Showing posts with label GETAWAY. Show all posts
Showing posts with label GETAWAY. Show all posts

Monday, December 18, 2017

Jumpa Umar

15 OGOS 2015


2 TAHUN 4 BULAN KEMUDIAN,
...............................................................................................

Assalammualaikum,

Setelah beberapa kali plan musnah gara-gara hal peribadi, kegawatan ekonomi di zaman GST, jarak di antara utara dan selatan, juga faktor masa dan kerja yang menyebabkan tidak berkesempatan AKHIRNYA jumpa jugak dengan Puan Hasfaniza phewwwwwwww!

Seperti biasa kalau setiap trip haruslah di temani my forever travel buddy, Dyra! Selagi Abu belum sunting hang secara sah siap sedia jelah terima whatsapp k.vna ajak ke mana-mana. Hahahaha.

Kita orang decided untuk jumpa Aniz dekat Midvalley KL. Masa tengah tunggu Aniz sampai kita orang order makanan dulu sebab kebuluran nak mampos. Tapi next post lah cerita pasal makan-makan. Stay tuned! By the time nak start makan Aniz pun sampai terusssss kita orang berpelukan pastu terus termelalak sobs sobs sambil terkebil-kebil di perhatikan oleh Umar. Gamaknya Umar kata drama apakah sedang berlintas langsung ni? LOL. Maafkan hati tisu Aunt Vna mu!

REUNITED!
Di bawah pokok Krismas, favourite port zaman study dedulu! Pakai baju meriah, tenyeh makeup, sarung wedges done untuk pose bawah pokok. LOL!
 WEYH RINDU NAK BUAT CAMTU LAGI! 
#dahkertu

DANNNNNNNNNN........
Ni lah kali pertama jumpa dengan Umar, baby boy Aniz. Umar, satu hari nanti bila Umar dah pandai baca dan terjumpa entry Aunt Vna ni I just want you to know yang Aunt Vna memang nak datang jumpa Umar seawal kelahiranmu tapi banyak kekangan yang Aunt tak boleh nak elakkan. So sorry sayang! 

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Buat julung-julung kalinya penampilan pertama Umar dekat blog Aunt Vna :)


Sumpah tak tipu Umar budak yang sangat-sangat teramat sangat menyenangkan. Dia tak meragam langsung sepanjang kami jalan-jalan dan borak-borak. Ada satu masa tuh tengah bergosip mak jemah dengan Aniz ya ampun dia ambik tangan dia tutup telinga boleh? 
OMG HANG MEMANG NAK KENA PENYET UMARRRR!
Aniz cerita memang senang sangat jaga dia sejak dari lahir lagi. Rahmat Allah betul lah dapat anak macam ni
 KENAPA KO BERANAK SEKETUL JER?
Dari awal aku dah pesan supaya beranak kembar so seorang boleh pass aku herghhhh degil hang ni. 


Umar sekarang dalam fasa "baru dapat kaki". Asal lepas dari stroller atau dukungan siap sedialah anda untuk jadi atlet berkejaran dengan dia. Dia kalau bagi makan memang lambat habis. Bak kata mummy dia "kau kalau makan 8 tahun..........."sah dia ambik traits mummy dia LOL. Kalau nak umpan dia makan sediakan lah air ais berperisa sedap nanti dia buat lah muka haaaaaa lega aku camtu.#gigitpipi 


Selama ni tengok Umar melalui gambar-gambar yang Aniz share dekat Whatsapp or gambar yang Aniz upload dekat IG tapi bila dah jumpa real depan mata memang Umar sebijik macam Daniel adik bongsu Aniz Hahahaha. Mata dengan hidung memang sah sebijik macam mummy dia. Tapi bila tengok depan-depan ada jugak irasnya dengan Dzul. 


MATA INSERT GULI.

ATAU PAKAI LENS KOREA NI? HAHAHA.


Aniz:
"Haaaaaaaaa dari sana sampai ke hujung sanaaaaa semua mummy dengan Aunty Vna merayap dulu"

Umar:
Haaaaa serious Mummyyyy?



Anak bujang  vs Isteri/Mummy vs masih Anak dara..
LOL!

Aniz's Family :)

Sekejap sangat jumpa arituh. Biasalah semua orang ada komitmen masing-masing sobs sobs. Tak sama bercerita dalam whatsapp dengan bercerita depan mata. Tapi ok lah Allah dah izinkan untuk berjumpa pun syukur alhamdulillah

Umar,
You are such a goooddddddd boy masya Allah.
Membesarlah menjadi orang yang menyenangkan semua orang di sekeliling,
Wallahi Aunt Vna love you so so so much! 
Semoga Umar sentiasa terpelihara dari melakukan sebarang cela, sihat tubuh badan dan sentiasa berjaya dalam apa jua Umar lakukan baik di dunia dan di akhirat kelak.
Semoga ada rezeki untuk kita jumpa lagi. 


Till next meeting babe. Much much loveeeeeee.

Much Love,
Aunt Vna Erman ;)

P/S: TERIMA KASIH DYRA,
Sebab temankan,
 Pickup kak Vna dari KL Sentral drive bawak ke MidValley. 
Gambar sesama nan hado sebab orang tuh sakan jelajah Sephora. Eh opsss!

Wednesday, August 19, 2015

Aniz's Bachelorette Night!


Assalammualaikum,

Terima kasih untuk pencipta apps Whatsapp sebab semua perancangan bachelorette night ini dilakukan 100% dalam Whatsapp. Bermula dari terdetiknya idea, berkembang ke plan majlis dengan my PA, Dyra, pakatan subahat dengan Fatin and Fyruz, pemilihan cupcakes, tempahan belon dengan selempang dan segala benda hanya melalui dunia whatsapp. Cuma bila jejak JB baru la buat plan pakatan secara lisan dengan Mira, cousin si Aniz merangkap floor manager untuk #dzulaniz wedding.

Payah, seriously payah tahap nak give up nak throw bachelorette night ni. Sebab sorang dekat Perak, dekat Kedah, dekat Klang, dekat KL dekat JB kau bayangkan macam mana nak setting segala benda,date and masa yang semua boleh available? Pening habaq hang. The only time yang free ialah malam Jumaat, which is sehari sebelum majlis nikah. Selalunya orang buat bachelorette party 2-3minggu sebelum majlis, tapi kita orang apa ada hal. Janji ada small surprise gittewww!

Masa sebelum datang JB, memang hari-hari takda kerja lain whatsapp dari pagi buta sampai malam buta dengan si Dyra. Cari sapa boleh buat cakes, cari kedai party, survey itu, survey ini. Last sekali bab cupcakes campak kat Fatin suruh handle. Sebab dia yang paling last akan jejak JB, so dia paling sesuai untuk angkut cupcakes Wondermilk from KL. Settle! 

Seterusnya bab decoration party. Banner and poster print siap-siap dekat rumah. Settle! For ballons, kita orang memang dah booked dengan satu kedai party dekat JB ni,One Clown Party. Tapi paham tak feel pilih barang melalui whatsapp dengan pilih depan mata. So apa kita orang buat? Kebetulan kerjaku selain sebagai maid of honor, kena buat decoration untuk candy buffet jugak. So kekononnya si Dyra kelentong kata dia kekononnya tau ada satu kedai ni jual barang-barang untuk decoration. Ajaklah Aniz pergi situ cari barang. Dalam pada pilih itu pilih ini, SEMPAT OKEY aku jeling hang, hang jeling aku, bagi tau dengan si Dyra apa patut pilih untuk malam nanti. Hahaha. Hebat tak kita orang niz? *big applause* 

Settle bab-bab perkara merepek semua tu. Sekarang masalahnya ialah macam mana nak bawak bride to be naik masuk bilik hotel. Sebabnya pengantin duduk rumah. Dengan masalah besar yang menganggu setiap plan A, plan B C dan semuanya ialah PENGANTIN SIBUK SAMPAI TENGAH MALAM! Paham tak selalunya orang nak kahwin, malam yang nak kahwin tuh duduk rumah diam-diam, tidoq cukup-cukup tapi bride to be sekor ni tak reti bahasa sampai pukul 12 malam pun sibuk lagi nak uruskan hal dewan untuk majlis resepsi. Mampos! Hergh! Hergh! Hergh!

Mujurlah Allah permudahkan jalan, tetiba dapat idea buat alasan nak bekas untuk nak letak hand bouquet pengantin. Sebab bunga-bungaan semua letak dekat hotel. Phewww, masa tu mujurlah PA's ku sekalian (Dyra,Fatin & Fyruz) dah memang ready deco, makanan semua. So dari hotel balik rumah pengantin ambik bekas hantar ke hotel. Yes, yes, yes almost berjaya. Bila dah sampai bawah, sekali lagi atas bantuan whatsapp cakap suruh diorang get ready. And alhamdulillah every went smooth!! 

Aniz terkejut. Yeayyyyy!
MISSION ACCOMPLISHED! :) 

Memandangkan dah lewat sangat pun masa tuh, esok pagi-nya pengantin pun kena bangun awal pagi nak make up semua so kita orang cuma ambik gambar kenang-kenangan dengan melantak cupcakes and KFC! Dah print dah quiz kekononya jawab soalan mengenai bride lah, tapi tak payah tak sempat. We need our beauty sleep too. Haha.










Sadis sangat tau selalunya orang buat bachelorette party pakai molek-molek dress up lawa-lawa tapi kitaorang memang bapak gila selekeh nak mampos. Masing-masing dengan tudung dah senget muka berlemuih tapi sayang kawan punya pasal #redha.
Sebab kalau pakai cantik-cantik nanti Aniz dapat hidu plan, lepas tu dah asyik ke hulur ke hilir exact masa nak bawak bride to be ke hotel pun tak boleh decide bila. Haaaa sekali ada peluang terus jalan. Sebab tulah kami kelihatan selekeh sekali di bachelorette night. 

 Dear Aniz, 
Hopefully kau suka dan akan ingat sampai bila-bila hatta sampai ke tua kerepot small surprise kita orang ni. Well, tak mewah macam orang-orang lain buat untuk special girlfriend diorang, sorry hanya ni yang sempat dan mampu kita orang buat.
Kau tahu betapa aku sayang sangat dengan kau babe! 

Untuk Dyra, 
TERIMA KASIH SELAMBAK ALAM sebab hang memang banyak gila sangat tolong Kak Vna dalam bab ni. Terima kasih untuk semua pengorbaan dan kesabaran hang melayan permintaan k.vna yang satu ni. Wallahi, Kak Vna tak mampu nak balas, tapi Kak Vna percaya Allah akan balas setiap butir kebaikan yang hang dah buat untuk Kak Vna. 
thanks! Sayang hang sangat!

Fatin,Fyruz & Mira
Terima kasih sebab jadi rakan subahat paling awesome! Setiap idea dan usaha korang teramat dihargai. Mekasih mekasih mekasih!

Upcoming entry, solemnization & reception story!
stay tuned...

Much Love, 
Vna Erman.

Thursday, July 30, 2015

Giant Bubble with Bestfriend.

Assalammualaikum,

Satu petang bestfriend whatsapp ajak jalan-jalan makan aiskrim pusing Taiping. Kami berdua dah kawan lama since sekolah rendah lagi. Masing-masing tak jumpa lagi bakal imam yang bakal membimbing ke Jannah maka kalau nak berteman takda choice lain selain keluar bersama kedua ibubapa, maka girlfriend merangkap bestfriend lah mangsanya. LOL!

Since dah graduated, masing-masing pun busy dengan life sendiri. Seorang stay Kelana Jaya sorang lagi masih kekal di kampung kelahiran sendiri dek kerana abahnya tidak mengizinkan penghijrahan jauh dari keluarga #redha.
Maka waktu-waktu yang ada kita orang manfaat untuk keluar chit chat perihal kerjaya dan dunia seharian atau sebenarnya lebih kepada shot OOTD untuk dipost di Instagram sendiri. LOL lagi!





Memandangkan Taiping begitu sinonim dengan keindahan Taman Tasik nya yang begitu lagenda, maka haruslah kita try tarikan barunya iaitu Giant Bubble. Padahal aku sebenarnya yang kuno, baru nak memcuba. LOL lagi. 





MUDAH TERHIBUR bak kata co-founder Village People kita ya!

Penghayatan!


Terima kasih bestfriend sebab ambik dari rumah (walaupun daku berlesen tapi pengecut atas jalanan.LOL lagi), bawak jalan-jalan main bubble giant!Looking foward for our next OOTD shot okey!

Much Love, Vna Erman.




Wednesday, February 25, 2015

Grape Vine Duck in Lekorland

Asssalammualaikum,

Kalau tanya warna kesukaan I think pink and purple kot. Very the girlish geli geli gitewww. Tapi tak lah semedang pulun beli semua barang warna tuh. Depends pada kecantikkan jugak. Kadang-kadang corak and certain benda tak cantik pun berwarna pink atau purple. Tapi, masa aim nak beli Sofina 2.1 dulu, memang aim sangat nak warna purple. Tapi macam biasalah, Sofina 2.1 kan limited edition so masa kali pertama dengan kali kedua beli tak dapat pun warna yang di mahukan. Mujurlah Vivy Yusof dengan Sometimes baik hati buat pre order so tercapailah hajatku tahun lepas nak Sofina 2.1 warna purple. Happy girl!

Lepas tuh, Duckscarves pulak lauch premium basic material baru, Georgette! Lepas tuh ada warna purple! Haihhh, dan lama tunggu dUCk produce purple shade dalam collection diorang. Pejam mata lah laburkan duit. Nasib baik material best sangat-sangat. Kalau ada yang nak tanya review pasal material dUCk Georgette seriously best sangat sebab dia senang bentuk, terbentuk jer drapping kat depan, licin sikit tapi no worries senang bentuk. Just you need extra pin untuk make it secure. Antara banyak-banyak premium basic, Georgette material yang paling cantik flowy dia. Haihh senang cakap semua premium basic duckscarves best! Worth walaupun a bit expensive.

So masa pi Terengganu baru-baru ni memang decided nak pakai skirt as ootd kat sana. Kata bercuti kan...pastu merayap area-area beach haihhh memang skirt lah pilihan ootd ku. Untuk second day kat Kuala Terengganu, purple menjadi pilihan. Up to toe. Tudung, baju ada stripe belang purple sikit, skirt and kalau mata awak-awak sharp spek mata pun warna purple jugak. Sunglass dengan sandal je tak purplish. Kang ada orang panggil Barney kembali lagi. #hambar.

Masa second day, tak jalan mana sangat. Pergi Noor Arfa Craft Complex, to accomplish Mak punya craving nak shopping kat situ then lepas tuh tak tau nak pi mana so singgah lah dekat Muzium Negeri Terengganu. Mak aihhh besaq gila habaq hang. Tapi, maafkan saya warga Terengganu sekalian bangunan dia bila kita jalan rasa scary. Seriously. Tapi environment kat luar sangat klasik dan cantik. Memandangkan bangunan dia luas sangat, lepas tuh kena naik tangga bertingket-tingket, then nak rush balik Jerteh sebab tak nak hari gelap last-last ootd jelah kat situ. Next trip insya allah masuk melawat sungguh-sungguh. 









OOTD Featured Item:
Top: H&M
Skirt: House of Doll
Sandal: Vincci

Location: Muzium Negeri Terengganu

Much Love, Vna Erman

Tuesday, February 24, 2015

CNY Getaway!

Assalammualaikum,

Dah macam tradisi pulak tiap-tiap raya cina mesti pergi Terengganu. Tahun lepas pun sama, tahun ni pun sama. Padahal bukan kampung pun, sedara mara pun takda kat sana, tapi sebab Abang Vna posting kat sana, dah setahun lebih pun jadi anak perantauan mengajar kat sana itulah pasal kami pun pi lah sana ala-ala family gathering short getaway lah gitewww!

Family Vna teramat lah tau yang Vna teramat obses suka bergambar. Pantang ada port lawa, kekadang ootd spot tiang-tiang, pintu-pintu atau apa-apa jelah yang nampak artistik dekat mata Vna cepat ja bawak keluar camera. Kalau masa tuh camera tak bawak, hp pun boleh :) So masa pi Terengganu baru-baru ni, kami stay one night dekat Kuala Terengganu. Jadi dari Jerteh (tempat abang Vna stay) Abang Vna bawak lalu jalan lain dari kebiasaan kami lalu untuk Kuala Terengganu sebab nak bagi adik dia sorang ni lalu dekat area Pantai Penarik.

Masyaallah, amazing sungguh ciptaan Allah. Extremely beautiful. And of course, It all happen in a moment, take a photograph!






OOTD Featured Item:
Top: Unbranded
Flare Skirt: House of Doll
Sandal: Vincci

Location: Pantai Penarik, Terengganu.

Much Love, Vna Erman.

Sunday, January 04, 2015

1600 Pandas World Tour Malaysia

Assalammualaikum,

Hai, terima kasih technology sebab awak tiba-tiba kami dapat tau yang ada "1600 Panda Berkelah di Taman Tasik Taiping" hari Ahad, 4.Januari. 2015. Eh, 2015 sudah. Ok lahhh entry pertama tahun baru cerita pasal panda. Dapat tau pun melalui whatsapp. Segalanya di hujung jari. 

Kebiasaan hari Ahad pergi pasar tani dekat area Kamunting tu haaa beli lah stok barang dapur untuk seminggu. Lepas tu, kena mendayu sikit lontarkan pujukan suruh Abah singgah sat Lake Garden Taiping sebab nak tengok jugak. Seperti ku jangka, memang jammed nak mampuih lake tu haa. Tapi nasib baik dapat parking betul-betul depan area panda-panda tu "berkelah". 


Memang lah panda-panda ni semua hanyalah pelesu, bukan panda sebenar tapi jangan tak tahu semua panda-panda ni unik. Semua panda-panda ni di perbuat daripada kertas (papier-machie pandas). Di hasilkan oleh Paulo Grangeon dari Perancis dengan kerjasama World Wildlife Fund (WWF). 1600 monumen panda ni mewakili jumlah panda yang masil hidup sehingga ke hari ini. 

Bertemakan "Iniatiating The Culture of Creative Conservation", Malaysia dipilih sebagai negara ketiga di Asia bagi siri jelajah kempen ini selepas Hong Kong dan Taiwan, manakala Taman Tasik Taiping merupakan lokasi ke 6 di Malaysia. Uniknya lagi tentang panda-panda ni, selain hand-made panda-panda ni jugak dilukis dengan pelbagai reaksi wajah, ada yang gembira dan ada juga yang tengah sedih. 
Comel gilos! 

Di sebabkan manusia terlalu lah ramai, hanya selfie mengunakan monopod yang mampu ku beri sebagai bukti menyokong kempen ni. Seriously, kalau takdak monopod memang tak dapat bergambar kot. 




Kepada yang berminat nak pergi tengok panda-panda ni/terlepas tour sebelum ni dekat destinasi sebelumnya, jangan sedih masih sempat, boleh join tour kempen ni di lokasi-lokasi di bawah :

1. Menara Jam Condong, Teluk Intan
5. January.2015, 10.00-12.00

2. Red Square, Malacca
6.January.2015, 10.00-12.00

3. National Monument, KL
9.January.2015, 10.00-12.00

4. Publika Solaris Dutamas, KL
13-25 January 2015, 10.00-22.00

Masa dekat Publika tu nanti rakyat Malaysia jugak berpeluang untuk adopt pandas at RM150 seunit bermula 12 January 2015 bagi mengumpul dana untuk wildlife conservation. Jangan lupa bawak monopod okey! Sebab panda ni bersaiz kecik, guarantee ramai manusia berpusu-pusu sebab limited time (except masa dekat Publika), so monopod really membantu. Haihh, teruihhh rasa nak pi Zoo Negara tengok panda sebenar sekarang!  

Much Love, Vna Erman

Monday, December 29, 2014

Shikin Berdua Bersatu.

Assalammualaikum,

Hai, sebelum bercerita aktiviti weekend ku, jom sama-sama kita doakan negara tercinta, Malaysia kembali pulih dari segala musibah dan dugaan yang menimpa. Kuat Malaysian kuat! Semoga Allah lindungi semua. Amin.

Sabtu lepas, ex-dormmate kami kahwin. Wehuuuu! Kalau korang memang macam pernah lah singgah sekali sekala dekat blog suam-suam kuku ini haaa, tau lah dulu yang Vna pernah stay sat kat hostel. Yang kahwin ni, classmates merangkap dormmate masa dekat SMK Bainun. Sampai ke hari, seriously tak pernah sangka yang relationship kita orang still rapat sampai ke saat ni.  Thank you technology sebab membantu. Sebab kalau dalam group whatsapp, memang group "BAINUNians" yang paling tak pernah sunyi di hantui notification almost everyday. Mula-mula cakap pasal topic serious, lepaihhh tu boleh melalut-melalut ke laut. Kalau karangan SPM memang penuh dengan skrip book tuh okey! Eh aku pun dah melalut di entry ni.

Dari Taiping, berkonvoi dua buah kereta. Macam biasa, memang menumpang kereta Zalik, lepas tu lagi sebuah kereta the Selama girls (Husna the driver, Fairus merangkap ketua rombongan, Ayu dan Norli). Cewahhh, memasing semangat okey shoot pukul 10 pagi padahal nak pergi Ipoh je pun. Come on, satu jam je duration kemain awal gerak. Lepas tuh semangat berikrar dalam group whatsapp yang kekenonnya around 1.30-2pm macam tu nak gerak balik Taiping dah memandangkan cuaca sekarang kan hujan memanjang, lepas tu nak lalu bukit-bukit kat highway tu lagi so set PERGI AWAL BALIK AWAL katanya.

Dari Taiping singgah R&R Sg.Perak, jumpa the only boys dalam class dulu, Nazri da class monitor & Najmi the official photographer! Dah kat situ pun almost setengah jam, macam biasa kalau dah reramai mula lah terkeluar semua cerita. Yeah, betul dah decision untuk gerak awal dari Taiping tuh. Masa dekat situ, plan nak jugak singgah Ipoh Oldtown Street Art memandangkan alhamdulillah cuaca pagi tu tak hujan dan tak panas sangat. Sedang elok. Ok, set up WAZE!

Walaupun ada Waze tetap sesat segala nak jumpa street art tu haa. Tapi, dipendekkan story jumpa lah jugak akhirnya. Tapi, dah pulak kena lebih gagah perkasa sikit sebab kena jalan dari satu lorong ke satu lorong. Mak aihhh, jenuh! Last-last kita orang cuma bergambar dekat seketul dua lukisan ja sebab nak hambat nak pi kenduri lagi kan.




Nak dijadikan cerita jugak hari tuh boleh pulak haaa pakai baju colour sama dengan Zalik. Masa dia sampai depan rumah terus jerit padiaaaanya pakai baju sama. Lawok okeyh! Ikutkan nak pakai tudung cream jugak tau, dah siap iron semua malam sebelumnya, tapi last minutes tukar lah pakai bawal warna biru. Kalau tak memang sama tudung, baju, warna kain. Seriously tak bincang, tak whatsapp tup-tup tersama.  Tak cukup sama tang baju, boleh pulak tu masa bergambar, memang tak sengaja terpose sama. HARI SAMA SEDUNIA.


Memang jadi bahan kena nganjing ahh arituh. 

"Hampa beli baju buy one free baju ka?"

"Hampa kerja half day kat BSN hari ni eh!"

KURANG ASAM SUNGGUH KORANG!

Bestfriend instict I guess. 


Sampai-sampai kat kenduri, setelah SESAT sekali lagi  masa nak cari dewan wedding Shikin all the way from street art tu, (selain hari sama sedunia, hari tu jugak hari sesat sedunia I guess), boleh pulak warna alas meja nak sedondon mondon dengan kita orang. Well, duta BSN unofficially. Hergh!



Masa kitaorang sampai tuh nak dekat pukul 2 dah pun, nasib baik Shikin belum sampai lagi. So, dah sesat lama sangat memang tuju teruihhh dekat makanan. Masa tengah mencekik, Shikin pun sampai di iringi pasukan kompang yang sangat-sangat berbaloi di hired on that day. Memang bersemangat sunguh diorang main kompang weyyyy! Sekali die ketuk gedang, memang nak tercekik makanan kot sebab terkejut (hai bainun gengz, mesti korang tengah terngiang-ngiang & terbayang-bayang kan).

Dah seperti biasalah, kalau dah berkumpul beramai-ramai, sesi bergambar tak pernah sekali kami lupa. Maafkan kita orang Shikin sebab merosakkan makan beradab hang dan suami. Hahaha. Sesungguhnya kami bukan pengantin, lagi lah bertambah tak beradab. Bahahahahaha! 


Majlis hari tuh diadakan serentak dengan majlis bertandang Abang Shikin. So ada dua pengantin.


 Normal day dah memang cantik, special day lagi lah cantik. 
Hai Shikin, hang memang cantik sejak kecik ke? Pm crown please!


Selamat berdua bersatu Shikin dan suami. Semoga sentiasa bersefahaman, dijauhkan menyimpang terus dari hasutan-hasutan syaitooonnnn nyah-kau-teruih dari hidup korang, dapat banyak-banyak banyak-banyak babies yang sudah tentu molek-molek paras rupa dan akhlaknya lagu hampa. Together until Jannah korang!



Katanya nak balik awal kan kan kan? Tak payah menipu. Pukul 3 lebih baru sudah huhahuha bergambar lah apa, lepas tu dah keluar highway, konon nak singgah Mydin Meru tumpang solat sebab surau diorang besar plus nak hambat waktu Zohor, dah pulak kereta Selama girls sesat masuk balik Ipoh teruihhh berpecah dari konvoi *tepuk dahi*

Tapi alhamdulillah, semua baik-baik hari tu, masing-masing selamat sampai rumah sendiri. Semua pun senang hati, semua pun happy. Reunion kali ni almost lengkap compare masa majlis pertunangan Azida yang mana pakat semua ingat Azid yang kahwin dulu among gengz, tup-tup Shikin takde ribut takde angin tapppp dapat kad. Itulah kuasa Allah. Jodoh rahsia dia. Jumpa lagi Bainun gengz, insya Allah paling dekat wedding Nazri pulak nanti kan? Oh ya, congratulation Akma sebab dah bertunang tapi sorokkan gambar! Hyepppp! Nak kena niiiii.......

OOTD Featured Item:
Tudung Bawal from Aidijuma
Elsa Kebaya in Off White from Inhanna Shop
Mariam Kurung bottom from Rizalman for Zalora
Shoes from Vincci
Sofina 2.1 handbag from Sometime via Fashion Valet

Much Love, Vna Erman ;)