Thursday, November 21, 2013

Cerita Konvo (Part 1)

Assalammualaikum,

Kesinambungan entry teaser yang lepas.......

Seperti yang Vna habaq dekat korang convocation day Vna jatuh pada hari Isnin, 11 November 2013. Hari ni 21 November 2013 baru nak update pasal cerita konvo. Pemalaihhh punya pasal. Kalau tak kerana ada special request tahun depan gamaknya baru bercerita dekat blog ni haaaa....

Antara impian or angan-angan masa sekolah selain nak masuk universiti Vna mengharap lah sesangat supaya dapat grad sesama dengan bestfriend Vna, Zalikha or mesra panggil Jal. Bila dah besar pakat masuk universiti alhamdulillah ktorg di tempatkan di univeristi yang sama & kampus yang sama. Yelah UiTM kan satu Malaysia ada cawangan dia so memasing dapat masuk main campus. Unfortunately, antara garis pemisah antara ktorg ialah ktorg took different course eventhough we are in the same campus therefore tak dapatlah hendaknya nak grad sesama. Course ktorg tak sama date convo nya whereby Jaliq grad sehari sebelum Vna.

Since tak dapat grad sesama, alhamdulillah Vna sempat attend graduation bff Vna together with my gengz si Aini. Kalau tak kerana si Aini yang datang pick up memang cheq tak dapat nak mai pon. Asalnya plan nak bawak jubah Vna and then dapatlah snap photo together-together berjubah bersama tapi masa petang nak pergi convo Jal ni haaa cuaca macam mendung semacam & bunyi guruh kejap-kejap so Vna tak berani nak ambik risiko angkut jubah. Takut hujan lepas tuh habis basah dah tak ke naya esoknya lenjun naik stage.
so endingnya bergambar bersama Jal sorang je berjubah :)



Ramai nak mampus orang masa arituh. Terus Vna dapat bayangan keesokkan harinya time Vna pulak. Waduhhhhh, pening kepala kot. Memang tak dan nak jumpa classmates or nak ambik gambar group beria sakan. tak payah. Ingatkan dapat jumpa ex-classmates waktu belajar law dekat Kedah dulu tak payahhhh memang hang jalan tak nampak sapa dah. cuma rezeki arituh sempat terserempak dengan ex roomates masa sem 2 waktu duduk dekat dalam kolej si Zuen.

kemain kau Juen haaa dok ambik gambar kami panggil hang pon tak dengaq tau....
fyi, juen sekarang bertugasan sebagai wartawan Utusan uols. Alhamdulillah roomates ku tengah membina kerjaya. cepat kawen juen. penat dulu-dulu aku melangut drama cinta cintun hang tuh haaa
:)

Akhirnya turn convocation Vna tiba jua ke esokkan harinya. Masa raptai dengan dalam surat diorang inform suruh datang by 7.30am dah ada dekat dewan. Malam sebelumnya Vna tak mau lena payah sangat nak tido. tergolek kiri tergolek kanan last-last rasanya nak dekat pukol 3 jugak ahh baru terlelap. lepas tuh secara automatic pukol 5 pagi dah terjaga terkebil-kebil. issue nya bukan over excited tapi tak taulah pasai pa ada masalah sebegini rupa. so dah alang-alang terus siapkan diri get ready. 

Nasib baik waktu Subuh masuk awal cepat-cepat sembahyang pastu tenyeh make up apa patut then saat memanaskan hati bila nak pakai shawls. pagi-pagi tulah dia nak mengelembung gerammmmmmmmmnya!
hari-hari penting yang sekali seumur hidup nak terjadi lah dia nak buat peragai. last-last feed up sangat lantak kat hang nak jadi apa atas kepala. Abah dah suruh cepat sebab nanti nak menghadap azab jalan jam plus pagi tuh hari hujan.
Sampai kat parking lot, besties Vna tak sampai lagi. Tungguuuuu plak dia sampai then baru sesama mendaki pergi DATC. Kalot-kalot pakai jubah betulkan topi pin apa patut berbaris ikut no giliran nak dekat pukol 8 lebih jugak ahhh baru semua graduan dipanggil masuk dewan

Masa dah siap berbaris nak berarak masuk dewan terus macam seram sejuk. Macam tak percaya inilah hari nya, inilah tarikh keramatnya, inilah detiknya. Macam tak percaya (yes,it sound klise) dah complete segala-galanya dan ini adalah harinya reward untuk susah payah tertungang tungging dengan buku laptop dan notes colour-colour. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Kalau tak kerana izin Mu memang tak merasa semua ni.

Happy Graduation Day Nur Erviena Erman! Alhamdulillah.....

Antara course yang grad on the sama day & time dengan course Vna kalau tak silap fakulti sains sukan dengan pengurusan maklumat. Course Vna last sekali untuk sidang arituh. Tup-tup melangut punya langut dah puas gambar selfie, candid dan tak larat merepek dengan coursemates yang lain akhirnya detiknya tibaaa...bila diorang panggil beratur untuk terima scroll omaigoddddd nervousnya yang terasa pagi tadi waktu berarak masuk dewan teruihhh jadi double nervous. Tangan seram sejuk pastu nak termuntah rasa. Ntah pape kan padahal tak dan beberapa saat dah turun stage dah pon. Dalam hati jenuh doa jangan tersungkur tergolek ke topi terkeluar jatuh ke hope everything runs smoothly. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan..

Taraaaaaa..........inilah yang dinanti-natikan selama ini.
:) :) :) :)
feeling dia tak terluah dek kata-kata tak terzahir dalam bentuk tulisan.
you know what I mean gengz!

B89, B90 & B91.
Berderet dapat duduk setempat, group sama-sama tertongeng siapkan assignment/assessment masa last semester. B89, (paling kiri) 23 November ni nak jadi bini orang dah :) :) :)
Syioknyyaaa habis grad teruihhh kawen. Cepat dapat baby pipah!

Detik paling paling kemuncak bila nyanyi lagu UiTM. Dah lah masa pagi-pagi buta berarak masuk dewan pon dah dapat feeling sebak semacamnya ini lagi ahh tak payah cerita gila tak menagis bila last time nak nyanyi lagu UiTM. Nagis tuh nagis ahh cuma berjaya control diri supaya tak over melalak. Kang habis sengauuuu ahhh suara. hahaha!

actually ada gambar received scroll, jalan terkedek-kedek atas stage semua tapi nanti lah eh next entry pulak. Dah nama convo sah-sah beratus gambar ambik kot. LOL!
tunggu Part 2,3,4 pulak eh. Nanti ada lah gambar-gambar outdoor baling-baling topi segala. sedang kumpul material. ada yang dekat besties tak ambik lagi. 

kalau boleh every single things nak tulis tak nak terlepas cerita. esok tua-tua dah melangut tak tau nak buat boleh baca kenang sengih sorang-sorang

stay tuned!

much love, vna erman :)




Thursday, November 07, 2013

pre convocation!

Assalammualaikum,


Teaser................... 11 November 2013

coming soon.
i'm superb duperb excited. 
doa semua baik-baik hendaknya.
amin

much love, vna erman :)