Assalammualaikum,
Hai, hari ni hari Rabu. All of sudden teringat zaman study dulu ada ambik subjek Professional Development. Kelas untuk subjek tuh tiap-tiap hari Rabu pukul 8 pagi. Masa tuh dah semester kelima which is dah pindah ke kampus Puncak Alam. UiTM Puncak Alam masa tuh ada berapa ketul bangunan je. Bangunan faculty kami tak siap pun lagi so kami menumpang fakulti business. Kelas untuk kami semua tingkat melangut tinggi nak mampos. Level 10, 11 dengan 12 kalau tak salah. Dah kalau kelas pagi memang menangis nak tunggu lift sebab panjang gila so kalau untuk kelas Professional Development ni memang harung naik jugak tangga berlecak habis ketiak dont care as long as sampai before pukul 8. Lecturer untuk subject ni strict tau. Sumpah lah tak boleh recalled nama Madam apa (Sorry Madam!). Madam memang akan sampai before or sharp pukul 8. First day class takde maknanya class cancel. Bebudak lelaki yang pepandai assume first day lecturer tak masuk pakat burn kedatangan sebab first day class dah terus belajar babe. Sharp pukul 8 terus dia akan kunci pintu dan start mengajar. Mereput lah kau dekat luar kalau lambat.
Dalam kelas dia tak boleh selekeh-selekeh sebarangan. Kena kemas, no jeans (memang undang-undang fakulti no jeans tapi belasah jugak as long as pandai cover/some lectures dont care as long as mai class no prob), dan untuk girls you must apply make-up. Yesssss, kena pakai makeup. Very light make-up. Kiranya tak boleh biar muka tongel datang ke kelas. Overall, kelas ni memang ajar betul-betul professional grooming dan didik attitude untuk jadi professional dalam setiap perkara kita akan lalui masa bekerja kelak. So tiap-tiap Rabu mesti akan doll up gitewwww.
Tapi, sesuatu yang memusykilkan tiap-tiap Rabu Madam mesti pakai warna biru. Satu hari Aniz terus tanya masa dalam kelas kenapa Madam suka pakai baju warna biru. Hence, Madam pun explain kenapa dia pakai baju biru setiap Rabu. Al-kisahnya Madam akan pakai baju ikut warna-warna psychology berdasarkan hari. Jadi warna biru sesuai di pakai pada hari Rabu. Madam pun share dengan class turutan warna mengikut hari. Bukan lah kepercayaan but in term of psychology dia macam membantu mood dan membentuk aura. Boleh google lagi for more explanation. Tapi Vna boleh share apa yang Madam kongsikan waktu class dulu tips nak atur baju yang nak pakai according to hari. Here we go:
Isnin: Putih
Selasa: Ungu/Pink
Rabu: Biru
Khamis: Kuning/Oren
Jumaat: Hijau
Sabtu: Merah
Ahad: Hitam
Sebenarnya Madam ada share kenapa hari ni patut pakai warna ini but honestly dah lupa. Maybe ada jot down somewhere dalam buku tapi mana buh pun tak tau dah. LOL! But I know I still keep it sebab sejenis bangsa sayang buku takkan simply jual dekat surat khabar lama.Yang masih ingat hari Sabtu kenapa pakai merah sebab kebiasaanya Sabtu hari bersantai/berehat /masa untuk keluarga jadi merah merupakan warna yang bold yang boleh membangkitkan mood ceria.Hari Ahad pula seeloknya pakai hitam terutamanya bagi orang Islam bagi mengelakkan terkena gangguan sihir dan seangkataan dengannya. BUT I CANNOT EXPLAIN IN DETAILS SEBAB LUPA! Kebiasaannya orang-orang yang mengamalkan ilmu hitam "test power"pada hari Ahad. (Disclaimer :I DUNNO WHETHER THIS IS THE RIGHT EXPLANATION! Tapi lebih kurang beginilah Madam explain.)
Berbalik kepada keadaan class Madam, so lepaih Madam dah explain so start next week every Wednesday MOST of us memang akan cuba untuk pakai something blue. Tudung ke, kasut ke, tie ke anythings as long as ada biru. Bonus tips, ada terbaca somewhere dekat FB antara tips untuk ke interview ialah pakai baju biru sebab membantu untuk kita nampak menyakinkan di hadapan panel.
NEVERTHELESS,
Takde masalah apa pun nak pakai warna apa hari apa. It just perkongsian Madam dengan anak-anak murid dia dan tak salah jugak vna nak share dengan korang! Mungkin kita sejenis geng bila mana bukak almari tak tau nak pakai apa so maybe boleh guna tips pemilihan warna berdasarkan hari. Yes, I practice this each time mengalami symptom "TAKDE BAJU NAK PAKAI" (Read: baju berlambak tapi tak bersyukur LULZ!)
AS A CONCLUSION,
Kalau ada baju biru pakai lah pada hari Rabu!
:)
p/s: Yes, tajuk entry tak seriring cerita. LOL!
But heyyyyyy, yes I am wearing the Satin Silk in Elderberry.
Much Love, Vna Erman
No comments :
Post a Comment