Showing posts with label THROWBACK. Show all posts
Showing posts with label THROWBACK. Show all posts

Thursday, June 03, 2021

Lucky dUCkies

 Assalammualaikum,

Bila blog ber-update bermaksud Malaysia berada di fasa PKP lagi. Dah 2 tahun ya Covid 19 berkampung dekat Malaysia dan merebak dengan jaya seantero dunia😡😡

Ok memandangkan kita harus terus berkurung di rumah so just quick update dekat blog to keep the memories forever! 

As you guys know my love towards brand dUCk is beyond words. Walaupun brand ni sering menerima kecaman hebat setiap masa  Vna tetap setia untuk mereka. So everytime ada contest or any giveaway by dUCk, Vna antara duckies gigih yang akan join mencuba-cuba nasib. Alhamdulillah so far dah 4x terpilih jadi the lucky duckies. 

17 March 2018


Alhamdulillah masa ni 1st time menang dUCk contest. Ingat lagi terus melompat macam tak percaya sebab selalu tak pernah menang apa-apa dari dUCk.

Second time,

17 February 2020

Every year dUCk memang akan buat contest bersempena dengan World Hijab Day. Untuk 2020 kita perlu tag seorang kawan or anyone yang kita nak hadiahkan dUCk. Cerita sikit kenapa that person patut get "dUCk-ed"






Alhamdulillah terpilih :)

This year, 

15 February 2021

Contest yang sama bersempena dengan World Hijab Day jugak tapi a bit different from 2020. Untuk 2021, dUCk choose untuk beri penghargaan buat semua frontliners yang berjuang sehabis daya fight Covid19. So pilih any frontliners tak semestinya yang dalam medical fields. Anyone yang kita rasa bekerja di barisan hadapan sepanjang tempoh pandemic ni. 



Vna pilih sepupu Vna sendiri sebab dia memang nurse yang bertugas dekat hospital kerajaan. 




Alhamdulillah rezeki kami berdua sesama Vna terpilih lagi untuk 2021.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
:)

18 March 2021

Next contest bersempena dengan comeback collection The Alphabet dUCk, kita dikehendaki untuk post any gambar yang mengambarkan the "REAL" diri kita. Campaign kali ni more kepada sayangi dan berbangga dengan diri masing-masing.


Memandangkan masa ni case covid sangat teruk ya dekat Malaysia, tapi nak jugak join the vibe so randomly je post gambar throwback dekat Langkawi lepas tu post entry nak dekat-dekat dengan dateline je. Tak expect untuk menang pun.


Beberapa lama kemudian masa tu tengah tengok TV around 6.30ptg camtu tetiba hp vibrate ada DM masuk. Bukak-bukak check..........................


Alhamdulillah, banyak rezeki Allah bagi.


So itu je entry kali ni. Takde niat hatta berlagak menanyang ke apa just for the sake of memories and also as a reminder untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang dah Allah bagi and at the same time jangan putus asa kalau nak sesuatu put effort sehabisnya. Orang cakap kalau nak menang/terpilih contest dUCk kena sejenis manusia gigih sebab kena jadi extra creative untuk ambik gambar dan tulis caption. For me, benda-benda ni macam mengasah skill kita jugak. So kalau dUCk buat contest join ok sebab hadiahnya selalu berbaloi-baloi :)

Much Love, Vna Erman :)

Wednesday, September 27, 2017

The Elderberry dUCk Scarves

Assalammualaikum,

Hai, hari ni hari Rabu. All of sudden teringat zaman study dulu ada ambik subjek Professional Development. Kelas untuk subjek tuh tiap-tiap hari Rabu pukul 8 pagi. Masa tuh dah semester kelima which is dah pindah ke kampus Puncak Alam. UiTM Puncak Alam masa tuh ada berapa ketul bangunan je. Bangunan faculty kami tak siap pun lagi so kami menumpang fakulti business. Kelas untuk kami semua tingkat melangut tinggi nak mampos. Level 10, 11 dengan 12 kalau tak salah. Dah kalau kelas pagi memang menangis nak tunggu lift sebab panjang gila so kalau untuk kelas Professional Development ni memang harung naik jugak tangga berlecak habis ketiak dont care as long as sampai before pukul 8. Lecturer untuk subject ni strict tau. Sumpah lah tak boleh recalled nama Madam apa (Sorry Madam!).  Madam memang akan sampai before or sharp pukul 8. First day class takde maknanya class cancel. Bebudak lelaki yang pepandai assume first day lecturer tak masuk pakat burn kedatangan sebab first day class dah terus belajar babe. Sharp pukul 8 terus dia akan kunci pintu dan start mengajar. Mereput lah kau dekat luar kalau lambat.

Dalam kelas dia tak boleh selekeh-selekeh sebarangan. Kena kemas, no jeans (memang undang-undang fakulti no jeans tapi belasah jugak as long as pandai cover/some lectures dont care as long as mai class no prob), dan untuk girls you must apply make-up. Yesssss, kena pakai makeup. Very light make-up. Kiranya tak boleh biar muka tongel datang ke kelas. Overall, kelas ni memang ajar betul-betul professional grooming dan didik attitude untuk jadi professional dalam setiap perkara kita akan lalui masa bekerja kelak. So tiap-tiap Rabu mesti akan doll up gitewwww.

Tapi, sesuatu yang memusykilkan tiap-tiap Rabu Madam mesti pakai warna biru. Satu hari Aniz terus tanya masa dalam kelas kenapa Madam suka pakai baju warna biru. Hence, Madam pun explain kenapa dia pakai baju biru setiap Rabu. Al-kisahnya Madam akan pakai baju ikut warna-warna psychology berdasarkan hari. Jadi warna biru sesuai di pakai pada hari Rabu. Madam pun share dengan class turutan warna mengikut hari. Bukan lah kepercayaan but in term of psychology dia macam membantu mood dan membentuk aura. Boleh google lagi for more explanation. Tapi Vna boleh share apa yang Madam kongsikan waktu class dulu tips nak atur baju yang nak pakai according to hari. Here we go:

Isnin: Putih

Selasa: Ungu/Pink

Rabu: Biru

Khamis: Kuning/Oren

Jumaat: Hijau

Sabtu: Merah

Ahad: Hitam

Sebenarnya Madam ada share kenapa hari ni patut pakai warna ini but honestly dah lupa. Maybe ada jot down somewhere dalam buku tapi mana buh pun tak tau dah. LOL! But I know I still keep it sebab sejenis bangsa sayang buku takkan simply jual dekat surat khabar lama.Yang masih ingat hari Sabtu kenapa pakai merah sebab kebiasaanya Sabtu hari bersantai/berehat /masa untuk keluarga jadi merah merupakan warna yang bold yang boleh membangkitkan mood ceria.Hari Ahad pula seeloknya pakai hitam terutamanya bagi orang Islam bagi mengelakkan terkena gangguan sihir dan seangkataan dengannya. BUT I CANNOT EXPLAIN IN DETAILS SEBAB LUPA! Kebiasaannya orang-orang yang mengamalkan ilmu hitam "test power"pada  hari Ahad. (Disclaimer :I DUNNO WHETHER THIS IS THE RIGHT EXPLANATION! Tapi lebih kurang beginilah Madam explain.)

Berbalik kepada keadaan class Madam, so lepaih Madam dah explain so start next week every Wednesday MOST of us memang akan cuba untuk pakai something blue. Tudung ke, kasut ke, tie ke anythings as long as ada biru. Bonus tips, ada terbaca somewhere dekat FB antara tips untuk ke interview ialah pakai baju biru sebab membantu untuk kita nampak menyakinkan di hadapan panel.

NEVERTHELESS,

Takde masalah apa pun nak pakai warna apa hari apa. It just perkongsian Madam dengan anak-anak murid dia dan tak salah jugak vna nak share dengan korang! Mungkin kita sejenis geng bila mana bukak almari tak tau nak pakai apa so maybe boleh guna tips pemilihan warna berdasarkan hari. Yes, I practice this each time mengalami symptom "TAKDE BAJU NAK PAKAI" (Read: baju berlambak tapi tak bersyukur LULZ!)

AS A CONCLUSION,
Kalau ada baju biru pakai lah pada hari Rabu!
:)





p/s: Yes, tajuk entry tak seriring cerita. LOL!
But heyyyyyy, yes I am wearing the Satin Silk in Elderberry. 

Much Love, Vna Erman

Tuesday, August 30, 2016

Setahun Sudah

Assalammualaikum,

Valid lagi kah nak bercerita pasai wedding yang dah pun menyambut anniversary yang pertama pada 15 August 2016 yang lepas? Hewhehw gelak perli disitu!

Sejujurnya entry pasai wedding Aniz dah pun di-draftkan sejurus selepas wedding habis. Sepatutnya entry wedding ni di update selepas
entry : Aniz's Bachelorette Night tapi selepas ku belek-belek camera harommmm gambar suka-suka bridemaids je lebih gambar dengan pengantin seketui dua enam begitu saja. Maka entry yang di-draftkan dibiarkan sepi seketika sementara tunggu pengantin pass gambaq dia dari photographer rasmi.

Tunggu punya tunggu, you know menulis entry ni bergantung jugak dengan mood kita. Bila bahan dah dapat kita pulak malas lah, ada kerja lah, on computer kekonon nak update last-last beralih arah main the sims atleast 2 jam (bahahaha!) maka double triple tertunda sehingga satu tahap aku pun berfikir tak valid dah nak update. Terbiar sepi semua draft, totally takde rasa nak update & seriously macam nak pencen dari blog. Di tambah pulak last year ada insiden Instragram & Facebook aku ada orang hack (like gambar tak senonoh, unknown login dekat FB) maka Google team email suggest few things to be done for security purpose.

Recently baru rasa rinduuuu nak berblogging balik. Semangat nak berblogging siap bagi "wajah" baru dekat blog. Update header, background, arrangements layouts bertemakan less is more. HAHAHAHA. Dah siap reconstruct bukak balik draft, realise berlambak draft tak update including cerita wedding Aniz. Adoiiii. Draft cerita yang aku rasa memang totally tak relevan dah memang delete terus.  Bila pandang entry cerita wedding Aniz, terus tingggggg, entry ni akan jadi "special " kalau di update on special day, 1st ANNIVERSARY!

Nak dijadikan cerita, Aniz pun comment dekat FB yang aku tak update pun cerita wedding dia sampai dia dah counting days nak beranak dah pun. BAHAHAHAHA. Dia suka nak dapat "instinct" sama-sama. Macam tau-tau draft yang terrrr-peram bakal di update. Tapi tak mau la habaq kata nak publish masa anniversary depa. Bila baca balik draft entry yang dulu tuh aku macam  eh tak boleh nak continue karang sebab EH PADIA AKU TULIS ni, dah tak relevan untuk setahun kemudian (LOL!) ,terpaksalah delete & upload semula gambar mengikut susunan. Nak upload gambar pun aku ambik masa so tertunda lagi. Tetibaaaa tanpa sedar pappppp dah pun anniversary depa weyhhhh & that time aku ada dekat KL ada majlis merisik/hantar tanda cousin aku. BLERGHHHH, THEN WHEN SHOULD I PUBLISH THIS? Next year? Maka aku buat keputusan update je lah even takde significant special day pun. Hergh, next time bare in mind buat kerja jangan suka bertangguh-tangguh. LOL!

MAJOR THROWBACK: 
15 AUGUST 2015

Malam lepaih celebrate bachelorette night, Aniz & Mira balik rumah tinggal la kami berempat, aku, Tin, Dyra & Fyruz. Paham-paham lah berkurun zaman tak jumpa bohong lah kalau tak bersembang bagai potpet potpet dah tarik selimut still tak berhenti cakap sampai lah almost 3.30 pagi masing-masing tersedar mampuih  kita weyhhhhh kena maki dengan Aniz kalau esok lambat! Ting tong 6.30 pagi baru bangun maka empat ketul umat haruslah bersiap sepantas kilattttttttttt.

READY UNTUK NIKAH!

Kawan baru kita orang, Dr Khai tersangat baik untuk pick up kami semua dekat hotel bawak ke rumah Aniz yang tak jauh mana pun. Bahaha. Sampai-sampai as predicted Aniz dah bising korang bangun lambat eh? Haruslah geleng kepala. BAHAHAHA. Everything dah siap including Aniz yang almost done with her make-up. Kita orang pun agak terpingga-pingga nak tolong apa. Bawak turun semua hantaran, tolong touch up depan pelamin, bentang carpet, susun-susun hantaran dekat depan pelamin tupppp eh sampai sudah rombongan pengantin lelaki.

Time ni tengah get ready nak bawak Aniz ke pelamin. 

Masa ni, Faizal, adik lelaki sulong Aniz tengah memberi keizinan untuk menikahkan Aniz since Aniz takde ayah dah.


Sign all the important documents & alhamdulillah SEKALI LAFAZ bestiesku bertukar status menjadi Puan Hasfaniza :)

Mohon perhatikan Fatin yang kelihatan tersengih di situ seperti diberi petunjuk rupanya dia menyusul pulak selepas Aniz. LOL!

Yang aku pun satu hal, dah tau dilantik sebagai maid of honor boleh pulak la haih lupa bawak tisu nak touch up peluh-peluh dengan airmata lepaih nikah. LOL VNA LOL! Nasib la sempat depa bridemaids lain pass dari tepi. HAHAHA. 


NAMPAK TAK IOLS BERTUGAS TEWWWWW? LOL.


Sebenarnya right after Aniz selamat menikah, Mak Jarah terus menangis. You know perasaan berat hati nak serahkan the only anak perempuan dia plus anak sulong pulak tuh. Aku dah la sejenis manusia hati tisu tak kental gila weyhhhh tengok benda-benda macam ni. Maka aku pun melalak 90% macam Mak Jarah. HAHAHAHAHAHA. Depa semua kata esok masa aku sendiri yang menikah kena pakai make up waterproof double apa. 

Eh Fyruz kau pun hati tisu jugak? HAHAHAHA!

HIGHLIGHT OF THE DAY!

See, nampak tak mata aku merah cemana? Aku pun tak paham perasaan aku macam mana. Rasa happy tapi rasa sedih syahdu jugak. Mixed feeling cam tulah. 



Right after habis nikah, terus majlis resepsi sebelah perempuan. Balik hotel cepat-cepat tukar "uniform" lain untuk reception pulak. Diorang yang lain semuaaaaa after siap terus gerak ke dewan. Tinggal lah aku dengan Aniz dekat rumah temankan dia bersiap untuk bersanding. Seriously ni first time ever jadi maid of honor so macam tak sure apa yang patut buat sebenarnya. HAHAHAHA. End up aku tanya Aniz apa aku patut buat. So aku pun tolong potong hand bouquet dia, kemaskan & remove daun-daun yang macam dah layu, prepare bakul bunga - bunga bridemaids nak tabur kejap lagi & tolong "alter" seluar pengantin lelaki yang labuh gila.  Masa hari kejadian boleh pulak baju Aniz ketaq nauzubillah. Bukan sebab Aniz tetiba naik 10kilo (dia sejak azali melidi sentiasa) tapi construction baju tuh tak betul. Maka baju dia kena tetas dulu pisahkan dengan kain leret-leret then Aniz pakai baju dulu baru jahit balik kain leret tuh.  MAMPOS AKU MAMPOS. Sebabnya aku FAIL BAB JAHIT! Mujur lah pak andam (ehem malu aihhh depa lebih expert) pandai nak menjahit. SETTLE phewwww & we are ready for the reception :)

BRIDESMAIDS yang lain dah ready dekat dewan

UPDATE SELEPAS SETAHUN KEMUDIAN:
DR Khai (soon to be bride), Mira (sama jugak soon to be bride tak lamaaaaa je lagi), Fyruz ( tak lama jugak lagi haaaa), Fatin (selamat dah aihhh jadi isteri orang), Dyra (ehemmmmm biarlahhhhh rahsia! LOL!) & Umi, Cha & Ika hampa pi perabih sekolah dulu baru gatai nak menikah naaaa. HAHAHAHA.

Sepanjang dalam perjalanan ke kereta aku still tak percaya Aniz dah selamat menikah. Hahaha. Rasa macam biasa like normal days dia keluar dengan Dzul. Sepanjang dalam kereta jugak aku keep contact dengan bridemaids yang lain update location kita orang kat mana & suruh diorang get ready. Cik Halim suggest untuk buat adat Johor yang main tol sebelum ke pelamin tuh tapi macam tak sesuai sebab pengantin datang sekali. 

Sampai-sampai dewan, semua bridesmaids dah ready sambut pengantin. 


Aniz pakai heels tinggi gila OMG aku yang seriau. Sepanjang dia berarak dari luar dewan nak masuk ke dalam dewan pengantin  di iringi lagu OST Twilight, Christina Peri- A Thousand Years.  Aniz pesan siap-siap untuk pegangkan baju dia supaya dia tak terpele'ot. Hehehe. 

Sekali lagi aku rasa kekok krikkk krikkk apa nak buat eh ataih pelamin. Sumpah nak sengih tak kena, tak sengih pun tak kena. Lawak kot. Karang senyum over sangat habis kena keji umpat dengan orang-orang kat bawah kata aku over macam aku yang bersanding. Tak sengih kang orang nyumpat jugak kata pasai pa dok masam lagu tuh nya! Gila lawak aku bermonolong dalam hati masa tuh. Padahal bukan ada orang kisah pun aihhh. Nak kipas - kipas macam orang- orang dulu-dulu tuh kipas takde. Endingnya tiap kali orang datang merenjis dan bersalam dengan pengantin aku pun kuis-kuiskan bunga rampai kat tangan & baju Aniz. Thats all. Hahahaha.


Settle bersanding, setlle makan beradab, favourite things BERGAMBAR!!

Pengantin ft bridesmaids ft Qayyum.

Allahuakhbar, Qayyum datang-datang totally different gila macam YB kot. Tapi perangai menganjing dia tetap kekal dari dulu, kini & rasanya selamanya! Ahaks tak lamaaaaaaaa jugak lagi Qayyum pun dah nak jadi suami orang dah. (nampak tak akibat update cerita setahun yang lepas? Status orang dalam gambar semua pun dah berubah jugak!)

Pengantin ft bridesmaids ft Qayyum ft Dee. 

OMG Dee pun sama jugak lama gila tak jumpa. Gila gigih tau Dee drive all the way from Klang ke JB. Nanti masa wedding aku kau kena gigih jugak tau datang. Cuma bila date aku pun tak tau. HAHAHAHAHA!



Alhamdulillah, even though ada lah kalut-kalut sikit masa hari kejadian tapi tetappppppp impian Aniz nak bersanding macam dia impikan alhamdulillah terlaksana jugak. Right after majlis bersanding, semuaaaaaa bridemaids kena perambat ikut shooting outdoor. Sekarang ni nak tanya ANIZ MANA GAMBAQ OUTDOOR MANA? Setahun jugak lah aku tunggu nya. Penat lompat-lompat ke angkasa. HAHAHAHA. 

The only photo outdoor Aniz bagi. Kenalah dengan entry throwback, gambar pun black & white. 
BAHAHAHAHAHA!

p/s: Selamat "meneran" bestieku. Semoga hang & baby selamat semuanya bulan 10 nanti. Tak sabaq nak tengok khalifah kecik tu! Aminnnnnn :)

Much Love, Vna Erman :)

Thursday, March 19, 2015

cucurawat.

Assalammualaikum,

Haji Osman bin Muhamad dan Hajah Banun binti Mohamed.
Alhamdulillah, kedua-dua masih ada, syukur masih bersama anak-anaknya dan cucu-cucunya. Osman, 85 tahun manakala Banun, 78 tahun merupakan tok wan dan tok Vna sebelah Mak. All of sudden terpikir nak tulis pasal mereka. Sebab sekarang keadaan keduanya makin kurang kudratnya. Tapi syukur alhamdulillah, masih steady lagi nak menguruskan hal masing-masing. Nak mandi, nak makan, nak bersihkan diri alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah masih buat sendiri.

Cuma yelah, dah usia-usia macam tuh, ada lah sakit-sakit yang terjangka datang. Tapi normal rasanya. Masa 2013, tok wan Vna buat operation sebelah mata, dan tahun lepas 2014 buat lagi sebelah mata. Tok wan Vna jenis yang tak reti duduk diam. Ada je benda dia buat, so memang kena pantau, kena duduk dengan dia dalam tempoh beberapa minggu macam tu nak make sure dia tak buat kerja-kerja berat dan tunduk-tunduk selalu sebab bahaya untuk mata especially masa awal-awal lepas operation. So, alhamdulillah Vna sempat lah jaga tokwan masa 1st operation lebih kurang dalam 3 minggu. The next operation, cousin yang lain pulak take turn.

Dalam pada tu, ada dua kali jugak Tok Wan admitted hospital sebab tekanan darah tinggi. Baru-baru ni, Tok Wan demam dan tak terjangka tiba-tiba dia jatuh. Terpaksa panggil ambulans masa tuh sebab tak berani nak angkat takut ada mana-mana tulang patah sebab Tok Wan mengadu sakit. We take turns jaga Tok Wan. Anak-anak sebelah siang, cucu-cucu take over sebelah malam sebab uncle aunt Vna pun bukan muda-muda lagi nak tidur hospital sakit badan semua. I'm happy to be part of the cucurawat again! Sekarang Tok Wan dengan Tok Banun gilir-gilir stay Taiping- Ipoh rumah aunt Vna kat sana.

Last 2 weeks, Tok Banun pulak tiba-tiba sakit muntah-muntah cirit-birit semua dan dia di masukkan ke hospital admitted almost tiga hari. Doktor cakap jantung Tok Banun ada masalah dengan saluran. Masa Vna sekolah rendah dulu, Tok dah pernah buat operation. Tapi yang kali ni penyakit lain pulak but still pasal jantung. Masa kat Tok Banun kena tahan dekat hospital, Vna ada tunggu dengan dia gilir-gilir dengan Mak dan Aunt Vna yang lain sebab hospital kerajaan prefer kalau pesakit perempuan, waris yang tunggu pun perempuan jugak lah.

Masa duduk hospital, macam-macam peragai orang boleh tengok. Nenek sebelah katil Tok Banun sangat teramat banyak sangat alahai mulut dia. Padahal ada masalah semput tuuu tapi mulut tak henti-henti cakap. Ada ja benda dia nak bisingkan. Kadang-kadang bengang jugak lah sebab dia suka nak pot pet pot pet lepas tuh kacau Tok Vna nak tidur kan. Lepas tuh asal malam bila dia nak tidur tak habis-habis bising suruh nurse padamkan semua lampu. Tapi mana boleh. Ada certain pesakit nurse kena pantau dalam beberapa jam sekali, ada pesakit yang lain nak guna lampu jugak kan including me, masa tu nak makan. So Vna tarik lah langsir antara katil nenek tuh dengan katil Tok Banun supaya lampu yang kat katil Tok Banun tak terjah mata nenek tuh. Dah pulak dia marahkan kita.

"Ni awat tarik langsir ni?"

"Ohhh, tak nak bagi nenek kena lampu meja tuh" 
(Dalam pada masa yang sama, supaya dia tak kacau Tok yang nak tidur dah masa tuh).

Tapi tak sempat beberapa saat dia sendiri yang tarik langsir tuh sebab nak bersembang dengan Tok walhal Tok tak larat dah pun nak layan.

5 MINIT KEMUDIAN...

"Tutuplah lampu tak sudah makan lagi kaaaa...."

Hergh! Padahal lampu kat lorong tuh semua dah tutup, lorong belah depan pun dah tutup, except sebelah kaunter nurse JER yang menyala dengan lampu meja side Tok Vna yang Vna on sat je sebab nak makan. Last-last feed up tak habis pun makan terus tutup lampu. Beralah dengan yang tua. Padahal tadi kita tarik langsir dah tapi marah kita balik.

Tapi di sebalik pot pet pot pet nenek tuh, takda seorang pun yang datang melawat or stay tunggu dia dekat hospital. Cuma, ada seorang anak perempuan dia datang waktu pagi itu pun kebetulan dia memang kerja pekerja am dekat hospital tuh. Jadi pagi sebelum masuk kerja dia datang jenguk sekejap then masuk kerja. Dan benda ni buat Vna realise. ATTENTION!

Kalau ada orang lain/waris datang jenguk pesakit lain, dia pun akan join sekali bersembang. Kadang-kadang tanpa di undang pun. Contohnya, masa insiden tarik langsir supaya lampu tak kena dia, tiba-tiba yang sendiri yang tarik balik langsir tuh sebab dengar Vna dengan Tok bersembang walhal tak menganggu pesakit lain pun. Tiba-tiba dia pun menyampuk secara tiba-tiba.Tapi lepas tuh dia marah kita kenapa bukak lampu. Pukul 3 pagi, nurse datang of course kena bukak lampu sebab nak bagi ubat kat certain pesakit, nak cucuk, nak ambik blood pressure and etc, dia tiba-tiba menjerit sapa bukak lampu niiiii? Terus dia bangun pot pet pot pet itu ini and to me macam disturb nurse tuh nak buat tugas dia.

Pokok pangkalnya dia mengharapkan perhatian. Sebab dia keep repeating ayat yang sama dia ibu tunggal, duduk seorang, tak suka bersembang berjalan pi rumah-rumah jiran tapiiiiiii kat hospital, banyaknya mulut macam tak caye dak? Conclusionnya, perhatian. Ada seorang pesakit Cina ni, asyik menjerit je kerja dia tak kira siang malam, sama jugak casenya tak dak sapa datang melawat or jaga dia. Nurse pun tak larat nak layan dah. Yelah bukan seorang dua pesakit.

On the other side, ada pesakit yang lain lorong yang sama jugak dengan Tok Vna cucu dia yang jaga. Nenek yang ni kelakor sebab dia rabun teruk tahap memang tak nampak, sampaikan dia makan nasi tapi sudu tuh terbalik. Dalam pada tak nampak ligat dok jalan pi kat katil orang lain, share nasi, lepas tuh Tok Vna tegur tuh sudu terbalik tuh...laaaaaaaa kami bukan nampak ni! Haha lawak ahhh. Lepas tuh tak habis-habis bercerita dia cucu orang ni, belajar mengaji kat sini dengan nenek yang sebelah katil Tok Banun tuh, yang banyak cakap tuh. Hahahaha. Dah habis dia cerita lagi 5 minutes dia tanya balik hang nama apa? BAHAHAHAHAHA!

The most sweet moments masa jaga Tok kat hospital ialah seorang lagi nenek, katil depan dengan Tok Vna. Sebelah malam, anak perempuan dia jaga. Tak muda dah pun rasanya mak cik tuh, lebih kurang 50++ tengok gayanya. Tapi sebelah siang, husband nenek tuh yang jaga. SUMPAH RESPECT HABIS!
Atuk tuh yang terkial-kial tolak kerusi roda nak bawak isteri dia pergi toilet, atuk tuh yang terkial-kial nak pakaikan pampers dekat isteri dia tapi dia tak reti until Mak Vna datang tunjukkan caranya. Padahal dia sendiri pun dah tua dan tak larat but still jaga isteri dia.

I wrote all this bukan sebab nak cerita kat dunia akulah cucu yang terbaik, but as reminder to myself. Vna buat sebab ini tanggungjawab. Vna buat sebab dulu kecik-kecik yang main dengan kita yang layan kita diorang jugak. Vna buat sebab tak sampai hati. Tak nak diorang jadi macam nenek sebelah bercakap tak henti-henti dan kita sendiri tau sebenarnya dia mengharapkan perhatian atau bahasa kasarnya attention seekers. Vna buat sebab esok masa kita tua, kita tak tau untung nasib kita, mungkin berkeluarga mungkin mereput sorang-sorang mana nak tau. Atleast, ada orang yang baik yang boleh tengokkan, perhaps nurse yang bagi layanan yang baik pun dah memadai.

Vna selalu berharap yang Vna istiqamah dengan niat ni. Nak jaga Mak Abah, jaga Tok Wan dengan Tok Banun sebab ini tanggungjawab. Harap sangat jangan sesekali terpesong niat, harap sangat sentiasa ingat dekat diorang sekali pun dah berkerjaya hebat dan berkeluarga sendiri. Sebab kadang-kadang kita tak tau masa hadapan, kita boleh berubah dalam sekelip mata. Hopefully, Vna bukan orangnya. Bukan orang alim atau manusia yang hebat, just a reminder, balik lah selalu-selalu jenguk mak ayah. 3 Hari kat hospital banyak yang Vna boleh buat ikhtibar. Nak story everything, tapi ni pun dah berjela.

Dan salah satunya perkara best bila jaga orang sakit, kita ada opportunity naik ambulans (except those doctor/nurses lah). Bukan semua orang dapat merasa kot. Hahahahaha.


Selfie dalam ambulans once kami sampai rumah lepas 3 hari 2 malam Tok Wan admitted hospital. Masa sampai ni Vna dengan adik cakap,"Tok Wan kita dah sampai rumah, Tok Wan dah balik ni....." 
Terus berlinang airmata Tok Wan masa tuh. Oh my, precious memory. :(
Yelah orang tua mana suka duduk hospital. Masa nak bawak pi hospital pun lama jugak nak pujuk dia. Aihh, tak payah cakap diorang, sapa pun dalam dunia ni tak suka pi hospital dak? Except Vna ahhh sebab nak usha doctor handsome nak buat suami. EH?


Meet my grandparents. Tok Banun & Tok Wan kami. :)
Takde benda lain yang kami anak cucu harapkan, semoga mereka sihat, terus sihat, sihat dan berkudrat selamanya! Amin. Not to be forgotten, Al-Fatihah buat arwah Atuk & Nenek Vna (belah Abah).

Till we meet again next story.

Much Love,
Vna Erman :)

Sunday, November 28, 2010

Nostalgia Hitam Putih

sehari x update blog rasa hidup sepi tanpa cinta,wink wink ;)

Woo,woo jgn nak main terjah plak naaaa,statement 2 bermksd betapa dlmnya cinta aq dkt blog aq ni haaah...2 jer!
bak kata Lynda,comel blog aq.comel ke?TQ2 Lynda.......

Ok,story kali ni bertemakan hitam putih
Sbb story kali ni aq nak share dgn korg pasal zaman2 sek aq dulu
Hureyyyyyy,pura2 la excited nak dgr weyh!
Mcm malu2 dolphin pulak nak cerita beserta gmbr x seberapa
Sebelum tu biar aq cerita ckit backgroud pendidikan aq,ececeh pendidikan.xtahan!

Ok,aq start kenal erti sek sebenar2nya msa masuk darjah satu
Mesti korg mcm tgk2 kiri kanan cari ada tak aq sediakan kaunter pertanyaan.kan kan?
Xperlu,sbb aq dah tau soklan pe korg nak tny 2.aq kan nujum!
Mesti korg nak tny aq x p tadika ke?
Ok,soklan itu aq akan jawab dgn perasaan yg malu sebenarnya tp xpela benda pon dah jadi sejarah di kepil2 sekali dlm hikayat vna erman so aq beritahu jer
Actually,aq pergi tadika cuma tak sempat GRADUATE jer.
kenapa tak sempat graduate sbbnya aq xsuka pergi tadika jgn tanya sbbnya sbb aq sendiri pon xtau jawapannya.
So pengajian aq dekat tadika separuh jalan jer la :(
Hopefully kat U ni bergraduate la.AMIN.korg pon amin,amin kan jgk.

Therefore,the real zaman aq start sekolah masa darjah 1 la.
Abah Mak aq hntr aq masuk sek yg skrg dah jadi Cluster School iaitu
SK CONVENT KOTA TAIPING
Dari darjah 1 sampai la ke darjah 6 stay sekolah 2.
Aq ingat lg cikgu favorite aq nama Pn. Elly Azriani merangkap guru class aq masa darjah enam sekaligus merangkul jawatan guru matematik aq
Walaupun aq suka cikgu 2 tak bermakna math dpt A masa UPSR
Cukup bertuah la aq dpt B sbb aq kurang pakar bab kira mengira ni
*statement membuka pekung di dada di situ*

Lepas tu aq masuk ke alam bazakh,weyhhh,mulut ckp bkn2 dah cukup sgt ke pahala?
X,masuk ke zaman2 sek menengah
Pada aq zman sek menengah zaman yg paling syioookkk skli
Korg setuju tak dgn aq?
Aq sekolah dkt SMK CONVENT TAIPING
kalau dekat Tpg sekolah Convent ni org ckp,bkn aq ckp naa sek ni bdk2 hebat2 sbb bdk2 ditapis dulu sebelum dpt masuk.So x bermakna la kalau korg dulu2 sek ren convent then automatically dpt masuk terus ke sek menengahnya.Owh,tidak sama sekali.
So,alhamdulillah aq antara insan terpilih yg dpt masuk sek ni.
Dekat sini bermula perjalanan hidup yg mencabar pada aq time 2
Yela,time 2 x merasa lg azab belajar kat U kan so rasa zmn2 sek ni aduh,seksanya!

Bila di kenang2 balik byk memeories sweet,sour,salty,bitter happen sepnjg 5 thn kat situ
Di sini aq bljr apa itu erti persahabatan
Di sini aq bljr apa itu pengorbanan
Di sini aq mula mengupas 1 per satu lumrah dunia
tentang pershbtn,aq mengenali mana satu kawan setia mana satu kawan celaka
tentang pengorbanan,aq belajar yg kalau mengharapkan sesuatu maka berkorban la sesuatu
senang paham takde benda kat dunia yg kita dpt berdebukkkk kat tangan kita terus
Kita sendiri kene gali,korek,explore race cari sendiri.

Kalau tanya aq subject favorite time sekolah tentu2lah Sejarah
that's why la aq dpt masuk Asasi Undang-undang sbb blh dikatakan aq selalu score Sejarah
Asal ramai org xsuka Sejarah eh?Baca jer la...ape la kau org ni.
Besides Sejarah aq suka jgk Pendidikan Islam
owh,itu satu2 subject yg paling aq xblh terima hakikat sekali kalau aq xdpt A
blh menangis tertongeng2 tau!
Pernah masa percubaan SPM aq dpt B Ya Allah frustnya xtau nak gmbrkan mcm mana
Tekad SPM kena dpt A so alhamdulillah dpt la A.

Cukup2 cerita bab2 akademik
Aq nmpk korg mcm menguap2 dah.weyhh,tutup mulut!
Now aq cerita psl kawan2 aq time sek.
As you all kenal Zaliq mmg la BFF aq
besides Zaliq aq da lg a few friends yg rapat dgn aq
Paling2 rapat dgn aq diorg bertiga ni:
(ok skrg korg dpt la tgk beberapa2 keping gmbr2 time sek dulu)

Dari kiri sekali nama dia Fatin Hazwani follow by Nurainie then aq lepas tu Zalikha
Fatin dgn Zalikha aq kenal sejak dari sekolah rendah lagi
So,alhamdullilah until sek men still berkekalan
Yg Ainie pulak aq start kenal dia masa form 2
Dia baru mula masuk sekolah aq sbb die baru pindah dari Kajang
kalau korg nak tau muka ainie ni mcm Fafau
Sumpah x tipu.
Ainie,belanja mkn mee sizzling cpt! ;)

Diorg kawan paling superb hebat
Diorg happening,gila2 senang ckp masuk la kepala besau aq ni
besides diorg close frens aq yg laen Dilah,Aimi,Pipah,Puah....
Kalau nak cerita satu per satu pasal diorg serupa la mcm aq nak mengarang hikayat
So,pendek cerita mereka2 la yg selalu buat hidup aq terasa indah
Masing2 ada pe'el masing2 yg sorg dgn kalotnya,yg sorg dgn gelak hantunya yg sorg itu yg sorg ini
OMG,really missing all this.

Itu la masa kecik2 dulu asyik mengeluh bila la nak besar2 ni
Dah besau2 nak pulak balik zaman kecik2 balik
Itu la masa kecik2 dulu asyik mengeluh bila la nak habis sekolah ni
Dah abis sekolah nak pulak balik zaman sekolah balik
Itu la namanya manusia
Kalau aq ada chance or talian hayat la kan nak pilih sama ada nak masuk U or masuk sek aq pilih masuk sek balik
Sbb kalau dekat sekolah ada fail paper takpyh kene repeat lg
Kalau dekat U fail alamatnya lmbt la ko nak jamu org makan nasi minyak
Yela,dah fail lmbt la grad
Dah kalau lmbt grad lmbt la kau kahwin
So vna make sure kau lulus dgn cermelangnya supaya boleh kahwin cpt
Weyh2,calon takdak lg naaa hampa jgn buat gosip2 liar2
Tak baik.tak mau tak mau. *berserta dgn aksi mengerak2 kan jari ke kiri ke kanan*

Kepada kawan2 sekolahku Zalikha,Ainie,Fatin,Dilah,Pipah,Aimi,Puah dan jugak ex2 classmateku hatta semua warga2 sekolah yg bersekolah dgn aq suatu ketika dahulu
Percayalah yg xpernah sekali pon aq lupa dekat korg
Percayalah yg xpernah sesaat pon aq tak rindu dekat korg
Berdoalah pada Allah supaya kita semua diberikan kesihatan mental & fizikal yg baik supaya semua kenangan2 kita time2 sek dulu terpatri elok2 dlm ingatan kita
Aq still ingat lagi suasasa waktu rehat kita dulu
Kalau tak gelak tak sah.korg ingat x cerita teksi ketaq tokwan ainie?
Tiba2 nak tergelak r teringat.Dah,tak boleh tahan dah.weyhhh!
Guys,Tq so so much sbb jadi sebahagian dari hidup aq
Mewarna warnikan lagi lakaran hidup bdk yg bernama vna erman
I love you guys so so so so so so much!
deeply inside my heart,it's really hurts
bcoz
I miss you guys damn much!

So gengz aq nak share a few gmbr2 masa zaman sekolah2 dulu.

1st.

gmbr kat atas ni if i'm not mistaken masa Hari Kokurikulum time F4 or F5
itu aq xsure

2nd.

haaa,gmbq ni lengkap semua gengz2 rapat aq
Yg ddk kat bwh tu nama dia Aimi,yg pakai tudg ada ckit2 pink itu la Dilah
sebelah Dilah tu la Pipah
Yg lain2 tu kira korg dh reti klasifikasikan la sbb kat atas aq dah introduce awl2!

3rd

gmbr kat atas ni plak time F5 masa Hari Guru
yg perempuan tu teacher English aq Pn.Lim
then lagi dua jejaka loglaq kat belakang sana ckit tu hat pakai spek tu nama dia Mr Yim merangkap cikgu Add Math aq yg lg sorg Encik Zul merangkap cikgu Math aq masa F5
Dua2 lawok2 loglaq2 nak mampuih.
Tiba2,rasa nak gelak lagi.Haisshh lawak2.

4th
Gmbar kat bwah ni plak gambar after bergelar school leavers
Ktorg jumpa balik dekat Borneo Cafe,skrg dah takdak dah cafe tu dh jd kedai lain
Gmbr before masing2 further study.



5Th
Akhir sekali aq tinggalkan korg dgn gambar sumpah comel gler buat tatapan pengunjung2 setia blog aq ni
Kawan2ku please jgn saman aq sebab publish gambar favorite kita time2 sekolah dulu

You guys rock babeh!
Gmbr ni xclap masa lepas susun2 dewan utk SPM the next weeknya.
Ok,nak gelak lagi dan rasa nak terus-terus gelak lagi
Eh,mcm tak boleh stop gelak bila teringat2 balik
ok,xblh berhenti
So,that's all entry kali ni
i'm born to be the writer and you are born to be my readers
much love,vna erman.


Sunday, May 30, 2010

SPECIAL TRIBUTE

atas permintaan ramai
atas kebenaran tuan punya gambar
atas nama cinta
PERSEMBAHKAN......DIVA MALAYSIA
DATIN PADUKA ZALIKHA BT ZAMRI
JENG2 JENGGGGGGG.....

First of all sebelum kasi panas kte kasi gmbr comei dlu k,


Next,gmbr diva sedang menjamu selera
comeiiiiii kannnnnnn



Kalau dah namanya diva segala aspek kesihatan & gaya harus di ambil kira
termasuk la MATA.....
vogue gitu



Name pon Diva Semalaya
kt mane pon tetap kasi pose maut gitu!



Antara anugerah & jawatan yg disandang Datin Paduka Zalikha ialah
-Pekerja Dedikasi Terbaik 2010 The Store,Taiping
-Ratu Cantik Gler, Tmn.Sg.Mas Taiping
-Duta Fresh & White selama 10tahun
-Penolong Ketua Aspuri TR International & Inteligent School
-Duta Nutrimetics
-Duta Generasi Hebat Inner Shine Shining-shining

banyak lg actually anugerah yg diperolehinya
semua Anugerah2 yg tertera disahkan & di cop oleh Cik Fairus bt Sabran
right fai?

kembali ke realiti
entry niyh bukan bertujuan menjatuhkan & memalukan CIK Zaliq kte
first of all b4 publish sume pic2 niyh die dah kasi permission
then atas permintaan member terdkt maka entry niyh special wat korg k....
sesiapa yg kenal Cik Zaliq pasti tahu mcm mane die
sesunghnya die insan 1 dlm sejuta
orgnya tersgt ceria
tersgttttt lawok
she's my BFF 4ever
Zalikha Zamri,we all love you.......