Wednesday, June 10, 2015

belated teacher's day story!

Assalammualaikum,

Hai, blog ni hanya akan ber-update sebulan sekali ke cemana ni? Dah macam tak layak bertajuk Karya Artistik Vna lagi je. Elok jadi karya sendu Vna. Hurmmmm...
Ok la blog sendu ni nak cerita lah sikit pasal first time ever sambut teacher's day as a TEACHER!

BEBERAPA HARI SEBELUM HARI GURU:

Cheq ni suka handbag tahap beli Sofina 2.1 sampai tiga ketul. Design yang sama cuma colour yang lain-lain? So paham kan macam mana kroniknya tahap tak boleh tengok beg tu kan. So kalau pergi kerja memang stock hari-hari tukar handbag matchy-matchy dengan baju gitewww. Kalau konsepnya hari-hari bawak handbag lain-lain maknanya konsep pindah kan barang-barang ke bag yang lain pun zappppp bedebush masuk ke bag yang nak bawak esoknya. 

Satu malam masa tengah nak korek barang dalam handbag cari handphone kot, tetiba rasa eh pekebenda pulak ni aihh? Sebab dok asyik tukar-tukar bag, so kekadang ada tertinggal itu lah inilah tak perasan.Seluk-seluk tengok nampak makhluk merah pelik yang rasanya eh-bukan-barang-aku ni. 

And guess what? MEMANG BUKAN BARANG AKU PUN. 

Anak-anak muridku kasi advanced teacher's day present! *tepuk dahi*

Vna merupakan guru kelas untuk 4 tahun. Hanya 4 tahun yang ada special subject iaitu "Bermain". Dalam seminggu tuh, diorang ada sekali or dua waktu untuk bermain. So standard memang bagi diorang main Lego lah. Nanti ada lah yang buat kereta api lah, buat menara lah, yang lebih kreatif buat senapang dengan pistol. Sepanjang-panjang lego tuh. Very the sel-sel-otak-berhubung tau. Tapi yang extra creative lagi budak sorang ni. Nama dia Iskandar. Bila dia dah siap buat pistol lego dia nanti dia aim kat teacher dia sorang ni sambil peuww, peuww *sound effect peluru*
Iskandar tak suka teacher ke cemana ni? Tsssk.

Iskandar the peuwww peuww!

Esoknya masuk kelas, Vna teruihhh tanya sambil bawak keluar patung merah tu tanya 
"Haaaaa ni sapa bubuh dalam bag teacher? baik cakap lekaihhhh....."
Budak-budak yang lain teruihhh sebulat suara cakap: "Iskandarrrrrrrrr......"


Terima kasih Iskandar bagi "hadiah" kat teacher!
NAK KENAAAAA PICIT PIPI BUDAK NIIIIII!

SELEPAS HARI GURU:

Awat selepas hari guru? Tahun ni hari guru 16 Mei jatuh hari Sabtu kan? Takde gagahnyaaa aihh hari Sabtu nak suruh budak-budak datang sekolah semata nak celebrate teacher's day. So, sekolah kami buat majlis sambutan hari guru dekat lake garden. Konsepnya potluck! Budak-budak bawak makanan seorang sikit pastu makan berjemaah berkelah dekat lake garden. Pastu budak-budak yang bawak hadiah untuk cikgu-cikgu favourite diorang *ehem terbatuk*  bagi hadiah tu kat sekolah.

Special thank you shouts dedicated to: *drum roll*

Iman Amirah, 6 tahun.

Hazirah Irdina, 5 tahun

Ahmad Hasif Nizam, 5 Tahun
p/s:Hasif nak lawan pipi cikgu ke cemana ni?

Safwan, 5 Tahun
p/s: Safwan ni one of my favouriteeeeee students lepas Ammar Hakimi.
(read previous entry if you wanna know who is Ammar Hakimi).
Nanti nak buat entry lain cerita pasal Safwan si pelat ni!

Muhammad Irfan Imtiaz,4 Tahun

Airiel, 6 Tahun

Aidil, 6 Tahun
p/s: FYI,Airiel dengan Aidil kembar!

Shouqi, 5 Tahun

Anggun Natasha, 5 Tahun

Hanani Maisarah, 6 Tahun
p/s: Masa tengah dok berpotluck dekat padang, tetiba dia mai: 
"Teacher Vna saya nak terberak!"
Mampuihh celah mana nak carik jamban woiiii!
"Sat naaaa tahan sikit, sat kita nak balik dah!
10 minit kemudian
"Teacher Vna tak tahan dahhhh"
|
|
|
|
Mujur sempat bawak balik tadika. Phewww!

Mohd Hasif, 5 Tahun

Farzana Qistina, 6 Tahun
p/s: Dia ni jiran aku! Bahahahaha. Memang kenal dia since dia umur setahun lagi. Memang bijak bercakap since kecik. Tup-tup jadi students aku pulak! LOL.

Ku Amir, 6 Tahun
p/s: Amir ni sangat lah sopan dan lemah lembut. Cakap pun suara lembut je!

Harris, 6 Tahun

Tak lupa teacher Vna nak cakap thank you thank you thank you so so much dekat yang lain-lain yang mana parents masing-masing hadiahkan cake yums yums semua dekat cikgu. I guess kita orang received sampai 5 bijik cake kot. Thank you Ammar Hakimi, Irdina, Wirdas, Fahmie oh yeah Putri Amni Zahra untuk KFC sehingga menjilat jari tuuuuuuu! Alhamdulillah. I feel so blessed. Tak pernah dapat hadiah banyak camni kalah birthday teacher tau.

Semoga korang semuaaaaaa akan membesar sebagai seorang yang terlampau bijak! Banggakan parents hampa, angkat martabat bangsa dan Islam & julang nama Malaysia sampai setiap pelusuk dunia orang kenal negara kita. Setiap ciput ilmu teacher Vna bagi, teacher ikhlas dan halalkan. Terima kasih untuk semua penghargaan ni. Totally touched. Only Allah know how much I love each one of you :(

Much Love, Vna Erman.