat terbang la kan. :( 
what to do.
sob sob sob.
Itu blum msuk lagi all the expenses utk brg2 umah. :(
sem ni mmg tak buleh shopping moping.

BTW, smlm ktrog sempat gak tgk movie Raya Tak Jadi. Not bad. Lawak la jugak. Tapi bukan tu vna nak story  kan tapi ada cte lain. Vna ketemu someone mse tgh beratur pnjg nak beli tickets. Bidadari tau. Siapa die? Tggu next entry k.
Sementara tuh korg teka-teka lah siapakah bidadari yg dimksdkan tuh?
;)
Good luck!

p/s: Gmbr brg2 takde. Gmbr posing syoik sendiri yg selambak. Haha.Tapi ktorg mmg btl2 g bli brg tau. Tak tipu k.

love & hugs, vna erman ;)


Friday, August 19, 2011

Kenny Rogers,with love :)

Assalamualaikum,

Pastikan anda mempunyai keimanan yg kuat sebelum meneruskan membaca entry kali ni. Kalau rasa2 goyah baca lepas bukak pose ok!

Semlm vna sempat spend time ngan my schoolmate a.k.a kawan seuniversiti jugak. 4 of us sume dkt UiTM Shah Alam gak. Jodoh pnjg ;)
Yesterday activities was berbuka puasa dkt Kenny Rogers plus round-round window shopping. Oh, window shopping sgt! Pu & Chap sempat sabar-menyabar baju. Jaliq dgn misi mencari bahan pemutih & Vna asalnya memburu kebaya putih suddenly switch to sehelai t-shirt. Sehelai jer ok!

So, inilah menu ktorg: Why ada 2 dishes jer? Lagi dua same jugak dgn makan Jaliq tuh hah cume yg membezakan hanya side dishes. Mine was Taggy Chicken Sphageti. Oh, betul kot nama menu tuh. Not really sure.wink wink.


Kenny Rogers, yeah tak perlu nak sangsi-sangsi kelazatan, kesedapan & keenakkannya. 
Sila telan airliur berdeguk-deguk lpas tgk gmbr di atas. ;)


Tuh dia vna bergmbrdgn retiiisss hebat yg bakal menganggu gugat kedudukan Fasha Sadha sbg Pelakon TV Wanita Popular ABPBH. Tak mustahil akan menjadi pesaing sengit Lisa Surihani jugak. OMG, kalau betul Jaliq & Lisa Surihani bertndg dlm category yg sama mane satu vna nak support? Dua-dua suka.Dua-dua sama hebat. Well, kte support BFF sendiri la kan. Untung-untung famous sekaki :)

Seterusnya,


Pu & Chap ;)
sorg future businesswoman & sorg lg future fashion designers Malaysia ;)

Sangat kelakar sangat lawak bila bukak cerita zaman sekolah dulu. Pu boleh tak hengat time sekolah dlu die selalu gantung beg Jaliq kat tingkap blkg class dgn Mas & Cyn. Chap pulak bukak cerita time waktu rehat. Sumpah Kenny restaurant tuh dah mcm ktorg jer control. Buat mcm restaurant sendiri padahal 1% syer pon tarak. Dah nak gelak takkan nak tahan-tahan plak kan?

Sgt happening smlm. Mcm nak terkoyak mulut gelak. See, Jaliq tak boleh henti gelak!


So, that's all for today. TQ for reading this entry :)

love & hugs, vna erman :)


Tuesday, July 26, 2011

Glurppp!

Assalammualaikum.

Tak tau la virus mane attack laptop ni satu2 program tak boleh pakai. Geram tau tak? So last solution yg aku boleh pk ialah formatkan laptop la. Tapi tak pergi2 format lagi. Actually laptop ni tak la so kritikal cuma mcm ada brapa2 jer program suddenly hilang, tak boleh run & bla bla. Should I format or bagi sapa2 handal & cekap, tangkas & ligat bab cmptr checkkan?

So, memndgkan kita tak tahu in future mcm mane kan therefore langkah keselamatan perlu di ambil. Selamatkan semua notes, assignment & paling paling PENTING SEKALI: 
GAMBAR YG BER-GIG2 dlm folder pictures. Menangis sampai buta cam Kassim Selamat kot kalau hilang semua collections gmbr weyh!

Memndgkan gmbr dlm laptop aku terlalu byk so vna decided nak delete mana-mana gmbr yg zaman dulu kala yg bajet ambik gmbr nak sekerat mata la, buat muka busuk gila, blur-blur & etc. Bila dah besar gini tgk balik ape ke bende kau ambik gmbr ni vna? Almost 300++ pictures telah di delete. Mmg mcm hampeh gmbr zaman pra tak matang dulu. 

One more things aku perasan dlm laptop ni banyak gila boleh gmbr mkanan? Dah la mase vna delete2 sume gmbr tu tgh2 mlm buta mmg perut rancak bunyi2 pacaragam lagu Price Tag & enzymes amylase terus laju reproduce.Gulllrp!Telan air liur jer mampu time tu. Skrg nak kasi korg plak telan airliur glurppp-glurpp plak.

1.Tako Tao


Benda alah vna start makan since masuk UiTM Shah Alam. Itu pon terjebak sbb member vna si aniz & qila gila bende alah ni. So try and sodappppppppp. Makan 3biji for RM4.50 dgn harapan blh m'bntu nk score paper Jepun tapi malangnya die hanya perform dlm perut tapi tidak membantu otak. BTW, sedap la. Anyone here fans of Tako Tao like my friends?

2. Kenny Rogers Roasters



Yg first picture tu masa Dayah birthday celebration. Yg second masa Mother's Day Celebration. Sgt suka muffin dkt sini. Masyaallah bagi 12biji kat vna sorg pon rasanya mampu dihabiskan. Ayam die delicous, spaghetti  die marvellous & banana split die OMG crazy! Kalau Abah bawak or ada sape2 belanja jer vna makan. Tak pernah keluarkan duit sendiri utk mkn kat situ? Nmpk tak betapa kedekuntss-nya saya?

3. Johnny's Restaurant


Restaurant ni nak ckp mahal tak la mahal nak ckp murah tak la murah. Rasenya service charge+government tax yg buat kita cm rse mengeletar alamak parkison ckit nak bayar kan. Vna pon tak mampu nak ingat brapa kali pergi sana tapi dah byk kali jugak la. Steamboat die aduh,sedap bagat! Bihun tomyam die mmg kaww habis & nasi goreng belacan mmg yummy tak terhingga sampai gatal2 hidung gua.

4.Old Town White Coffee


Kopitiam ni mmg family favorite port. Selalu la jugak pergi. Abah & Mak suka white coffee diorg. Macam2 menu dah makan except nasi-nasi la. Setakat rse2 orang lain punya gitu jer. Tapi roti bakar die walaweyh sedap giler boleh?

4. Secret Recipe.


Tak perlu tanya or Google kedai kek mane paling sedap kat Malaysia ni kan. Jwpnnya tentulah Secret Recipe. Blueberry cheese cake & chocolate indulgence tak perlu diragui rasanya. Tomyam pon aduh tak perlu ke Thailand kat Secret Recipe pon sudah ckup memikat hati. Cuma, kalau nak makan kat sini ibarat melabur semggu belanja makan dkt S2. ;)

Last but not least, my favorite dishes, 

5. Claypot Sizzling Mee.


I really really really crazy & in love with sizzling mee. Vna tak tau specific restaurant yg jual sizzling mee yg marvellous. Selalu mkn dkt food court jer. So my suggestion sizzling mee yg sedap gila da kat FC One Utama & FC MidValley. Seriously sedap & kuah die pekat sgt. Pergilah restaurant mana serata Malaysia ni kalau that restaurant offer sizzling mee itulah menu yg akan jadi santapan perutku ini. So senang jer sape2 nak ajak vna makan bawak lah pergi makan sizzling mee sure I tak tolak punya ;)

Actually tak selalu pon pergi restaurant-restaurant gini. Hai maklomlah kita ni student lagi kan. Kalau mcm ada rezeki lebih barulah merasa mkanan2 gini. Kalau hari-hari pergi mmg mengemis tepi jalan la kan jwbnya. Kalau kat Shah Alam tu tak S7 & S2 jer yg mampu pon. Pak Li Kopitiam pon boleh la lagi utk tapis gian Old Town kan!

Rasenya cukuplah dulu. Kalau nak publish sume gmbr makanan mahu kene pasang cabel Celcom tepi rumah supaya boleh loading sume kan. And niat hati nak buat korg lapar suddenly diri sendiri yg kelaparan skrg. Itulah, what goes around comes around. Haaaa,hambik kau. Lekas-lekas sapa nak offer vna mkn sizzling mee?
I'm waiting!
Entry ni kalau baca mase Ramadhan boleh gugat iman ni. Bykkan beristifar kalau baca entry ni mase bulan Ramadhan akan dtg ni. ;)

love & hugs, vna erman :)

Monday, March 28, 2011

Weekend :)

salam my beloved friends :)

Last weekend,weekend yg totally vna transform kpd seekor unta pdg pasir yg paling pemls kat dunia.
Tak tau la kan setan mana menghasut mmg totally patuh jer ckp makhluk durjana seekor tu. Kerja satu tak jalan asyik membuta sepnjg masa. Org ber Earth Hour vna pon participate jugak. Tapi dlm keadaan mata yg terpenjam memeluk bantal.Dah gelap-gelap sodaaapp la buat taik mata kan.

Mane semangat nak study ni,totally hilang kot.MALAS.
Mlm Sabtu tu hanya manage ciapkan tak smpi suku drpd report ETR. Yela bg bahagian kene kira-kira tgk2 number sume tekan tekan calculator  sepnjg mse,suruh lukis-lukis sah sah berjam-jam kerja nak bagi ciap kan.

Next day,semangat nak ciapkan ETR & outline Bel tapi sume di tinggalkan seketika apabila Dayah mengusulkan cadangan utk pergi ke Masjid Jamek untuk cari barang untuk persembahan koku nanti.
Memang tak berusik lagi kan assignment bergunung-gunungku ni ;)

Lunch dgn memilih Mcdonald McValue Lunch dgn harapan untuk menjimatkan wang yg semakin susut dari hari ke hari.

Bergerak ke Masjid Jamek buat aq jadi rambang mata dgn shawlsnya,pashminannya,gelangnya, bengnya dressnya serta perlbagai nya-nya di situ.OMG,mmg semangat kental menyabarkan diri drpd melaburkan saki baki wang nak survive sehingga ke akhir semester sebelum terpaksa makan biskut Jacoobs kerat dua masa final nanti.

Tapi,terbelanja jugak bila tangan gatal-gatal mintak nak lukis inai.
;)

Next station ialah Sg.Wang.Mmg sgt-sgt sesuai dgn namanya tempat tu mmg suruh sume rakyat Malaysia menyalurkan wang-wang yg ada dgn membeli segala mcm benda yg ada kat situ.
Suka kan time2 aq tgh sengkek nak mampus time-time tulah nak wat sales gila-gila kan.
And......vna sempat menyambar sepsg boot ;) 
Dlm xde duit tu kan.Therefore,hari ini,Isnin dan hari-hari seterusnya vna terpaksa berpose
Berazam ni.Berpose bgs utk berdiet ;)

Move to Pavilion,ok sejujur-jujurnya ni first time masuk Pavi.Kesian sgt kau vna
Mmg vna shopaholic but then tak pernah masuk Pavi sebabnya sah-sah hanya mampu window shopping jer
Tggu kalau Abah tiba-tiba ada rezeki jadi Dato' time tu mungkin hari-hari boleh pergi Pavi. Tapi buat mse skrg hanya mampu jalan-jalan sambil dlm hati:
 "Wow,org tu beli Prada la weyh"
"Weyh weyh dia beli Armani Exchange,gler r 
itu sahaja yg mampu dilakukan ketika di Pavilon KL :)



 Even ada SALES sekali pon saya belum berkerja maka tidak mampulah nak beli apa-apa!

My favorite shop:SUPERHERO!
Hanya di sebabkan hard core fan of FT maka secara tidak lgsg terminat Superhero juga.
Tunggu kau tunggu semester break 4bulan ni aq membanting tulang untuk menambahkan lagi collection Superhero dlm wardrobe ku ;)


so people my weekend mmg di manfaatkan dgn bermalas-malasan dan berjalan-jalan.
OMG,sebab tulah Abah takkan kasi kereta sendiri kat kau vna sebabnya lagi pnjg kaki kau berjalan kan.
TQVM to Dayah again sebab bawak aq menghabiskan duit kan.Nasib la ETR sempat siapkan lau tak MAMPUS!

i'm born to be the writer and you are born to be my readers
much love,vna erman :)