Showing posts with label WORKING GIRL. Show all posts
Showing posts with label WORKING GIRL. Show all posts

Monday, June 19, 2017

Report Card Day!

Assalammualaikum,

"Cikgu,cikguuuuuuu pleaseeee jangan bagi tau dekat bapak saya pasai saya tak buat kerja sekolah. Dia askar mampuihhhh satgi dia pijak saya......"

"Cikgu jangan habaq apa-apa dekat mak saya pleaseeee dia ada darah tinggi:"


Masa nakal tak ingat dunia.
Masa report card day pakat megeletaq semua.

HAHAHAHAHAHAHAHA!

Much Love, 
Cikgu Vna :)

Wednesday, April 20, 2016

Penggalaman Memohon, Menjawab Web Assessment dan Phone Interview untuk Teach For Malaysia.

Assalammualaikum,

Fresh from the oven updates okey! Hai, rakan pembaca sekalian? Pernah dengar program Teach For Malaysia? Kalau pernah teruskan membaca. Kalau tak pernah search dulu sedikit informasi then continue baca ok!

Untuk yang nak memohon TFM, ni adalah sikit tips untuk kalian. Based on experince sendiri. Yang mana baik ambik buat guidelines, mana tak okey rujuk pada yang lebih arif. Actually terpanggil untuk tulis sebab rasa kurang orang share pasal penggalam diorang untuk join program ni. Kalau ada pun, lebih kepada SUDAH TERPILIH dan penggalaman join, bukan penggalaman memohon.

SEBELUM MEMOHON:
  1. Study betul-betul setiap syarat kelayakan, baca setiap arahan/butiran sejelas mungkin. Sebab nak memohon stage 1 bukan senang okey!
  2. Be alert dengan datelines, tarikh submit online application. 
  3. Pastikan EMAIL ADDRESS yang digunakan active! Sebarang keputusan, khabar berita di hantar ke email yang korang daftarkan.Toksah dok bagi email yang lapuk password pun tak ingat. 
STAGE 1: ONLINE APPLICATION
  1. Apply permohonan korang secara online dekat website rasmi Teach For Malaysia. Isi betul-betul application part 1 ni. Bukak mata luas-luas. Kalau dia mintak pangkal huruf kena huruf besar, buat!
  2. Lepaih dah siap, ada satu button yang akan send link ke email address korang untuk part 2. Sebab tulah sangat diperlukan valid email address.
  3. Bukak email korang, click link yang TFM provided, continue isi seperti yang diarahkan. Sila selesai tempoh isi mengisi permohonan within masa yang diberikan ok. Untuk cohort 2017 (yang Vna mintak ni) tempoh yang diberikan ialah 14 hari. Make sure completekan selekaih mungkin.
  4. JANGAN SHARE LINK dengan candidates lain sebab link yang diberikan khusus untuk diri sendiri.
  5. PART 2 ada 4 muka surat, basically kena fill in pasal education background dan kena buat 2 SHORT ESSAYS in ENGLISH. 2 short essay tu ialah Statement of Intent & Reflective Essay. Diorang ada bagi guideline apa yang should dituliskan, just follow dan karangan tak boleh lebih 300 words. Untuk reflective essays, buatlah cerita dari hati. 
  6. Mohon alert untuk perkara-perkara remeh, contohnya kalau nak submit resume follow sebijik macam format dia nak. 2 pages dan rename resume according format diminta. So alert arahan-arahan kecil masa isi form tuh
  7. Double check everything, dengan lafaz bismillah tekan lah submit button korang. 

Sekiranya korang layak dan lepas STAGE 1, maka korang akan terpilih ke stage 2. Alhamdulillah Vna lulus stage 1, so nak share dengan korang experience ke stage 2.


STAGE 2: WEB ASSESSMENT DAN PHONE INTERVIEW

  1. Sila semak email. Dalam email disertakan link untuk jawab Web Assesment dan link untuk menempah/booking waktu untuk phone interview. Web Assesment perlu diselesaikan terpilih dahulu sebelum phone interview
  2. Alert dengan arahan. Tempoh yang diberikan hanya 3 hari. Make sure settlekan secepat mungkin Web Assesment dan lepaih tu teruihhhhh booked masa untuk phone interview.Macam Vna tersilap lengahkan sehari untuk buat web assesment bila nak buat booking untuk phone interview dah banyak masa tak available. Nasib current slot compatible dengan masa Vna. So, dapat email cepat booked ok! Once confirm booking, kita akan received email confirmation.
  3. WEB ASSESMENTAda link yang di attach kan. Jangan foward dekat orang sebab link ni lain-lain setiap candidates. Ada 15 soalan objective dan 2 soalan untuk short answers questions. Soalan lebih kepada analysis dan interpretation data.(P/S:Mungkin lain orang lain JENIS soalan). Ini hanya sebagai guidelines untuk korang expect apa yang ditanya. Oh haruslah in ENGLISH. Masa yang diberikan hanya 40 minutes. Takde countdown clock di attachkan so pepandai alert dengan masa.
  4. PHONE INTERVIEW: Memang mendebarkan. Mohon get ready awal, jawab phone call kat tempat yang takde ganguan. Hand phone make sure charge battery full. Soalan-soalan yang ditanya basically mula-mula kenalkan diri, kenapa berminat nak join TFM, previous experiences tak kisah even non-related dengan pendidikan as long as kita INGAT kita buat apa, cabaran yang dihadapi, how to overcome challenges yang lepas-lepas. Prepare apa GOALS yang kita nak achieved once complete 2 years program. Kalau boleh bagi jawapan jujur. Sebab setiap soalan seterusnya related dengan jawapan yang kita bagi. Means, kalau buat cakap buat, tahu cakap tahu. Tak buat cakap tidak, tak tahu mengaku tak alert dan akan take note in the future. Senang study la resume kita/online application yang kita submit. (P/S: Berkemungkinan lain candidates/panels berbeza bentuk soalan/interview).
  5. Berlatih untuk bercakap dengan lancar nak-nak phone interview in ENGLISH ye! Kalau tak hebat grammar terabur cuba as long as jangan senyap. Phone interview the only ways to score ialah dengan bercakap. 
  6. Antara kelemahan phone interview kadang-kadang kita tak jelas/tak dengar soalan dengan baik. Boleh je mintak panel untuk repeat soalan even awal-awal panel pun dah mention kalau tak dengar boleh request soalan lagi sekali.
  7.  Jaga kesihatan. Macam Vna boleh pulak lah nak phone interview tetiba mai penyakit batuk. Ambik precaution cepat-cepat ok. 

Ok, tu je kot experience Vna untuk kedua-dua stage untuk join TFM. Serious habis je phone interview teruihhhhh log in blog taip supaya tak lupa apa nak sharekan. Kalau Vna lulus stage 2, Insya Allah Vna share penggalaman masa Stage 3. Kepada yang mebaca, tolong doakan untuk Vna ye! If bukan rezeki Vna untuk join TFM ni, ambiklah guidelines ni sebagai salah satu sumber untuk preparekan diri korang k. Ini sekadar berkongsi berdasarkan penggalaman sendiri . Mungkin betul mungkin salah. Mohon maaf kalau ada tersilap!

Much Love, Vna Erman :) 


Tuesday, September 29, 2015

Istimewa

Assalammualaikum,

Proses adaptasi

Hari pertama jejak sekolah memang totally blur.Lepas dah lapor diri dekat Guru Besar terus senior teacher bawak pergi bangunan khas yang menempatkan "bakal-bakal" pelajar aku. Nervousss habaq hang. Sebab seriously tak pernah ada penggalaman nak mengajar golongan istimewa macam ni. Ya, cikgu pendidikan khas to be clear! Bukan tak pernah mengajar, tapi this is totally new to me and definitely different mengajar budak-budak prasekolah/tadika dengan budak-budak istimewa. 

Masuk-masuk bilik guru (which is dalam bangunan yang sama dengan kelas budak-budak) berkenalan dengan cikgu-cikgu yang lain, oh ok aku paling muda. Tahap seriuuuu bertambah. Mampuih la kalau tak reti nak tanya sapa, segan aihhh dengan senior teacher. Lepas tu one whole day study lesson plan, perhati cara cikgu-cikgu lain mengajar, perhati pe'el students, macam mana nak handle masa dalam kelas, nak pergi rehat dengan masa balik. Oh ok get the idea already. Yang bestnya jugak jadi cikgu pendidikan khas kami ada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk handle pelajar-pelajar. Phewww! To be honest, aku memang banyak refer dengan PPM since diorang semua baik-baik dan tak lokek nak tolong aku handle students dengan segala persiapan P&P. Thank you Kak Munai, Kak Su, Kak Eny & Kak Ena :)

Lepas dari hari pertama move on to next,next,next day ok dah mula rasa selesa. Dah boleh adapt dengan keadaan sekeliling, dah boleh catch up dengan rutin-rutin cikgu pendidikan khas. Well, bila orang dapat tau aku jadi cikgu sandaran untuk pendidikan khas, soalan diorang akan tanya susah tak? Tak susah tak senang. Tapi aku memang seriously enjoy walaupun masa mula-mula takut tak pandai nak handle. Kalau budak normal lain la, sekali kita cakap diorang boleh get idea. Kalau kita marah depa tau depa silap. Tapi students istimewa cara nak mengajar tiap-tiap seorang memang lain-lain. Maka nya memang cikgu-cikgu akan mengajar setiap pelajar one by one. Pelajar yang lain sementara tunggu turn, PPM akan tolong handle dan perhatikan. 

Macam mana golongan pelajar?
Sekolah ni sekolah rendah harian kerajaan, (aku pun tak sure boleh reveal ke tak nama sekolah for the sake of my students safety aku takyah reveal la ok) so maka nya ada la pelajar dari darjah satu sampai darjah enam. Untuk kelas pendidikan khas, tak sama pembahagian kelas macam budak-budak aliran normal maksudnya 7 tahun sah-sah darjah 1, 12 tahun sah-sah bakal ambik UPSR. Untuk pendidikan khas sekolah yang aku mengajar ada 5 kelas dan satu kelas ada 6-10 orang pelajar. Diorang dibahagikan mengikut tahap keupayaan masing-masing in term of IQ,kebolehan menguruskan diri,mendengar arahan, peperiksaan and etc.

Let me introduce sebahagian anak-anak murid aku. Yang ada gambar lah, sebab ada few terlupa nak ambik gambar, segan nak senyum lah and keadaan tak mengizikan untuk dirakamkan gambar diorang. The first one is UMMU HABIBAH. 


Masa hari pertama kan aku cakap aku memang totally blurr. So aku belajar dari pemerhatian. Masa rehat cikgu bertugas dengan cikgu-cikgu yang lain (sebab dah alang-alang memang nak pergi kantin rehat) akan guide murid-murid ni pakai kasut (yes,diorang masuk kelas bukak kasut), so betulkan lah mana yang pakai kasut kiri kanan terbalik, lepas tuh pegang tangan diorang bawak sampai ke kantin. Bila dah sampai kantin PPM dah ready letak bekal diorang yang parents diorang bekalkan or makan RMT dekat meja masing-masing. So I keep perhatikan macam mana. Lepas tu si Ummu ni panggil aku & tunjukkan makanan dia. Sebagai seorang yang baru manalah aku nak tahu yang budak-budak ni patutnnya dibiarkan untuk makan sendiri as one of the process untuk mengajar diorang berdikari. Aku pikirkan kena lah suap kan si Ummu ni haaa sebab dia beria bagi sudu dia dengan tunjukkan makanan dia. So aku pun suapkan. Rupanyaaaaaaaaaaaa.....DIA BULI CIKGU!

Padanlah masa aku dok suap si Ummu, senior teacher semua dok membahan si Ummu sambil cakap "Hamboiii Ummu mengada nampak harini" "Oh Ummu buli cikgu eh....."
Dah memang dia buli aku rupanya. Bila dah habis waktu rehat, Kak Ros (one of senior teacher) baik orangnya, datang kat aku cakap budak-budak ni kita kena biar diorang makan sendiri, guide dari tepi je (biasanya PPM lah buat) si Ummu tu tadi nak membuli kamu la tuuuu. Hahahah den terkono!

Dan selepas dari hari pertama, si Ummu ni dah tahu dia aku ialah seorang guru yang tak digeruni maka tiap-tiap kali turn masuk kelas dia ada je benda dia nak mengacau aku. Ambik kotak colour la, duduk bawah meja conteng kain aku lah, cucuk kaki aku dengan colour pencil bila aku pi mengajar kawan dia (to be specific dia jealous) so dia mengacau lah. I is fening! Hahaha. Hadoiiiii.

Tapi Ummu walau pun dia dalam category down syndrom, dia boleh dikategorikan sebagai bijak (bagi tahap dia lah). Dia boleh mewarna, lepas tu paham jugak lah arahan kita. Contohnya, suruh dia ambik tong sampah, dia tau walaupun nanti mulut dia citcit ish ish (pandai mengeluh ok!). Kalau dia tak mau buat kerja dia aku selau cakap "Dah ahhhhh,cikgu tak kawan dengan Ummu dah!" Nanti dia mesti akan berpaut dekat kaki aku or tangan ke tak bagi pergi dari dia suruh temankan sampai dia siap kerja. 

Banyak akal punya budak!

Kadang-kadang tu dia sajaaaaa nak sorok pen aku lah, bawak lari fail catatan harian (tiap kali masuk kelas kena tulis progress students, peragai diorang, boleh tak menguasai P&P tiap-tiap subject), kacau kawan dia lah. Tipulah kalau aku memang sentiasa berlagak cool. Masa first week memang lah segan nak menjerit ka pa, cakap pun memang ala gadis melayu gitewww, dah masuk minggu-minggu seterusnya, dah boleh adapt dengan rutin, senior teacher dan kenal pelajar semua haaaaa memang keluarlah suara veto nyaringggggggg bigitku. 

UMMUUUUUUUUUUU!!!!!
Nanti terus dia buat isyarat tutup telinga sambil syuhh syuhh suruh aku diam. 
Haaaa hambik kau baru kenal sapa Cikgu Vna sebenarnya. 
tapi memang few seconds je lah lepaihhh tu........
dia buat balik.
#redha.

This one nama nya Izham. Izham so far kat sekolah tak bercakap. Aku pun terlupa dia OKU in term of apa. Tapi masa hari ambik kad laporan Mak dia cerita kat rumah dia ada "bersuara" sikit-sikit tapi sangat rare untuk dia bercakap. Tapi kat sekolah sepanjang aku mengajar dan based on PPM cerita memang Izham tak bercakap. Tapi dia paham lah apa kita cakap. Paling dia suka dengar "Izhammmm pakai bag nak balik......" Berdesuppp laju. Oh, dia suka jugak kalau kita ajar pakai clue card ada gambar kereta ke motor ke haaa memang favourite dia lah. Lepas tu sukaaaa berjalan pergi kat tingkap melangut tengok tractor dengan lori pasir kat belakang bangunan buat blok sekolah yang baru. 

Meet Syafikah. Dia tersangat lah camera-friendly! 

ajak selfie pun takdak hal! Good girl. :)


Meet Thasvini, Syafiq & Haris.
Yang ni sebahagian daripada anak-anak murid aku yang sempurna fizikal semua just that diorang "lambat" sikit in term of pelajaran. That's why mereka ditempatkan dekat kelas pendidikan khas. Diorang belajar semua benda yang sama macam aliran perdana belajar cuma berbeza teknik pengajaran/pendekatan untuk bagi diorang faham. 

Meet Mukhriz.
Allahuakhbar, ni murid aku paling becok nazubillah. cikgu,cikgu,cikgu! Hobi dia memang bercakap. Cuma tak berapa clear sikitlah pronunciation dia. Paham-paham lah kenapa. Favourite tengok Upin Ipin. Kalau masuk bilik muzik pasang Upin Ipin memang habis hati lah. 

Meet Ally.
Dia tak banyak bercakap. Ada deria "istimewa" Allah hadiahkan kat dia but let me keep as secret k? Tapi masa aku dapat tau deria istimewa dia ada, which is ayah dia sendiri cerita kat aku masa hari ambik kad laporan seriously a bit ketaq lah. Pastu PPM pun cerita case-case before ni dan tetiba satu hari masa tengah-tengah aku mengajar tetiba..........
Whatever it is dia orangnya ceria tau. Walaupun tak banyak bercakap tapi dia excited untuk datang sekolah. Pagi-pagi dia sendiri bangun tak payah orang kejut. Dia pun antara yang awal sampai sekolah. Kadang-kadang dia ada menyanyi, tepuk-tepuk tangan, ketawa semua especially dengan bff dia Merul. Takdak pulak gambar Merul nya nak tunjuk. So pi mana-mana depa mesti berdua. 

Meet Sofia, or kami panggil Pia.
Pia ni cantik tau. Even dia macam ni but honestly dia cantik. Kulit dia mulus putih melepak. Kadang-kadang aku dah start mengajar tapi dia baru sampai kelas. Nanti dia dah sampai tepi kelas, dia tutup muka dengan tudung dia sambil sorok tepi pintu grill malu. Nanti kita panggil "Piaaaa masuk lah lekaih dok buat pa kat pintu tu haaaa...." Dia buat muka malu lagi. Lawak aihhh. Nanti PPM tarik tangan dia masuk kelas baru dia masuk. 

Pia suka menyanyi dalam kelas aku. Sambil dia siapkan latihan aku bagi nanti dia menyanyi-nyanyi la. Lagu favourite dia Burung kakak tua. Ke sebenarnya dia nak perli aku sebab banyak sangat cakap? #justrealisewhilewrittingthisentry
Sampai aku terpaksa cakap..."Piaaaa,lagu lain pulak!" Bahahaha.

Kalau dia tak menyanyi benda lain dia buat ialah zzzzzZZzzZzzz! Menurut PPM, Pia susah nak tidur malam. So pagi-pagi bila dia sampai kat kelas dia memang mengantuk.Pernah je dia masuk kelas aku sangkut beg kat kerusi zuppp lena lagu ni.
Selamat malam Pia. Sleep tight!

Apa yang aku mengajar?

Aku ialah guru kelas dan juga mengajar subjek Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik,Pendidikan Moral dan Kemahiran Manipulatif. Haaaa banyak tak? Masa Zalik dapat tau aku mengajar Pendidikan Seni boleh dia bantai gelak sambil typing "Hang mengajar seni??" dalam Whatsapp.Kuang ajaq! Bahahaha.

Tapi wajarlah dia gelak sebab aku memang totally out bab melukis. Tapi aku mengajar pendidikan seni untuk yang tahap paling bawah so memang depa mewarna lah 24jam dalam kelas aku. bahahaha. Tapi aku buat gambar tu ikut tema macam dalam Rancangan P&P contohnya tema alam semulajadi so ada hari colour gambar burung ke lembu ke, bunga ke. Masa kita bagi kertas gambar untuk mewarna tuh kita explain la ini bintang apa, dia warna apa, bunyi dia cemana, dia makan apa. Haaaa begitu k? Takdak la bodoh-bodoh asyik mewarna dalam kelas aku ni haaaa. 

Kadang-kadang aku kena masuk relief. Sometimes aku bagi je budak-budak ni main permainan dalam. Specialnya kelas pendidikan khas ni permainan berlambak-lambak. Lego, huruf blog, congkak apa ke benda kau nak semua ada. Kadang-kadang aku bagi mewarna....lagi. Haha. Tapi mewarna tak la semudah adik-adik diorang yang kelas tadi,tapi mewarna ikut arahan. Contoh aku bagi gambar orang. Ok dekat topi ada nombor 2, so diorang bacalah arahan kat atas nombor 2 kena bubuh warna apa. Camtulah lebih kurang latihan nya. Nak make sure diorang boleh paham simple instruction, kenal warna, kenal nombor. Bagi kita yang normal ni memang nampak simple, tapi untuk mereka-mereka ni lain tahapnya. Tolong jangan sarcastic k? #protectiveeducator 

Meet Eric
The only Chinese student pendidikan khas kat sekolah ni. Sopan budaknya. Kalau mintak tolong pun dia suka nak tolong. Suka nak datang dekat meja aku pagi-pagi tanya harini masuk kelas dia tak. Sebab aku selalu bagi diorang main dalam kelas Muzik. Suka latewwww.

Meet Ian.
Dia autism. Tapi kalau mewarna memang cantik kemas. Dia pun smart budaknya. Yelah, anak ATM gila tak kemas. Masa raya baru-baru ni aku dengar dia miming-mining satu lagu sangat familiar. Bila dengar betul-betul dia nyanyi lagu Aisyah, Pulanglah. Ada videonya tapi berat nak upload so lupakanlah.



Meet Thasvini.
Aku mengajar kelas dia subjek Muzik. Lepas tu tiap-tiap cikgu pendidikan khas tu ada program RPI (Rancangan Pendidikan Individu) and Thasvini one of students bawah seliaan aku. Google sendiri lah RPI untuk pebenda k? Malas nak cerita.

Meet Marry Ann.
Untuk kelas dia aku mengajar Moral dengan Muzik. Masa kelas Moral dia seorang je aku kena mengajar sebab dia the only bukan Islam dalam kelas tuh. Hahaha. Memang rare habis seorang ja murid dalam kelas. Buat latihan pun aku bagi banyak-banyak kat dia sebab dia sorang je kot dalam kelas lepaih tu waktu sampai 2 masa. Dia selalu mengelat ajak aku bersembang sebab malas nak buat latihan. 

Meet Muiz and Firdaus
Kalau kira tahap, kelas ni yang paling ok la. Maksudnya diorang senior lah. Untuk kelas ni aku mengajar Kemahiran Manipulatif. Mesti cam tertanya-tanya apakah kemahiran manipulatif itu? Dia macam pembelajaran motor kasar motor halus camtu. Contohnya macam nak uji IQ budak tu untuk gunting kertas zing zang ke, baling bola masuk bakul ke, lipatan camtu. Google la untuk lebih info. Tak reti pulak nak explain. 

Muiz ni pengawas untuk aliran pendidikan khas. Dia banyak bertanya dalam kelas aku la. Paling excited kalau buat aktiviti lipatan or origami ni. Baru habis kelas, dia dah siap tanya minggu depan nak lipat apa pulak cikgu. Nak je aku cakap tolong lipat kain baju cikgu nak? Bahahaha.
Kalau Firdaus pulak pemalu. Alahaiii macam emas suara dia kalau nak dengar dia bercakap. Tapi dia paham la tiap arahan aku bagi. Dua-dua good boys!


Meet Nurul and Wani.

Wani ni pun pemalu. Kira kelas ni memang stok pemalu. 
kan dah cakap ;)

Ni antara latihan/aktiviti masa dalam kelas-kelas aku.




Barisan Guru-Guru dan PPM

Cikgu Razak, Cikgu Azhar, Cikgu Faiz
Kak Su (PPM), Kak Ti, Myself,Kak Liza & Kak Ros, Kak Ina (PPM) & Kak Munai (PPM)
Kak Rofizah (PK Pendidikan Khas),Kak Norm, Kak Eny (PPM) & Kak Aini.

Ni behind the scene nak ambik gambar beramai-ramai masa bulan puasa baru ni. 


Inilah barisan anak-anak murid istimewaku. Tiap-tiap seorang memang unik cara tersendiri. Diorang lebih kepada menghiburkan daripada membebankan. To be honest, lebih senang mengajar diorang compare budak-budak normal sebab yang normal lagi macam-macam ragamnya lagi panjang akal dia nak buat nakal. Haha.




Seronok, seriously seronok jadi cikgu.  Of course kena banyak bersabar, be cool as possible, treat murid kita macam kawan kita, bagi "rasuah" sikit macam sticker,cop comel-comel as a treat untuk tiap-tiap hasil kerja terbaik yang diorang buat.The only MAIN problem yang paling aku tak boleh handle  ialah budak-budak suka tak takut dekat aku. Daripada aku mengajar budak normal/aliran perdana sampai lah ke pendidikan khas memang takda istilah takutnyaaaaa kat Cikgu Vna!. Hergh! Macam mana aku jerkah, marah harammmm takdak sorang pun takut. Apa tak cukup nyaring lagi suara aku ke? Hadoiii.

 Mungkin faktor genetik jugak kot aku rasa best jadi cikgu since Abah & Abang aku pun warga pendidik. Feeling bila kita jalan pastu ada murid sapa kita bagi salam ishhhh best weyh.Sebab dulu kita pun pernah buat camtu dan sekarang anak murid kita buat balik. That feeling tak boleh nak describe. Nak-nak lepas dia berselisih dengan kita bagi salam lepaih tu bisik-bisik sesama diorang. "Cikgu baru tu cantik kan......."
best feeling ever! 
#fliptudungsikit

Till next story,
Much Love, Vna Erman :)

Wednesday, June 10, 2015

belated teacher's day story!

Assalammualaikum,

Hai, blog ni hanya akan ber-update sebulan sekali ke cemana ni? Dah macam tak layak bertajuk Karya Artistik Vna lagi je. Elok jadi karya sendu Vna. Hurmmmm...
Ok la blog sendu ni nak cerita lah sikit pasal first time ever sambut teacher's day as a TEACHER!

BEBERAPA HARI SEBELUM HARI GURU:

Cheq ni suka handbag tahap beli Sofina 2.1 sampai tiga ketul. Design yang sama cuma colour yang lain-lain? So paham kan macam mana kroniknya tahap tak boleh tengok beg tu kan. So kalau pergi kerja memang stock hari-hari tukar handbag matchy-matchy dengan baju gitewww. Kalau konsepnya hari-hari bawak handbag lain-lain maknanya konsep pindah kan barang-barang ke bag yang lain pun zappppp bedebush masuk ke bag yang nak bawak esoknya. 

Satu malam masa tengah nak korek barang dalam handbag cari handphone kot, tetiba rasa eh pekebenda pulak ni aihh? Sebab dok asyik tukar-tukar bag, so kekadang ada tertinggal itu lah inilah tak perasan.Seluk-seluk tengok nampak makhluk merah pelik yang rasanya eh-bukan-barang-aku ni. 

And guess what? MEMANG BUKAN BARANG AKU PUN. 

Anak-anak muridku kasi advanced teacher's day present! *tepuk dahi*

Vna merupakan guru kelas untuk 4 tahun. Hanya 4 tahun yang ada special subject iaitu "Bermain". Dalam seminggu tuh, diorang ada sekali or dua waktu untuk bermain. So standard memang bagi diorang main Lego lah. Nanti ada lah yang buat kereta api lah, buat menara lah, yang lebih kreatif buat senapang dengan pistol. Sepanjang-panjang lego tuh. Very the sel-sel-otak-berhubung tau. Tapi yang extra creative lagi budak sorang ni. Nama dia Iskandar. Bila dia dah siap buat pistol lego dia nanti dia aim kat teacher dia sorang ni sambil peuww, peuww *sound effect peluru*
Iskandar tak suka teacher ke cemana ni? Tsssk.

Iskandar the peuwww peuww!

Esoknya masuk kelas, Vna teruihhh tanya sambil bawak keluar patung merah tu tanya 
"Haaaaa ni sapa bubuh dalam bag teacher? baik cakap lekaihhhh....."
Budak-budak yang lain teruihhh sebulat suara cakap: "Iskandarrrrrrrrr......"


Terima kasih Iskandar bagi "hadiah" kat teacher!
NAK KENAAAAA PICIT PIPI BUDAK NIIIIII!

SELEPAS HARI GURU:

Awat selepas hari guru? Tahun ni hari guru 16 Mei jatuh hari Sabtu kan? Takde gagahnyaaa aihh hari Sabtu nak suruh budak-budak datang sekolah semata nak celebrate teacher's day. So, sekolah kami buat majlis sambutan hari guru dekat lake garden. Konsepnya potluck! Budak-budak bawak makanan seorang sikit pastu makan berjemaah berkelah dekat lake garden. Pastu budak-budak yang bawak hadiah untuk cikgu-cikgu favourite diorang *ehem terbatuk*  bagi hadiah tu kat sekolah.

Special thank you shouts dedicated to: *drum roll*

Iman Amirah, 6 tahun.

Hazirah Irdina, 5 tahun

Ahmad Hasif Nizam, 5 Tahun
p/s:Hasif nak lawan pipi cikgu ke cemana ni?

Safwan, 5 Tahun
p/s: Safwan ni one of my favouriteeeeee students lepas Ammar Hakimi.
(read previous entry if you wanna know who is Ammar Hakimi).
Nanti nak buat entry lain cerita pasal Safwan si pelat ni!

Muhammad Irfan Imtiaz,4 Tahun

Airiel, 6 Tahun

Aidil, 6 Tahun
p/s: FYI,Airiel dengan Aidil kembar!

Shouqi, 5 Tahun

Anggun Natasha, 5 Tahun

Hanani Maisarah, 6 Tahun
p/s: Masa tengah dok berpotluck dekat padang, tetiba dia mai: 
"Teacher Vna saya nak terberak!"
Mampuihh celah mana nak carik jamban woiiii!
"Sat naaaa tahan sikit, sat kita nak balik dah!
10 minit kemudian
"Teacher Vna tak tahan dahhhh"
|
|
|
|
Mujur sempat bawak balik tadika. Phewww!

Mohd Hasif, 5 Tahun

Farzana Qistina, 6 Tahun
p/s: Dia ni jiran aku! Bahahahaha. Memang kenal dia since dia umur setahun lagi. Memang bijak bercakap since kecik. Tup-tup jadi students aku pulak! LOL.

Ku Amir, 6 Tahun
p/s: Amir ni sangat lah sopan dan lemah lembut. Cakap pun suara lembut je!

Harris, 6 Tahun

Tak lupa teacher Vna nak cakap thank you thank you thank you so so much dekat yang lain-lain yang mana parents masing-masing hadiahkan cake yums yums semua dekat cikgu. I guess kita orang received sampai 5 bijik cake kot. Thank you Ammar Hakimi, Irdina, Wirdas, Fahmie oh yeah Putri Amni Zahra untuk KFC sehingga menjilat jari tuuuuuuu! Alhamdulillah. I feel so blessed. Tak pernah dapat hadiah banyak camni kalah birthday teacher tau.

Semoga korang semuaaaaaa akan membesar sebagai seorang yang terlampau bijak! Banggakan parents hampa, angkat martabat bangsa dan Islam & julang nama Malaysia sampai setiap pelusuk dunia orang kenal negara kita. Setiap ciput ilmu teacher Vna bagi, teacher ikhlas dan halalkan. Terima kasih untuk semua penghargaan ni. Totally touched. Only Allah know how much I love each one of you :(

Much Love, Vna Erman.

Monday, May 04, 2015

teacher,teacher!

Assalammualaikum,

 Hai, sekarang Iols dah jadi teacher! Alhamdulillah. Journey yang tak terpikir pun akan pilih tapi Allah dah aturkan so just go with the flow lah. Well, jadi cikgu especially kindergarten teacher memang best (accept kena face few annoying teammates). Hari-hari life you akan berbeza. Rutin yang sama, tapi ada macam-macam new things you will discover. Sebab your clients ialah pelajar tuh. Jadi perangai bebudak memang macam-macam.

Masa 1st day masuk class, all of sudden one of my students menangis melalak. Totally blurred tak tau nak buat apa. Sebab kita belum kenal karater diorang lagi. Lepas tuh slowly belajar cara nak mengajar kanak-kanak, nak pancing diorang dengar cakap kita, nak leraikan diorang bergaduh. Haaa bab bergaduh pun memang pening habaq hang weyh! Berebut kerusi, berebut meja, aku colour lawa hang colour comot pun boleh jadi gaduh. Vna mengajar English and Maths untuk 4,5 dan 6 tahun. So nak pancing diorang supaya dengar apa yang kita ajar dengan buat latihan yang kita bagi Vna akan rewardkan diorang dengan bagi bintang, sticker dengan cop gambar comel-comel. So far strategies tuh berhasil. But still ada jugak yang membuas dan tak mau dengar cakap. The best things you can do is keep calm and continue teaching.

Nampak bias, tapi rasanya mana-mana cikgu pun ada favourite students kan? In my case, ada few favourite students. Tiap seorang ada peragai masing-masing and thats why I like them. Tapi, tak bermaksud favourite students dapat special treatment. No,no.no,no! Tak siap kerja, buat bising, kacau kawan still kena marah dengan rotan. Yes, Iols garang okeyh. Suara memang halilitar habis. Untuk entry kali ni introduce dulu one of my favourite students, Ammar Hakimi, 6 tahun.

Kenapa berkenan dengan budak ni? Masa first day masuk dia yang paling mencuri perhatian. Dia paling kecik (in term of size) among classmates dia. Lepaihh tuh muka dia comel, gigi depan semua dah luruh awaii. Hahaha. Then dia palingggg mengada. Kalau bagi latihan dia mesti nak extra mengada mai kat tepi kita, teacher, teacher tak reti nak buat. Padahal kekawan yang lain boleh jer salin balik apa kita suruh tulis. Tapi dia saja nak mai duduk tepi meja. Nak suruh kita tengok satu-satu apa dia buat. heyyyyy, geram tapi cair dalam hati. Lain reasons kenapa dia jadi favourite ialah cara percakapan dia. Hamboiii pekat sungguh loghat utagha dia habaq hang.

Dia suka nak cari alasan nak keluar dari class. Nak pi minum air lah, nak pi toilet lah. Kalau sekali dua okey lagi. Ni tiap kali class. Nanti mula lah tak siap latihan. So selalu kalau dia mintak permission, selalu cakap tak boleh, pi duduk kat tempat. Nanti dia suka akan tanya balik "Pasai pa".
Yang tu memang favourite ayat dia. Pernah satu hari sembang-sembang dengan dia tanya parents dia kerja apa. Jawapan dia : 

"Dulu Abah kami qeja kat Pangkoq, lan ni tak qeja situ dah, dah tukaq pi Ipoh"

Can you imagine 6 years old talking kids talking like that? Hamboiiii pekat macam kuah laksa. 

Lepaih tuh, on certain day Vna akan bawak DSLR pergi kerja. Contohnya masa latihan sukan kat Lake Garden, trip to Zoo Taiping baru-baru ni. And Ammar Hakimi ni dia macam dah boleh baca yang Vna suka kat dia so dia akan sikit-sikit teacher, teacher ambik gambaq lekaihhh. Memang memory penuh dengan gambaq dia je.

Meet my handsome boy, Ammar Hakimi.


Dia tersangat lah lincah. Nasib baik dia sepasukan rumah sukan dengan teacher Vna dia. So banyak permainan dia jadi pemain terakhir. Sebab dia boleh lari laju sikit nak hambat pemain pasukan lain untuk minit-minit terakhir gitewww! Haha.




Selfie ni ambik masa lawatan ke Zoo Taiping baru-baru ni. Woiii, kalau ada anak perempuan memang akan ku jodohkan dengan si Ammar ni. Hahahaha.

 Oh, kat tempat keja Vna paling rapat dengan teacher Ika ni. 

Dari first day lagi dia banyak tolong Vna dan selalu keep tanya kak Vna ok tak? Ok tak? Terharuuuu dik oiii. Lepaihh tu dah siap-siap mintak tolong dengan dia yang hakak Vna dia sorang ni tak boleh bau susu tepung bebudak tuh. So memang tiap-tiap hari dia yang akan tolong bancuhkan susu budak-budak kat situ. Thanks Ika. Teheeee :) 
Pastu petang-petang sementara nak tunggu parents datang pick up anak masing-masing kalau hari tuh Vna bawak camera keja kami asyik bergambar dengan bebudak tulah. hahaha.

Yang ni pulak sorang lagi yang rapat dengan Vna, teacher Firah. Muda lagi baru lepas SPM.


Oh sorry guys sebab dia baru je bertemu jodoh. Hahaha. Maaf menghampakan! 
Bahahahahaha!

Groupie sekeping!

Till next story! 

Much Love, 
Vna Erman