Showing posts with label CELEBRATION AND FESTIVAL. Show all posts
Showing posts with label CELEBRATION AND FESTIVAL. Show all posts

Wednesday, March 23, 2022

11.12.2020

 Assalammualaikum,

Ya dua tahun lepas birthday baru ber-update di sini ye. Tak kisah lah asalkan kita abadikan ceritanya dekat sini.


Ok lets flashback ke hari jadian:

|

|

|

2020 tahun yang semua sangka akan berkereta terbang namun bertukar menjadi tahun berkurung di rumah (lockdown/Peritahan Kawalan Pergerakkan) bukan dekat Malaysia tapi satu dunia dek kerana pandemik Covid 19. So as far as I rememmber masa bulan 12 dah boleh keluar rumah rentas negeri serta dine inn dekat restoran.

Jadi waktu birthdayku ketika itu kita celebrate simple-simple jela. Tahun 2020 tahun pertama Elyn mulakan kerjanya. Ewahhh adik kiteww dah besaq. Jadi nya kita plan makan steamboat dekat Johnny after Elyn habis office hours. Masa nak pick up dari tempat kerja tiba-tiba Abah lalu jalan yang lain bukan jalan yang menghala ke office Elyn

"Eh Abah salah jalan laaa....."

Ya kadang-kadang Abah saya suka fikir macam-macam lepas tu menyimpang ke mana-mana.

Kata Abah Elyn suruh pick up dekat kedai sekian sekian sebab temankan si Hana beli barang

"Oh ok!"

Waktu tengah tunggu Elyn dalam kereta tiba-tiba je adik bukak pintu kereta lepas tu bagi surprise hadiah beserta belon bertatahkan umurku. Ya seluruh alam kini tahu usiaku

 (insert emoticon mata jeling ke atas)

Next kita makan-makan dekat Johnny, one of my favourite steamboat spot. Masa tu abang takda dekat Taiping masih bertugas dekat Terengganu. Sebelum balik request dekat Abah nak ambik gambaq kenangan dengan belon-belon yang adikku bagi (totally touched!). So drop la kejap dekat area lake garden kawasan yang takdak orang ramai sangat sebab masa tu sangat menjaga social distancing ya (last-last 2022 kena Covid jugekkkk. LOL!)

Gambar fefeling satu ;)


Apakah isi kandungannya?
|
|
|
Taraaaaa.....................


Duck jumper and basic premium duckscarves

Memang melompat sampai ke langit lah. 
Alhamdulillah untuk rezeki dari Abah, Mak, Abang & Elyn.

Much Love, Vna Erman :)

Tuesday, December 11, 2018

11.12.2018

Assalammualaikum,

Last Friday ada order something via FashionValet. Ala bukan benda mahal pun lah ceritanya. Tapi FV sekarang dalam peralihan upgrade website diorang so website diorang keep crash and services diorang pun lambat tak macam kebiasaan guna services diorang.

Since dah 3 hari pass by takde update langsung regarding my order so teruslah decided untuk contact customer service diorang untuk tau haiiiii apa khabar order saya. Hahaha.

Tetiba waktu tengah syok tengok Running Man tetiba van Pos Laju datang pin pinnnnnn. Terkejut mak nokkkk sebab kat rumah ni memang aku je yang order online.
TAKKAN BARU SAT-SAT CALL CUSTOMER SERVICES TERUS DAH SAMPAI ORDER?

Kalau orang lain nak beli something via online mesti akan suruh aku yang order. Terus terpinga-pinga cakap ehhhhh aku tak order apa-apa lah sambil terjenguk-jenguk kat tingkap sebab Abah yang tolong ambikkan dekat posmen tuh.

Tup-tup rupanyaaaaa Mak, Abang & Elyn belikan surprise present untuk birthday kitewwwww! Bertambah lah surprise lagi diorang hadiahkan Limited Edition dUCk The Blurred Lines yang dah lamaaaaa terperam dalam wishlistku OMG terharunyaaaaaaaa kitaaaaa😢


Tak cukup dengan tu, Abah pulak belanja satu family makan my favourite dish, steamboat. Dalam family ni aku je yang gila steamboat so sempena dengan my birthday diorang pun ON kan aje makan dekat Johnny.

 Ya Allah syukur untuk semua rezeki. Alhamdulillah for everything.

Much Love,
Vna Erman

Wednesday, April 05, 2017

Bridesmaids Series

Assalammualaikum,

Dekat FB sekarang macam-macam boleh jumpa. Resipi, tutorial, bahan menganjing semua adalah. Dan yang paling WIN Vna jumpa dan tersangat lah lawak (actually banyak je lagi benda lawak & win) ialah gambaq  ni :


HAMBIK HANG PUBLIC SPEAKING!!!
hahahahahaha.

Realitinya trend bridesmaids dah jadi kebiasaan untuk setiap wedding kat Malaysia. Pada Vna tak salah pun asalkan tahu batas dan motif nak ber-bridemaids bagai. So far semua kawan-kawan rapat Vna kahwin semua ada #teambride. As long as team bridemaids tu tak over shadow pengantin, tak tergedik-gedik ataih pelamin masa pengantin tengah bersanding, tahu adab kat majlis orang tak salah. Kalau budaya Barat tu elok takde salah kita nak follow pun. Pepandai lah adjust dengan budaya kita. Contohnya, kalau orang barat pakai seksi, kita pakai sopan-sopan.Baju pulak kena lah mengamalkan konsep less is more. Lebih molek no labuci no lace just simple cutting. Biar pengantin dan pasangan yang stand out. 

Oh ya one more thing, kalau kita nak ber-bridemaids bagai, kena jugak tau situasi ekonomi diri sendiri & kawan--kawan yang kita pilih untuk jadi bridesmaids tu. First thing kena betul-betul tahu ialah adakah kawan yang kita decide untuk jadi team bridesmaids tu boleh datang masa majlis kahwin kita. Confirmation itu penting. Pengantin tu sendiri jangan main petik or bahasa kasarnya "memaksa" kawan untuk join jadi bridesmaids. Kadang-kadang kawan kita stay/bekerja jauh, ada yang dah berkeluarga so banyak yang diorang kena consider in term of time management dan cost travelling. Moleknya kalau kawan kita tak dapat jadi bridesmaids jangan lah masam-masam muka. Be matured. Kata nak kahwin takkan benda-benda macam ni pun nak dijadikan isu. Once dah confirm dan kita pun berkemampuan seeloknya supply siap-siap kain/baju ready made untuk kawan-kawan supaya tak menyusahkan pihak lain kemudian hari. Sebab kita yang request nak mereka memeriahkan majlis kita. Lain la kes kita takde pun plan nak ber-bridemaids tapi kawan-kawan willing untuk jadi bridesmaids so diorang pepandai lah cari kain/baju sdn bhd. Pokok pangkalnya give and take. Niat kita nak kawan kita yang kahwin happy dan pada masa yang sama pihak pengantin pun jangan lah membebankan kawan-kawan request pakai itu ini. Kuncinya berbincang. SETTLE!

 Sebagai seorang berbangsa Melayu bridesmaids tu sendiri kena lah tahu adab bila bertandang kenduri orang. Tolong apa patut, mengemas ke, bagi goodies bag ke, tolong serve makanan untuk keluarga pengantin yang datang jauh-jauh or anything. Lebih elok kalau pengantin tuh dah assign siap-siap apa bridesmaids patut buat takde lah team bridesmaids terpinga-pinga nak kena buat apa masa majlis berlangsung. Orang-orang yang datang majlis pun takde lah macam nak pandang-pandang team bridesmaids semacam ingatkan team marhaban. LOL!
Kalau bridesmaids pandai bawak diri masa majlis berlangsung kurang lah kedengaran suara-suara sumbang seperti "tahu nak melarammmmm je pastu post gambaq kat IG".

Actually terpanggil nak cakap macam ni bila terbaca confession dekat FB pasal cerita bridesmaids jadi kuli tuh. Bab-bab lain tak nak komen sebab kita bukan kenal satu sama lain pun dan takda di tempat kejadian. Just one thing yang sangat tak wajar ialah pengantin ada team bridesmaids lain bila time outdoor photoshoot.
Sangat tak wajar dan biadap!

Mujurlah 5 kali jadi bridesmaids alhamdulillah semua bridesmaids tidak diperlakukan sedemikian rupa. Kami lah tukang handle apa patut dan kami lah jugak join outdoor shoot. Sama-sama cantik, sama-sama berlemuih sampai ke penghujung hari.

After jadi bridesmaids masa  Wedding Ainie  dengan Wedding Aniz ada lagi 3 kali selepas tuh jadi bridesmaids lagi. so kita throwback sikit,

Wedding Masni, December 2015.
Alhamdulillah dah anak seorang baby girl dan coming soon lagi seorang this year!





Wedding Pikah, March 2016. 
Alhamdulillah dah dapat baby boy yang handsome! 




The latest one,
Wedding Mizah, Januari 2017!
Semoga cepat dapat baby join geng kita yang lain. 



Jadi bride atau bridesmaids 
Sama-sama lah jadi cantik, 
sama-sama lah jugak give and take!

Much Love, Vna Erman :)

Tuesday, August 30, 2016

Setahun Sudah

Assalammualaikum,

Valid lagi kah nak bercerita pasai wedding yang dah pun menyambut anniversary yang pertama pada 15 August 2016 yang lepas? Hewhehw gelak perli disitu!

Sejujurnya entry pasai wedding Aniz dah pun di-draftkan sejurus selepas wedding habis. Sepatutnya entry wedding ni di update selepas
entry : Aniz's Bachelorette Night tapi selepas ku belek-belek camera harommmm gambar suka-suka bridemaids je lebih gambar dengan pengantin seketui dua enam begitu saja. Maka entry yang di-draftkan dibiarkan sepi seketika sementara tunggu pengantin pass gambaq dia dari photographer rasmi.

Tunggu punya tunggu, you know menulis entry ni bergantung jugak dengan mood kita. Bila bahan dah dapat kita pulak malas lah, ada kerja lah, on computer kekonon nak update last-last beralih arah main the sims atleast 2 jam (bahahaha!) maka double triple tertunda sehingga satu tahap aku pun berfikir tak valid dah nak update. Terbiar sepi semua draft, totally takde rasa nak update & seriously macam nak pencen dari blog. Di tambah pulak last year ada insiden Instragram & Facebook aku ada orang hack (like gambar tak senonoh, unknown login dekat FB) maka Google team email suggest few things to be done for security purpose.

Recently baru rasa rinduuuu nak berblogging balik. Semangat nak berblogging siap bagi "wajah" baru dekat blog. Update header, background, arrangements layouts bertemakan less is more. HAHAHAHA. Dah siap reconstruct bukak balik draft, realise berlambak draft tak update including cerita wedding Aniz. Adoiiii. Draft cerita yang aku rasa memang totally tak relevan dah memang delete terus.  Bila pandang entry cerita wedding Aniz, terus tingggggg, entry ni akan jadi "special " kalau di update on special day, 1st ANNIVERSARY!

Nak dijadikan cerita, Aniz pun comment dekat FB yang aku tak update pun cerita wedding dia sampai dia dah counting days nak beranak dah pun. BAHAHAHAHA. Dia suka nak dapat "instinct" sama-sama. Macam tau-tau draft yang terrrr-peram bakal di update. Tapi tak mau la habaq kata nak publish masa anniversary depa. Bila baca balik draft entry yang dulu tuh aku macam  eh tak boleh nak continue karang sebab EH PADIA AKU TULIS ni, dah tak relevan untuk setahun kemudian (LOL!) ,terpaksalah delete & upload semula gambar mengikut susunan. Nak upload gambar pun aku ambik masa so tertunda lagi. Tetibaaaa tanpa sedar pappppp dah pun anniversary depa weyhhhh & that time aku ada dekat KL ada majlis merisik/hantar tanda cousin aku. BLERGHHHH, THEN WHEN SHOULD I PUBLISH THIS? Next year? Maka aku buat keputusan update je lah even takde significant special day pun. Hergh, next time bare in mind buat kerja jangan suka bertangguh-tangguh. LOL!

MAJOR THROWBACK: 
15 AUGUST 2015

Malam lepaih celebrate bachelorette night, Aniz & Mira balik rumah tinggal la kami berempat, aku, Tin, Dyra & Fyruz. Paham-paham lah berkurun zaman tak jumpa bohong lah kalau tak bersembang bagai potpet potpet dah tarik selimut still tak berhenti cakap sampai lah almost 3.30 pagi masing-masing tersedar mampuih  kita weyhhhhh kena maki dengan Aniz kalau esok lambat! Ting tong 6.30 pagi baru bangun maka empat ketul umat haruslah bersiap sepantas kilattttttttttt.

READY UNTUK NIKAH!

Kawan baru kita orang, Dr Khai tersangat baik untuk pick up kami semua dekat hotel bawak ke rumah Aniz yang tak jauh mana pun. Bahaha. Sampai-sampai as predicted Aniz dah bising korang bangun lambat eh? Haruslah geleng kepala. BAHAHAHA. Everything dah siap including Aniz yang almost done with her make-up. Kita orang pun agak terpingga-pingga nak tolong apa. Bawak turun semua hantaran, tolong touch up depan pelamin, bentang carpet, susun-susun hantaran dekat depan pelamin tupppp eh sampai sudah rombongan pengantin lelaki.

Time ni tengah get ready nak bawak Aniz ke pelamin. 

Masa ni, Faizal, adik lelaki sulong Aniz tengah memberi keizinan untuk menikahkan Aniz since Aniz takde ayah dah.


Sign all the important documents & alhamdulillah SEKALI LAFAZ bestiesku bertukar status menjadi Puan Hasfaniza :)

Mohon perhatikan Fatin yang kelihatan tersengih di situ seperti diberi petunjuk rupanya dia menyusul pulak selepas Aniz. LOL!

Yang aku pun satu hal, dah tau dilantik sebagai maid of honor boleh pulak la haih lupa bawak tisu nak touch up peluh-peluh dengan airmata lepaih nikah. LOL VNA LOL! Nasib la sempat depa bridemaids lain pass dari tepi. HAHAHA. 


NAMPAK TAK IOLS BERTUGAS TEWWWWW? LOL.


Sebenarnya right after Aniz selamat menikah, Mak Jarah terus menangis. You know perasaan berat hati nak serahkan the only anak perempuan dia plus anak sulong pulak tuh. Aku dah la sejenis manusia hati tisu tak kental gila weyhhhh tengok benda-benda macam ni. Maka aku pun melalak 90% macam Mak Jarah. HAHAHAHAHAHA. Depa semua kata esok masa aku sendiri yang menikah kena pakai make up waterproof double apa. 

Eh Fyruz kau pun hati tisu jugak? HAHAHAHA!

HIGHLIGHT OF THE DAY!

See, nampak tak mata aku merah cemana? Aku pun tak paham perasaan aku macam mana. Rasa happy tapi rasa sedih syahdu jugak. Mixed feeling cam tulah. 



Right after habis nikah, terus majlis resepsi sebelah perempuan. Balik hotel cepat-cepat tukar "uniform" lain untuk reception pulak. Diorang yang lain semuaaaaa after siap terus gerak ke dewan. Tinggal lah aku dengan Aniz dekat rumah temankan dia bersiap untuk bersanding. Seriously ni first time ever jadi maid of honor so macam tak sure apa yang patut buat sebenarnya. HAHAHAHA. End up aku tanya Aniz apa aku patut buat. So aku pun tolong potong hand bouquet dia, kemaskan & remove daun-daun yang macam dah layu, prepare bakul bunga - bunga bridemaids nak tabur kejap lagi & tolong "alter" seluar pengantin lelaki yang labuh gila.  Masa hari kejadian boleh pulak baju Aniz ketaq nauzubillah. Bukan sebab Aniz tetiba naik 10kilo (dia sejak azali melidi sentiasa) tapi construction baju tuh tak betul. Maka baju dia kena tetas dulu pisahkan dengan kain leret-leret then Aniz pakai baju dulu baru jahit balik kain leret tuh.  MAMPOS AKU MAMPOS. Sebabnya aku FAIL BAB JAHIT! Mujur lah pak andam (ehem malu aihhh depa lebih expert) pandai nak menjahit. SETTLE phewwww & we are ready for the reception :)

BRIDESMAIDS yang lain dah ready dekat dewan

UPDATE SELEPAS SETAHUN KEMUDIAN:
DR Khai (soon to be bride), Mira (sama jugak soon to be bride tak lamaaaaa je lagi), Fyruz ( tak lama jugak lagi haaaa), Fatin (selamat dah aihhh jadi isteri orang), Dyra (ehemmmmm biarlahhhhh rahsia! LOL!) & Umi, Cha & Ika hampa pi perabih sekolah dulu baru gatai nak menikah naaaa. HAHAHAHA.

Sepanjang dalam perjalanan ke kereta aku still tak percaya Aniz dah selamat menikah. Hahaha. Rasa macam biasa like normal days dia keluar dengan Dzul. Sepanjang dalam kereta jugak aku keep contact dengan bridemaids yang lain update location kita orang kat mana & suruh diorang get ready. Cik Halim suggest untuk buat adat Johor yang main tol sebelum ke pelamin tuh tapi macam tak sesuai sebab pengantin datang sekali. 

Sampai-sampai dewan, semua bridesmaids dah ready sambut pengantin. 


Aniz pakai heels tinggi gila OMG aku yang seriau. Sepanjang dia berarak dari luar dewan nak masuk ke dalam dewan pengantin  di iringi lagu OST Twilight, Christina Peri- A Thousand Years.  Aniz pesan siap-siap untuk pegangkan baju dia supaya dia tak terpele'ot. Hehehe. 

Sekali lagi aku rasa kekok krikkk krikkk apa nak buat eh ataih pelamin. Sumpah nak sengih tak kena, tak sengih pun tak kena. Lawak kot. Karang senyum over sangat habis kena keji umpat dengan orang-orang kat bawah kata aku over macam aku yang bersanding. Tak sengih kang orang nyumpat jugak kata pasai pa dok masam lagu tuh nya! Gila lawak aku bermonolong dalam hati masa tuh. Padahal bukan ada orang kisah pun aihhh. Nak kipas - kipas macam orang- orang dulu-dulu tuh kipas takde. Endingnya tiap kali orang datang merenjis dan bersalam dengan pengantin aku pun kuis-kuiskan bunga rampai kat tangan & baju Aniz. Thats all. Hahahaha.


Settle bersanding, setlle makan beradab, favourite things BERGAMBAR!!

Pengantin ft bridesmaids ft Qayyum.

Allahuakhbar, Qayyum datang-datang totally different gila macam YB kot. Tapi perangai menganjing dia tetap kekal dari dulu, kini & rasanya selamanya! Ahaks tak lamaaaaaaaa jugak lagi Qayyum pun dah nak jadi suami orang dah. (nampak tak akibat update cerita setahun yang lepas? Status orang dalam gambar semua pun dah berubah jugak!)

Pengantin ft bridesmaids ft Qayyum ft Dee. 

OMG Dee pun sama jugak lama gila tak jumpa. Gila gigih tau Dee drive all the way from Klang ke JB. Nanti masa wedding aku kau kena gigih jugak tau datang. Cuma bila date aku pun tak tau. HAHAHAHAHA!



Alhamdulillah, even though ada lah kalut-kalut sikit masa hari kejadian tapi tetappppppp impian Aniz nak bersanding macam dia impikan alhamdulillah terlaksana jugak. Right after majlis bersanding, semuaaaaaa bridemaids kena perambat ikut shooting outdoor. Sekarang ni nak tanya ANIZ MANA GAMBAQ OUTDOOR MANA? Setahun jugak lah aku tunggu nya. Penat lompat-lompat ke angkasa. HAHAHAHA. 

The only photo outdoor Aniz bagi. Kenalah dengan entry throwback, gambar pun black & white. 
BAHAHAHAHAHA!

p/s: Selamat "meneran" bestieku. Semoga hang & baby selamat semuanya bulan 10 nanti. Tak sabaq nak tengok khalifah kecik tu! Aminnnnnn :)

Much Love, Vna Erman :)

Friday, August 05, 2016

Fatin Dah Kahwin!

Assalammualaikum,

Antara ramai-ramai kawan yang kenal dan rapat masa zaman universiti Fatin ni di antara yang paling cool dan sempoi tak berapa nak sakit kepala nak melayan. Tshirt + jeans + sneakers + bawal/plain shawl siap jalannnnnn. Itulah Fatin. Tapiiiii macam dah lama kawan dengan Aniz & aku, dia macam ada lah TERPAKAI heels ( kami ingat lagi heels summit kot yang warna hitam hang punya tuh tin) BAHAHAHA! Pastu tetiba terbeli dress bunga kat thai fair untuk prelaw night. Kami still simpannnnnn okey tapi tiap-tiap kali tengok nak tergelak besaqqqqqqqqq. BAHAHAHAHAHAHAHA.

Masa zaman universiti pun Tin ni dah "berpunya". Tapi kisah dulu-dulu tak payah reveal berjela kat sini lah cukuplah buat bahan menganjing dalam group whatsapp. Private & confidential. The last time jumpa dengan Fatin masa jadi bridesmaids wedding si Aniz. Seperti kebiasaan bila salah seorang kawan kita kahwin, next kita akan main teka-teka or point out nextnya siapa. Masa kat bilik hotel, Tin kata dia lambat lagi la bla bla bla calon takdak bla bla bla bla. 

HAMPIR SETAHUN KEMUDIAN, 

Satu hari tengah-tengah nak text sapa ntah aku sendiri pun dah lupa aih,tetiba macam dok scroll TERPERASAN LAH kelainan DP whatsapp si tin ni. Menguatkan kemusykilan dia upload gambar dia dengan dua orang wanita  bercaption "Mom & Mummy" disusuli gambar sebentuk cincin. Aihhh tak boleh jadi terusssss kena terjah bertubi-tubi dekat whatsapp . Maka dengan itu officially lah reveal Tin dah bertunang (senyap-senyap hew hew).

Honestly, suka storyline kisah cinta (FINALE) si Tin ni. Sweet tahap nak tekup muka dengan bantal sampai lemas. Dia kawan dengan si Afiq ni few months & that guy straight ajak Tin kahwin lepaih discover Tin takdak boypren. Mak aihhhhhh so serious 100 points kami restu hang pilih dia Tin. 

Maka, tanggal 17 July 2016, tarikh keramat Tin pilih untuk berdua bersatu. Seperti biasa, Dyra lah jadi peneman (or to be specific mangsa terpaksa rela ) tiap-tiap kali nak travel (hai Dyra I love you girl!) jauh-jauh untuk temankan. That day jugak sepatutnya jadi reunion dengan Aniz ( soon mummy to be).  

Tapi makin hampir dengan date Tin nak kahwin semua perancangan jadi tunggang terbalik. Tiap saat celik mata sampai tutup mata whatsapp non stop dengan Dyra. Tetiba lah hari tuh nak kena jawab ujian bertulis untuk interview lah. Nak mengeluh tak baik sebab itu rezeki tapi mujurlah kena jawab examnya dekat Shah Alam. Weddingnya dekat Klang. Lain pulak kisahnya dengan si Aniz. Yang ni memang tak dapat dielakkan lah, nenek mertua dia meninggal dunia. So that day memang tepat lah frasa ayat kita merancang Allah yang tentukan.#redha #keepmoving

Masa hari kejadian kita orang sampai lambat gila. Settle exam, sesat cari tempat, redah jammed pappppp pukul 3.00 petang baru terpacak dekat majlis. Sampai-sampai memang mata melilau cari Fatin. OMG SO CANTIK.  But first makan dulu. Lepas dah makan kita orang ada masa yang sangatttttt suntuk sebab nak rush balik Taiping & Kulim malam tuh jugak. Sempat lah snap few photos.




Nak sembang joyah-joyah pun macam tak sempat plus Tin pun busy bergambar & layan guest-guest yang lain. Tapi sempatlah aku dengan Dyra gelak besaq mem-bahan hang Tin sambil mengunyah nasi sambil gelak tengok hang senyum kekok dan malu alah ataih pelamin. HAHAHAHAHAHA! Dyra kata kalau dia yang kat atas tu dia sengih besaq dah. Nanti kita tengok time hang bersanding naaaaaa. Siap sedia nak kena menganjing dari bawah. BAHAHAHAHAHA!




Dear Tin, 
Selamat menjalani frasa bergelar isteri. Nak bagi nasihat kami pun takdak pengalaman lagi (LOL!), tapi boleh lah mintak tips dekat Aniz sebab dia dah mendahului. BAHAHA!
Semoga cepatttttt dapat anak ATLEAST 10 orang k, 
kami doakan hang & Afiq berdua bersatu sampai lah ke syurga! Amin.

Much Love, Vna Erman


Saturday, July 30, 2016

Rizalman for Zalora 2016

Assalammualaikum,

Macam tahun lepas, tahun ni masih kekal setia untuk tiga tahun berturut- turut memilih rekaan Rizalman for Zalora untuk baju raya.  Rizalman pulak dari awal tahun dah bagi teaser sakit jiwa baju-baju rekaan dia supaya para pengemar pakaiannya siap-siap menambung. Hamboi! Bahaha.

Koleksi Rizalman for Zalora 2016 kali ni menampilkan tema Marble, di mana banyak jugak koleksi jenama-jenama terhebat tanahair menampilkan koleksi berkonsepkan marble ni. Yelah dah nama pun trend 2016 kan. Tahun ni, Vna pilih cutting baju kurung modern, tak silap nama dia Lembayung Baju kurung kot. Material kain ni jersey, tak tebal sangat & tak nipis sangat. Untuk cutting rekaan Rizalman for Zalora, based on experience sendiri yang tiap-tiap tahun beli biasaanya cutting dia kecik satu saiz dari saiz biasa kita pakai. Contohnya Vna selalu saiz XS-S tapi kalau nak beli Rizalman for Zalora memang ambik M.

Tapi terpulang jugak preferences kita macam mana. Macam Vna biasaanya raya pertama memang one whole day pakai baju yang sama dari pagi sampai lepas maghrib jadi nak baju longgar sikitttt supaya tak melekat sangat kat badan dan selesa. Tapiiiiii, dah jadi satu masalah pulak lah, bila ambik satu saiz besar dari kebiasaan part kain tersangatttttt lah problem. Kain extravaganza longgar. Memang kena alter kat pinggang dengan labuh kain. Baru lah perfect & selesa nak pakai. 








So itu saja short review Vna pasal koleksi Rizalman for Zalora 2016. Kepada sesiapa nak grab sehelai dua mungkin untuk Aidiladha, still ada few design available kat Zalora! 

Much Love, Vna Erman.

Saturday, December 05, 2015

Happy Birthday Bestfriend.

Assalammualaikum,

1997, masa tu aku baru darjah 1. Kita orang tak kenal dan tak berkawan. Tapi aku nampak dia dok pakai topeng jerebu lagi even jerebu dah habis masa tuh. Masa tu waktu balik, aku duduk dalam pagar sekolah, dia tengh ting tong ting tong kat luar panggar tunggu bas or abah dia aku pun tak sure. Tup tak sangka budak bertopeng jerebu tu sampai harini rupanya dia jadi bestfriend aku.  Seingat aku lah tulah first time aku start kenal Zalikha Zamri.

Rasanya start betul-betul jadi kawan darjah 4 kalau tak silap. Kelas agama kita orang  bergabung dua kelas. Lebih kurang cenggitu lah. Sampai lah ke sekolah menenggah kita orang tak pernah tersplit kelas pun. Ada lah insiden masa tu tingkatan 2, kita orang dapat nombor sebelah-sebelah dalam tingkatan. Tup dia dapat naik kelas. Tapi cikgu kelas masa tu tau betapa rapatnya kita orang. Ada lah berapa hari terpisah kelas kejap. 

Pastu satu hari sebelum pi sekolah. Masa tu kita orang sekolah sesi petang. Tetiba telefon rumah bunyi. Biasanya memang aku je yang angkat. Puan Zaiton (still ingat okey sampai sekarang) yang call. Dia cakap aku dapat naik kelas jugakkkkk. OMG!
Cikgu cakap ntah macam mana ada rombakan kelas ke cemana so aku should ke kelas. Aku ingat lagi Puan Zaiton siap cakap haaaa dapatlah duduk balik dengan kawan awak tu suka tak? Teruihhhh terjerit-jerit habaq dekat Mak dapat masuk kelas balik sama dengan Zalik. 

Masa PMR kita orang dapat result yang sama. Lawak okey. Result PMR pun nak jadik BFF jugekkk. So bila tingkatan 4 tu macam nervous ahh kot tak sekelas lagi. Tup, masa kat perhimpunan waktu pembahagian kelas lorhhh dapat duduk sekelas lagi. Wehuuu. Masa form 4 tu aku ingat lagi kita orang dua ketul di landa demam galak nak beli barang serupa warna oren. Pencil case sama, jam tangan sama yang pasti haruslah warna oren gituuuu. Tak paham sangat motipnya! 

Antara kenangan aku tak boleh lupa, masa SPM kita orang study Add Maths sangat sungguh-sungguh buat past year paper within gap paper 1 and paper 2. Rumah aku dekat gilos dengan sekolah, so after habis paper pagi berdesup berdua balik rumah buat past year paper bersungguh-sungguh. Aku still ingat dia cakap 
"Vinnnn kita boleh lulus add math ni....Insya Allah" 
Alhamdulillah, credit jugak Add Maths masa result keluar walaupun bersungguh study dalam masa beberapa jam. Gila ahh. Hang ingat lagi dak Jal??

Lepas SPM, kita orang masuk form 6 sat dekat sini. Tapi kekonon dua2 ketul nak mencabar diri so apply lah sekolah berasrama. Pastu sekolah asrama aku bapak kejam takdak outting. Aku memang stok homesick so satu hari tuh abah dengan mak mai nak bawak lah outting. Bila nak mintak kat warden nak keluar abah buat auta la kata nak bawak aku pi doctor kekonon ada check up. So ustaz warden pun bagi lah. Pastu nak bawak keluar Zalik sekali. Dia pun confident pi hulur buku or kad  outting (lupa dah panggil apa) kat ustaz. "Ustaz cakap haaa awak sakit pe?". Dia boleh dok buat muka sengih loqlaq dia tuh bukan nak berlakon ka pa. Dah gagal nak bawak keluar Zalik sekali. Tapi nak jugak bawak Zalik keluar. So seludup jugak Zalik masuk kereta. Penyek-penyek kan dia masuk kat celah-celah seat supaya pakguard tak nampak. Dapat lah pi makan Kenny Roggers arituh setelah cemuih dengan nasi kawah hari-hari. 

Tapi aku seorang yang tak gagah bab homesick ni. Bila dapat ja offer UiTM memang aku decide nak berambus terus dari sekolah asrama tu. Even kawan-kawan aku semuaaaaa baik (even sampai ke harini aku still keep contact dengan diorang) plus  sedih nak berpisah dengan Zalik tapi I have too. Since tu aku selalu harap kita orang dapat masuk U sesama masa continue degree. Alhamdulillah, kita orang dapat U kampus yang sama and sempat jugak lah merasa duduk sebilik sekolej untuk satu sem walaupun kita orang lain-lain course.

Banyak weyh kalau aku nak cerita pasal life kita orang. Kalau dulu asal birthday ja mesti nak buat handmade birthday card. Gigih la gunting kertas warna tempek gambar itu ini lepas tu pos. Yelah sebab birthday dua-dua ketul pakat bulan Disember pastu cuti sekolah. Dah dewasa-dewasa ni guna cara moden lah sikit nak buat birthday wish. Hew hew! 

Selain wish via kat Whatsapp plus appreciation post kat IG, aku tetap nak post special entry lah kat blog ni (supaya blog berupdated,bahahahaha sebab dah berkepam lama sangat lah blog ni tak berupdate gara-gara malaihhh punya pasal).

Selain doakan semua yang baik-baik termasuk lah rezeki, kesihatan, rahmat & lindungan Allah untuk setiap perkara dalam hidup dia, aku sangatlahhhhh berdoa dan harap supaya satu hari dia dipertemukan dengan orang yang sebetul dan selayaknya yang boleh jaga dia sampai hari tua. Sepanjang jadi kawan dia rasanya hidup dia banyak menceriakan orang dengan peragai loqlaq and keslumber-an dia. Semua orang senang dengan dia. So aku rasa dia pun deserve someone yang boleh layan gila-gila dia, fullfill setiap makanan yang dia nak makan and senang cerita gembirakan dia. Tu je. 

Sebenarnya tengah duduk-duduk tadi terfikir je macam mana lah nanti time Zalik kahwin aihhh, dengan kalot-kalot dia, mana nak loqlaq lagi. Sapa yang kenaiii dengan dia in reality boleh imagine kan kan kan?

Haih padahal itu asalnya tujuan nak upadate blog but end up tulis panjang-panjang. Bahahaha. Memang genetik mukadimah berjela. Sudah.


Happy birthday once again Jal. 
Tak sabar nak update story wedding hang pulak!
Carik jangan tak carik.

Much Love, Vna Erman 😊

Wednesday, August 19, 2015

Aniz's Bachelorette Night!


Assalammualaikum,

Terima kasih untuk pencipta apps Whatsapp sebab semua perancangan bachelorette night ini dilakukan 100% dalam Whatsapp. Bermula dari terdetiknya idea, berkembang ke plan majlis dengan my PA, Dyra, pakatan subahat dengan Fatin and Fyruz, pemilihan cupcakes, tempahan belon dengan selempang dan segala benda hanya melalui dunia whatsapp. Cuma bila jejak JB baru la buat plan pakatan secara lisan dengan Mira, cousin si Aniz merangkap floor manager untuk #dzulaniz wedding.

Payah, seriously payah tahap nak give up nak throw bachelorette night ni. Sebab sorang dekat Perak, dekat Kedah, dekat Klang, dekat KL dekat JB kau bayangkan macam mana nak setting segala benda,date and masa yang semua boleh available? Pening habaq hang. The only time yang free ialah malam Jumaat, which is sehari sebelum majlis nikah. Selalunya orang buat bachelorette party 2-3minggu sebelum majlis, tapi kita orang apa ada hal. Janji ada small surprise gittewww!

Masa sebelum datang JB, memang hari-hari takda kerja lain whatsapp dari pagi buta sampai malam buta dengan si Dyra. Cari sapa boleh buat cakes, cari kedai party, survey itu, survey ini. Last sekali bab cupcakes campak kat Fatin suruh handle. Sebab dia yang paling last akan jejak JB, so dia paling sesuai untuk angkut cupcakes Wondermilk from KL. Settle! 

Seterusnya bab decoration party. Banner and poster print siap-siap dekat rumah. Settle! For ballons, kita orang memang dah booked dengan satu kedai party dekat JB ni,One Clown Party. Tapi paham tak feel pilih barang melalui whatsapp dengan pilih depan mata. So apa kita orang buat? Kebetulan kerjaku selain sebagai maid of honor, kena buat decoration untuk candy buffet jugak. So kekononnya si Dyra kelentong kata dia kekononnya tau ada satu kedai ni jual barang-barang untuk decoration. Ajaklah Aniz pergi situ cari barang. Dalam pada pilih itu pilih ini, SEMPAT OKEY aku jeling hang, hang jeling aku, bagi tau dengan si Dyra apa patut pilih untuk malam nanti. Hahaha. Hebat tak kita orang niz? *big applause* 

Settle bab-bab perkara merepek semua tu. Sekarang masalahnya ialah macam mana nak bawak bride to be naik masuk bilik hotel. Sebabnya pengantin duduk rumah. Dengan masalah besar yang menganggu setiap plan A, plan B C dan semuanya ialah PENGANTIN SIBUK SAMPAI TENGAH MALAM! Paham tak selalunya orang nak kahwin, malam yang nak kahwin tuh duduk rumah diam-diam, tidoq cukup-cukup tapi bride to be sekor ni tak reti bahasa sampai pukul 12 malam pun sibuk lagi nak uruskan hal dewan untuk majlis resepsi. Mampos! Hergh! Hergh! Hergh!

Mujurlah Allah permudahkan jalan, tetiba dapat idea buat alasan nak bekas untuk nak letak hand bouquet pengantin. Sebab bunga-bungaan semua letak dekat hotel. Phewww, masa tu mujurlah PA's ku sekalian (Dyra,Fatin & Fyruz) dah memang ready deco, makanan semua. So dari hotel balik rumah pengantin ambik bekas hantar ke hotel. Yes, yes, yes almost berjaya. Bila dah sampai bawah, sekali lagi atas bantuan whatsapp cakap suruh diorang get ready. And alhamdulillah every went smooth!! 

Aniz terkejut. Yeayyyyy!
MISSION ACCOMPLISHED! :) 

Memandangkan dah lewat sangat pun masa tuh, esok pagi-nya pengantin pun kena bangun awal pagi nak make up semua so kita orang cuma ambik gambar kenang-kenangan dengan melantak cupcakes and KFC! Dah print dah quiz kekononya jawab soalan mengenai bride lah, tapi tak payah tak sempat. We need our beauty sleep too. Haha.










Sadis sangat tau selalunya orang buat bachelorette party pakai molek-molek dress up lawa-lawa tapi kitaorang memang bapak gila selekeh nak mampos. Masing-masing dengan tudung dah senget muka berlemuih tapi sayang kawan punya pasal #redha.
Sebab kalau pakai cantik-cantik nanti Aniz dapat hidu plan, lepas tu dah asyik ke hulur ke hilir exact masa nak bawak bride to be ke hotel pun tak boleh decide bila. Haaaa sekali ada peluang terus jalan. Sebab tulah kami kelihatan selekeh sekali di bachelorette night. 

 Dear Aniz, 
Hopefully kau suka dan akan ingat sampai bila-bila hatta sampai ke tua kerepot small surprise kita orang ni. Well, tak mewah macam orang-orang lain buat untuk special girlfriend diorang, sorry hanya ni yang sempat dan mampu kita orang buat.
Kau tahu betapa aku sayang sangat dengan kau babe! 

Untuk Dyra, 
TERIMA KASIH SELAMBAK ALAM sebab hang memang banyak gila sangat tolong Kak Vna dalam bab ni. Terima kasih untuk semua pengorbaan dan kesabaran hang melayan permintaan k.vna yang satu ni. Wallahi, Kak Vna tak mampu nak balas, tapi Kak Vna percaya Allah akan balas setiap butir kebaikan yang hang dah buat untuk Kak Vna. 
thanks! Sayang hang sangat!

Fatin,Fyruz & Mira
Terima kasih sebab jadi rakan subahat paling awesome! Setiap idea dan usaha korang teramat dihargai. Mekasih mekasih mekasih!

Upcoming entry, solemnization & reception story!
stay tuned...

Much Love, 
Vna Erman.