Showing posts with label MEET & GREET. Show all posts
Showing posts with label MEET & GREET. Show all posts

Thursday, April 16, 2020

Kenangan Attend Fashion Show Rizalman for Zalora 2019

Assalammualaikum,

Kah kah kah cerita 2019 tapi 2020 baru nak update.Yup dek kerana buntu PKP di sambung ke fasa 3 jadi kita kena pastikan otak tak tepu so kena lebih creative mencari idea apooo lagi nak buat sepanjang kuarantine ni haaa so ayuh la kita berblogging semula sejak sekian lama di lupakan.

Tahun lepas aku dapat  invitation ke fashion show fashion designer tersohor Malaysia Dato Rizalman Ibrahim. Macam mana boleh dapat invitation sedangkan anda berstatus rakyat marhaen bukan dalam kalangan T20 yang saban tahun menempah busana mewah dengan Rizalman? Begini ceritanya.....

Dato Rizalman ada bukak peluang untuk followers dekat personal Instagram beliau untuk attend fashion show beliau. Kalau tak salah lah dia cuma tanya kenapa anda mahu ke fashion show Rizalman for Zalora? So kita pun kena bagi sebab kena nak sangatttttttt attend. Tapi tak boleh bagi jawapan yang typical lah kena creative se-creative level pemikiran Rizalman. Bukan kena tulis slogan tidak melebihi 20 patah perkataan macam tu. Bebas je nak buat macam mana untuk tarik perhatian Dato untuk select kita.Alhamdulillah ada satu hari tu tetiba ada DM masuk from Faizul orang kuat Rizalman kata aku dapat attend fashion show tu.

So lets throwback!

Bertempat di Chin Woo Stadium Hall Kuala Lumpur,  hari Rabu bersamaan 27 Mac 2019 berlangsungnya fashion show Rizalman for Zalora 2019 yang bertemakan Royal Ascot. Semua tetamu yang di jemput kena berada dekat situ by 3pm sebelum ketibaan tetamu diraja iaitu KDYMM Raja Permaisuri Agong. So on that day memang aku sampai around 2pm dekat situ sebab tak pernah tahu tempat tu kat mana risau jalan sesak ka apa so biar awal dari lambat.

Bila sampai kita kena ke registration counter jumpa staff yang bertugas then diorang akan bagi sticker dengan seating number kita as security purpose. Dato buat macam tu untuk elakkan kejadian tahun lepas tetiba ada jugak tetamu yang tak undang dapat jugak menyelinap masuk so tahun ni ada sticker sebelum masuk dewan kena tunjuk baru security guard tu bagi masuk. 

Sticker ni still aku simpan dok ada sampai lani tempek ke hp sayang punya pasal!

Masuk-masuk je dalam hall tu sumpah kau macam seolah-olah masuk "dunia" lain. 
Mewah. Dari dewan biasa bertukar jadi luar biasa. Demi korang gagahku google sebelum dan selepas ok nak bagi hampa sama-sama rasa terpegun ternagaga meremang bersama-sama. LOL


So tetamu-tetamu yang dah sampai boleh masuk terlebih dahulu ambik tempat masing-masing. Masa tu kau boleh la cuci mata tengok selebriti-selebriti datang, orang-orang kenamaan, orang-orang industri fashion, editor magazine yang selama harini semua orang-orang tu kau mampu tengok dekat televison dan social media je. Antara semua selebriti yang ada kalau tak salah Ziana Zain paling awal ada dalam dewan. Yang lelain tu bukan la sampai lewat cuma nak dekat-dekat start majlis baru nampak mereka-mereka. 

Kalau selama harini kita tengok red carpet dekat TV hari tu merasa tengok depan mata lain la feel dia. Rasa nak menyorok pun ada sebab segan kita pakai level marhaen depa yang mai memang vogue habis weyh!Oh btw, sebelum ni aku dah pernah jugak dapat invitation attend fashion show Rizalman for Zalora tahun 2017. To be compare memang totally different sangat experience nya! Incase ada yang nak baca pasal tahun 2017 boleh klik sini : ( Rizalman for Zalora 2017 )



Masa ni KDYMM Raja Permaisuri Agong dan semua tetamu VVIP dah sampai so terus start majlis.


Spot The Royal families!
 Masa arituh seating aku bebetul dapat menghadap depan Tuanku memang pulas lens camera sampai habis untuk shoot wajah Tuanku.
 Daulat Tuanku. 

Masa majlis nak start tu ada permainan lampu chadelier bergerak seiring pergerakkan masuk King Riz watak Dato Rizalman untuk campaign tahun itu. Dato masuk serious muka kerek menjiwai gila watak King weyh. Masa tu aku nampak Tuanku Permaisuri tepuk tangan bersungguh-sungguh macam kagum karakter yang Dato bawak. Dato berarak masuk jalan menuju ke singahsana.



Lepas dah selamat tiba dekat singahsana King Riz pun berkenan menganugerahkan pinggat kebesaran kepada rakyat jelata a.k.a model-model yang berarak masuk memakai koleksi-koleksi pakaian Rizalaman for Zalora 2019.



Pada aku memang lain la concept dengan fashion show yang selama harini ada. Kudos Dato! (walaupun setahun dah berlalu haha!)

Dalam pada karakter serious kerek yang Dato bawak arituh, boleh pulak lepas dah settle upacara penganugerahan pinggat tu tetiba dia makan KFC weyh. Ya ampun memang satu dewan pakat gelak la ceritanya.  




Lepas dah selesai tuh, King Riz berarak meninggalkan singahsana lepas tu baru lah datang sembah menghadap KDYMM Raja Permaisuri Agong then masa tu baru lah Dato Rizalman kembali ke watak asal. Barulah dia senyum time tuh. 



So selesai lah fashion show tu tak sampai setengah jam pun berlangsungnya tapi set up berhari-hari. Phewww respect dekat semua tenaga kerja yang terlibat. So after that boleh la mingle around dengan semua orang kat situ. Tapi serious cakap lah segan weyh. Aku cecepat pi beratur untuk bergambar dengan Dato. 


Ketaq weyh nak menghadap King Riz. Tapi dan la bagi salam Assalammualikum Dato! Tuh ja mampu cakap. Starstruck padahal ni second time jumpa Dato depan-depan.  

Izara Aisha macam patung weyh. 

Mumy Lara Alana, Scha Alyahya antara yang friendly yang aku tengok dengan semua orang kat majlis tu. Keep it that way Scha!

Shery Ibrahim pun cantik

Marsha Milan. Suka tengok perubahan dia sejak masuk Islam. 

Last but not least, 

:)

Overall dapat peluang macam ni memang rasa bersyukur dan lucky sangat. Tambah-tambahan tahun ni Dato Rizalman announce beliau akan bersara sebagai fashion designer. Sedih sangat masa dapat tau. Takdan nak kahwin pakai baju Rizalman buat😭

Apa pun selamat bersara Dato! Terima kasih sebab berkolaborasi dengan Zalora jadi merasa lah jugak kami orang-orang biasa ni pakai karya Dato. Semoga empayar Rizalman yang akan di teruskan oleh anak didik Dato, Faizul akan terus berjaya!

Ok la itu je nak cerita nak share dengan hampa. Jaga diri, jaga kebersihan dan sama-sama kita doa semoga Covid 19 berambus cepat dari muka bumi. 

Much Love, Vna Erman :)

Tuesday, August 02, 2016

The Launch of dUCk scarves X Bowerhaus

Assalammualaikum,

Last 2 weeks tetiba ada surprise email dalam inbox. RSVP dUCk!APAKAH?
Biasanya memang ada received updates from dUCk sebab subscribe newsletter diorang supaya tak terlepaih any updates. Bukak-bukak terkejut okeyyyyyyy dapat invitation untuk launch latest Limited Edition dUCk berkolaborasi dengan Bowerhaus. Serious tak pernah, TAK PERNAH dapat invitation sedemikian rupa. Biasanya mampu tengok live updates dekat IG je any special launch events diorang buat. Dah dapat cenggini WAJIBLAH pergi.

Events diadakan pada 27 July 2016 bertempat di dUCk store Pavilion,Kuala Lumpur jam 2.30 petang. Since Vna datang all the way from Taiping dengan adik kita orang sampai Pavilion around 12.30. Since this is first time nak datang dUCk store, kita orang decided untuk cari store dulu. Zapppppp, sesampai kat depan kedai nampak VIVYYYYYYY!!!!! Rupanya sesi pagi khusus untuk orang-orang media. Nampaklah Vivy tengah ada interview session dengan few reporters. Kita orang just lalu sambil jeling-jeling dengan ekor mata menyibuk nak tengok. Tiba-tiba Vivy yang datang approach:

  VIVY: Haiiiiii I nampak you guys wearing dUCK!

STARSTRUCK!

Pretended to looks cool, Vna replied:

ME:  Haiiiiii Vivy, our invitation pukul 2.30 nanti, will you be there?

VIVY: Yeah, that one special for kita-kita. This one for media.

Teruihhhhh capai telefon call Dyra. Terjerit-jerit macam ntah pape. Adik Vna dok suruh approch snap gambaq dengan Vivy. Tapi maluuuuuuu tapi mahuuuuuu last-last pi balik dekat Vivy.

ME: Vivy, tak sabar nak tunggu until 2.30, boleh tak nak ambik gambar sekarang?

VIVY: Yes sure (sangat humble Allahuakhbar!)

 Taraaaaaa!!!!
:
:
:
:


DOUBLE STARSTRUCK!!


Basically event sebelah petang special for loyal customers a.k.a duckies untuk first preview this collection before officially launch 2 hari kemudian. Untuk LE kali ni, dUCk berkolaborasi dengan brand Bowerhaus. Specialnya LE kali ni setiap scarf di datangkan sekali dengan seutas gelang mutiara (bracelet) berharga RM400/set. Istimewa pada hari events, invited duckies bukan sahaja dapat preview, dapat jugak grab scarf terus tak payah susah payah battle PLUS dapat customize bracelet mengikut kreativiti masing-masing.






MC on that day, Daphne Iking. Tak nampak macam baru lepaih bersalin. 









Ramaiiiiii sangat invited duckies on that day. Banyak muka-muka familiar yang selalu share their ootds, reviews, their collection dekat IG yang Vna kenal & that day jumpa real depan mata. Tapi maluuuuuuu nak approach. Bahahahaha :) Maybe next time dah pandai bawak diri & kurang segan. Hehe.

Since nak rush nak balik Taiping malam tu jugak, terpaksa left events awal sikit sebab risau traffic dekat KL tak menentu. Another things happen on that day, jumpa dengan Aunt Aisyah, mak kepada Vivy yang superb lawak dan terkenal dengan scene apam balik dalam reality show Love, Vivy  (kalau korang follow & tengok sure understand her character). Sempat bersembang dengan Aunt bagitau we all datang jauh just for Vivy, all the way from Taiping. Aunt sangat terkejut dan non stop cakap thank you. Weyhhhh humblenya diorang anak beranak.

Masa dah turun from escalator nak keluar tunggu Uber, terserempak sekali lagi dengan Aunt Aisyah. Dia tengah buat phone call sambil tangan sebelah lagi tahan Vna & adik suruh tunggu sekejap. Dah habis cakap, dia pun approach kita orang tanya nak balik dah ke. Kita orang pun cakap yup! Tengah tunggu Uber nak ke KL Sentral. Guess what? Aunt Aisyah offer untuk hantar kita orang okeyyyyyyyyy ke KL Sentral. Bila driver dia dah sampai dia pelawa lagi sekali even kita orang cakap its okey kami naik Uber je.

So humble. Mak dengan anak down to earth sangat. No wonder diorang sekeluarga berjaya. Kuncinya tak sombong & selalu rendah diri. Even Vivy itself, sepanjang events bersembang dengan semuaaaaaaa orang, bersalam, ambik gambar siap peluk (with girls I mean). Sangat tak kisah status dia anak Dato, successful business women and  famous personaliti media sosial bukan setakat dekat Malaysia plus Singapura & Brunei okey. 

That why minat tersangat-sangat dekat Vivy. Semoga terus berjaya Vivy!

Highlight of the week!
Thank you for the invition dUCk team. Next time invite lagi :)

Much Love, Vna Erman :)




Wednesday, March 09, 2016

Makan Nasi Minyak Majlis #ruzainideqda (Rizman Ruzaini)

Assalammualaikum,

Bulan sudah, (ehem baru nak update) dapat invitation majlis resepsi pasangan Ruzaini & Deqda. Siapakah? Ruzaini, salah seorang fashion duo negara dengan jenama Rizman Ruzaini Creations tuuuuuu!

Majlis yang Vna attend ni sebelah lelaki, kiranya orang kata sambut menantu la macam tu. To be honest, Vna memang superb duperb excited untuk attend dengan harapan pleaseeee pleaseeee ada Fazura, since Fazura dengan RR tersangat lah akrab. Malangnya tiada. Bukan rezeki untuk bersua kali kedua. Nevertheless still loving you Faz!

Vna & Family sampai sedikit terlewat daripada pengantin maka terlepas lah satu acara dalam majlis tersebut. Acara tersebut ialah berarak guna tandu. Ala-ala inspirasi kesultanan Melayu Perak zaman dulu-dulu. Sesampai je pengantin dah duduk bersanding atas pelamin yang lawa gilossss telan ayaq liuq tengok.


Since pengantin tengah bersanding so adalah lebih baik pergi makan dulu sambil mata terperasan dengan golongan-golongan dalam fashion industry & ahaks mata tertacap dekat sesorang dimana harus or tak, tak lebih kepada WAJIB KENA AMBIK GAMBAQ dengannya! Siapa? Tunggu cerita seterusnya.

Lepas dah kenyang, actually separa kenyang sebab pulun makan lekaih-lekaih takut terlepas nak ambik gambaq teruihhh gerak pergi menyapa pengantin. Tak la menyapa sangat sebab ramai orang kot keliling meja makan. Pakat-pakat take turn wish dan bergambar. Harus pandai skill menyelit untuk bergambar dengan pengantin nak-nak yang berstatus public figure ya!


Sorry ya sebab ramai ya ampun take turn, pengantin nak makan pun tak senang. Mana nak kunyah mana nak sengih maka this is the best shot yang dapat dengan pengantin. 

Sementara pengantin tengah isi perut tambah tenaga penat kenduri, Vna toleh kanan toleh kiri takdak orang pun sebab semua tertumpu kat meja makan pengantin maka kami pun tumpang sedas dua ootd depan pelamin meletup mak aihhh ni!


Hew hew! :)

Lepas sedas dua ootd, teruihhh pulun pi cari orang wajib bergambar itewww! Inilah dia, Daler Yusuf. Model lelaki yang selalu bekerjasama dengan RR & juga salah seorang bakat baru/pelakon. Antara drama yang latest Vna tengok Tuan Anas Mikael, watak dia Mika, manager dekat Krabi yang bercinta dengan Wan Sharmila tu! Dalam cerita tulah bukan in real life. 


Sound merenyam/galak/gatal mereqla, but honestly Daler handsome ya rabbi. Segala puji-pujian setinggi langgit selayaknya untuk Illahi sebab molek sempurna aihhh ciptaNya. Masa sampai-sampai kenduri memang mata ter-pandang secara tak sengaja & wow handsome weyh. 100% lebih handsome dari dekat TV.

Daler pun mesra dan peramah since status dia sebagai public figure/selebriti so memang ramai la orang kampung pakat-pakat pulun ajak bergambar. Termasuk lah Vna, makcik-makcik ku, cousin-cousin ku sekalian papppp ambik pappp pakat upload Instagram memasing qenyih sampai telinga. Nak-nak dapat comment-comment rakan taulan makan hati sebab jealousy! Bahahaha. 

Sesudah kisah Daler, kita balik semula ke kisah yang diraikan. Lepas makan, acara seterusnya ialah memotong pulut kuning. 

Lepaih tu tup-tup emcee announce keluarga pihak lelaki ada surprise untuk pengantin. Taraaaa tudia ada performance tarian joget. Pakat-pakat close family close friends pengantin join depan pelamin menari termasuklah pengantin.  Iols duduk tepi tengok sajo! Hew hew. 

Dah habis menari maka tibalah masanya sesi memenatkan pengantin iaitu bergambar tanda kenang-kenangan. Maka family ku pakat bergegaslah naik pi depan pelamin. Macam biasalah golongan bapa-bapa mana pulun sangat depa pakat duduk tepi bawah pokok. Golongan ibu-ibu iaitu para emak dan mak sedaraku, le cousin je lah yang bergambar. Demi Instagram kan! Bahaha.

Sebahagian dari keluarga Mami Banun yang attend. Eh kami geng cucu-cucu Mami Penang mai naaaa!


Sama je, cuma gambaq ni tukar turn ambik gambar dengan adikku. Lol!

Sebelum ni memang pernah je pun bergambar dengan Rizman tapi since le cousinku tak pernah ok jomlah hakak sedara hampa teman kan!


Thanks ya Rizman sudi bergambar. Merangkap pengapit lelaki sejak nikah dan semua resepsi.

Sebelum balik nak kena jugak bergambar dengan someone ni. Memang hidup Vna jenis jumpa public figure/selebriti jenis kena bergambar. Tapi yang kita suka la. Masa kat majlis tu selain Daler Yusuf, ada Zery Zamry, salah seorang fashion designer tak kurang hebat kat Malaysia. Dia macam malu tapi mahu last-last approach jugak lah. 

"Zery nak ambik gambar boleh?"


Hew hew lagi :)

Oh hat ni bukan selebriti, tapi my little cousin yang not so little anymore. Ingat Aniqah? Nahhhh dah berstatus anak dara uolsss! Bila adik membesar ni???


Dah kenyang, dah dapat bergambar maka pulang lah nak dekat pukul 3 petang jugak lah. Terima kasih untuk setiap serba serbi. Wedding tradisional paling meriah pernah pergi.


Till Jannah Ruzaini & Deqda.
Amin.

Much love, 
Vna Erman.

Monday, May 05, 2014

Insiden Mencedok Lauk

Assalammualaikum,

Bertempat di sebuah restoran yang terletak di Kampung Kerinchi di KL, ketika matahari terik matahari membahang bumi seorang ibu dan anak perempuan sedang memilih lauk pauk untuk di beli sebagai makanan tengahari memandangkan mereka sudah kepenatan menawaf Jakel KL beberapa jam sebelumnya.

Tengah-tengah cedok lauk, anak perempuan nya berpaling angkat muka sekali hambikkkkkk 
FAHRIN AHMAD berdiri depan mata bersebelahan pulak. GURLP!

terkaku.
terkedu.
tergamam.

spontan tak tahu nak pilih apa dah.
automatic kenyang mood ON.

Fahrin dah pilih tempat duduk dah menyuap barulah budak perempuan pipi tembam bagai dipam-pam datang tepi approach nak bergambar.


terima kasih Fahrin Ahmad untuk moments manis ini.

much love, vna erman :)

Thursday, January 09, 2014

Meet & Greet unofficially with Rizman Ruzaini :)

Assalammualaikum,

Entry pertama untuk 2014 :)

Last weekend Vna ada attend kenduri pertunangan anak cousin mak Vna which means yg bertunang tuh dua pupu lah pangkatnya dengan Vna. Nak dijadikan rezeki minggu lepas Vna berpeluang berjumpa dengan pereka fashion yang meletop letop designnya dekat Malaysia ni iaitu Rizman Ruzaini :)

Diorang ni among 5 start fashion designer Malaysia. Tipu lah kalau korang tak pernah dengar nama diorang even korang bukan peminat fashion sekali pun Vna sure korang mesti pernah dengar even tak familiar. Diorang berdua ni memang sinonim dengan artis-artis macam Dato' Siti, Ziana Zain, Fazura, Erra Fazira dan ramai lagi.

Vna one of peminat rekaan diorang. Selalunya kalau selebriti-selebriti Malaysia pakai design diorang Vna dah boleh agak yang baju mereka tuh mesti rekaan Rizman Ruzaini. Sebab each designer ada diorang punya trademark design tersendiri so sebagai peminat sah-sah Vna dapat teka design diorang dengan senangnya :)
Nak-nak kalau selebriti macam Fazura, Dato' Siti, Erra Fazira, Ziana Zain kebiasaannya diorang memang akan menyarung baju rekaan Rizman Ruzaini ni :)

Feeling dapat jumpa dua-dua sekali gus dalam satu event of course lah happy giloooos :) before this Vna dah pernah jumpa dengan Ruzaini ni a few times. Masa first time jumpa ingatkan dia Shah Iskandar tuh tau yang si pelakon tuh tapi gerak hati cakap bukan-bukan tapi muka dia sangat familiar and biasa sangat tengok. Rupenyaaaaa dia lah designer tuh :) Rizman plak this is the first time Vna jumpa. Masa nak tangkap gambar segan kot nak cakap lagi pun masa tuh dia tengah dalam bilik pengantin then yang tolong pergi informkan Rizman yang Vna nak ajak bergambar sesama ialah cousin mak Vna a.k.a tuan rumahnya. Hehehe :)

so taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........



On that day Vna tak bercakap dengan Rizman sangat. Cuma masa nak snap photo tuh sempat lah cakap yang Vna ni peminat Rizman Ruzaini creations. OMG, boleh tak macam all of sudden mengigil. Sangat tak buleh blah uols. Dengan Ruzaini ada gak sempat bercakap few things. Siap cakap awal-awal dengan dia yang esok kalau kahwin Vna chop Rizman Ruzaini untuk buat baju pengantin. Haaaa confident macam dah jumpa calon kan ;) Dia sempat promotekan official website diorang yang baru launch which semua rekaan yang di offerkan dalam range harga affordable which korang just masukkam measurement directly dalam website untuk tempah. Currently, collection "PETALS" baru release. Untuk collaboration dengan Ziana Zian insyaallah bakal menyusul kalau tak silap Vna bulan April nanti. Pringe range pon sangat affordable bersesuaian dengan nama and kredibiliti diorang. Korang keep update dengan instagram/website diorang selalu2 untuk latest update okey?

Tadi sebelum update this entry Vna gatal-gatal lah jengah webstite diorang ni. Before this browse through dekat handphone je so macam tak puas sangat so harini tengok pakai screen laptop hambik bedebak boleh zoom in dekat-dekat all the details dekat baju OMG LAWANYAAAAA RASA NAK KAWEN ESOK!
Yelah masukkan measurement, buat payment, within 2 week untuk buat baju then seminggu untuk shipping. Weyh tak ke seronok namanya kawen dapat pakai baju Rizman Ruzaini. Nasib baik takde calon lagiiii.....nasib baik hambaq hang.Kalau tak laju ni tangan ni haaaaaa menempah dua tiga. Gitu dua tiga helai terus.

all screenshoot credit to Rizman Ruzaini Official Website

Ini adalah koleksi Petals untuk para pencinta rekaan Rizman Ruzaini yang nak kawen pakai rekaan diorang dalam price range yang sangat-sangat affordable habaq hang. Even kadang-kadang pergi sewa baju pon dah berapa diorang charge, kalau yang ni hambik kau boleh pass turun temurun ke anak cucu cicit korang. 



Vna punya personal favorite ialah LOOK 4, LOOK 8 dengan LOOK 12 :)
tapi terpaling-paling suka tahap nak menagis tengok LOOK 12.
yes LOOK 12 idaman kalbu. perghhhhhhhhh.
excited tengok sampai mak cakap eh eh macam esok nak kahwinnya.

bila nak kahwin ni? bila? bila?
*kenyit mata sikit*

much love, vna erman :)