Monday, February 25, 2019

Mari Makeup Pakai Drugstore Products : Part 2

Assalammualaikum,

Straight to the point, bersempena dengan Beauty Deals Guardian yang sedang berlangsung sekarang (25 - 28 Feb 2019) di mana semua cosmetics brands sales 50% so terpanggil untuk share review on some of drugstore products yang Vna pakai mana tau membantu korang untuk berbelanja dengan berhemah :)



First things first, nak buat disclaimer sikit ye :

1. Entry ini tidak disponsor oleh mana-mana pihak. Produk yang dinyatakan 100% guna duit sendiri dan reviews adalah jujur sebagai pengguna..

2. Setiap individu berbeza warna kulit, jenis kulit so sila check ingredients terlebih dahulu ok. Mungkin ada produk sesuai untuk kita tak sesuai dekat orang lain. So banyakkan buat research dan baca reviews lain dulu.

Oh, btw kalau korang perasaan tajuk entry ni ialah Part 2 which is before this Vna ada pernah tulis reviews drugstore makeup jugak so incase tak pernah baca lagi boleh tengok dulu kat sini 
(PART 1) then continue baca this one.

So lets get started :)

1. ESSENCE

Since tahun lepas, Vna start untuk serious jaga kulit sebab kalau nak makeup cantik kulit kena lah cantik. So banyak membaca dari sumber-sumber sahih dan focus kepada basic skincare. Kalau dulu nak start makeup memang terus tenyeh primer direct kat skin skip langsung skincare. Tapi semenjak dah dapat kesedaran pelan-pelan kayuh practice basic skincare untuk kesejahteraan kulit kita bahahahahaha. So sebelum letak any makeup products kita mulakan dengan ESSENCE. Menurut MUA kalau nak makeup smooth dan healthy, base kena kukuh. Guna lah apa-apa jenis Essence yang sesuai dengan korang supaya skin nampak anjal dan natural glow.Vna guna Garnier Sakura White Pinkish Radience Essence Lotion

Kalau tengok kepada ingredients kat belakang produk ni ada alcohol so korang yang ada sensitif skin mungkin kurang sesuai untuk pakai walaupun kat packaging ada tulis suitable for sensitif skin and dermatology tested. Apa pun patch test dulu k. Essence ni bau wangi, cepat menyerap dekat kulit dan tak melekit. 

2. MOISTURIZER

 Kalau korang sejenis malas nak mampus boleh skip pakai serum dan essence tapi DILARANG skip moisturizer kalau nak makeup korang smooth dan tahan lama. Vna guna 
Hada Labo Hydrating Water Gel.
Moisturizer ni serious sesuai umtuk sesiapa yang combination to oily skin sebab dia light, cepat meresap dan tak sticky. Highly recommended. So far Vna dah pakai 2 bekas dan masih setia tak berhasrat lagi untuk berpaling tadah menduakannya hahahahahaha


Kalau korang dry skin boleh ambik yang bekas warna pink.

3. SUNSCREEN

Ya ampun kawan-kawan sunscreen teramat mustahak untuk kulit korang lagi-lagi kita dekat Malaysia yang alhamdulillah sentiasa di terangi matahari. Pakai sunscreen bukan sebab takut jadi hitam tapi sebab kita nak mencengah kulit kita nampak tua sebelum usia dan mengelakkan dari terkena kanser kulit. Pada Vna, Biore UV Perfect Protect Milk Moisture the best drugstore sunscreen yang pernah Vna pakai. Sumpah tak melekit dan tak nampak berlemuih dan berminyak bila pakai. Bonus point lagi alhamdulillah tak menyebabkan any tiny bump dan jerawat tidak diingini muncul. Sebelum ini ada try and error sunscreen lain tapi this one suit dengan combination skin Vna. Sumpah tak tipu dah pakai more than 5 bottles. 


Selepas selesai dengan basic skincare, barulah kita beralih ke makeup. Dimulakan dengan :

1. PRIMER

Adakah primer penting?

Berdasarkan pembacaan dan research Vna melalui Twitter/Instagram/Youtube ada certain MUA tak berapa suka pakai primer sebab diorang memang focus betul-betul buat solid base so memang skin client diorang dah cukup strong dan smooth so memang boleh skip primer. Untuk sesiapa yang takde masalah kulit sangat lepas tu memang dah ready pakai basic skincare boleh je skip primer. Tapi untuk kita-kita yang sejenis kulit cepat berminyak please invest sikit untuk primer. Sekarang dah banyak drugstore brands dah come out dengan primer. Pada Vna 3 jenis primer kat bawah ni sesuai untuk combination to oily skin.


  • Rimmel Stay Matte Makeup Primer : Tekstur dia macam mousse sikit. Yang ni sangat-sangat sesuai untuk pakai dekat area hidung sebab dia betul-betul bagi matte effect. Sapa-sapa ada masalah superb duperb kulit berminyak or nak pakai makeup pergi tempat-tempat takde aircond atau masa cuaca panas pakai lah yang ni. Primer ni tak sesuai pakai one whole face just apply dekat sport yang cepat berminyak macam T-zone area.Nescaya tahan lama makeup anda.
  • Maybelline Baby Skin Pore Eraser : Primer ni Vna dah pernah review dekat entry part 1 so boleh baca kat situ ok. Tapi basically pada Vna primer ni not really suit dengan combination skin. Kalau kulit korang cepat berminyak skip this primer cari option lain.
  • Sendayu Tinggi Tea Tree Primer : Yang ni my favourite primer ever. Dah pernah review jugak dekat entry part 1. Cuma kalau nak dibandingkan antara ST dengan Rimmel, ST less matte compare to Rimmel dia memang betul-betul bagi matte habis skin korang. Kalau nak dibandingkan tahap ketahanan, Rimmel lebih tahan lama tapi please just apply dekat area cepat berminyak je kalau tak muka korang cakey nanti if apply one whole face. ST pulak even dia bagi effect matte, but still korang macam boleh dapat natural glow lagi compare to Rimmel. So its up to you guys nak beli yang mana satu sebab both pun best.
2. FOUNDATION



  • Revlon Colorstay Full Cover Foundation : Foundation ni superb duperb matte weyh. Kalau sapa yang memang cepat sangat kulit muka berlengas ko pakai primer Rimmel tadi kahwinkan dengan foundation ni memang muka ko matte gila weyh. Kalau korang jenis dry to normal skin rasanya tak sesuai. Foundation ni medium coverage. For me, foundation ni macam oxidize sikittttttt tapi tak obvious sangat la. Sikit je.
  • Maybelline Fit Me Foundation : Rasanya foundation ni memang pujaan hati adinda-adinda di Malaysia. Yang ni dah pernah review dekat part 1. But after a while I realise foundation ni antara penyumbang kepada kemunculan jerawat haippppp besaaa dia tuhhh. Ini based on my skin lah. So sesiapa yang acne prone skin you might have to consider to try or not to try this foundation. Tapi kalau korang jenis less sensitive skin foundation ni best jugak sebab dia lightweight and less oily. Harga pun affordable.
  • Silkygirl BB Cushion : Kita loveeeeeee sangat. Dah review jugak dekat entry part 1 hehehehe. Waktu mula-mula product ni muncul dekat drugstore ada 2 codes je tapi sekarang dah ada lagi 1 darker shades plus dah jual refill so lebih menjimatkan wang anda. Alhamdulillah BB cushion ni tak mencetuskan jerawat. 
3. CONCEALER



  • Maybelline Instant Age Rewind : Yaaaa tuan puan sekalian ini pun antara pujaan adinda-adinda sekalian. Tak perlu disangkal lagi kehebatannnya sebab semua orang dah war-warkan di setiap pelusuk sosial media. Tak payah pikir wajib beli.
  • Maybelline Fit Me Concealer : Ohhhh concealer ni pun tak kurang hebat untuk cuba menyaingi Age Rewind. Pertempuran agak sengit ya akak akak sekalian tapi pada Vna la kan Age Rewind suit with every single foundation in term of base colour and lebih brighter untuk apply bawah mata dan untuk highlight purpose. Fit Me ok je just that ada certain time dia tak works well dengan certain foundation. Ke Vna je camtu? Tapi dia masih concealer yang best dari drusgtore cuma kalau perlu memilih Vna memang team Age Rewind. 

4. LOOSE POWDER

Selepas selesai apply foundation dan concealer perlu lah letak loose powder supaya foundation dan concealer korang terletak elok di tempat sepatutnya bukan selepas beberapa saat cair membasahi muka anda lantas anda menangis meraung meratap sambil berkata apa silapkuuuuuuu. Loose powder is the best powder to set foundation dan concealer. Please avoid using compact powder ye. Compact powder hanya untuk touch up purpose. 

Honestly, Vna tak pakai loose powder from drugstore. Tapi Vna ada share affordable loose powder yang Vna pakai dekat entry part 1 iaitu Innisfree No Sebum Mineral Powder. Tapi Vna ada buat reserach and baca reviews loose powder yang best yang di recommendkan oleh kebanyyakan beauty vlogger & orang biasa yang boleh dibeli dekat drugtsore :

  • Catrice Nude Illusion Loose Powder: Vna pernah cuba tester dekat Guardian and texture powder ni memang halus almost macam Innisfree. Kebanyakkan reviews cakap loose powder memang bagi strong matte effect so just pakai sikit je tau.


  • Revlon New Complexion Loose Face Powder : Pstttttt dengar cerita loose powder ni dupe kepada loose powder Laura Mercier. Almostttttt the same. Loose powder ni molek benar di grab waktu 50 % sales ni sebab harga asal dia quite expensive for drugstore range. Dalam RM60+ jugak lah. So grab lekaih masa sales ni berbaloi kadar penjimatan.



5. BROW PRODUCTS

Kening adalah benda palingggggg susah sekali nak di makeupkan. Setuju tak? Ada hari jadi ada hari nak naik angin rasa. Bertuah lah anda jika dilahirkan dengan kening yang cantik terbentuk. Sekiranya anda memerlukan bantuan brow products dua ni antara yang Vna boleh recommendkan.


  • Essence Make Me Brow Eyebrow Gel Mascara : Molek untuk sesiapa yang ada kening yang tebal dan berselerak ko sikat je dia tauuu lah brow gel tuh nak handle macam mana. Lepas tu sapa yang jenis kening botak geng Vna lepas dah lukis frame guna je brow gel ni untul fill in so tak la nampak kening macam adik beradik Shin Chan.
  • Maybelline Fashion Brow : Warna yang paling gelap sekali texture dia pomade so senang untuk buat frame kening korang. Yang colour paling light sekali boleh guna untuk shading hidung anddddd korang nak tau satu rahsia tak................SYEDEWA MUA yang selalu makeup Neelofa tu guna brow palette ni untuk shading hidung. Kalau MUA professional pun dah guna review macam mana lagi korang nak? Add to cart NOW!

6. EYESHADOW


Vna takde dah eyeshadow drugstore.Most of eyeshadow yang Vna ada bukan dari drugstore. Kalau korang ada baca part 1 Vna ada recommendkan eyeshadow Simplysiti tapi sekarang eyeshadow tu dah discontinue. So apa yang Vna boleh suggest based on reviews yang Vna jumpa korang boleh cuba 

  • Rimmel Magnificies Spice Edition : Honestly Vna memang nak beli palette ni tapi masa nak beli sold out merata-rata sebab sales kan. Kalau tak sales harga dia quite expensive jugak la RM50++ . Vna ada try tester and yes colours semua pigmented gila. Worth to try.

7. EYELINER


  • Essence Long Lasting Eye Pencil : Koranggggggg tolong masuk Watson lepas tuh grab eyeliner ni pleaseeeee? Harga untuk sebatang eyeliner ni less than RM10 kot ya Allah mampu milik sangat tapi tetap berkualiti. Tak comot, senang nak pakai and so far tahan lama. Sapa-sapa jenis tangan mengigil nak pakai jenis liquid boleh cuba yang ni. Highly recommended.
Selain itu, Vna baru discover lagi satu eyeliner yang baguihhhh untuk hampa. 



  • Silkgirl Funky Eyelights Pencil : Masuk-masuk je Guardian or Watson terus grab yang ni please? Grab colour Rose Gold Ya Allah cantik nak mampuih kalau letak bawah mata. Dah 2019 no more eyeliner warna putih seinci pleaseeeee. Try this one terus kau rasa ohhhh cantik jugak aku ni ye. Gitewwwww. 
9. MASCARA

Jangan kau pandang rendah kepada mascara ye kawan-kawan. Tanpa mascara terencat sikit lah eye look kau lagi-lagi kita yang tak boleh pakai bulu mata pelesuuuu ni haaaaaa. Mascara ialah item favourite Vna. Vna prefer mascara dari eyeliner. Ini antara drugstore mascara dalam collection Vna.



  • Loreal Volumnious Lash Paradise :  Mascara ni pujaan seluruh dunia ya akak- akak sekalian. Baru je masuk Malaysia last year. Agak mahal kalau beli time bukan sales so better grab waktu 50% sales ni. Sumpah besttttt. Dia melebat dan melentikkan bulu mata korang tanpa mengumpal duduk rapat-rapat macam solat berjemaah. Kira bulu mata ko bebas sehelai-sehelai memang syok habis. Cumaaaa mascara ni waterproof so kena guna oil based makeup remover untuk betul-betul remove.
  • Essence I Love Extreme Crazy Volume Mascara : INI CINTA HATI KU. Pernah Watson dilanda ketandusan mascara Essence di setiap pelusuk negara punya sedih pilu tak berlagu. Tapi sekarang dah start ada balik stok dekat Watson phewwww lega kitewwww. Mascara ni memang melebatkan bulu mata korang tapi still tak nampak over tapi nampak macam ko pakai fake eyelashes tapi sebenarnya tidak. Eh senang cerita best la. Senang nak remove jugak sebab dia tak waterproof. 
Dedua ni current favourite. Tapi Essence paling suka lah. Loreal itu pakai jugak IF pergi mana-mana yang tak payah removed makeup untuk solat. Maksudnya before habis waktu solat sempat balik rumah so akan pakai yang tu. Tapi kalau nak keluar lama-lama dan perlu solat dekat luar akan pakai Essence sebab senang nak remove. Essence lagi murah dari Loreal. So pilihan di tangan anda :)

10. LIPS PRODUCTS


Lipstick paling best from 
  • Maybelline collection The Powdermattes : code Touch of Nude & Toasted Brown. Sesuai pakai bila-bila masa pun. Tak mengeringkan bibir even matte effect. Dia macam velvet finish sikit. Smooth je bila pakai. Eh ni memang wajib beli. 



Next products ada love hate relationship. 

  • Maybelline Color Sensational Creamy Mattes: Colours untuk collection semua lawa-lawa nak mampus. Ada banyak gila warna. Memang gila nak membeli. Tapi personally Vna rasa collection ni tak best sebab formula dia mengeringkan. Memang lah tau ni jenis matte tapi ni jenis kering sangat. Nampak tak cantik atas bibir lepas apply. Unless korang apply banyak layer dia ok sikit lah. 



  • Maybelline Superstay Matte Ink : Ini satu hal lagi masa test tester ya Allah punya lah payah nak remove weyh. Kena pakai oil based makeup remover sental macam ko sental periuk hangit tu haaa baru boleh remove. So memang bajet dia akan stay elok atas bibir lah. Sekali pakai ya ampunnnn crack gila bila dah mengering. Dah la tuh takes time jugak untuk dia fully dry atas bibir. Tapi colour collection ni memang cantik - cantik. Kalau nak pakai memang kena apply lipbalm dulu baru apply dia then lepas pakai jangan makan any oily foods kalau tak menagis lah tengok bibir ko bercapuk-capuk. Dry lips memang BIG NO NO!!

11. BLUSHER

The only drugstore blusher yang Vna ada yang ni. Dah pernah review dekat entry part 1 so baca kat situ lah. 


Dah hit pan dah pun so memang sungguh-sungguh pakai.

Kenapa Vna tak beli blusher drugstore sebab sekarang setia dengan satu local product yang seriouslyyyy pigmented nak mampuih dan tahan lama iaitu Beautyra Blusher.


Tapi dengar cerita kalau nak cari dupe untuk Beautyra code Unicorn  boleh try Maybeliine Fit Me Blush code Wine. 

Last but not least,

12. SETTING SPRAY


  • Maybelline Master Fix : Serious lepas selesai makeup korang spray yang ni makeup korang tahan lama even cuaca panas. Dah pernah ber-experiment tahap ketahanan spray ni waktu cousin kahwin one whole day pakai dengan cuaca panas lit lit makeup still ok. Berminyak tu memang tak dapat elak la but still masih terkawal.
Ok itu je nak share. Hopefully membantu korang shopping dengan berhemah.

Much Love,
Vna Erman :)


4 comments :

Animb said...

Sangat2 membantu okey..sekarang watson n guardian tgh ada 50% sale all cosmetic products..so bc review dari u mmg membantu haha.tq

linda said...

essence watson at kl ada di mana , saya cri bukan smua watson ade

linda said...

essence watson at kl ada di mana , saya cri bukan smua watson ade

Cher said...

Thank you so much for this post! I'm a beginner in makeup and you explaining what each products are for is really helpful! Thank you once again! ❤❤