Thursday, November 23, 2017

Review dUCk Cosmetics : All Eye Ask Smokey Palette

Assalammualaikum,

First of all, nak cakap terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca entry yang lepas pasal drugstore make up products. Tetiba rasa bersemangat nak menulis lagi pasal makeup bila dapat comments positive dari kawan-kawan yang Vna patut menulis lagi. So seperti biasa, anything yang Vna tulis adalah barang yang dibeli sendiri, dan dah cuba berkali-kali dan semuanya review jujur walaupun Vna bukan MUA or expert. So lets start reading!
.....................................................................

dUCk Cosmetics merupakan Malaysian local brands yang dilancarkan pada 2 Septermber 2017 serentak secara online dan offline. Incase ada yang tak tahu dan soalan ni bermain-main diminda anda.........

"Adakah dUCk cosmetics dan dUCk scarves merupakan satu company yang sama?"

Jawapannya ialah, ya betul.

Oh yang Vivy Yusof punya lah eh?

Of course lah.

Kenapa dUCk?

On behalf of Vivy (after read/follow/watch everything about Vivy!) DUCK asalnya dari nama group Vivy dan kawan-kawannya ketika di bangku sekolah. You know zaman sekolah-sekolah kita suka nak ada geng sekepala pastu declare we as bla bla bla camtu. So sempena dengan itu Vivy namakan brandnya sendiri, dUCK. Paham idok?

...................................................................................................................................................

Sebenarnya dah tahu dUCk akan keluarkan cosmetics line sendiri setahun yang lepas melalui youtube video, #BuroBossGirl Episode 1: FashionValet Co-Founder Vivy Yusof . Masa tuh dah OMG OMG habis lah duit akuuuuuuuu. Bila diorang dah ready untuk officially launch to the market sumpah terus jadi tak keruan. Terus tetapkan mental dan fizikal bersedia untuk melihat harga-harga cosmetics dia. Siap main teka-teka dengan Dyra (forever mangsa yang dah sign contract seumur hidup untuk kena dengar cerita pasal dUCk after my sister LOL!). Dua-dua memang expect semua barang-barang dia above RM100. 

And the day has come. Sebagai permulaan, dUCk keluarkan 5 produk iaitu Glossip Girl Lip Gloss (RM 60),  Matte Decisions Lip Cream (RM 75) , No Filter Make Up Remover (RM 100) , All Eye Ask Eyeshadow Palette (RM 135) dan Lipstickwitu Lipstick (RM 70) . 

Setakat hari ni (sewaktu entry ni dikarang) dUCk cosmetics dah launch lagi 2 items under cosmetics line mereka iaitu Hair Mist (RM 70) dan jugak Cosmetics Pouch (RM 90). Melihat kepada harga-harganya ketika browse thru website membuatkan Vna mengambil tindakan untuk tunggu dan lihat reviews dan response terlebih dahulu sebelum beli. Yelah mahal kot untuk kita-kita orang kebanyakkan yang selalu beli drugstore products or other affordable local brands. Walaupun hati berkenan sangat dekat eyeshadow palette dia ku tabahkan hati untuk menahan diri.

After few research, kebanyakkan reviews (via Youtube/FB dan Twitter) mengatakan dUCk Cosmetics ni tak semegah mana. Harga terlalu mahal quality tak seberapa. Hurmmmmmmm......okey hold on tak beli lagi. Tapi sebagai seorang yang dah biasa dengan brand dUCk (khususnya tudung ) jauh dalam hati tauuuuu produk-produk dUCk ada standard quality dia tersendiri. #kalaunaktuhnaklahjugak
Sampai lah satu hari FashionValet buat 30% storewide discount termasuklah brand dUCk (Fyi,dUCk SUSAH GILA nak buat sales!) terussssss rasa this is the right time! Kebetulan pulak masa last day sales gaji yang ku tunggu-tunggu akhirnya menjelmakan diri dalam bank account so yes inilah pentandanya pembaziran bakal bermula. 

"Atleast kalau product dia tak ok, setidaknya beli masa sales kurang sikit sesalan......."
kata nafsu shopping ku!

So finally I got makeup dUCk-ed! *wink wink*

Antara sebab nak sangat eyeshadow dia adalah disebabkan oleh packaging. OMG packaging dia sangat ON POINT! Kebanyakkan reviews sebelum-sebelum ni, kebanyakkan tak berapa setuju dengan packaging cosmetics dUCk sebab terlalu bulky tapi real products cinonet je. Pada Vna, YESSSSS I like it so so so much. Packaging meriah-meriah memang trademark dUCk. Sebagai seorang yang mudah jatuh cinta dengan apa-apa benda yang ber-packaging cantik so Vna bagi 5/5. 



Ini the real product case. Yang gambar lady illustration tuh macam sampul then the real product duduk dalam purple box tuh. 

Ladies, meet the All Eye Ask Smokey Palette!



Untuk eyeshadow palette ada 2 code. Yang lagi satu Nude Palette. Vna prefer yang Smokey version dari Nude version.Eyeshadow palette ini mengandungi Vitamin E dan bebas paraben. Di formulasi di United Kingdom tapi di buat di China. Shelf life product ini adalah selama 3 tahun. Ada 10 warna dalam 1 palette dan setiap satu pan colour tu beratnya 2.8g which is double size dari kebiasaan eyeshadow pan dalam kebanyakkan palette yang dijual di pasaran. No animal testing dan halal. Sekarang dUCk Cosmetics dalam proses memohon halal certificate dari Jakim.


Warna sebenar tanpa sebarang filter bawah lighting bilik. Sorry belum sampai ke tahap rajin nak buat colour swatches so kalau nak tau colour swatches search dekat Youtube ok? 

Ok, mari mulakan review jujur pasal eyeshadow palette ni :

Adakah eyeshadow dalam palette ni senang untuk di-blend?

Seperti yang di katakan dekat kotak packaging mereka iaitu easy to blend, to me yes senang untuk di-blend. Just use your blending brush everything is perfect!

Adakah colours dia betul-betul pigmented?

Malangnya Vna harus cakap tidak. I'm so sorry dUCk but this is my honest review. To me all the dark colours memang high pigmentation walaweyh! Cuma perlu calit sikit terus muncul dekat mata tapi light colours macam mehhhhhhhhhhh apo ni dah banyak kali tenyeh (plus eye primer) masih segan-segan alah nak muncul dekat mata.

Sesuai tak untuk pakai daily or hanya untuk special events jer?

Takde masalah untuk pakai daily walaupun dia smokey colours. Vna memang pakai makeup kebanyakkan waktu siang especially waktu hujung minggu.

Berbaloi ke harga dengan quality?

Ok soalan ni panjang sikit jawapannya. First of all sesuatu company/brands letak harga bergantung kepada marketing strategy mereka, packaging dan barang-barang yang diorang gunakan. To me, Vna faham kenapa harga eyeshadow palette ni mahal nak-nak local product je pun. Masyarakat kita memang sinonim dengan local produk harus murah. Tak salah untuk letak harga tinggi TAPI harus seiring kualiti bukan semata-mata indah khabar dari rupa. 

In term of packaging, macam Vna mention before memang A+ sangat ON POINT. Ok, cost disitu di ambil kira. Secondly, in term of generosity, setiap eyeshadow pan tuh besar kalau nak di bandingan dengan kebiasaan yang ada dekat pasaran (ie: Zoeva ). Sebagai contoh, brand Elianto ada jual single eyeshadow yang beratnya 2.5g berharga RM 9.90 (inclusive GST). Jadi bayangkan setiap single eyeshadow itu digabungkan untuk buat palette, 
10 items x RM9.90 = RM99. So same apply to this eyeshadow palette. Kita assumekan RM99 untuk eyeshadow semata so bila campur tenaga kerja+ packaging sebab itu harganya sebegitu.

TETAPI,

Vna memang setuju dengan review orang lain di luar sana, kualiti eyeshadow sederhana saja. Tak lah teruk tak la wow. Walaupun packaging meletop, at the end of the day product tuh yang paling penting sekali. Ada yang bash kata quality macam drugstores product je tak berbaloi dengan harga, tapi pada Vna tak la seteruk itu. Masih palette yang baik tapi belum ke tahap WOW.
I LIKE IT BUT I DONT LOVE IT. 
SUKA TAPI TAK CINTA
Gitchuuuuuu

Adakah Vna recommend untuk beli eyeshadow ni?

Kalau you baru first time nak beli eyeshadow I would say NO! Go get other palette. Tapi kalau memang dah sinonim/biasa dengan makeup YES, tetapi sebaiknya beli WAKTU SALES SAHAJA! Kalau takde sales suruh emak/sugar daddy/suami/boyfriend belikan. LOL!
Memang Vna mention sebelum ni, harga dia letak ambil kira faktor packaging, labor cost dan KUANTITI product but at the end of the day biarpun packaging dia lawa, produk dia banyak tapi kualiti kurang memuaskan tetap kita akan frust. Buat apa eyeshadow tu kualiti dia banyak tapi kita jarang pakai last-last sampai masa expired tak berguna jugak.

Tapi nak tegaskan di sini, eyeshadow ni bukan tahap teruk sangat. Masih boleh dapatkan eye look yang cantik. Vna sendiri dah pakai 3-4 times before tulis review ni supaya semua review bukan semata-mata dari first impression. Colour Glazed Pretzel (mohon rujuk gambar di atas) paling MELETOP PIGMENTATION DIA WOW WOW WOW PADEPOWWW! 

Nak jugak beli sebab "I am an avid dUCkies like you",. Kat mana eh nak beli?
Kalau menetap sekitar Klang Valley boleh pergi ke dUCk Cosmetics store dekat Pavilion atau Fashion Valet physical store di Pavilion. Lagi satu FV store branch  ada dekat Bangsar Village. Kalau dapat pergi kedai lebih baik sebab boleh test sebelum beli. Tapi kalau duduk jauh seperti ku beli je secara online dekat website Fashion Valet. Free shipping uols.

Overall rating about this product?
Dengan senang hati Vna bagi 3/5.

Nevertheless, I always and forever love dUCk.




Ada tak di antara korang yang dah beli palette ni? Setujukah anda dengan opinion Vna? Let me know ok? Kalau you all ada purchase other dUCk Cosmetics products dan rasa sangat berbaloi untuk try and beli let me know too. Boleh simpan duit sikit-sikit nak beli. LOL!

Much Love, Vna Erman :)

1 comment :

Ika.S said...

Pernah tengok review dari Vlogger pasal produk ni.
Ika takda rasa mcm nak beli atau try this produk atas alasan tidak mampu hehe.
Pakai biasa biasa sahaja sebab tak kerja lagi. Hee