Tuesday, October 30, 2012

Secondary School Memories

Assalammualaikum,

Konon-kononya nak pulun siapkan report practical lah harinikan sekali bff ku text tanya pasal peristiwa zaman sekolah-sekolah dulu pastu die bg tau skrg pakat-pakat semua tgh merapu merepek meraban refresh all the memories masa sekolah dulu habis practical report ke mana dgn aku-aku sekali men-trendingkan #SecondarySchoolMemories dkt Twitter.
Bagai nak terkoyak mulut gelak sorang-sorang persis si gila berambut kembang.
LOL!
























so much fun, love & laugh.
seriously zaman sekolah zaman paling BEST EVER AFTER!
sangat banyak kemerepekkan ktorg dkt twitter.
tuh belum print screen classmate/schoolmate lain punye. tak tercatch up sebab twitter kan cepat sgt.
how i wish i was high school students right now :(
miss u badly Convent,Taiping.
what is urs #SecondarySchoolMemories?
share with me. would like to know :)

much love, vna erman :)

Friday, October 19, 2012

Grad & Glad :)

Assalammualaikum,

Jarang Vna nak cerita pasal abang Vna. Rasa macam tak pernah ade special entry untuk die pon. Unsur diskriminasi di situ.  Baiklah, entry ini special buat abangku Mohd Erzuan Erman :)

After all the hardship alhamdulillah 14 Oct 2012 abg Vna akhirnya grad. Masa mula-mula adik Vna text Vna   bagi tau abang Vna grad 15 Oct which is fall on Monday. Oh my gosh! Macam mana nak pergi? Class pack pulak. Pastu pikir2 ahhhhh persetankan semua. 
PONTENG! PONTENG! PONTENG!
SEBULAT SUARA TEKAD & AZAM!
tup tup tup bala bedebakkkk ade TEST pulak. DUGAAN APAKAH INI?
tssskk :(

Dah jadi cam gitu jenuh atur strategi lain pulak. Abang Vna punya majlis sidang petang. Test Vna plak pagi. so ingatkan pulun sakan muntah semua jawapan atas test pad cepat-cepat pastu mintak exception from lecturer nak keluar awal memandangkan lecturer subject tuh cam buleh chill-chill gitu kan. SET!
Dalam pada masa yg sama tiap-tiap kali solat mintak dipermudahkan jalan supaya vna dapatlah attend graduation day abang. Special day kot. LOL!
& dengan kuasa Allah S.W.T ade miracle happen. Masa abang Vna attend raptai tup-tup diorg di informkan yg graduation day diorg diawalkan sehari which is Sunday.
SUNDAY? wink wink ;)
Yeayyyyyyyyyyyyyy! dpt attend. doa termakbul. syukur alhdmulilllah :)

Memandangkan abang Vna sidang petang, so ktorg decided nak keluar awal pergi UPM sebab takut jam dkt highway plus hambat parking dekat dgn hall. sampai-sampai cam terawal pulak. so bergambar in advanced. abang Vna tak hire any official photographer. dia tak suka & not necessary. apa daaaaaaa....
the end nya ktorg gune asset sendiri which is camera sendiri & production sendiri jugak which is vna ambik ckit, adik vna ambik ckit, abah pon boleh ahhhh.
boyfriend & girlfriend ktorg
ABAH & MAK :)

the Er.
official name: Erviena, Erzuan & Erleen.
nama kpg: Mek Teh, Awang & Gebu.
btw, saya kakak eh. itu adik. terimas ;)

pastu bila Mak Abah dah masuk hall tinggallah ktorg berdua dkt luar kepanasan. so ktorg pon pusing-pusinglah cari ape ke bendelahhh nak kasi dkt abang vna ni. lau graduation day standard laki pon org kasi jer bunga. erm, bantai ahhh beli bunga. Tengah-tengah sibuk ke hulu ke hiliaq tup-tup jumpe schoolmate,Alia. banyak sungguh tup-tup digunakan dlm entry kali ni.
LOL!

si rajin mencari nafkah di hujung minggu :)

Dah lah lapaq, panaaaaiiiihhh nak mampuih tunggu. Bukan kemain lama sungguh majlis graduation. Berjam-jam setia menanti bawah khemah yg pihak UPM provide akhirnyaaaaa........
BRAVOOOOO BRO!
future educator, Insyaallah :)

sementara tunggu Abah Mak Abg Vna keluar from hall tuh Vna & adik pusing-pusing tgk gelagat org2 dah grad ni ambik inspirasi. Geram jer negok depa pakat dah habis study pose gitu pose gini, baling topi, lari-lari hindustan segala bagai. WEYH TAK SABAQ CHEQ TGGU TURN CHEQ TAU DAK!

Nampak tak ade org pegang belon tuh? Mula-mula Vna ingatkan orang jual belon ke ape. Rupanya family student tuh bawak banyak gila belon then diorg kasi dekat kids yang datang as tanda bersyukur anak diorg dah grad. Pon buleh. Macam-macam style org grad skrg. Ade siap bawak banner ahhh. semangat. Lau turn diri sendiri nanti suruh Abah bawak kompang ahhh. Aku rase ade yang kene pelempang kalau request cam gitu. LOL!

kesesakkan lalu lintas.
semua cam stand by kat pintu luar tunggu anak/kawan masing-masing dgn bunga ahhh, teddy bear besaaaq nak mampuih ahhh, banner lah ntah ape-ape mende lagi ntah. UNTUNGLAH!

tunggu punya tunggu akhirnya jumpe parents & abang Vna. ramai gila orang. segenap ruang pelusuk alam penuh dgn org. nak pose beria sakan pon cam sesak. plus abang Vna bukan suka nak cam gitu. Adik die sorang ni ja tak tau malu.LOL!
;)

Sir Mohd Erzuan Erman :)

spirit.

they are highly insane. 
padahal dah bawak dah weyh kasut tinggi extravangaza tak nak bagi nampak mcm ayam katik. 
DAH BAWAK! 
tapi tak sanggup nak jalan kemain jauh mau tertungging so kelihatanlah cemetot di situ.

buat abangku, the only abangku Mohd Erzuan Erman,
kudos bro. kamu dah buat Abah & Mak bannga. semoge rezeki kamu terbentang luas kat luar sana cepat-cepat dpt keje, cepat-cepat kumpul harta cepat-cepat kawen cepat-cepat kasi dkt kte anak sedare :)

Insyaallah turn Vna bakal menyusul tahun depan. korg doa-doakan eh semua dipermudahkan.
take care.
much love, vna erman :)

Thursday, October 04, 2012

Dear Diary.

Assalammualaikum,

Abah, tahu tak kalau Ena rindu dekat Abah Ena buat apa? Malam-malam bila nak tido Ena akan bukak semua message birthday wish yang Abah send every year dekat Ena. Ena baca pastu tersenyum-senyum sebab Abah panggil Ena your sweet cute girl. Walaupon Abah luaran nampak garang & menakutkan to those yang tak kenal Abah, but you are such a sweet daddy!
Setiap kali Abah call Abah mesti tanya minggu ni nak balik tak? kalau nak balik, baliklah....Tulah Ena memang nak balik tapi ade kerja lah, ade program faculty lah. 
Abah, Ena rinduuuuuuuuuuu Abah :(

Mak, tahu tak kalau Ena rindu dekat Mak Ena buat apa? Malam-malam Ena mesti peluk ketat-ketat bantal yang Ena exchange dengan Mak tuh. Konon-konon tak dapat peluk Mak pelul bantal pon jadilah. How I wish setiap hari before nak pergi class Ena dapat peluk & cium Mak dulu then Mak pon akan buat benda yang sama macam masa Ena zaman sekolah dulu & during intern arituh. Mak tahu tak semalam Ena dah settle satu group assignment. Assignment ni ktorg kena berlakon. Pasal nak practice this role play lah Ena tak dpt balik last week. 

Mak, Ena rinduuuuuuuuuu dekat Mak........

Zan, kamu nak tau tak graduation day kamu nanti kte maybe tak dpt nak dtg. :(
Walaupon kte before this dah tekad nak ponteng jer class tapi tup-tup that week lecturer nak buat test pulak. Walaupun kte before this gila tak sabar nak pergi graduation day kamu tuh tapi tulah kte merancang Allah yang menentukan. Selagi belum date graduation day kamu tuh hari-hari kte doa supaya lecturer postponed test tuh. Kte nak ada sama-sama dgn kamu masa hari bersejarah tuh together dgn Abah, Mak & Erleen.Kte nak pakai jubah kamu nanti & pinjam topi kamu nak practice posing untuk kte punya graduation day pulak. :)
Kte harap doa kte Allah dengar. Kalaulah memang kte tak dpt nak dtg graduation day kamu tuh, kte mesti sedih gila. Tapi kte tahu hari tuh kamu dah cukup buat Abah & Mak bangga. Insyaallah kte harap kte pon berjaya ikut jejak langkah kamu tuh jugak tahun depan. Amin

Erleen,  semalam akak pergi grand opening H&M dkt Setia City Mall. Dekat sungguh diorang bukak butik ni dengan Puncak Alam. Memang sakan muflis ahh aku lepas ni
Nanti k akak belikan something dekat H&M untuk kamu. Bila & apa mende tuh bergantung kpd masa & budget.
I miss you too sis :(

Penyakit yang paling lemah ialah homesick :(
yes, sounds like anak manja kan?
better jadi anak manja rather than jadi anak derhaka tak hengat mak ayah anda.

much love, vna erman :)