Showing posts with label CAMPUS LIFE. Show all posts
Showing posts with label CAMPUS LIFE. Show all posts

Wednesday, September 27, 2017

The Elderberry dUCk Scarves

Assalammualaikum,

Hai, hari ni hari Rabu. All of sudden teringat zaman study dulu ada ambik subjek Professional Development. Kelas untuk subjek tuh tiap-tiap hari Rabu pukul 8 pagi. Masa tuh dah semester kelima which is dah pindah ke kampus Puncak Alam. UiTM Puncak Alam masa tuh ada berapa ketul bangunan je. Bangunan faculty kami tak siap pun lagi so kami menumpang fakulti business. Kelas untuk kami semua tingkat melangut tinggi nak mampos. Level 10, 11 dengan 12 kalau tak salah. Dah kalau kelas pagi memang menangis nak tunggu lift sebab panjang gila so kalau untuk kelas Professional Development ni memang harung naik jugak tangga berlecak habis ketiak dont care as long as sampai before pukul 8. Lecturer untuk subject ni strict tau. Sumpah lah tak boleh recalled nama Madam apa (Sorry Madam!).  Madam memang akan sampai before or sharp pukul 8. First day class takde maknanya class cancel. Bebudak lelaki yang pepandai assume first day lecturer tak masuk pakat burn kedatangan sebab first day class dah terus belajar babe. Sharp pukul 8 terus dia akan kunci pintu dan start mengajar. Mereput lah kau dekat luar kalau lambat.

Dalam kelas dia tak boleh selekeh-selekeh sebarangan. Kena kemas, no jeans (memang undang-undang fakulti no jeans tapi belasah jugak as long as pandai cover/some lectures dont care as long as mai class no prob), dan untuk girls you must apply make-up. Yesssss, kena pakai makeup. Very light make-up. Kiranya tak boleh biar muka tongel datang ke kelas. Overall, kelas ni memang ajar betul-betul professional grooming dan didik attitude untuk jadi professional dalam setiap perkara kita akan lalui masa bekerja kelak. So tiap-tiap Rabu mesti akan doll up gitewwww.

Tapi, sesuatu yang memusykilkan tiap-tiap Rabu Madam mesti pakai warna biru. Satu hari Aniz terus tanya masa dalam kelas kenapa Madam suka pakai baju warna biru. Hence, Madam pun explain kenapa dia pakai baju biru setiap Rabu. Al-kisahnya Madam akan pakai baju ikut warna-warna psychology berdasarkan hari. Jadi warna biru sesuai di pakai pada hari Rabu. Madam pun share dengan class turutan warna mengikut hari. Bukan lah kepercayaan but in term of psychology dia macam membantu mood dan membentuk aura. Boleh google lagi for more explanation. Tapi Vna boleh share apa yang Madam kongsikan waktu class dulu tips nak atur baju yang nak pakai according to hari. Here we go:

Isnin: Putih

Selasa: Ungu/Pink

Rabu: Biru

Khamis: Kuning/Oren

Jumaat: Hijau

Sabtu: Merah

Ahad: Hitam

Sebenarnya Madam ada share kenapa hari ni patut pakai warna ini but honestly dah lupa. Maybe ada jot down somewhere dalam buku tapi mana buh pun tak tau dah. LOL! But I know I still keep it sebab sejenis bangsa sayang buku takkan simply jual dekat surat khabar lama.Yang masih ingat hari Sabtu kenapa pakai merah sebab kebiasaanya Sabtu hari bersantai/berehat /masa untuk keluarga jadi merah merupakan warna yang bold yang boleh membangkitkan mood ceria.Hari Ahad pula seeloknya pakai hitam terutamanya bagi orang Islam bagi mengelakkan terkena gangguan sihir dan seangkataan dengannya. BUT I CANNOT EXPLAIN IN DETAILS SEBAB LUPA! Kebiasaannya orang-orang yang mengamalkan ilmu hitam "test power"pada  hari Ahad. (Disclaimer :I DUNNO WHETHER THIS IS THE RIGHT EXPLANATION! Tapi lebih kurang beginilah Madam explain.)

Berbalik kepada keadaan class Madam, so lepaih Madam dah explain so start next week every Wednesday MOST of us memang akan cuba untuk pakai something blue. Tudung ke, kasut ke, tie ke anythings as long as ada biru. Bonus tips, ada terbaca somewhere dekat FB antara tips untuk ke interview ialah pakai baju biru sebab membantu untuk kita nampak menyakinkan di hadapan panel.

NEVERTHELESS,

Takde masalah apa pun nak pakai warna apa hari apa. It just perkongsian Madam dengan anak-anak murid dia dan tak salah jugak vna nak share dengan korang! Mungkin kita sejenis geng bila mana bukak almari tak tau nak pakai apa so maybe boleh guna tips pemilihan warna berdasarkan hari. Yes, I practice this each time mengalami symptom "TAKDE BAJU NAK PAKAI" (Read: baju berlambak tapi tak bersyukur LULZ!)

AS A CONCLUSION,
Kalau ada baju biru pakai lah pada hari Rabu!
:)





p/s: Yes, tajuk entry tak seriring cerita. LOL!
But heyyyyyy, yes I am wearing the Satin Silk in Elderberry. 

Much Love, Vna Erman

Tuesday, January 20, 2015

UiTM Dihatiku.

Assalammualaikum,

Hai, semalam adik kami dah balik mai umah. Dia dah habis final exam semalam untuk part 1. Alhamdulillah. Kami suka haiihh kalau adik kami balik, pasai pa tau? Sebab ada mangsa untuk dipaksa jadi ootd photographer! Haha. 

Tiap-tiap kali jengah masuk pagar UiTM, mesti superb excited even bukan bekas alumni UiTM Arau, tapi mana-mana UiTM pun feeling dia sama. UiTM Sg.Petani, Shah Alam dengan Puncak Alam semua aura sama. Bila datang nak pick up adik Vna, nampak students pakai baju kurung, bawak makanan baru balik dari kelas, kadang kalau datang petang-petang nampak budak -budak tengah berkawad kesatria. Semua tuh dah pernah rasa kot. Dah lalui, dan sekarang merindui :(

Bestnya jadi students haih. Walaupun sekarang dah hampir setahun lebih tinggalkan UiTM, tapi hakikatnya tak berpisah pun dengan UiTM. Forever sentiasa di hati. Still datang UiTM walau bukan students lagi, tapi datang as alumni, datang as kakak yang proud share the same experience with her sister. Memang betul lah UiTM Dihatiku. 

So semalam masa datang untuk pick up adik dengan barang-barangnya, sempat fefeling jadi student balik. Jadilah aihh lepas rindu. 







Muka happy habis exam nak tergolek melangut cerita Korea. Juga muka suka sebab ada part time job as ootd photographer. Ahahahahahahaha! *gelak jahat*

Much Love, Vna Erman

Monday, September 09, 2013

sums up part 6 stories.

Assalammualaikum,

Haiii korang! Hari ni 9 September 2013 juniors ku sekalian dah start semula class. Ohoiiii nak tau satu mende tak? Aihhh, Vna rindunyaaaaaaaaaa nak pergi class. Tulah dulu asal message bunyi nak-nak kalau time tengah nak siap-siap pergi class pastu dapat berita gembira CLASS CANCEL! Time tuh happy bukan kepalang. Lepas tuh kepala otak mula nak mereka-reka nak merayap pergi situ sini bukan reti nak duduk rumah baca buku. LOL! Betul lah dulu cikgu-cikgu dekat sekolah cerita zaman belajar zaman paling best sepanjang hidup. Yes, I do miss my uni life.


Rindu nak termengah-mengah mendaki 240 stairs dek tak sanggup terpenyek merempuh lift. Students UiTM Puncak Alam definitely tahu this situation before kempen beratur di applykan. Tiba-tiba terpikir adakah new semester this system still di practicekan? Juniors, please roger bagi tau how's your first day dekat FSK 6?eh yeke FSK 6? Lupaaaaaa......


#Throwback last class dengan Sir Hazmal yang suka sangat-sangat nak bagi assessment dekat iLearn yang semua orang akan buat cepat-cepat supaya issues yang nak buat orang lain tak buat dulu. Lepas tuh, kalau soalan test tak kisah lah buat online test pon soalan kemain susah kot.. selak ahhh buku sampai tercabut tak dapat jugak full mark.
 Phewww, good luck juniors for Strategic Management papers! 


#Throwback last class dengan Sir Aziz. Lecturer yang paling banyak experience pergi travel serata dunia, jadi judges macam-macam events and festival and dia paling suka bercerita dekat ktorg experience yang dia ada. Adatlah kalau dapat lecturer superb baikkk macam ni mula ahh nak berlagak pandai masing-masing layan gadget masing-masing. Ampun sir! Betuiii lah rules tak allow budak sekolah bawak handphone pergi sekolah. takde maknanya nak call parents, for emergency & bla bla sah-sah online memanjang jer korang nanti.  


#Throwback last class dengan Miss Flora lecturer TIGA SEMESTER BERTURUT  start of dengan service menagement move to club management & last sekali financial management. Fyi, Miss Flora bukan orang Malaysia. Dia asal dari Taiwan. Masa first time masuk class dia, loghat omputih dia lain macam sungguh. Paling-paling ktorg ingat sekali dia sebut "Apple". HM2216a sure tau macam mana. Tapi dia memang lecturer paling baik hati. Dia pon suka bercerita & kekadang lawak dengar cerita dia tinggal kat Malaysia. We started to missing you Miss Flora!


#Throwback last class dengan Madam Sabariah untuk subject Tourism Quality Management. Class yang paling paling paling terpaling Vna attend tapi tak paham apa-apa. Sorry Madam! Lepas tuh azab bertambah lagi bila soalan final exam memang bagi semua orang kelaut lemas terkapai-kapai habag hang. Serious apa diaaaaa dia tanya ni weyh? Jawapan Vna bagi pon kelaut jugak tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH LULUS! Memang mimpi ahhh dapat A kan, tapi masa result keluar 3 August lepas benda pertama Vna tengok TQM lulus tak? Thank you Madam sebab tak buatkan saya back to UiTM as part 7 student. Thank you Madam. Thank you, thank you.
Juniors, good luck untuk memahami subject TQM okey?



This picture was taken on 20 June 2013. Last day, last class untuk degree. 



#Throwback iftar dengan classmates hari last day paper final. Tak semua yang join malam tuh. ktorang berbuka puasa style potluck. 


#Throwback right after presentation Independent Study. Subject yang paling-paling menguji kesabaran, memerlukan pengorbanan paling besar dari semua aspect. korban masa tidur, korban perasaan malu nak approach respondents jawab survey, korban pokok-pokok kat Malaysia sebab guna kertas print out journals, korban duit untuk printing survey, report yang berapa juta kali kene edit, aduhh memang perit gila lah. ktorg ingat lagi (Vna, Aniz & Qila) pernah tak tidur nak siapkan mende alah ni. Tidur pon sejam jer itu pon bergilir-gilir supaya kerja terus berjalan. Nasib baik dapat A. Alhamdulillah. 

Since memang akan tinggalkan bumi Shah Alam & kawasan yang sama waktu dengannya habis final tuh ktorg memang balik lewat beberapa hari right after viva. Kekononnya pergi tempat-tempat lepak kings supaya nanti tak rindu once balik negeri masing-masing. Antaranya ktorg pergi Bukit Ampang kekononnya nak jerit-jerit dah habis azab semua tapi tak jadi sebab ramai orang. Actually ni first time Vna sampai situ. housemate bawakkan supaya tak kempunan. haha. mujur sempat merasa naik atas tuh sebab dengar ceritanya kawasan tuh sekarang dah ditutup sebab nak dibangunakan kawasan perumahan. 



Endingnya ambik gambar angkat tangan kekononnya menampak bayangan yang mengambarkan perasaan yeayyyyyy ktorg.
nak snap gambar gelap sangat. dslr tak bawak malam tuh sebab ni unplanned trip. 


Pergi membazir duit pergi the most most most favorite outlet, H&M Setia City Mall. memang susah nak cakap NO dekat H&M. tiap kali pergi mesti punyalah nak beli something walaupon asalnya nak cari benda lain tapi benda yang dicarinya takde tapi pergi beli benda lain. nak jugak kena membazir. rasanya adalah 1 or dua kali jer pergi H&M tak beli apa-apa. Aihhh, rindu H&M sekarang. Selain H&M, satu lagi kedai yang memang susah gilaaaaaaaaa nak cakap NO!NO!NO! ialah Sincerely By Us shawls (SBU) dekat Padang Jawa. Ini memang kedai berhantu punya. Pergi memang sah-sah akan membazir nak beli shawls terutamanya sebab design SBU ni memang lawa nak mampus & tak sama macam butik-butik lain. harga pon murah compare butik-butik lain & design dia memang only available dekat situ takde jual kat tempat lain. Sebelum balik arituh sempat singgah, membazir & say goodbye to SBU :(


Time habis final dah start puasa. Berpuasa tak bermakna ktorg tak pergi menikmati makanan best-best sepanjang duduk dekat Shah Alam. Dalam within final exam tuh almost manfaatkan mencekik benda-benda yang susah nak dapat bila balik kampung nanti macam Pakli section 7, Shah Alam, The Loaf dekat Sunway tapi rasanya the best The Loaf dekat Empire Subang tapi since arituh pergi Sunway tuh yang beli kat situ jer, Tako Tao, HR Steak House, Kampung Baru, Seoul Garden Setia City Mall, gerai "Mak Cik Setan" yang satu-satunya kedai makan yang ktorg paling setia sepanjang duduk dekat Puncak Alam. Kedai dia dekat kawasan fasa 2 belakang Petronas. Nama kedai dia kalau tak silap Kak Siti Selera Pantai Timur. ktorg panggil kedai tuh kedai cik setan sebab makanan kat situ PEDAS nak mampuih. cili padi memang seladang dia bagi dekat hang. kalau order lupa nak cakap tak nak pedas lepas tuh tahan lah azab pukoq hang ulang-alik jamban. Tapi seriously masakan dia semua sedap, banyak & murah. actually makcik tuh, husband and anak dia memang dah kenal sangat dengan ktorg sebab ktorg akan makan kat situ jer walaupun kiri kanan ada kedai lain. last day before balik pergi IKEA tapau meatballs untuk berbuka. Banyak lagi tempat tak sempat jejak actually :( 
rasanya Vna dengan Aniz lebih banyak MAKAN dari BELAJAR sebenarnya. LOL!



Last day pijak UiTM as a student pergi submit final report IS dekat office. Lepas tuh pergi ambik gambar depan bangunan canseleri yang grad nanti akan ambik lagi sekali gambar dekat situ. 

Secara jujurnya terima kasih UiTM untuk semua ilmu since UiTM Merbok, Kedah - UiTM Shah Alam- UiTM Puncak Alam. banyak gila experince manis pahit ketawa teriak melalak semua cukup dah rasa dekat UiTM. Proud lahir sebagai graduan UiTM.

UiTM DiHatiku. 
sentiasa.
Rindu aihhhh :(

much love, vna erman :)



Thursday, August 29, 2013

Ramadhan & Syawal stories.

Assalammualaikum,

Hello readers! Yeah Vna tau dah lama sangat takde cerita dekat blog ni. Nak cakap busy dah habis study dah, nak kata beraya sakan 24jam tak jugak ada ja masa membuta petang-petang tuhhh or senang cerita malasnyaaaa nak pi on laptop. Kalau kat hp feeling update blog sama macam dekat laptop memang hari-hari vna update cerita tau. tapi tak syiokk nak update pakai hp. Dia nak-nak jugak kena ambik laptop tekan sebijik-bijik keyboard baru feel and idea melimpah-limpah. 

where should I start? 

Untuk tahun ni 2 minggu (lebih kurang lah) vna puasa dekat perantauan. settlekan final exam, independent study semua clear rumah sewa segala since ni memang last semester then baru balik Taiping. Sesampai jer Taiping rasa nikmat gila. Cuma yang bezanya tahun ni Vna berpuasa just dengan Abah dengan Mak since Abang kita dapat jadi cikgu secara officially and dia kena posting jauh nun pantai timur sana. Na na na na ganu kiteeeeee! Adik Vna pulak alhamdulillah dapat masuk matric dekat Melaka. so ktorg bertiga kiranya macam lepas sorang pergi belajar, sorang habis belajar, sorang habis belajar sorang dapat kerja. Apa-apa hal alhamdulillah. so for a mean while Vna aahhh anak kesayangan di rumah :) :) :)

Bulan puasa yang lepas gak vna ada kesempatan nak jumpa & berbuka puasa dengan girlfriends Convent yang lama sungguh ahh tak jumpa. Vna admit Vna memang jarang sangat keluar dengan diorang-diorang ni eventhough they are my gengz dunia akhirat. sebab kekadang masa tak mengizinkan nak lepak kings, semester break lain-lain, last two semester break kena pergi internship so kali ni memang takkan ku lepaskan peluang. qadha balik masa-masa yang lepas.









squeeze in girlfriends!

Pejam celik, ayak tepung, uli-uli tepung bakar kuih, kemas rumah tup-tup raya sudahhhhhhh. nothing special raya tahun ni. macam tahun-tahun yang lepas. simple, sederhana & gembira :) Alhamdulillah.
since both my parents orang Taiping so no issue nak balik raya mana dulu. pagi balik rumah arwah Atok side Abah, petang sikit balik rumah Tok wan side Mak pulak. Advantage kan kahwin orang sebandar jer kan?
I wish too :)

here some photos for this year. waktu muka masing-masing masih kemas tak berlemuihhh dengan nasi impit kuah kacang, rendang, mee kuah & aneka juadah.

1st Syawal. 


Erman's on the 1st Syawal. Atok's house :)




2nd & 3rd Syawal.

Second day raya memang tradisi family Vna akan buat open house tapi untuk family both sides. time tuh memang takde gambar sebab memang tak dan nak berposing. Ada jugak aku kena kene ketuk dengan senduk rebus masuk dalam periuk kalau sibuk nak ambik gambar jugak kan. One whole day berkerja non-stop the end nya keesookannya hari nya duduk rumah seharian hatta tak mampu nak pergi mana-mana jemputan open house pon. 

4th Syawal.

Raya keempat macam dah ok sikit cukup rehat semua barulah pergi beraya rumah uncle's aunties Vna dekat-dekat area sini-sini. sempat jugak pergi rumah bestfriend ku, Zalikha since dia invite semalamnya tapi semalamnya keletihan so qadha datang the next day nya.



5th Syawal

Untuk hari kelima raya Vna klasifikasikan sebagai hari beraya di atas lebuhraya! Phewww memang one whole day duduk atas highway. Adik Vna dah kena balik matric dah arituh so ktorg yang hantar dia balik sana since bus station dengan matric dia jauh gilaaaa & as usual parents ku memang tak confident nak bagi anak-anak diorang naik bus alone so end up diorang lebih redha drive jauh-jauh hantar as long as hati diorang senang. Yes, itu parents Vna punya style. so from Taiping shoot to Melaka, stop solat pastu gerak balik ke Shah Alam. from N9 to Shah Alam tuh yang azab gilaaaaa jamss tart nenas jems strawberry semua cukup lengkap package. 


6th Syawal.

Ktorg bermalam dekat Shah Alam & on the 6th Syawal beraya kat rumah adik-beradik Abah kat sana. Shah Alam - Cheras. Since esoknya Abah dah start kerja so balik jugak harituh. Before balik sempat menghasut emakku suruh pujuk Abah singgah jap dekat Setia City Mall sebab rindu tak terbendung dekat H&M habaq hang.

touchdown H&M terlerai rinduuuuuuuu :)

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

15th Syawal.

Kali ni tak pergi beraya tapi temankan bff kita sorang ni pergi interview! 


And alhamdulillah bff kita dah dapat kerja tuhhhhhhhhhh.
yeayyy! dah dapat bergelar wanita berkerjaya kawan ku sorang ni
:)


#OOTD 

16th Syawal.

the next day attend open house office Abah. Tahun ni special sikit bukan apa sebab ada gengz kat sana. girlfriend kitewww sorang ni, Ainie buat internship kat situ. Bila sampai semua kawan-kawan Abah datang kat ktorg tanya "hampa dua orang kenal ka?" Kenaiiiii sangat-sangatlah! Kawan huhahuha sejak sekolah kot, kawan pakai baju sendondon boria, kawan tersembul tersedak dekat kantin cerita merapu & segalanyaaaaaa ahh.
yang mana macam officemates Abah yang tak familiar dengan Vna depa pakat ingat Vna pon sekali internship dengan Ainie kat  situ sebab dok berdua je dengan Ainie malam tuh. Pon bolehhhhhhhhh......

korang meet my gengz dunia akhirat, Nurainie & dia not available.
sorry for that ;)

so itulah cerita puasa & raya Vna untuk 2013 ni. Vna wish dapat tulis semua cerita yang happen dalam hidup Vna dari sekecik-kecik perkara sampai sepenting-penting benda supaya esok lusa zaman tua-tua boleh baca balik pastu gelak sorang-sorang. LOL!

ok, till we meet again,
thank you for reading this entry.

much love,vna erman :)


Tuesday, July 30, 2013

Hatta RTW 2013 Sudah Masuk Wardrobeku.

Assalammualaikum,

Haiii korang! Alhamdulillah dah masuk 21 Ramadhan dah harini & that means nine more days for Raya! Yeayyyy. Korang semua mesti dah shopping sakan kan kan? Vna kureng sikit activity bershopping tahun ni sebab...sebab...sebab budget shopping yang diperuntukkan oleh bank negara saya, Abah telah pun di belanjakan untuk pergi beli ini :


 Selalunya tiap-tiap tahun Vna akan beli kain & then hantar dekat tailor buat baju sebab selalunya Vna susah nak jumpa saiz yang cantik jatuh kat badan. Kadang-kadang saiz dah kena dah senteng kat bawah lah, kat tanggan ahh, kain extra panjang ahh warna takdak lah so senang buat sendiri puas hati. Tapi tahun ni designer-designer Malaysia rancak & meriah keluarkan ready to wear collection for Raya 2013 antaranya Jovian Mandagie, Hatta Dolmat, Rico Rinaldi & etc. Ewahhh inilah masanya nak pakai baju designer fofular dalam range harga yang sesuai untuk kita-kita yang bukan selebriti ni haaaa....... ;)

Asalnya Vna nak beli collection Orked by Jovian Mandagie. Harga ikutkan untuk golongan students macam Vna ni memang tak mampu sebenarnya. Tapi nak-nak jugak tuh so pujuk punya pujuk Abah dapat green light. Gigih dah nak pi order kat web, sekali frustnyaaaaaa design yang nak-nak habis saizzzzzzzzzz! ok,fine.

Satu hari, sebagai Instagramers yang tegar, tengah-tengoh scroll IG all of sudden terperasan Hatta announce yang dia akan launch RTW 2013 for First Lady. WHAT?
Lepas tuh makin sakan Hatta keep upload design-design dia tahun ni. Asal bangun pagi mula takde benda lain dah nak cakap dengan Aniz selain 

"weyh tengok insta, baju lace merah tuh lawaaaa"
 "weyh,hatta upload lagi design lain
"weyh aku nak-nak yang ni weyh
"weyh baju design ni warna purple pon lawa jugak"
"weyh, tak tau nak beli yang mana, gila aku macam ni weyh!"

Besties Vna tuh memang hard core fans Hatta so memang makin rancak lah adrenalin rush dalam diri masing-masing nak memiliki collection Hatta yang kali ni. Dah lah masa tuh tengah final exam. Ya Allah makin tak tenang hidup rasa. Satu malam tuh ktorg pergi Shah Alam and pergi makan kat mana lagi kalau bukan Pakli. Masa Aniz tengah bayar makanan somebody come in. Teka lekaiiihh sapa dia? 
HATTA DOLMAT WEYH! Masuk kali yang ni dah TIGA kali jumpa dengan Hatta but still ktorg tetap tak reti malu nak pergi jugak approach Hatta nak ambik gambar. Time tuh Hatta baru sampai Malaysia lepas promosi Hatta RTW dekat Singapore. Even penat Hatta tetap maintain superb friendly!


Sempatlah borak-borak kejap dengan Hatta & Hatta sempat remindkan ktorg yang weekend nanti collection dia dah boleh beli dekat Hotel Sheraton KL. Actually, plannya memang nak sangat pergi. lepas tuh pikir balik exam then the next papernya financial. ewahh, paper yang paling "terror" kan so endnya Vna dengan Aniz macam cakap takpe ahh tak payah pergi. Tapi all of sudden malam lepas jumpa dengan Hatta terus mindset berubah 360 darjah daripada tak ahh pergi terus nak pergi nak pergi nak pergi. Malam tuh nak tidur seriously tak lena sebab asyik terpikir-pikir pasal baju hatta, baju hatta, baju hatta takde benda lain dah. siap main whatsapp dengan Aniz dekat bilik sebelah sebab masing-masing tak boleh tidur. ini kisah betul tau, bukan main karang propa dalam blog okey. 

Setelah beberapa lama dihantui igauan model-model yang menyarungkan baju hatta di instagram, akhirnya 6 Julai tiba jua. Hari dimana ktorg akan pergi beli baju Hatta. Selalunya weekend kan memang lepas Subuh tak tahan godaan bantal & tilamku (actually hari biasa pon tak payah citer weekend jer lah) tapi tidak pada 6 Julai. Pagi-pagi lagi terus pergi bilik sebelah tengok Cik driver bangun belum, siap-siap terus shoot ke KL. Dalam hati  sepanjang perjalanan tak tenang pikir ntah-ntah dah ramai orang beratur, what if beratur-beratur pastu once giliran dah sampai baju or design yang berkenan di hati habis saiz, warna yang nak-nak dah dikebas. Alhamdulillah ktorg manage arrived KL before event start. sesampai jer, crew Hatta tengah set up mannequin baju-baju untuk display. wehh yang kat situ dah cukup tergoda kot.  Orang yang datang earlier than ktorg pon ada jugak. 



Nak dekat-dekat pukul 10 ktorg jadi pioneer beratur masuk barisan & therefore ktorg berdua ialah orang 1st & 2nd merasmikan event Hatta gitewww!
btw, yang kat belakang tuh bukan members ktorg tapi gamaknya dia pon nak join bergambar ;)

Once bukak ja pintu masuk event tuh terus menderu pergi dekat section XS since diorang dah arrangekan according size. Vna masa kat luar lagi dah sebulat suara tekad nak ambik design yang mana. so once masuk je terus rembat try & keluar. Legaaaaanyaaaaaa & puas hati :)
Cuma besties kita sorang tuh mengalami dilema tak tau nak beli yang mana satu so sementara tunggu dia istikarah sambil whataspp uncle dia tanya pendapat sempatlah vna snap few design hatta untuk korang tengok di blogku ini.





Sedihnyaaaa ktorg aritu ialah Hatta datang lambat. Kalau Hatta ada masa tuh memang ktorg dah plan nak suruh Hatta signkan dekat paper bag yang dapat bila purchase Hatta RTW tuh. sobs sobs :(
Aniz cakap stay kejap kot-kot Hatta sampai ke kan. so sementara tunggu Hatta ktorg pon main snap-snap pictures kat situ nak buang masa :)

Like I told you Hatta RTW will be mine ;)



my vivalova

Dah sampai tak tau nak pose apa dah, last-last ktorg decide untuk balik sebab lepas tuh nak jumpa dengan Qayyum & future orang rumahnya. so takde rezeki nak jumpa Hatta lagi arituh. Gembira dapat baju Hatta tapi kecewa Hatta datang lambat. Nak di jadikan rezeki, ktorg bumped dengan Hatta dekat PARAM SEC7 Shah Alam. Padahal masa tuh sesak kot ramai orang tapi still tegur jugak Hatta. Siap bagi tau ktorg frust tak dapat  jumpa arituh. Giteww macam Hatta tuh kawan ktorg je kannn...so pertemuan kali KEEMPAT dengan Hatta Dolmat which supposely happen dekat Sheraton,KL bertukar dekat bazaar Ramadhan sec7. Pon bolehhhh. Vna siap cakap dengan Aniz, kali KELIMA kalau kita jumpa Hatta mesti Hatta lari daripada ktorg sebab asyik-asyik muka kita, asyik-asyik muka kita,kita,kita dan lagi kita. LOL!

so which design yang Vna beli, tunggu raya nanti :)
kalau kita beli yang sama sedondon ahh kita di hari raya ewahhh :)

kronologi jumpa Hatta Dolmat dari rambut Hatta panjang sampai dah pendek smart gitewww!

To Hatta Dolmat,
Terima Kasih untuk design yang superb menawan hati ni.
tahun depan buat lagi :)

much love, vna erman :)