15 OGOS 2015
2 TAHUN 4 BULAN KEMUDIAN,
...............................................................................................
Assalammualaikum,
Setelah beberapa kali plan musnah gara-gara hal peribadi, kegawatan ekonomi di zaman GST, jarak di antara utara dan selatan, juga faktor masa dan kerja yang menyebabkan tidak berkesempatan AKHIRNYA jumpa jugak dengan Puan Hasfaniza phewwwwwwww!
Seperti biasa kalau setiap trip haruslah di temani my forever travel buddy, Dyra! Selagi Abu belum sunting hang secara sah siap sedia jelah terima whatsapp k.vna ajak ke mana-mana. Hahahaha.
Kita orang decided untuk jumpa Aniz dekat Midvalley KL. Masa tengah tunggu Aniz sampai kita orang order makanan dulu sebab kebuluran nak mampos. Tapi next post lah cerita pasal makan-makan. Stay tuned! By the time nak start makan Aniz pun sampai terusssss kita orang berpelukan pastu terus termelalak sobs sobs sambil terkebil-kebil di perhatikan oleh Umar. Gamaknya Umar kata drama apakah sedang berlintas langsung ni? LOL. Maafkan hati tisu Aunt Vna mu!
REUNITED!
Di bawah pokok Krismas, favourite port zaman study dedulu! Pakai baju meriah, tenyeh makeup, sarung wedges done untuk pose bawah pokok. LOL!
WEYH RINDU NAK BUAT CAMTU LAGI!
#dahkertu
DANNNNNNNNNN........
Ni lah kali pertama jumpa dengan Umar, baby boy Aniz. Umar, satu hari nanti bila Umar dah pandai baca dan terjumpa entry Aunt Vna ni I just want you to know yang Aunt Vna memang nak datang jumpa Umar seawal kelahiranmu tapi banyak kekangan yang Aunt tak boleh nak elakkan. So sorry sayang!
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Buat julung-julung kalinya penampilan pertama Umar dekat blog Aunt Vna :)
Sumpah tak tipu Umar budak yang sangat-sangat teramat sangat menyenangkan. Dia tak meragam langsung sepanjang kami jalan-jalan dan borak-borak. Ada satu masa tuh tengah bergosip mak jemah dengan Aniz ya ampun dia ambik tangan dia tutup telinga boleh?
OMG HANG MEMANG NAK KENA PENYET UMARRRR!
Aniz cerita memang senang sangat jaga dia sejak dari lahir lagi. Rahmat Allah betul lah dapat anak macam ni
KENAPA KO BERANAK SEKETUL JER?
Dari awal aku dah pesan supaya beranak kembar so seorang boleh pass aku herghhhh degil hang ni.
Umar sekarang dalam fasa "baru dapat kaki". Asal lepas dari stroller atau dukungan siap sedialah anda untuk jadi atlet berkejaran dengan dia. Dia kalau bagi makan memang lambat habis. Bak kata mummy dia "kau kalau makan 8 tahun..........."sah dia ambik traits mummy dia LOL. Kalau nak umpan dia makan sediakan lah air ais berperisa sedap nanti dia buat lah muka haaaaaa lega aku camtu.#gigitpipi
Selama ni tengok Umar melalui gambar-gambar yang Aniz share dekat Whatsapp or gambar yang Aniz upload dekat IG tapi bila dah jumpa real depan mata memang Umar sebijik macam Daniel adik bongsu Aniz Hahahaha. Mata dengan hidung memang sah sebijik macam mummy dia. Tapi bila tengok depan-depan ada jugak irasnya dengan Dzul.
MATA INSERT GULI.
ATAU PAKAI LENS KOREA NI? HAHAHA.
Aniz:
"Haaaaaaaaa dari sana sampai ke hujung sanaaaaa semua mummy dengan Aunty Vna merayap dulu"
Umar:
Haaaaa serious Mummyyyy?
Anak bujang vs Isteri/Mummy vs masih Anak dara..
LOL!
Aniz's Family :)
Sekejap sangat jumpa arituh. Biasalah semua orang ada komitmen masing-masing sobs sobs. Tak sama bercerita dalam whatsapp dengan bercerita depan mata. Tapi ok lah Allah dah izinkan untuk berjumpa pun syukur alhamdulillah
Umar,
You are such a goooddddddd boy masya Allah.
Membesarlah menjadi orang yang menyenangkan semua orang di sekeliling,
Wallahi Aunt Vna love you so so so much!
Semoga Umar sentiasa terpelihara dari melakukan sebarang cela, sihat tubuh badan dan sentiasa berjaya dalam apa jua Umar lakukan baik di dunia dan di akhirat kelak.
Semoga ada rezeki untuk kita jumpa lagi.
Till next meeting babe. Much much loveeeeeee.
Much Love,
Aunt Vna Erman ;)
P/S: TERIMA KASIH DYRA,
Sebab temankan,
Pickup kak Vna dari KL Sentral drive bawak ke MidValley.
Gambar sesama nan hado sebab orang tuh sakan jelajah Sephora. Eh opsss!
No comments :
Post a Comment