Wednesday, August 29, 2012

what I did for my intern

Assalammualaikum,

Masa raya tuh pakcik makcik sepupu sepapat jiran tetangga rakan taulan tanya ape ke bende yg Vna buat masa intern?
ahaks!
salah satunya ialah handle event.
pheww, *tarik nafas*

Event ini unexpected actually. Ada satu hari seorang cikgu tadika dtg tempat Vna practical ni bawak a few example of art work done by her students. Dia nak display dekat sini. Lepas tuh bos Vna decided nak buat event because this stuff sangat creative dan kene dengan bulan kemerdekaan. Hence, boss Vna assign Vna untuk handle event ni. Phewww *tarik nafas panjang-panjang lagi*

Event apa yang Vna kene handle? Event ni nama dia Creative Art & Craft Program ( 3D Miniature Model Making in conjuction with celebrating National Day) Okey, 2 sekolah terlibat dalam program ni. satu sekolah tadika biasa & satu lagi art center. Diorang buat miniature of historical building dkt Taiping. Fyi, yes for extra knowledge ada 33 perkara bermulanya di Taiping. antaranya ialah Town Police Station (currently dah jadi Taiping Clock Tower) & also Market (pasar pertama dibina di Malaysia). so this kids create this two buildings based on their imagination & creativity.lepas tuh ktorg displaykan. Once guest datang mereka akan vote for MOST FAVORITE.

Discussion, meeting, preparation semua done before raya. Pernah satu arituh ktorg meeting sampai 7jam ambik hangggg! Dari pukul 9.30 pg smpi ke 4ptg non stop uolss. Lembik longlai rasenya. Memandangkan Vna nak cuti untuk hari raya lagi lah bertambah-tambah pressure & stress nak handle event ni. Seronok memang seronok. Banyak mende Vna belajar. Tapi tulah sometimes boss tak puas hati dah kene tukaq lagi. Hari ni cakap lain, esok cakap lain, lusa cakap lain. waduh, pening jugak ahh. Mujur ada team members a.k.a staff lain kat sini yang willing nak bantu.

antara preparation yang dibuat after raya untuk event yang Vna handle ni:

p/s: masa sibuk packing this goodies terdetik dalam hati haih mcm kenduri kawen ;)


hari yg dinanti2kan tiba akhirnya. berpeluh-peluh nebessss kot. before start event pon dah kelam kabut pasal unexpected things happen mcm belon semua tiup2 pastu pakat meletup, habis kelam kabut deco semua, dgn refreshment punya hal & etc. Once parents dah sampai serah kat Allah jer. Mampu berdoa jer lah.

the cutest artist for that day!


since event ni bersempena dgn hari Merdeka so the kids datang pakai baju tradisonal. & you know what? MEREKA COMEL! 


caption: uhh, tak suka teacher Vna!

this Indian boy sangat peramah.


Masa ni tengah buat activity. Vna & Prema (my officemate) ditugaskan utk handle kids. so, if budak-budak tuh dengar cakap & follow instruction then diorg dpt rewards balloons & sweets. ade yg senyap2 dtg dekat Vna mintak. ingat senang-senang teacher Vna nak bagi? huh, sape nak kene snap photo dulu. gheee :)
lepas tuh this Chinese boy suara sayup-sayup datang dekat Vna "teacher, I want ballons & sweets" then terus pose tepi Vna siap angkat PEACE!
oh my! heart melts. he's so cute. bijak pulak. 
such an innocent souls. 
hugs!

antara mangsa-mangsa yg terpaksa bergambar demi belon & gula-gula.
:)



serious ramai sampai tak tertangkap. dalam ramai-ramai diorg dua beradik ni dari awal diorang sampai Vna memang dah detect nak kasi awards BEST COSTUME sebab diorg pakai pakaian tradisional orang Sabah. parents diorg asal sane. 


sorang nama Fairlandra Noel Timothy sorang lagi Fairylyn Noel Timothy.
tapi yang mane satu Vna tak tahu. LOL! :)


& yes mereka dpt BEST COSTUME :)

mesti korang nak tahu actually apa mende yg budak-budak ni buat kan kan? Macam Vna cakap awal tadi diorg create 3D miniature model historical building dekat Taiping iaitu Clock Tower & Market. okey yang ni rupa Clock Tower Taiping.


and the kids create based on their creativity & imagination jadilah begini:



see, siap kat atas bumbung tuh diorg imagine kan ade restaurant. 

yang ni my favorite.

kenapa Vna suka yang ni. sebab die lagi extra creative 

see, siap ade lampu liplapliplap.

yang lain2:

actually Vna snap each miniature tuh siap dari tepi, belakang, atas segala tapi banyak sangat nak uploadnya.
mula-mula ingat nak divide entry ni part 1 & part 2 so boleh publish semua tapi masa suntuk.

selepas 5 hari di pamerkan & votes by ktorg punya guest plus parents yg dtg hari event itu sendiri so inilah pemenang MOST FAVORITE for Clock Tower.

yg ni art work by art center students.
ktorg bajet yang ade lampu liplapliplap tuh yang menang tapi nak di jadikan cerita hari event tu berlgsg lampu dia habis bateri. takde rezeki.

yang ni plak utk sekolah tadika biasa. 

bunga sedabak besaq kalah bangunan :)
kids ;)

yang ni pulak Market tertua kat Malaysia, Market Taiping.

hasil imaginasi kanak-kanak maka terhasillah market yg sesweet begini:

 siap berpintu gerbang berkarpet merah kuning tau :)
ni kalau betul2 market selawa gini boleh jd port photoshoot.
hehe :)


dan ini adalah pemenangnya!


done by kids from art school center
yg bawah ni kids from tadika biasa, age 3-4 years.

kalau Vna 3-4yrs tau ikut Abah pergi market mintak cekelat ja :) :)
lupa nak habaq, diorg buat semua art work ni in group. ada 23 group semuanya. so each school ade 2 group pemenang which is 1 group for clock tower & 1 group for market. so total 4 groups lah yg jd MOST FAVORITE.

masa bagi hadiah!

kids, teacher & parents
p/s: ni group 1 Malaysia ade melayu,cina & india.
:)

the winners!

alhamdulillah, selesai jugak events maha penat ni. memang nampak eh elek mcm takde mende ja Vna?
nampak senang tapi Allah jer tau mcm mane sukarnya. walaupon tak la perfect sangat tapi alhamdulillah kecacatan masa event ni boleh cover lagi. thank you team members!
from this task, Vna belajar byk mende. serious. nak handle client, nak satisfied kan kehendak boss, nak merealisasikan imaginasi dlm reality & byk sgt lah vna belajar.

till then,
tunggullah ade masa lagi Vna cerita mende lain pulak.
cerita ada masa ja takdak.
ghee :)
take care readers!

much much much love, vna erman :)

p/s: entry paling byk gambar kot. sorry!

Wednesday, August 22, 2012

Teman Pengganti

Assalammualaikum,

sape suka lagu dkt blog Vna skrg sila angkat keyboard tinggi ke angkasa. yeah!
:)

Teman Pengganti by Malique ft Black
nak paksa jugak semua hayati lirik lagu ni. 

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

sebak.
kudos to song writer for a wonderful lyric.
totally touched.

suke sangat part yang ni:
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
cincin, kunci, dompet dalam laci,
ada sikit wang, itu saja baki,
moga-moga cukup untuk majlis itu nanti.............
sangat sadis :(
tsssk. emo sat.

gambar membajet nak cari teman pengganti adalah perlu utk lebih menghayati.

bravo Malique. keep play this song over & over again.
serious addicted.
don't 4get to add this song dlm playlist korang okey ;)
take care readers!

p/s: esok start keje after raya. lagi bertambah sadis :(

much love,vna erman :)

Syawal.

Assalammualaikum,

1.08AM ALREADY! 
SUDAH RAYA KEEMPAT MEH?
rasanya belum terlambat utk empunya blog wish selamat hari raya maaf zahir & batin 
:)

satu kepelikan bila mana raya ni terlupa ambik gambar. Oh my seriously!
raya pertama, raya kedua hatta sehingga raya ketiga sekeping gambaq apa pon takdak.
basically raya tahun ni ktorg bersederhana jer. cume specialnya ktorg ade new family members, 
Ratna Adra Nayla :)
kte dah naik pangkat jadi "Aunt" :)
btw, ni anak abg sepupu Vna. abg kte belum kawen lagi. ade calon tak utk abg kte. sila hantarkan resume kpd adiknya :) terima kasih.

so mcm mane raya korg? havoc tak havoc?
makan banyak tak? Masa 1st day raya aunt Vna ckp Vna makin kurus. pose kot. 
tunggu habis raya,AMBIK KAU. serious ah byk sungguh dah makan ni. mau balik kampus sahabat sekalian tak mampu cam kang. tssk :(

banyak dpt duit raya?cewahhh soalan standard raya dari kecik sampai ke besaq.
mine,
:) :):) 
alhamdulillah, rezeki di ambang 22 tahun.
lepaslah kalau nak sambaq sehelai lagi baju Rizalman or maybe sepasang kasut Aldo idaman
*BERSINAR-SINAR MATA NAK TUNAIKAN WISHLIST*
TETAPI,
Abahku lebih pantas tangkas cekap & ligat menyelamatkan collection duit rayaku dari disumbangkan kepada pusat membeli-belah di seluruh Malaysia dengan memaksa diri ini menyerahkan setiap sen utk disumbatkan ke dlm akaun bank. 
sadisnyaaaaaaaaa :(

pesanan khidmat masyarakat,
simpanlah duit raya anda demi masa depan anda.
ini kisah raya saya,
selamat hari raya semua 
eh!

much love,
vna erman :)

Saturday, August 04, 2012

Dean List :)

Assalammualaikum,

Pagi tadi wakilkan big boss pergi meeting. Dlm masa yg sama result kuat pon hari ni jugak.
so berbelah bagi should check before attend meeting or after attend meeting.
Baru nak masuk office call & msg menderu-deru masuk. semua tanya dah check result? dah check result?
Oh my!
lepas tuh dpt updates result org ni result org tuh. Mak aihhhh awat depa hebakkkk2 sgt niyh?

Sumpah sem ni gila sakan main-main weyh. Siap ade lagi 20Chapter nak kene menelaah tapi sempat lagi ni temankan Aniz p cari baju raya. Pastu masa suntuk then nak kene pulun ingat notes apa lagi minum lah kopi. GULA KAT UMAH HABIS? takde hal telan jugak kopi pahit. PADAN MUKA MAIN2 LAGI. LOL!
Esoknya pergi jawab exam maaaaakkkk aihhhhh kemain susah soalan nak bagi. HENTAM!

OF COURSE LAH RESULT NAK KUAR KETAQ TAK HENGAT DUNIA!
 Dah la nak kene p meeting dkt ZOO you know. Kang result cam hampeh ade jugak serah diri jadi santapan datuk harimauuuuuu.

Konon-konon tekad lah after meeting baru check tapi hakikatnya tak boleh nak concentrate asyik terpikir-pikir. Besties pakat pakse jugak p check dulu result. Officemate siap dah get ready laptop dia untuk Vna check result. Pikir punya pikir sebelum gelisah dalam meeting room better Vna check jer lah skrg.

Bukak email, nampak ade jer tittle EXAMINATION RESULT terus click then nyorok bawah meja tak sanggup nak tengok. Dgn dia nak loading nak keluar tang result bukan kemain lama. Saja nak bagi sakit jantung. Sumpah tak sanggup nak tgk. Then ckp dgn officemate:
"Eh, awk tlg tgk sat saya ade dpt C tak?"
(sambil sembunyikan diri bawah meja)
"Heyyyyy,congratsssss....."
officemate hulur tangan.
Yang Vna ingat dia ckp congrats sebab takde C so legalah takde repeat paper. Then beranikan diri keluar dari bawah meja tengok screen laptop pastu terus meloncat macam dpt pinggat emas dlm Olimpik.


Unexpected seriously.
Dgn ade 2 subject kira-kiranya. Esok exam malam2 baru nak pergi berguru.
Alhamdulillah inilah yg dinanti2kan
rezeki Ramadhan berkat Jumaat :)

Thank you Allah,
Thank you Abah & Mak,
Thank you lectures for your knowledge & advise.
thank you my dear supportive besties & friends.
hugs each & everyone of you.
& congrats everyone!

much love,vna erman :)