Showing posts with label TIPS AND TRICKS. Show all posts
Showing posts with label TIPS AND TRICKS. Show all posts

Wednesday, March 23, 2022

Review Drugstore Skincare : Wardah Lightening Serum Ampoule

 Assalammualaikum,


Buat sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan penggunaan serum dalam skincare routine masing-masing vna nak suggest dekat korang untuk cuba Wardah Lightening Serum Ampoule ni. My skin type ialah combination/acne prone skin so far alhamdulillah this serum works best for my skin. To be honest this one my 1st bottle cuba but memang nampak good results terus nak share dalam blog mudah-mudahan bermanfaat untuk semua

Bukti ya saya memang guna produk ni dah separuh botol

Yang best pasal produk ni :

* Tak breakout or mencetuskan tiny bump dekat kulitku walaupun mengangdungi active ingredients, Niacinamide.

* Muka rasa plump sangat lepas apply. Cepat meresap dalam kulit lepas kita apply sebab formulanya ialah water based.

*Harga berpatutan tak membebankan bank account. (less than RM30 sorry tak ingat exact price berapa)

* Serum ni memang betul-betul bantu hilangkan bekas-bekas jerawat yang jenis hitam-hitam tu. For me lah. My skin suka keluar jerawat yang besar seketul dua dekat bahagian dagu terutamanya jadi most of the time akan apply Oxy. Bila pakai Oxy memang cepat bagi jerawat tu masak dan pecah,but at the same time Benzoyl Peroxide tu effectnya memang akan meninggalkan parut dekat muka. After pakai this serum memang cepat je hilang parut tu. Alhamdulillah.

* Serum ni jugak bagus untuk korang yang nak baiki skin barier if dah tersalah pakai produk-produk terlarang or ter-over exfoliate skin. sebab dia ada Niacinamide.

* Serum ni di-claim mampu membantu untuk melindungi skin kita dari effect blue rays yang datang dari smartphone, laptop yang kita selalu guna. In term of this Vna tak dapat nak pastikan keberkesanannnya but baguslah.

*Cara pemakaian serum ni 

Cleanser - Toner - Wardah Lightening Serum Ampoule- Moisturiser- Sunscreen

* Produk ni boleh apply 2x sehari tapi Vna pakai waktu malam sahaja. 

Yang kurang best pasal produk ni :

* Produk ni dalam botol jenis kaca tapi tak la berat so kena extra care if nak bawak travel or masa kita nak guna kot2 tertepis or terjatuh.

* Produk ni konsentrasi dia pekat yelah ampoule kan jadi dropper tu kadang-kadang nak sedut produk tu tak boleh. So kena ada extra effort sikit lah untuk kita bawak keluar produck tu untuk guna. Kadang-kadang terkeluar banyak, kadang-kadang tak mau keluar langsung.
Maybe Wardah can consider untuk tukar packaging jadikan dalam bentuk pump so lebih user friendly.

* Kalau semata-mata guna produk ni dan harapkan magis untuk nyahkan semua parut-parut cela dekat muka kita memang mimpi lah. Kita still kena pakai proper skincare routine untuk jadikan produk ni lebih effectif. So jangan skip toner, moisturiser dengan sunscreen ok?

Much Love, Vna Erman :)

Review Drugstore Skincare : Biore Makeup Remover | Perfect Cleansing Water (Acne Care)

 Assalammualaikum,

Entry kali khusus dikarang buat sesiapa yang masih tercari-cari micellar water dekat drugstore yang sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat dan memiliki kulit jenis combination/oily. So Vna nak sugget dekat korang untuk cuba salah satu micellar water dari Biore. Vna dah guna almost 3-4 botol dah produk ni so memang 100% review jujur akan ku kemukakan di sini. 


Asalnya berjinak dengan micellar water ni sebab nak cari option lain untuk gantikan micellar water botol biru jenama Garnier since tahu Garnier adalah salah satu company yang support Israel. So mana yang boleh kita avoid kita avoid walaupun produk Garnier tu memang bagus resultnya.

So belek punya belek I think this Biore suit dengan bajetku dan ingredients dalam formula dia macam ok so try botol kecik dulu. Yes, if korang baru nak try boleh beli botol kecik dulu untuk test ok ke tak dengan skin masing-masing. Price dia around RM8-RM9 macam tulah. 

Alhamdulillah this micellar water works well with my skin. First thing yang vna tengok alhamdulillah takde breakout lepas selamat guna sebotol botol kecik tu. Since hari tu terus beli botol besaq and guna continuously up until today.

Yang best pasal product ni :

* Sesuai dengan my skin type/my skin concern : Combination skin/acne prone skin

*Tak melekit ok je after kita apply nak remove sunscreen

*Harga affordable : Less than RM30 untuk 300 ml

* Sebotol besar tahan atleast sebulan + + for me lah yang guna  setiap hari atleast 2-3 times per day untuk remove sunscreen selalunya

* Ada secure lock dekat bahagian pump dia incase nak bawak travel. But nak senang beli yang saiz kecik lagi travel friendy la.

Yang kurang best pasal product ni :

* Dia sesuai untuk remove light makeup/ daily sunscreen je. Tapi memang dia mention dekat botol this micellar water suit untuk light to medium makeup style je. If Vna makeup light pun apply BB cushion je macam kena tonyoh berkapas-kapas baru dia completely bersih. But still after that Vna akan cuci dengan cleaser even dia claim no double cleanse needed. 

So itu je review pasal produk ni. So far ok la this product for daily use. Yang paling penting tak breakout or cause any tiny bump dekat skin Vna. Kalau korang nak cari produk ni senang je dekat semua drugstore kebanyakkan ada. Kalau online lagi lah senang bersepah dekat semua platform. Pandai-pandai lah grab masa sale or promotion lebih berbaloi.

Much Love, Vna Erman :)

Tuesday, March 22, 2022

Review dan Tips Cara Nak Beli Sambal Nyet Khairul Aming

 Assalammualaikum,

Memandangkan masih berbaki 2 hari lagi kuarantin positif covid 19 ni, maka kita isi masa dengan menulis review dengan apa bahan yang ada dalam hp ku. Belek punya belek ohhh ada gambar-gambar Sambal Nyet Khairul Aming yang dah berkurun ambik gambar untuk review tapi tak review pun. Semangat tinggi ye tapi kerajinan dan masa yang tidak mengizinkan. Lebih kepada tidak rajin sebenarnaya bahahahahaha.

Sapa yang tak kenal dengan Khairul Aming besar berkemungkinan bukan pengguna tegar Instagram. Masa sambal ni mula-mula launch secara jujurnya takda rasa pun nak beli sebab most of the time dekat rumah mak sentiasa buat spare sambal belancan extra dalam peti ais. Lagi satu, my family bukan jenis beli sambal instant-instant ni semua sebab kebiasaanya memang makan sambal yang mak masak je tak kisah la sambal tumis, sambal balado or sambal belacan. Lagi satu sebab lagi kenapa takdak samba instant dekat rumah adalah kerana abah memang cerewet teramat sangat bab sambal sebab dia cukup pantang sambal letak gula. Well lain orang lain preferences kan?

So macam mana boleh terjebak beli ni?

PERTAMA:

Vna Erman sejenis manusia yang tak boleh ye dengaq dengan perkara limited editon. Tapi sambal ni bukan limited edition kan? 

Ting tong!

 Dekat twitter bersepah ye orang frust menonggeng sebab sambal ni lesap dibawa arus permodenan rakus tangan-tangan yang sepantas kilat zasssss checkout account shopee masing-masing setiap kali Khairul Aming restock. Tak cukup dengan itu pernah viral ya kes sambal tiruan lagi.

Hal ni membangkitkan perasaan keterujaan yang melampau dalam diriku untuk turut turun berjuang berbatte berbekalkan ilmu selalu battle barang-barang limited edition Dato Rizalman dan jugak duckscarves. Tapiiiiiiii macam membazir rasa sebab bukan nak makan sangat plus kesian dekat orang yang teringin sangat nak tapi tak dapat. So niat terbatal di situ buat sementara.


KEDUA :

Satu hari mak singgah rumah makcik Vna then makan tengahari situ. Then balik mak cerita mak makan sambal sedap sangat tapi pedaih nak mampuih ambik sikit je tapi terasa puas makan. Tanya la dekat mak sambal apa. Dia tak tau. Adoiiiii.

Tapi mak bagi hint yang penting. Mak cakap sambal tu jual online then sorang dapat beli 2 botol je.

SAH!

CONFIRM!

Sambal Nyet Khairul Aming la tuh

Pappp esok pegang hp teruih dah standby nak beli.

GUESS WHAT???

KALAH BATTLE.

Nope.

Pantang ye kalau nak-nak tak dapat.

Esoknya lagi usaha diteruskan lagi untuk membeli sambal nyet ni.

FINALLY!

BERJAYA!!!

Alhamdulillah :)

So taraaaa


Packaging memang sumpah secure gila tebal boleh buat bantal peluk or bola ragbi bagi anak hampa main dekat padang pun gerenti tak pecah.

BESAQ KAN? Padahal botol sambal. Memang menjaga kualiti produk betul




So persoalannya sedap sangat ke sampai semendang sold out je kat shopee tu?
Hampa ghasa?



Jujur sejujurrnya dariku, sebenarnya sambal dia biasa-biasa je. Dia sedap dan pedas tapi sekadar pedas gitu je takde balance dari segi rasa. Kalau kita makan sekadar rasa pedas je lah macam tak nikmat makan sambal. Harga RM 13.90 (excluding postage). In term of harga rasanya acceptable and affordable untuk rakyat marhaen. 

Kalau korang jenis suka makan sambal pedas-pedas berdegung terpelahang, yes go for this.
Boleh la kalau terdesak-desak nak makan nasi malam-malam dengan telur & kicap. Or kalau korang kreatif dan rajin masukkan dalam nasi goreng should be ok jugak. 

Overall, Vna bagi 3.5/5. 

Lain orang lain citarasa

Apa kata deria rasa anda.

Meh share nak tau jugak.

Much Love, Vna Erman :)

p/s : Kalau nak beli sambal ni make sure topup sesiap Shopee Pay secukupnya amount harga item+ postage lepas tu get ready ikut masa restock yang team Khairul Aming mention dekat Shoppee diorang. Internet kena kuat coverage and refresh setiap saat ok? Good luck :)

Monday, February 25, 2019

Mari Makeup Pakai Drugstore Products : Part 2

Assalammualaikum,

Straight to the point, bersempena dengan Beauty Deals Guardian yang sedang berlangsung sekarang (25 - 28 Feb 2019) di mana semua cosmetics brands sales 50% so terpanggil untuk share review on some of drugstore products yang Vna pakai mana tau membantu korang untuk berbelanja dengan berhemah :)



First things first, nak buat disclaimer sikit ye :

1. Entry ini tidak disponsor oleh mana-mana pihak. Produk yang dinyatakan 100% guna duit sendiri dan reviews adalah jujur sebagai pengguna..

2. Setiap individu berbeza warna kulit, jenis kulit so sila check ingredients terlebih dahulu ok. Mungkin ada produk sesuai untuk kita tak sesuai dekat orang lain. So banyakkan buat research dan baca reviews lain dulu.

Oh, btw kalau korang perasaan tajuk entry ni ialah Part 2 which is before this Vna ada pernah tulis reviews drugstore makeup jugak so incase tak pernah baca lagi boleh tengok dulu kat sini 
(PART 1) then continue baca this one.

So lets get started :)

1. ESSENCE

Since tahun lepas, Vna start untuk serious jaga kulit sebab kalau nak makeup cantik kulit kena lah cantik. So banyak membaca dari sumber-sumber sahih dan focus kepada basic skincare. Kalau dulu nak start makeup memang terus tenyeh primer direct kat skin skip langsung skincare. Tapi semenjak dah dapat kesedaran pelan-pelan kayuh practice basic skincare untuk kesejahteraan kulit kita bahahahahaha. So sebelum letak any makeup products kita mulakan dengan ESSENCE. Menurut MUA kalau nak makeup smooth dan healthy, base kena kukuh. Guna lah apa-apa jenis Essence yang sesuai dengan korang supaya skin nampak anjal dan natural glow.Vna guna Garnier Sakura White Pinkish Radience Essence Lotion. 

Kalau tengok kepada ingredients kat belakang produk ni ada alcohol so korang yang ada sensitif skin mungkin kurang sesuai untuk pakai walaupun kat packaging ada tulis suitable for sensitif skin and dermatology tested. Apa pun patch test dulu k. Essence ni bau wangi, cepat menyerap dekat kulit dan tak melekit. 

2. MOISTURIZER

 Kalau korang sejenis malas nak mampus boleh skip pakai serum dan essence tapi DILARANG skip moisturizer kalau nak makeup korang smooth dan tahan lama. Vna guna 
Hada Labo Hydrating Water Gel.
Moisturizer ni serious sesuai umtuk sesiapa yang combination to oily skin sebab dia light, cepat meresap dan tak sticky. Highly recommended. So far Vna dah pakai 2 bekas dan masih setia tak berhasrat lagi untuk berpaling tadah menduakannya hahahahahaha


Kalau korang dry skin boleh ambik yang bekas warna pink.

3. SUNSCREEN

Ya ampun kawan-kawan sunscreen teramat mustahak untuk kulit korang lagi-lagi kita dekat Malaysia yang alhamdulillah sentiasa di terangi matahari. Pakai sunscreen bukan sebab takut jadi hitam tapi sebab kita nak mencengah kulit kita nampak tua sebelum usia dan mengelakkan dari terkena kanser kulit. Pada Vna, Biore UV Perfect Protect Milk Moisture the best drugstore sunscreen yang pernah Vna pakai. Sumpah tak melekit dan tak nampak berlemuih dan berminyak bila pakai. Bonus point lagi alhamdulillah tak menyebabkan any tiny bump dan jerawat tidak diingini muncul. Sebelum ini ada try and error sunscreen lain tapi this one suit dengan combination skin Vna. Sumpah tak tipu dah pakai more than 5 bottles. 


Selepas selesai dengan basic skincare, barulah kita beralih ke makeup. Dimulakan dengan :

1. PRIMER

Adakah primer penting?

Berdasarkan pembacaan dan research Vna melalui Twitter/Instagram/Youtube ada certain MUA tak berapa suka pakai primer sebab diorang memang focus betul-betul buat solid base so memang skin client diorang dah cukup strong dan smooth so memang boleh skip primer. Untuk sesiapa yang takde masalah kulit sangat lepas tu memang dah ready pakai basic skincare boleh je skip primer. Tapi untuk kita-kita yang sejenis kulit cepat berminyak please invest sikit untuk primer. Sekarang dah banyak drugstore brands dah come out dengan primer. Pada Vna 3 jenis primer kat bawah ni sesuai untuk combination to oily skin.


  • Rimmel Stay Matte Makeup Primer : Tekstur dia macam mousse sikit. Yang ni sangat-sangat sesuai untuk pakai dekat area hidung sebab dia betul-betul bagi matte effect. Sapa-sapa ada masalah superb duperb kulit berminyak or nak pakai makeup pergi tempat-tempat takde aircond atau masa cuaca panas pakai lah yang ni. Primer ni tak sesuai pakai one whole face just apply dekat sport yang cepat berminyak macam T-zone area.Nescaya tahan lama makeup anda.
  • Maybelline Baby Skin Pore Eraser : Primer ni Vna dah pernah review dekat entry part 1 so boleh baca kat situ ok. Tapi basically pada Vna primer ni not really suit dengan combination skin. Kalau kulit korang cepat berminyak skip this primer cari option lain.
  • Sendayu Tinggi Tea Tree Primer : Yang ni my favourite primer ever. Dah pernah review jugak dekat entry part 1. Cuma kalau nak dibandingkan antara ST dengan Rimmel, ST less matte compare to Rimmel dia memang betul-betul bagi matte habis skin korang. Kalau nak dibandingkan tahap ketahanan, Rimmel lebih tahan lama tapi please just apply dekat area cepat berminyak je kalau tak muka korang cakey nanti if apply one whole face. ST pulak even dia bagi effect matte, but still korang macam boleh dapat natural glow lagi compare to Rimmel. So its up to you guys nak beli yang mana satu sebab both pun best.
2. FOUNDATION



  • Revlon Colorstay Full Cover Foundation : Foundation ni superb duperb matte weyh. Kalau sapa yang memang cepat sangat kulit muka berlengas ko pakai primer Rimmel tadi kahwinkan dengan foundation ni memang muka ko matte gila weyh. Kalau korang jenis dry to normal skin rasanya tak sesuai. Foundation ni medium coverage. For me, foundation ni macam oxidize sikittttttt tapi tak obvious sangat la. Sikit je.
  • Maybelline Fit Me Foundation : Rasanya foundation ni memang pujaan hati adinda-adinda di Malaysia. Yang ni dah pernah review dekat part 1. But after a while I realise foundation ni antara penyumbang kepada kemunculan jerawat haippppp besaaa dia tuhhh. Ini based on my skin lah. So sesiapa yang acne prone skin you might have to consider to try or not to try this foundation. Tapi kalau korang jenis less sensitive skin foundation ni best jugak sebab dia lightweight and less oily. Harga pun affordable.
  • Silkygirl BB Cushion : Kita loveeeeeee sangat. Dah review jugak dekat entry part 1 hehehehe. Waktu mula-mula product ni muncul dekat drugstore ada 2 codes je tapi sekarang dah ada lagi 1 darker shades plus dah jual refill so lebih menjimatkan wang anda. Alhamdulillah BB cushion ni tak mencetuskan jerawat. 
3. CONCEALER



  • Maybelline Instant Age Rewind : Yaaaa tuan puan sekalian ini pun antara pujaan adinda-adinda sekalian. Tak perlu disangkal lagi kehebatannnya sebab semua orang dah war-warkan di setiap pelusuk sosial media. Tak payah pikir wajib beli.
  • Maybelline Fit Me Concealer : Ohhhh concealer ni pun tak kurang hebat untuk cuba menyaingi Age Rewind. Pertempuran agak sengit ya akak akak sekalian tapi pada Vna la kan Age Rewind suit with every single foundation in term of base colour and lebih brighter untuk apply bawah mata dan untuk highlight purpose. Fit Me ok je just that ada certain time dia tak works well dengan certain foundation. Ke Vna je camtu? Tapi dia masih concealer yang best dari drusgtore cuma kalau perlu memilih Vna memang team Age Rewind. 

4. LOOSE POWDER

Selepas selesai apply foundation dan concealer perlu lah letak loose powder supaya foundation dan concealer korang terletak elok di tempat sepatutnya bukan selepas beberapa saat cair membasahi muka anda lantas anda menangis meraung meratap sambil berkata apa silapkuuuuuuu. Loose powder is the best powder to set foundation dan concealer. Please avoid using compact powder ye. Compact powder hanya untuk touch up purpose. 

Honestly, Vna tak pakai loose powder from drugstore. Tapi Vna ada share affordable loose powder yang Vna pakai dekat entry part 1 iaitu Innisfree No Sebum Mineral Powder. Tapi Vna ada buat reserach and baca reviews loose powder yang best yang di recommendkan oleh kebanyyakan beauty vlogger & orang biasa yang boleh dibeli dekat drugtsore :

  • Catrice Nude Illusion Loose Powder: Vna pernah cuba tester dekat Guardian and texture powder ni memang halus almost macam Innisfree. Kebanyakkan reviews cakap loose powder memang bagi strong matte effect so just pakai sikit je tau.


  • Revlon New Complexion Loose Face Powder : Pstttttt dengar cerita loose powder ni dupe kepada loose powder Laura Mercier. Almostttttt the same. Loose powder ni molek benar di grab waktu 50 % sales ni sebab harga asal dia quite expensive for drugstore range. Dalam RM60+ jugak lah. So grab lekaih masa sales ni berbaloi kadar penjimatan.



5. BROW PRODUCTS

Kening adalah benda palingggggg susah sekali nak di makeupkan. Setuju tak? Ada hari jadi ada hari nak naik angin rasa. Bertuah lah anda jika dilahirkan dengan kening yang cantik terbentuk. Sekiranya anda memerlukan bantuan brow products dua ni antara yang Vna boleh recommendkan.


  • Essence Make Me Brow Eyebrow Gel Mascara : Molek untuk sesiapa yang ada kening yang tebal dan berselerak ko sikat je dia tauuu lah brow gel tuh nak handle macam mana. Lepas tu sapa yang jenis kening botak geng Vna lepas dah lukis frame guna je brow gel ni untul fill in so tak la nampak kening macam adik beradik Shin Chan.
  • Maybelline Fashion Brow : Warna yang paling gelap sekali texture dia pomade so senang untuk buat frame kening korang. Yang colour paling light sekali boleh guna untuk shading hidung anddddd korang nak tau satu rahsia tak................SYEDEWA MUA yang selalu makeup Neelofa tu guna brow palette ni untuk shading hidung. Kalau MUA professional pun dah guna review macam mana lagi korang nak? Add to cart NOW!

6. EYESHADOW


Vna takde dah eyeshadow drugstore.Most of eyeshadow yang Vna ada bukan dari drugstore. Kalau korang ada baca part 1 Vna ada recommendkan eyeshadow Simplysiti tapi sekarang eyeshadow tu dah discontinue. So apa yang Vna boleh suggest based on reviews yang Vna jumpa korang boleh cuba 

  • Rimmel Magnificies Spice Edition : Honestly Vna memang nak beli palette ni tapi masa nak beli sold out merata-rata sebab sales kan. Kalau tak sales harga dia quite expensive jugak la RM50++ . Vna ada try tester and yes colours semua pigmented gila. Worth to try.

7. EYELINER


  • Essence Long Lasting Eye Pencil : Koranggggggg tolong masuk Watson lepas tuh grab eyeliner ni pleaseeeee? Harga untuk sebatang eyeliner ni less than RM10 kot ya Allah mampu milik sangat tapi tetap berkualiti. Tak comot, senang nak pakai and so far tahan lama. Sapa-sapa jenis tangan mengigil nak pakai jenis liquid boleh cuba yang ni. Highly recommended.
Selain itu, Vna baru discover lagi satu eyeliner yang baguihhhh untuk hampa. 



  • Silkgirl Funky Eyelights Pencil : Masuk-masuk je Guardian or Watson terus grab yang ni please? Grab colour Rose Gold Ya Allah cantik nak mampuih kalau letak bawah mata. Dah 2019 no more eyeliner warna putih seinci pleaseeeee. Try this one terus kau rasa ohhhh cantik jugak aku ni ye. Gitewwwww. 
9. MASCARA

Jangan kau pandang rendah kepada mascara ye kawan-kawan. Tanpa mascara terencat sikit lah eye look kau lagi-lagi kita yang tak boleh pakai bulu mata pelesuuuu ni haaaaaa. Mascara ialah item favourite Vna. Vna prefer mascara dari eyeliner. Ini antara drugstore mascara dalam collection Vna.



  • Loreal Volumnious Lash Paradise :  Mascara ni pujaan seluruh dunia ya akak- akak sekalian. Baru je masuk Malaysia last year. Agak mahal kalau beli time bukan sales so better grab waktu 50% sales ni. Sumpah besttttt. Dia melebat dan melentikkan bulu mata korang tanpa mengumpal duduk rapat-rapat macam solat berjemaah. Kira bulu mata ko bebas sehelai-sehelai memang syok habis. Cumaaaa mascara ni waterproof so kena guna oil based makeup remover untuk betul-betul remove.
  • Essence I Love Extreme Crazy Volume Mascara : INI CINTA HATI KU. Pernah Watson dilanda ketandusan mascara Essence di setiap pelusuk negara punya sedih pilu tak berlagu. Tapi sekarang dah start ada balik stok dekat Watson phewwww lega kitewwww. Mascara ni memang melebatkan bulu mata korang tapi still tak nampak over tapi nampak macam ko pakai fake eyelashes tapi sebenarnya tidak. Eh senang cerita best la. Senang nak remove jugak sebab dia tak waterproof. 
Dedua ni current favourite. Tapi Essence paling suka lah. Loreal itu pakai jugak IF pergi mana-mana yang tak payah removed makeup untuk solat. Maksudnya before habis waktu solat sempat balik rumah so akan pakai yang tu. Tapi kalau nak keluar lama-lama dan perlu solat dekat luar akan pakai Essence sebab senang nak remove. Essence lagi murah dari Loreal. So pilihan di tangan anda :)

10. LIPS PRODUCTS


Lipstick paling best from 
  • Maybelline collection The Powdermattes : code Touch of Nude & Toasted Brown. Sesuai pakai bila-bila masa pun. Tak mengeringkan bibir even matte effect. Dia macam velvet finish sikit. Smooth je bila pakai. Eh ni memang wajib beli. 



Next products ada love hate relationship. 

  • Maybelline Color Sensational Creamy Mattes: Colours untuk collection semua lawa-lawa nak mampus. Ada banyak gila warna. Memang gila nak membeli. Tapi personally Vna rasa collection ni tak best sebab formula dia mengeringkan. Memang lah tau ni jenis matte tapi ni jenis kering sangat. Nampak tak cantik atas bibir lepas apply. Unless korang apply banyak layer dia ok sikit lah. 



  • Maybelline Superstay Matte Ink : Ini satu hal lagi masa test tester ya Allah punya lah payah nak remove weyh. Kena pakai oil based makeup remover sental macam ko sental periuk hangit tu haaa baru boleh remove. So memang bajet dia akan stay elok atas bibir lah. Sekali pakai ya ampunnnn crack gila bila dah mengering. Dah la tuh takes time jugak untuk dia fully dry atas bibir. Tapi colour collection ni memang cantik - cantik. Kalau nak pakai memang kena apply lipbalm dulu baru apply dia then lepas pakai jangan makan any oily foods kalau tak menagis lah tengok bibir ko bercapuk-capuk. Dry lips memang BIG NO NO!!

11. BLUSHER

The only drugstore blusher yang Vna ada yang ni. Dah pernah review dekat entry part 1 so baca kat situ lah. 


Dah hit pan dah pun so memang sungguh-sungguh pakai.

Kenapa Vna tak beli blusher drugstore sebab sekarang setia dengan satu local product yang seriouslyyyy pigmented nak mampuih dan tahan lama iaitu Beautyra Blusher.


Tapi dengar cerita kalau nak cari dupe untuk Beautyra code Unicorn  boleh try Maybeliine Fit Me Blush code Wine. 

Last but not least,

12. SETTING SPRAY


  • Maybelline Master Fix : Serious lepas selesai makeup korang spray yang ni makeup korang tahan lama even cuaca panas. Dah pernah ber-experiment tahap ketahanan spray ni waktu cousin kahwin one whole day pakai dengan cuaca panas lit lit makeup still ok. Berminyak tu memang tak dapat elak la but still masih terkawal.
Ok itu je nak share. Hopefully membantu korang shopping dengan berhemah.

Much Love,
Vna Erman :)


Wednesday, January 10, 2018

Review: Drugstore Makeup Brush Set (Sedayu Tinggi | Flamingo Edition)

Assalammualaikum,

Biasa review pasal makeup je so kali ni kita review alatan makeup pulak boleh? Kalau berminat boleh teruskan  membaca sehingga ke huruf yang terakhir. Semoga bermanfaat buat anda :)

Kalau nak tau asalnya suka pasal makeup sebab makeup brush. Ntah tak tau nak describe macam mana tapi pada Vna bila pegang makeup brush tuh memang best feeling dia. Dia macam aura fefeling macam makeup artist camtu. Honestly Vna tak suka makeup pakai jari. Kena jugak pakai makeup brush. Dia seolah-olah nampak pro walaupunnnnnn ke laut. LOL. Masa zaman sekolah subject seni antara subject ke laut nak-nak kalau nak kena guna watercolour dengan brush. Adoiiiii. Tapiiiiiiii, antara guna brush untuk lukisan dengan brush makeup rasanya skill guna makeup brush 100x ganda lebih bagus.

Makeup brush pertama pernah beli cap Tesco kot. BAHAHAHAHAHA! Dekat bahagian diorang jual sikat lah getah rambut lah haaaa kan ada jugak jual individual brushes untuk makeup. So masa tuh sempat lah sambar berus untuk bedak dengan flat brush untuk foundation lempaq buh dalam trolley senyap-senyap pastu Abah bayarkan. LOL! #cheapskate 

Lepas tuh  satu hari jalan-jalan masuk Elianto terjumpa satu brush set walahweyhhh punya excited sebab rasa OMG inilah yang selama ini ku cari. Masa zaman tuh (7/8 years ago) makeup items tak semenggah sekarang. Kiranya kalau orang jual basic things je unless kita masuk MAC dan seangkatan dengannya sure jumpa. Brands yang mampu milik biasanya tak produce sebab demand tak serancak sekarang. Mujurlah ketika itu birthday month maka emak pun belikan brush set Elianto tuh. 

Berbekalkan makeup brush Elianto tulah Vna mengasah skill makeup. Tenyeh muka sendiri, paksa adik pinjam muka dia nak main makeup-makeup (bersyukur ada adik perempuan) LOL! Makeup brush dia kira perfect for beginners lah. Harga dalam RM70 camtu kot. Lupa dah sebab dah lama. Pastu pelan-pelan tambah koleksi beli individual brushes brand Elianto dengan Sendayu Tinggi dekat Watson. Sebab dua brand ni yang senang dapat dan mampu milik untuk kita orang biasa-biasa ni.

Latest addition dalam makeup collection Vna ialah Beauty Brush Set Flamingo Edition brand Sendayu Tinggi. Dah lama nak beli brush set yang baru sebab brush set Elianto tuh dah uzur dah. Bulu-bulu dia dah kasar bagai di toreh-toreh kulit muka tiap kali tenyeh dekat muka. hahahaha. Kebanyyakan yang jual dekat pasaran biasanya face brush kurang eyes brushes.  Kalau boleh nak cari yang offer brushes untuk mata jugak. Mujurlah Sendayu Tinggi mendengar permintaan hati kecilku bila akhirnya diorang release makeup brush seperti ku dambakan beberapa bulan lepas. 



Seperti biasa review yang dibuat memang jujur sebagai seorang pengguna dan produk dah di cuba berkali-kali sebelum tulis review.

Best tak brush set ni?

OMG SUMPAH BEST! 
Sebelum ni biasa beli individual brush set brand Sendayu Tinggi. Apa yang Vna boleh katakan kualiti Flamingo Edition yang terbaik yang pernah Sendayu Tinggi produce. Brushes keluaran sebelum ni bukan tak berkualiti tapi yang ni memang da boom. Sangat fluffy. Bila tenyeh dekat muka seperti dibelai-belai gitewwww. Setiap berus dibuat secara handmade okkkkk. Ada certain brush macam tak pick up produk tau, tapi brush set ni mampu pick up produk makeup kita dengan baik sebelum kita oleskan ke muka. 

Lagi satu, antara faktor penarik untuk beli brush set ialah lawa. Yes, you girls yang biasa baca review Vna mesti tau betapa pentingkan sesuatu benda itu kena packaging menarik semua. So warna brush ni sangat cantik sehebat kualiti dia.
WORTH TO BUY!

Photo credit to IG Sendayu Tinggi

Sesuai tak untuk beginners ke membazir nak beli kalau tak pandai bab makeup-makeup ni?

Ya Allah brush set macam inilah sesuai untuk invest beli sebab sesuai untuk sesiapa saja yang bernafas di ataih muka bumi ini. Kenapa Vna cakap sesuai? Sebab dia lengkap untuk muka dan mata. Macam Vna mention before kebanyakkan brush set selalu banyak untuk bahagian muka. Selalu untuk mata semata-mata flat eyeshadow dengan brush kening. OMG membazir. Yang ni lengkap dan mampu milik. Lagi satu brush ni di datangkan dalam brush organiser so senang simpan dan nak bawak kemana-mana. Tak susah nak kena ikat getah ke takut berterabur. Hahahaha.

Halal tak?

Antara sebab Vna membeli brush ni ialah Sendayu Tinggi keluaran bumiputera dan syarikat orang Islam. Semestinya halal. Memang bersepah orang jual set brush ni tapi tulah halal tak, bulu apa depa guna kita pun ragu-ragu. Insya Allah Sendayu Tinggi menggunakan bahan yang halal untuk setiap produk yang diorang keluarkan. Untuk berus Flamingo Edition ni, ia diperbuat daripada bulu sintetik BASF (kalau tak silap technology German) yang seakan-akan menyerupai bulu kuda padi. 

Nak beli tapi tak reti guna cemana?
 
Nah screenshot dari Instagram Sendayu Tinggi. Setiap satu fungsi brush diorang dah explainkan. Jangan risau dekat kotak packaging pun ada tulis. Boleh bukak Youtube Sendayu Tinggi jugak ada Yatie Sendayu Tinggi explain macam mana nak guna. Check it out!


Serious ke mampu milik? Habaq mai tang mana buleh beli ?

Pada Vna yes mampu milik awak-awak sekalian. Sebab korang dapat lapan batang berus beserta bag untuk simpan dan angkut berus-berus tuh kemana-mana je dengan mudah. Kalau beli secara individual tak kisah lah dekat Drugstore atau Sephora/Sasa tak dapat harga macam ni tau. Brush set ni berharga RM 91.15 untuk bukan ahli. Rasanya ahli Sendayu Tinggi lagi murah. Vna beli dekat Watson pastu guna point membership dapat lah beli RM85 camtu. Boleh cari dekat Watson yang ada jual brand Sendayu Tinggi atau ke store Sendayu Tinggi terdekat atau secara online di website rasmi Sendayu Tinggi. Untuk harga macam tuh, kualiti berus yang best yessss berbaloi lah beli.Macam Vna cakap memang bersepah orang jual brush set, tapi berus dia kejung, ada certain orang boleh alergic sebab brush dia kasar dan kualiti teruk. Tapi apa pun hak membeli di tangan masing-masing :)

Ok itu saja review kali ni. Kalau ada apa-apa nak tanya boleh drop comment nanti Vna reply. Last but not least, berbelanja lah ikut kemampuan masing-masing. Murah tak semestinya tak elok mahal tak semestinya hebat. Pandai-pandai lah buat pertimbangan. Hopefully review Vna membantu :)

Much Love, Vna Erman 

Monday, December 04, 2017

Review Dida Cosmetics : Iconic Eyeshadow Palette

Assalammualaikum,

Bertemu lagi kita di blog sendu ku ini. Moh kita teruskan review untuk latest product dalam makeup box Vna Erman iaitu Iconic Eyeshadow Palette dari local products, Dida for Women 

Say hello to my new darlings, Iconic Eyeshadow Palette!


Lama dah aim untuk try produk DIDA ni tapi hold on dan hold on lagi sebab takut tak best dan membazir. Tapi follow jugak brand ni dekat Instagram sebab suka tengok produk-produk diorang. Pada Vna concept diorang boleh di kategorikan sebagai minimalist. DIDA start off dengan produce lip cream. Warna-warna yang diorang produce memang sesuai untuk semua skin tones dan sangat-sangat kena dengan jiwaku yang sangat mengemari nudes colours but why LIP CREAM WHYYYYYYYY!!! Vna masih lagi dikategori old school person, prefer any lips products mesti berbentuk lipstick yang jenis pusing-pusing. Tak suka lip cream product sebab tak pandai nak apply end up nampak comot. Tapi nak buat macam mana sekarang ramai yang produce lips cream instead off lipstick. 

DIDA kemudian mengembangkan lagi produk cosmetics mereka kepada eye product dengan memperkenalkan eyeliner dan eyeshadow palette.

                                                                         Photo from DIDA Instagram

Photo from DIDA Instagram


Lemah gemalai rasa bila dapat tahu DIDA produce eyeshadow palette. Bank account terus bergetarrrrr getarrrrr petanda wang bakal mengalir keluar deras sederasnya. Lepas baca semua reviews Vna tekad untuk beli dan try untuk pertama kalinya produk DIDA. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, boleh lah pulak tetiba DIDA buat flash sales 50% OFF ALL PRODUCTS selama 1 jam sahaja sempena Black Friday sales baru-baru ni. 

50% OFF!
50 % OFF!
Kau tunggu apa lagi? Si Erleen kata "Bodoh kak kalau kamu tak beli........dah lama kamu nak-nak kan"
Baiklah untuk membuktikan yang Vna Erman bukan seorang kakak yang bodoh untuk melepaskan peluang sedemikian yang rupa maka add to cart terus dan taraaaaaaaaaaaaaaaa.......


100% ORIGINAL COLOURS WITHOUT FILTER.

Disebakan tak suka buat swatches, kita printscreen saja dari Instagram DIDA. Lihatlahhhh warna-warna eyeshadow palette ni tak mengodakah?

 Photo from DIDA Instagram

Adakah Vna suka palette ni?

TERAMAT-AMAT SUKA! Masa mula-mula bukak parcel terus jatuh cinta pandang pertama. Lepas tuh try calit-calit dekat mata walaweyh pigmented sangat! Colours dia semua pop up cantik dekat mata. Serious tak tipu. Review ini jujur selepas dua kali mengunakan eyeshadow ni dekat mata siap jalan-jalan few hours dekat luar.

Matte or Shimmer?

Ada 3 matte colours selebihnya shimmer colours. Tapi jangan risau shimmer dia bukan jenis heavy metal shimmer persis liplap lacuci baju M.Daud Kilau atas pentas. No, no tak mau risau. Shimmer yang sedang elok untuk pakai tak kisah siang atau malam, bawah matahari atau kawasan berhawa dingin semua sesuai. Kalau korang perasan, setiap satu eyeshadow dalam palette ni dinamakan sempena nama-nama public figure wanita terkenal. Sebab tulah eye shadow ni dinamakan ICONIC Eyeshadow Palette.

Packaging menarik ke idok?

Kalau korang biasa baca products reviews yang Vna biasa buat sebelum-sebelum ni, mesti korang tahu Vna amat menitik beratkan packaging. Packaging memang penting untuk menambat hati pembeli. Overall suka presentation produk ni. Selection colours untuk packaging ni menarik not bad. Palette tuh di letakkan dalam cover warna peach. Warna sebenar palette tuh light pink (rujuk gambar yang memula sekali). Colour yang menarik untuk packaging produk,Vna bagi A.
Tetapiiiiiiii, 
Material yang digunakan untuk case palette ni pada Vna la KURANG MEMUASKAN sebab rasa macam kotak yang nipis bukan jenis hardcore box camtu. Itu je yang buat slack sikit pasal palette ni tapi untuk kualiti produk memang terjamin elok. Alaaaa saja demand sikit jeeee. LOL! Kalaulah DIDA nak buat penambahbaikkan di masa-masa akan datang , Vna cadangkan untuk upgrade casing to high quality hard box. Lagi better. Tapi yang sekarang masih consider OK!

Adakah Vna akan suruh kaum kerabat atau sahabat hadai yang gila makeup/baru nak berjinak makeup untuk membeli eyeshadow DIDA ini?

YES,
YES,
absolutely YES.
Eyeshadow ni sangat berkualiti untuk sebuah produk local. Kalau tak pakai eye primer sekali pun masih boleh create eye look yang cantik. Tapi Vna nasihatkan untuk pakai eye primer supaya warna tuh lebih pop up lagi. Tekstur eyeshadow senang untuk di blend. Kalau korang tanya adakah dia setanding dengan international brand macam Tarte atau Zoeva palette, Vna rasa formula eyeshadow ni hampir-hampir setanding denganya. Tidak adil untuk buat perbandingan dengan international brands sebab DIDA masih consider baru dalam industri cosmetics tapi untuk yang sedia ada dah cukup mengkagumkan. Salah satu produk keluaran tempatan yang tidak mengecewakan.

Setimpal tak harga dengan kualiti?

Harga eyeshadow ini ialah RM 115, Vna bertuah sebab beli masa flash sales 50% off so tinggal dalam RM57+ camtuh. Pada Vna harganya masih boleh dikira mampu milik. Tak lah terlalu mahal .Ada 10 warna dalam satu palette. Berat eyeshadow palette ini ialah 11g. Ringan dan senang nak bawa travel.

Berapa bintang Vna bagi untuk eyeshadow ni?

4.5/5

Ok itu saja review ikhlas (tidak berbayar) dari Vna. Kalau korang pun dah lama aim nak grab eyeshadow ni hopefully reviews Vna membantu korang untuk decided nak beli tak nak beli tak. Tapi percayalah sangat berbaloi.

Oh, korang boleh dapatkan produk-produk DIDA di :

DIDA Official Website: https://www.didaforwomen.com/
atau boleh beli di website
Fashion Valet, Zalora atau Hermo.

Much Love, Vna Erman :)

Tuesday, November 28, 2017

Fashion Valet vs Zalora

Assalammualaikum,

Sapa sini suka shopping online angkat tangan? 

Saya!!

Biasa tak shopping dekat Fashion Valet atau Zalora Malaysia. Kalau biasa mungkin boleh skip post kali ni, tapi kalau nak tau tips penjimatan shopping dekat dua online gah di Malaysia ni teruskan membaca! Seperti biasa, apa sahaja yang Vna tulis tidak berbayar dari mana-mana pihak bagi tujuan promosi maka semua yang Vna ceritakan di sini adalah berdasarkan penggalaman sendiri so hopefully tips yang Vna share bermanfaat untuk semua shopaholic sepertiku. LOL!
..................................................................................................................................

Latar belakang syarikat :

Fashion Valet : Syarikat anak muda Malaysia. Wohoooooo Made in Malaysia #bangga .Mula bertapak pada 2010 dan pengasasnya ialah Vivy Yusof dan suaminya. FV carry local designer brands dan jugak beberapa jenama local dari seluruh Asia.

Zalora Malaysia : Mula bertapak di Malaysia pada 2012, meruapakan sebahagian dari Zalora Group under Rocket Internet GmbH. Zalora bukan je ada dekat Malaysia, tapi ada dekat negara-negara lain seperti Indonesia, Singapore dan Brunei. Berbeza dengan FV, dekat Zalora korang boleh beli local brands dan selected international brands.

Adakah senang untuk shopping di FV/Zalora? 

Yes, dua-dua website sangat user-friendly. Korang hanya perlu create user account lepas tuh pilih barang masukkan ke dalam cart/bakul shopping lepas tuh bayar. Once dah selesai pembayaran, kedua-dua website akan update mengenai parcel korang melalui email. So sangat selamat dan cepat. 

Payment Options/ Kaedah Pembayaran

Fashion Valet : Boleh guna kad kredit, online banking yang ada di Malaysia atau secara manual iaitu bank in di ATM mesin kemudian emailkan slip pembayaran kepada diorang. TETAPI, untuk produk-produk yang laku keras/ sekelip mata sold out (selalunya brand dUCk) direct bank in method takde so korang nak tak kena bayar guna kad kredit atau online banking. But most of the time direct bank in available sentiasa. Tapi nak senang guna je online banking. 

Zalora Malaysia: Sama macam FV cuma Zalora TAKDE DIRECT BANK IN tapi ADA CASH ON DELIVERY di beberapa kawasan sekitar Malaysia. 

So decide website mana yang memudahkan anda. Tapi kalau ada online banking senang tak payah pikir dua-dua web boleh shopping

Website mana yang bagi FREE POSTAGE eh?

Dua-dua website offer free postage ke serata pelusuk Malaysia tetapi...............
# IMPORTANT TIPS HERE!
Kalau beli dekat FV tak kira lah berapa items, tak kira berapa harga memang dapat free postage. Tapi, kalau dekat Zalora kena spend RM75 ke atas baru layak untuk dapat free postage. So kalau rasa-rasa nak free postage tanpa perlu spend banyak go to FV. Benda pertama kita kena buat ialah survey terlebih dahulu barang/brands yang kita nak beli tuh available ke tak dekat dua-dua website, lepas nak tuh kalau ada go for FV untuk penjimatan tak payah bayar postage.

Contoh:
Kita nak beli eyeshadow Sugarbelle Cosmetics SAHAJA! Brand ni available dekat FV dan Zalora. Harga eyeshadow yang kita nak RM39 so beli lah dekat FV dah jimat duit postage di situ.

Tapi kalau barang/brands yang kita nak hanya ada dekat Zalora (lepas tuh harganya kurang dari RM75) so terpaksa lah bayar postage. Melainkan kita beli barang lain jugak so lebih dari RM 75 takpe. Postage fees Zalora adalah seperti di bawah :


Ingat, SURVEY/CHECK TERLEBIH DAHULU BARANG/BRANDS yang kita nak beli ada ke di kedua2 website lepas tuh  baru decide. Vna memang sejenis shopaholic kedekut bayar shipping. Mana-mana online website yang offer free shipping with no minimum spend itulah yang akan diutamakan.

FV dan Zalora charge GST tak?

FV BEBAS GST yahooooooooo (bebas disini bermaksud company yang tanggung) manakala Zalora customer yang kena bayar. So kalau nak nyahkan GST dalam shopping cart korang maka membeli-belah lah di FV lebih jimat kerana 6% itu sangat berharga. LOL!

Contoh:

Proses pertukaran/exchange kalau size tak kena dengan kita senang tak?

Kedua-dua company accept exchange dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian ASALKAN mana-mana barang yang kita beli masih ber-tag harga/label, tidak dipakai atau dibasuh, tidak di ubahsuai (alter) dan berserta pembungkus plastik/kotak yang asal. Antara FV dan Zalora, proses pertukaran dengan Zalora lebih senang berbanding dengan FV. Kenapa?

Fashion Valet : Kena email terlebih dahulu kepada customer service diorang lepas tuh kena tunggu FV reply balik sama ada request kita nak tukar ada stock lagi ke tak then baru boleh hantar balik barang kita nak tukar dekat diorang. Setakat harini pernah sekali buat pertukaran size. Walaupun proses nak mintak tukar macam renyah (sikiiiittt je) tapi service diorang cepat. 

Zalora : Sangat senang dari FV, bukak website atau apps lepas tuh pilih exchange terus kita boleh select  nak tukar warna ke atau tukar ke sizing yang lain. Once dah selesai kita boleh terus hantar balik dekat warehouse diorang secara percumaaaaaa. 

Return policy atau proses pemulangan semula bila terjadinya kejadian seperti:

Pinnnn pinnnnnnn!!!!!!! Parcel sampai depan rumah yahooooo! Bila kita bukak parcel lepas tuh try tak selesa

atau

Model pakai lawa kita pakai tak kelihatan macam tuh pun kuciwaaaaa.....

atau

Terpengaruh dengan insta famous lepas tuh menyesal kenapa aku beli kenapa kenapa??

atau

Alamak lupa bayar PTPTN bulan ni sebab dah terguna untuk online shopping"

MACAM MANA NI?HELP!!

Fashion Valet : Korang boleh pulangkan semula apa sahaja barang yang tak suka atau tak puas selepas beli asalkan barang tu bukan pre-order items, produk kecantikan contohnya macam makeup, skincare, alat tulis, pakaian renang, pakaian dalam atau sebarang aksesori seperti tudung, beg, cincin, rantai dan seangkatan dengannya. Senang cerita pakaian atau kasut boleh dipulangkan semula. 

Pastikan barang yang nak dipulangkan semula masih berada dalam keadaan yang sama macam yang kita terima. Lepas tuh print dan isi borang pemulangan semula/returns dan masukkan sekali dengan barang yang kita nak pulangkan tuh. Bila barang yang kita hantar dah sampai dekat diorang kita tak dapat balik duit dalam account bank tapi FV pulang semula dalam bentuk store credit. 

Incase ada yang tak tau apa itu store credit, store credit tuh macam duit jugak tapi duit digital yang hanya boleh guna untuk beli benda lain dekat FV. Contohnya kita beli sepasang baju, lepas order tertengok brands lain eh lagi cantik tak yah tepuk-tepuk dahi menyesal, just pulangkan semula pastu gunakan store credit tuh untuk beli yang lain. Faham tak? Oh ya, di FV kos pemulangan semula di tanggung oleh customer. 

Setakat harini belum pernah pulangkan lagi apa-apa dekat FV. Semua barang yang dapat memang puas hati. Cuma pernah mintak tukar size tu je.

Zalora : Sama macam FV boleh pulangkan apa sahaja barang yang kita tak berkenan lepas beli KECUALI :



Yang bestnya dekat Zalora kita boleh mintak duit kita balik yahoooooo! Kalau jenis dah beli pastu baru nak menyesal kenapa aku beli kenapaaaaaaa why whyyyy, haaaa geng-geng macam ni sesuai membeli-belah dekat Zalora dari FV sebab kita boleh mintak refund duit semula. Proses pun senang dan pantas. Vna tak pernah berani beli kasut secara online sebab kaki saiz kecik so memang risau sangat tak kena. Tapi ntah macam mana tergedik order kasut dekat Zalora pastu bila dah sampai longgar padan muka. Nak tukar saiz lagi kecik yang ambik tuh memang dah paling kecik. Mujur boleh mintak duit semula so taklah sesal separuh nyawaaaaaaaa! 

Proses refund pun lebih senang dari FV. Cuma bukak website atau apps Zalora, takyah renyah print borang pastu isi. Just pilih option returns lepas tuh decide sama ada kita nak nak cash atau store credit. Segala penghantaran pemulangan semula ke Zalora free dengan syarat guna Poslaju atau drop parcel di Collect Co center berhampiran tempat korang. Bila diorang dah terima barang yang kita pulangkan setiap process Zalora akan update kita.






Antara FV vs Zalora, Vna lebih suka Zalora sebab Zalora tanggung kos penghantaran untuk pemulangan dan boleh dapat cash semula! 

Antara FV dan Zalora, mana yang murah?

Pada Vna barang-barang dekat FV agak mahal (terutamanya pakaian) manakala Zalora masih boleh consider ok sikit sebab kita boleh dapat baju yang masih mampu milik sampai secekik-cekik darah gurlllppppp. Contohnya waktu musim raya, baju raya dekat FV kebanyakkannya bermula RM200 ke atas tapi dekat Zalora ada option baju less than RM100 tapi masih lawa, design terkini dan berkualiti. 

FV sangat jarang sales tapi Zalora selalu buat sale. FV kalau sales pun, brands letops excluded contohnya dUCk. Zalora selalu bagi coupun code dalam website, via social influncer atau pun dalam magazine tapi FV memang tak laaaaaaa. 

Ada membership price tak?

Takde awak-awak sekalian. Tapi kalau beli apa-apa items dekat FV boleh collect points. 
RM1= 1 points, kalau ada 100 points boleh tolak RM1.00 untuk next purchase. So kumpul points banyak-banyak then guna so boleh jimat. Zalora pulak takde collect points. Kalau nak discount, apply voucer code je la.

................................................................................................................................................

So itu sahaja tips atau guideline shopping yang Vna boleh share untuk membantu korang jimat tang mana-mana yang boleh jimat.Ingat, duit kita hak kita. Mana boleh jimat kita jimatkan. Tips paling penting 

survey,
survey,
survey,
baru beli.
unless barang tuh limited edition so grab je lah jangan pikir lama-lama atau korang akan menangis dibucu katil. LOL! 

Antara FV dan Zalora, Vna banyak membeli dekat FV sebab free shipping,takde GST dan boleh collect points untuk di gunakan masa depan. Tapi dekat Zalora pun beli jugak cuma tak sekerap dekat FV. Kalau sesuatu benda Vna tak confident nak beli tapi nak try, memang akan beli dekat Zalora sebab kalau tak suka boleh mintak duit balik. Kadang-kadang ada dapat voucher code so dapat lagi murah so Vna akan beli dekat Zalora sebab FV jarang sales. Ada jugak certain exclusive brands ada dekat Zalora takde dekat FV begitu jugak sebaliknya. 

Kedua-dua company service cepat zappppppp cuma Vna tak suka Zalora guna service GD Ex. GD Ex area Vna sangat hampeh, suka tak jumpa rumah padahal rumah Vna dekat center bandar, delays penghantaran even bukan peek season, tak call langsung if sesat atau before datang call dulu untuk pastikan ada orang dekat rumah. Kalau FV, diorang mengunakan pengkhidmatan Pos Laju. Kalau lewat sampai parcel pun bukan salah FV, tapi salah Pos Laju. Senang cerita kalau lewat bukan salah FV atau Zalora tapi courier company yang lambat.

Incase ada yang macam tak paham apooooooo lah yang Vna merepek ni tak pahammmmmmm lah, boleh drop comment nanti Vna leraikan kekeliruan itewwww. Happy shopping uols. 

DISCLAIMER: POLISI SYARIKAT MUNGKIN BERUBAH DARI MASA KE SEMASA, MOHON BACA TERMS AND CONDITION ATAU FAQ TERLEBIH DAHULU. 

Much Love, Vna Erman :)