Tuesday, September 18, 2018

Surprise Dari Johor

Assalammualaikum,

THROWBACK
.................

Jumaat, 14 September 2018

Sempena long weekend cuti hari Malaysia abang Erzuan pun balik lah Tepeng. Memang kebiasaannya kalau abang balik kami sekeluarga akan keluar makan dekat luar dan dia akan belanja makan. Malam tuh kami pi makan dekat kedai masakan Thai. Sementara tunggu makanan sampai tetiba :

Abah : Esok kawan Abah nak mai rumah.

Me : Lah awat Abah baru habaq sekarang? 

Abah : Dah kawan Abah baru sat-sat ni habaq kata nak mai nak buat macam mana. Kalau buat mee kuah boleh tak?
*sambil jeling dekat Mak mohon persetujuan*

Mak pun kata senang buat mee kuah sebab tak tau depa nak sampai pukul berapa nanti kalau hidang nasi buatnya mai petang-petang macam tak sesuai nak hidang nasi berlauk buat makan petang.

Honestly tak rasa apa-apa pun lah cuma sedikit pelik sebab Mak tak melenting last minutes baru nak cari bahan nak masak. Sebab Mak tak suka last-last minutes baru nak habaq kata ada orang nak mai. Tapi masa tuh pikir Mak ok je kot sebab nak mai mungkin petang so takdelah rushing sangat nak buat preparation. Kebetulan kami makan malam tuh dalam bangunan Tesco so right after dinner terus naik atas masuk Tesco cari barang. Masa dekat Tesco tanya dekat Mak sapa kawan Abah yang nak mai. Oh, kami baru pindah rumah baru so memang kawan-kawan Abah pakat nak datang visit so nak tau lah sapa yang nak mai kan.

Mak pulak macam pelik sebab dia tergelak tapi sikit je macam dan cover gitewwww

"Manaaaaa la Mak nak tau sapa dah sat-sat tadi kan Abah baru habaq......"

Tak banyak cerita aku pun tarik bakul roda tuh pap pap ambik bahan-bahan nak masak.

Sabtu, 15 September 2018

Esok paginya Mak suruh keluar temankan Abah pi market cari udang dengan daging fresh sebab semalam yang ada dekat Tesco tak fresh. Benda-benda macam ni tak pelik sebab memang rutin kebiasaan orang nak mai Mak pagi-pagi dah masuk dapur dan kalau ada benda tak cukup memang aku dengan Abah yang akan pergi kedai atau market. Memang aku dah biasa jadi runner sejak sedia kala.

Masa dalam kereta tanya dekat Abah

Me : Sapa kawan Abah nak mai ni bah?

Abah : Kawan Abah yang dekat UK dulu tu haaa. Haji Amin yang biasa mai rumah sewa kita dulu tu.

Me : Ohhhh, tau-tau. Berapa orang bah?

Abah : Satu kereta ja depa mai tapi dia bawak sorang lagi kawan Abah dengan bini dia. 

Me : Okkkkkk, rajin benor kan kawan Abah jalan mai sampai sini. 

Abah : Dia orang kaya bukak restaurant besaq dekat Melaka banyak duit boleh la jalan.

Me : Tapi satgi depa tau ka nak mai kat umah kita?

Abah : Satgi Abah suruh lah elyn hantaq location kat jalan tepi tuh nanti Abah pi ambik lah pickup.
(p/s:  FYI,Kawasan rumah kami area baru adalah 10 buah rumah baru naik so dalam maps takde kalau hantaq location dia keluaq unknown bahahahahah sadissss Mcd pun takleh delivery LOL!)

Honestly memang mati-mati PERCAYAAAAAAA Haji Amin yang nak datang. Memang tau dia memang one of good friends Abah masa dekat UK. Lepas tuh dia memang orang yang jenis suka travel datang jumpa kawan-kawan lama. Beberapa bulan before kami pindah rumah baru masa tuh masih menyewa sementara, dia sanggup turun from Melaka semata-mata nak mai jumpa abah. Memang dia kata nanti rumah baru dah siap dia nak mai turun Tepeng lagi sekali. So memang takde benda yang perlu ku ragukan. Life goes on as usual. Hahahaha.

Lepas balik dari market masuk dapur tolong-tolong mak apa patut. Memang kebiasaanya kalau ada tetamu jauh tak kira saudara-mara or sesiapa pun Mak memang akan suruh ambik sudu garpu yang elok sikit bukan yang selalu dok pakai harian, pinggan cawan semua pun kena punggah. Bukan niat nak menunjuk-nunjuk ke apa tapi meraikan tetamu bagi yang elok-elok lah. Memang Mak ajar kami adik-beradik untuk buat macam tuh. Kadang-kadang mai penyakit malaih bertengkak jugak lah dengan Mak alaaaaa Mak takpayah lah punggah pakai lah hat mana ada. Sebab MALAS nak kemaih balik bawak masuk kabinet.

Tapi on that day, I really dunno the REAL guest tapi tetiba macam Ehhh Mak lama dah tak pakai mangkuk ni, ok harini pakai ni untuk letak condiment lah. Pastu bukak kabinet belek habis semua pinggan mangkuk Mak. You know orang dedulu kan masa kahwin dapat pinggan mangkuk berlambak nak mampus sampai tak terpakai. Serious semangat cari matching. Nak pakai semua all white. Pastu ambik jug air kaca. Padahal selama harini belasah je jug plastic. Hahahahaha. Mak pun iye kan aje bila tanya. I really tak tahu apa-apa tapi preparation yang dibuat macam memang nak sambut yang teristimewa

Lepas dah habis siap masak prepare meja siap sedia pinggan gelas dan semua benda tengok jam dah masuk waktu Zohor. Mak dok beria suruh mandi dulu. Yang aku pulak kata Mak pi lah mandi dulu satgi kawan Abah mai bawak bini kalau kita takpe la lambat siap pun Mak yang nak sambut. Tapi memang tak syak apa pun sebab benda-benda macam ni memang biasa time-time orang nak mai. Once settle habis kemas dapur semua, pakat masing-masing masuk bilik bersihkan diri dan solat.

Lepas solat rasa malas nak bersiap lagi lah. Rileks je pakai baju dengan seluar duduk rumah. Tanya dekat Abah,

Me : Bah, kawan Abah nak sampai pukul berapa?

Abah : Pukul 3.30 camtu. Kalau rasa nak pi tidoq pi lah lena dulu.

Me : Malaih lah nak tidoq satgi orang mai kalut pulak.

Since ada lebih kurang satu jam camtu so rileks dulu baring-baring dekat kerusi sambil melangut Sanay Wala Nang Wakas dekat handphone. Masa tuh duduk dekat area makan yang Elyn dengan Abah dok ada dekat area hall so memang tak kisah apa pun sebab sungguh-sungguh kusyuk tengok SWNW #teamleo.Tetiba Abah ajak Elyn pi buang sampah. Abah kata sat kawan Abah nak sampai nak pi ambik. Yang Elyn pulak haaaaa sat bah nak tukar seluar dengan pakai tudung.

Masa tuh macam eh rajin pulak si elyn ni nak pi buang sampah kalau tak selalu dia memang liat. Sikit-sikit ala akak kamu pi lah, ala kak kamu temankan Abah aku tak reti ala itu ala ini semua malas lah. Tapi masa tuh macam terdetik gitu je sebab macam focus habis tengok cerita dekat hp. Still rileks tergolek tak salin baju ke apa. Tetiba few minutes lepas depa dua keluar, Elyn whatsapp kata kawan Abah dah sampai so diorang dah otw nak ke rumah. Masa tuh baru bangun dari kerusi masuk bilik salin baju pakai tudung semua.

Ngam-ngam siap, Mak dekat dapur jerit kata haaaaa tuh sampai dah. Yang aku pun ambik kunci nak bukak pintu grill which is masa tuh kereta Abah dah belok masuk dalam garaj lepas tuh beberapa saat lepas tuh ada kereta Nisan Almera pulak belok eh orang muda yang bawak kereta tapi anak dia kot tapi macam Dzul tapi once kereta bergerak sikittttt ternampak orang yang dekat sebelah drebar terussssssss ANIZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ LAH!

If you ask me apa rasa masa tuh serious tak rasa apa-apa. Dia macam fantasi ke realiti fantasi ke realiti tapi sambil tuh sarung selipar berlari keluar ke kereta nak sambut. All I remember Mak Jarah kata tak membesor-besor ko ni Vna and aku reply alaaaaa Awe dah beranak pun tak besar jugak........ 

Takde angin kata nak bertunang apa ntah lagi kahwin tup-tup sampai Aniz sekeluarga dekat Tepeng ko rasa apa patut aku rasa? Rasa macam terpingga-pingga percaya tak percaya.  Aniz cakap dalam minggu tuh dia asyik teringat-ingat dekat aku. Honestly last week memang minggu paling down dalam hidup. Banyak dugaan banyak masalah bertimpa-timpa tapi tak cerita dekat sapa pun. Sedih sangat tapi tak sangka Allah nak bagi kejutan macam ni dekat kita :(

Memang Aniz plan semua last minutes. Dia buat pakatan dengan Elyn including Abah dengan Mak jadi pelakon tambahan. Dia kata tekad je lah nak datang sini sebab dia asyik teringat-ingat. Haishhhhhhh I memang tertipu lah! hahahaha. Memang pemilihan watak Haji Amin as "tetamu palsu" adalah calon yang paling tepat untuk buat prank. Memang ada few benda yang mencurigakan tapi macam not tooobvious plus I MEMANG TAKKAN SANGKA yang nak mai tuh ialah ANIZ!!!!

Contoh rancangan hampir-hampir goyah mencurigakan :

1. Ada 1 malam tuh tengah bercerita pasal Watson. Watson tuh macam tempat wajib masuk tiap-tiap kali nampak & salah seorang schoolmate kerja manager kat situ namanya Ayu. Dah lupa lah masa tuh bercakap pasal apa mungkin pasal weekly promotion kot tapi Elyn tersasul sebut "Kak Aniz" instead of Kak Ayu. Elyn lah cerita lepas semua plan dah berjaya. Dia kata almost nak terbocor rahsia sebab time tuh dia tengah berwhatsapp dengan Aniz itu pasal tersebut Kak Aniz. Dia kata nasib baik tak tanya kenapa tetiba tersebut nama Aniz. Lepas tuh tiap-tiap kali lepas berwhatsapp dia akan pastikan dia delete chat supaya tak terkantoi.

2. Waktu tuh petang, kami sekeluarga keluar nak pi tailor Elyn nak hantar jahit baju untuk graduation. Masa sampai dekat tailor, Elyn tertinggal hp dia dalam kereta. Time tuh dia je turun dengan Mak, aku dengan Abah malas stay je dalam kereta. Dia kata dia punya gelisah takut aku ambik hp sebab masa tuh dia tengah berwhatsapp dengan Aniz. Mujurlah akak dia bukan seorang kepochi suka-suka membelek hp orang tanpa kebenaran. So rahsia masih selamatttttt phewwww.

3. Yang ni memang mencuriga tau. Mak ada satu peragai dia takkan hidangkan menu yang sama untuk tetamu yang pernah datang. Waktu Haji Amin datang rumah kami sebelum ni ktorang dah jamu kan menu yang sama mee udang. Tup-tup mai kali ni takkan nak bagi mee udang. Seriously masa tengah prepare meja makan tuh ada tanya mak

Me: Mak, arituh masa depa mai kita bagi makan me kuah ni mee kuah lagi. Satgi depa kata mai rumah Erman asyik makan mee je hahahahahahah (serious gelak masa tuh)

Mak : Allah biaq lah sapa suruh habaq last minutes kita bagi lah apa yang dan

Padahal lepas tuh Mak cerita, masa aku cakap macam tuh Mak jenuh tahan gelak.
HELLO HAMPIR 28TAHUN JADI ANAK MAK HARUSLAH TAU PERAGAI MAK SENDIRI DAK?
Tapi tulah daku percaya je. LOL!

Biar pun ada insiden-insiden hampir terkantoi SEJUJURNYAAAA memang tak tahu menahu langsung apa ntah lagi nak terdetik kata ANIZ yang nak datang.
 I IS TERKESIMA TERHARUUUUUUUUUUUU KELU

So,
.......................................................................

 Selamat datang ke Tepeng sahabat........

Aniz biasa datang Tepeng sebelum ni tapi dah bertahun lah ceritanya. Masa tuh kita orang dekat Asasi. Sekarang dia dah anak satu dah. Lamanyaaaaa kita dah kawan weyh. Disebabkan langsung tak tahu kehadiran Aniz so memang takde plan nak bawak pi jalan mana. Just follow je diorang request nak ke mana and bawak tour Tepeng mana yang sempat. Tempat wajib haruslah Lake Garden Taiping. Tapi sempat jalan sekejap je sebab masa suntuk dah maghrib. Bawak pi pasar malam Kamunting nak tunaikan hajat Mak Jarah nak cari pekasam. Nasib tak baik time diorang ke sini musim hujan so dapat jalan sat je lah dekat pasar. Kemain excited Mak Jarah dengan menantu dia kata barang dengan makanan dekat sini murah compare dengan JB. Malam tuh pulak bawak diorang pekena Char Ktoew King dekat Tepeng. 

Ahad, 16 September 2018

Next day, Aniz nak pi Zoo Taiping. Yelah mak -mak dah sekarang haruslah bawak anak ke zoo. Hahahaha
Honestly zoo ialah tempat paling tak suka nak pi. Bukan pencinta haiwan plus geli dengan certain animals especially ular dengan buaya tapi demi mu sahabat and you my little Umar ku gagahi menjelajah zoo. 



AND KETIKA UPLOAD-UPLOAD GAMBAQ BARU REALISE TAKDE SEKEPING GAMBAQ PUN DENGAN UMAR APOOOOOOO LUPA WEYHHHH. 

Habis jalan zoo, bawak diorang pekena cendol Ansari dengan pasemboq. Sebab Aniz nak makan benda-benda wajib makan kalau singgah Tepeng so rasanya Cendol Ansari salah satunya lah. 


Pasemboq licin. Depa siap bungkuih 2 bungkus lagi nak bawak balik so consider sedap lah. Oh, sambil-sambil pusing tuh dapat lah jugak tunaikan hajat Dzul dengan Daniel nak bergambaq dekat salah satu bangunan yang diorang shooting filem Rock Oo walaupun bangunan tuh tinggal masa nak roboh hahahahahahah. Masa suntuk sangat tak dapat really proper bawak jalan pusing sungguh-sungguh kenal Tepeng. Hat mana dan kita tunjuk :(

Sebelum gerak balik JB, last destination tunaikan hajat Aniz nak makan Laksa Telur Goreng a.k.a Laksa Sarang. Mujur kedainya bukak kalau tak kempunan lah kawan aku sorang ni dah jauh nak mai. Banyak benda lagi sebenarnya tak tercapai hajat si Aniz ni haaaa sebab masa suntuk. Sehari mana nak dan nak pi semua benda. Itu maksudnya kena mai lagi la lain kali. Teheeeeeee :)



Last pictures before gerak balik JB. Tak tau pasai pa kurang bergambar kali ni. #tampaqdirisendiri

When people take the time out of their busy schedules and make the trip to come and see you, that effort alone shows just how much you mean to them

Dear Aniz,
Hang datang melawat kami tepat pada waktunya
Terima kasih untuk setiap masa yang diperuntukan,
setiap ringgit yang dikeluarkan,
setiap usaha yang diletakkan
untuk sampai menjejak Taiping.

Maaf untuk setiap kekurangan layanan
Ini semampunya buat masa sekarang.
Ada masa, ada jodoh, ada rezeki kita jumpa lagi.
Harap-harap lepas ni keluarga kami pulak ke JB ;)


Sayang sampai syurga.

Much Love, 
Vna Erman.