Monday, November 13, 2017

Review dan Sinopsis Novel Ayat-Ayat Cinta 2

Assalammualaikum,

Berkurun weyhhhh tak beli novel. Bukan dah hilang minat membaca tapi muak di sogokkan dengan cerita-cerita yang sama. Sentiasa dengan kisah antara dua darjat, kaya raya tahap tekan suis kipas terus duit berterbangan melayang-layang, angkat tudung saji ada duit, bukak peti sejuk ada duit, tepuk-tepuk bantal lepaih bangun tidoq keluar duit (hiperbola untuk menunjukkan betapa kaya rayanya orang Malaysia dalam drama) Tak cukup dengan tuh, mesti nak kena ada orang ketiga yang tak reti nak move on yang hobinya ialah mengacau percintaan/perkahwinan orang lain. End up akan berlakunya penculikkan, kes tembak menembak kekanda tolong selamatkan adidnda dan pengakhirannya sama ada si jahat busuk hati dengki durjana jadi gila tak pun mampos masuk tanah. The end. 

Herghhhh CUKUPPPP!

Tapi bila satu hari masuk Popular ternampak sebuah novel ni (plus ada discount!) terus tak pikir panjang ambik pappppp jalan terus menuju ke kaunter peluk erat plastik sampai rumah balut terus lepaih tuh menghadap sorang-sorang jangan sapa kacau huh!



THE RETURNS OF AYAT-AYAT CINTA!!!!!

Cerita ni memang fenomena habis weyh sekitar tahun 2007/2008. Ingat lagi masa tuh dekat hostel gila gigih menelaah novel first dia atas katil waktu weekend yang tak dibenarkan balik rumah. Lepaih tuh pulak masa raya lepaih dah balik semula ke hostel (macam raya kelima camtulah) depa tayang pulak filem dia dekat TV3 tudiaaaaa bilik tv dekat asrama toksah cerita penuh macam sardin. Tak boleh move on lagi, download buh dalam pendrive masing-masing (masa tuh zaman pendrive 4GB OMG throwback sangat!)

Ayat-ayat cinta 2 sudah semestinya lah sambungan dari kisah Fahri dan Aisha dalam novel pertama. Hero masih yang sama, heroin pun yang sama, ada few character dari previous novel buat kemunculan macam bapa saudara Aisha, Pak cik Eqbal dan beberapa tok guru Fahri waktu belajar dekat Mesir. Selebihnya semua watak-watak baru. Latar belakang cerita ni hampir ke semuanya di  Edinburgh, UK dan beberapa bahagian di Palestin. Honestly tak suka jadi spoiler. Lebih prefer korang untuk baca sendiri but ok lah reveal sikittttt sinopsis cerita ni yang dikarang sendiri (bukan copy paste dekat belakang novel tak aci ahhh!) khas untuk pembaca blog ku :

Selepas peristiwa Fahri hampir dijatuhkan hukuman mati di Mesir atas tuduhan merogol, Univeristi Al-Azhar mengembalikan semula status mahasiswa univerisiti tersebut kepada Fahri selepas bebas pertuduhan. Dalam novel yang pertama waktu konflik Fahri di dalam penjara sementara, ketika itu Aisha sedang mengandung. Namun yang demikian, Aisha keguguran. Selepas bertalu-talu ujian yang mereka lalui dekat Mesir, Aisha menjadi trauma dengan bumi Mesir lantas selepas 7 tahun Fahri menetap di Mesir, diorang sama-sama decided untuk balik semula ke Indonesia. 

Sebelum kembali ke Indonesia, Fahri berbincang dengan penyelia thesis beliau dan bersepakat untuk menyelesaikan thesis beliau di Pakistan. Selepas setahun menetap di Indonesia, Fahri kembali menyelesaikan pengajiannya di Pakistan selama setahun dan kemudian Fahri dan Aisha terbang ke Jerman pula bagi urusan menyelesaikan pengajian sarjana muda Aisha yang tertunda.

Waktu berada di sana Fahri mendapat peluang menerima biasiswa penuh bagi melanjutkan pengajiannya di peringkat Phd manakala Aisha berpindah ke Freiburg bagi menyelesaikan pengajiannya dalam bidang psikologi sosial.

Di kesempatan itu, Fahri dan Aisha mengelilingi UK dan berkunjung ke Edinburgh untuk mengintai peluang mengembangkan perniagaan keluarga Aisha. Ketika di Edinburgh, Aisha bertemu dengan Alicia seorang wartawan yang jugak sedang melanjutkan pelajaran di situ. Aisha dan Alicia bersepakat untuk ke Palestin kerana Aisha berhasrat untuk menghasilkan novel mengenai anak-anak Palestin.

Aisha memujuk Fahri untuk ikut bersama ke Palestin namun Fahri sibuk dengan urusan pengajian Phd nya. Dengan berat hati Fahri mengizinkan Aisha untuk pergi ke Palestin bersama dengan Alicia. Ketika tiba di Israel, Aisha sempat mengirim khabar mengenai keadaan dirinya sebelum masuk ke Palestin keesokkan harinya. Namun, itulah khabar terakhir dari Aisha. 

Segala usaha mencari dilakukan oleh Fahri namun Aisha masih belum berjaya ditemui. Beberapa bulan kemudian, keluarga Alicia menerima khabar bahawa mayat Alicia berjaya ditemui dalam keadaan menyayat hati. Proses pengecaman dilakukan mengunakan bentuk gigi Alicia kerana tubuhnya sudah hampir tak dapat dikenalpasti. Biarpun Alicia sudah berjaya ditemui, Aisha masih hilang tanpa jejak.

Fahri hidup dalam keadaan tidak tentu arah sehingga lah satu hari datangnya seorang Sheikh dari Mesir bersama-sama dengan Eqbal, pakcik Aisha menasihatinya untuk redha dengan ujian yang sedang dilaluinya. Fahri meninggalkan Jerman buat sementara dan menetap di Edinburgh bersama-sama dengan Pak Cik Hulusi, merangkap driver dan pembantu peribadi Fahri. 

Fahri menenggelamkan kesedihannya dengan melakukan penyelidikan, membaca, menulis dan juga meneruskan perniagaan yang sedia ada. Fahri juga bertugas sebagai tenaga pengajar di Univeristi  Edinburgh berdepan dengan beberapa konflik dengan masyarat barat yang hampir kesemuanya menetang Islam. Dengan keperibadian baik yang ditunjukkan oleh Fahri secara perlahan-lahan berjaya mengubah persepsi orang sekelilingnya antaranya  Brenda, Jason, nenek Catrina dan Keira. Kesemua ni watak-watak baru dalam Ayat-Ayat Cinta 2.

Keira, seorang gadis berbakat bermain biola. Beliau tinggal bersama dengan ibunya dan seorang lelaki bernama Jason. Mereka merupakan jiran Fahri yang berdendam dengan orang Islam kerana satu peristiwa hitam yang berlaku ke atas keluarga mereka. Setiap kali Fahri terdengar gesekan biola yang dimainkan oleh Keira, ingatannya terhadap Aisha semakin menebal kerana cara Keira bermain biola persis Aisha.

Hulya, yang juga merupakan sepupu Aisha yang dahulu masih kecil ketika Fahri berkahwin dengan Aisha. Dia datang ke Edinburgh untuk melanjutkan pelajaran di sana. Dalam pada masa yang sama, Hulya membesar menjadi seorang gadis yang perwatakan dan fizikal seperti Aisha. Berbekalkan pakej berkemahiran bermain biola, Hulya ternyata menjadi bayangan Aisha di mata Fahri.

Salbina, seorang pengemis hodoh yang memberi imej buruk terhadap masyarat Islam di mata masyarat Barat yang menyifatkan Islam itu suka meminta-minta. Atas dasar keprihatinan dan melaksanakan keperluan fardu kifayah, Fahri dengan bantuan pakcik Hulusi, mereka memberi bantuan kepada Salbina dengan niat membantu dan membersihkan nama Islam yang sering dianggap miskin dan penganas. 

Keira, Hulya dan Salbina 
Dilema Fahri dan tiga wanita dalam Ayat-Ayat Cinta 2.
Di manakah Aisha?
.........................................................................................................................

HAMBIK KAU PUNYA SINOPSIS! LOL!

Cerita ni memang dramatik. Bukan typical kisah cinta. Habiburrhaman memang terror habis menulis novel-novel pembangunan jiwa. I love the way dia angkat darjat Fahri dari seorang anak muda miskin dari Indonesia tapi berjaya menjadi yang terhormat berbekalkan ilmu dan akhlak yang baik. I love the way dia cerita keindahan Islam dalam cara yang paling simple. On top of that, dia jugak bijak mempromosikan negara beliau, Indonesia dalam novel ni dari semua aspek cara hidup, budaya bahkan makanan tradisi diorang. Senang cerita novel ni berilmiah tapi tidak membosankan.

The only things yang tak suka pasal novel ni ialah, novel ni kan novel Indonesia jadi penulisan bahasa novel ni for sure dalam Bahasa Melayu Indonesia. Tak sure lah novel yang dibeli ni dah di terjemahkan ke Bahasa Melayu Malaysia ke belum or memang original bahasa Melayu Indonesia. Tapi masih boleh faham jalan cerita dia it just that kalau ada betul-betul full version bahasa Melayu Malaysia lebih baik.

Ok kalau nak tau kesudahan cerita ni macam mana mohon dapatkan novel ni di kedai buku berhampiran anda dengan hanya RM35.90/SM atau RM38.00/SS.

Tapi kalau hampa ialah golongan yang berpinar mata nak baca sebanyak 1004 muka surat mohon tunggu je lah movie dia yang akan ditayangkan pada 21 Disember 2017! Oh, Fazura (my favvvvv) dan Bront Palarae ada dalam filem ni tau. Fazura pegang watak as Brenda (salah seorang jiran Fahri) manakala Bront pula memegang watak sebagai Baruch (watak atagonis yang penting dalam cerita ni).

Tak sabar tunggu 21 Disember.
Seen you soon Mas Fahri!

Much Love, Vna Erman :)

No comments :