Assalammualaikum,
Biasa review pasal makeup je so kali ni kita review alatan makeup pulak boleh? Kalau berminat boleh teruskan membaca sehingga ke huruf yang terakhir. Semoga bermanfaat buat anda :)
Kalau nak tau asalnya suka pasal makeup sebab makeup brush. Ntah tak tau nak describe macam mana tapi pada Vna bila pegang makeup brush tuh memang best feeling dia. Dia macam aura fefeling macam makeup artist camtu. Honestly Vna tak suka makeup pakai jari. Kena jugak pakai makeup brush. Dia seolah-olah nampak pro walaupunnnnnn ke laut. LOL. Masa zaman sekolah subject seni antara subject ke laut nak-nak kalau nak kena guna watercolour dengan brush. Adoiiiii. Tapiiiiiiii, antara guna brush untuk lukisan dengan brush makeup rasanya skill guna makeup brush 100x ganda lebih bagus.
Makeup brush pertama pernah beli cap Tesco kot. BAHAHAHAHAHA! Dekat bahagian diorang jual sikat lah getah rambut lah haaaa kan ada jugak jual individual brushes untuk makeup. So masa tuh sempat lah sambar berus untuk bedak dengan flat brush untuk foundation lempaq buh dalam trolley senyap-senyap pastu Abah bayarkan. LOL! #cheapskate
Lepas tuh satu hari jalan-jalan masuk Elianto terjumpa satu brush set walahweyhhh punya excited sebab rasa OMG inilah yang selama ini ku cari. Masa zaman tuh (7/8 years ago) makeup items tak semenggah sekarang. Kiranya kalau orang jual basic things je unless kita masuk MAC dan seangkatan dengannya sure jumpa. Brands yang mampu milik biasanya tak produce sebab demand tak serancak sekarang. Mujurlah ketika itu birthday month maka emak pun belikan brush set Elianto tuh.
Berbekalkan makeup brush Elianto tulah Vna mengasah skill makeup. Tenyeh muka sendiri, paksa adik pinjam muka dia nak main makeup-makeup (bersyukur ada adik perempuan) LOL! Makeup brush dia kira perfect for beginners lah. Harga dalam RM70 camtu kot. Lupa dah sebab dah lama. Pastu pelan-pelan tambah koleksi beli individual brushes brand Elianto dengan Sendayu Tinggi dekat Watson. Sebab dua brand ni yang senang dapat dan mampu milik untuk kita orang biasa-biasa ni.
Latest addition dalam makeup collection Vna ialah Beauty Brush Set Flamingo Edition brand Sendayu Tinggi. Dah lama nak beli brush set yang baru sebab brush set Elianto tuh dah uzur dah. Bulu-bulu dia dah kasar bagai di toreh-toreh kulit muka tiap kali tenyeh dekat muka. hahahaha. Kebanyyakan yang jual dekat pasaran biasanya face brush kurang eyes brushes. Kalau boleh nak cari yang offer brushes untuk mata jugak. Mujurlah Sendayu Tinggi mendengar permintaan hati kecilku bila akhirnya diorang release makeup brush seperti ku dambakan beberapa bulan lepas.
Seperti biasa review yang dibuat memang jujur sebagai seorang pengguna dan produk dah di cuba berkali-kali sebelum tulis review.
Best tak brush set ni?
OMG SUMPAH BEST!
Sebelum ni biasa beli individual brush set brand Sendayu Tinggi. Apa yang Vna boleh katakan kualiti Flamingo Edition yang terbaik yang pernah Sendayu Tinggi produce. Brushes keluaran sebelum ni bukan tak berkualiti tapi yang ni memang da boom. Sangat fluffy. Bila tenyeh dekat muka seperti dibelai-belai gitewwww. Setiap berus dibuat secara handmade okkkkk. Ada certain brush macam tak pick up produk tau, tapi brush set ni mampu pick up produk makeup kita dengan baik sebelum kita oleskan ke muka.
Lagi satu, antara faktor penarik untuk beli brush set ialah lawa. Yes, you girls yang biasa baca review Vna mesti tau betapa pentingkan sesuatu benda itu kena packaging menarik semua. So warna brush ni sangat cantik sehebat kualiti dia.
WORTH TO BUY!
Photo credit to IG Sendayu Tinggi
Sesuai tak untuk beginners ke membazir nak beli kalau tak pandai bab makeup-makeup ni?
Ya Allah brush set macam inilah sesuai untuk invest beli sebab sesuai untuk sesiapa saja yang bernafas di ataih muka bumi ini. Kenapa Vna cakap sesuai? Sebab dia lengkap untuk muka dan mata. Macam Vna mention before kebanyakkan brush set selalu banyak untuk bahagian muka. Selalu untuk mata semata-mata flat eyeshadow dengan brush kening. OMG membazir. Yang ni lengkap dan mampu milik. Lagi satu brush ni di datangkan dalam brush organiser so senang simpan dan nak bawak kemana-mana. Tak susah nak kena ikat getah ke takut berterabur. Hahahaha.
Halal tak?
Antara sebab Vna membeli brush ni ialah Sendayu Tinggi keluaran bumiputera dan syarikat orang Islam. Semestinya halal. Memang bersepah orang jual set brush ni tapi tulah halal tak, bulu apa depa guna kita pun ragu-ragu. Insya Allah Sendayu Tinggi menggunakan bahan yang halal untuk setiap produk yang diorang keluarkan. Untuk berus Flamingo Edition ni, ia diperbuat daripada bulu sintetik BASF (kalau tak silap technology German) yang seakan-akan menyerupai bulu kuda padi.
Nak beli tapi tak reti guna cemana?
Nah screenshot dari Instagram Sendayu Tinggi. Setiap satu fungsi brush diorang dah explainkan. Jangan risau dekat kotak packaging pun ada tulis. Boleh bukak Youtube Sendayu Tinggi jugak ada Yatie Sendayu Tinggi explain macam mana nak guna. Check it out!
Serious ke mampu milik? Habaq mai tang mana buleh beli ?
Pada Vna yes mampu milik awak-awak sekalian. Sebab korang dapat lapan batang berus beserta bag untuk simpan dan angkut berus-berus tuh kemana-mana je dengan mudah. Kalau beli secara individual tak kisah lah dekat Drugstore atau Sephora/Sasa tak dapat harga macam ni tau. Brush set ni berharga RM 91.15 untuk bukan ahli. Rasanya ahli Sendayu Tinggi lagi murah. Vna beli dekat Watson pastu guna point membership dapat lah beli RM85 camtu. Boleh cari dekat Watson yang ada jual brand Sendayu Tinggi atau ke store Sendayu Tinggi terdekat atau secara online di website rasmi Sendayu Tinggi. Untuk harga macam tuh, kualiti berus yang best yessss berbaloi lah beli.Macam Vna cakap memang bersepah orang jual brush set, tapi berus dia kejung, ada certain orang boleh alergic sebab brush dia kasar dan kualiti teruk. Tapi apa pun hak membeli di tangan masing-masing :)
Ok itu saja review kali ni. Kalau ada apa-apa nak tanya boleh drop comment nanti Vna reply. Last but not least, berbelanja lah ikut kemampuan masing-masing. Murah tak semestinya tak elok mahal tak semestinya hebat. Pandai-pandai lah buat pertimbangan. Hopefully review Vna membantu :)
Much Love, Vna Erman
No comments :
Post a Comment