Monday, November 28, 2011

Back To Tudung Bawal Era.

Assalamualaikum,

Vna asyik-asyik mengeluh ckp yg this semester sgt busy nak bernafas pon mcm org kene lelah kan. So pergi class pon tak boleh nak bajet cun (bajet cun bukan gua cakap gua cun ok!)
Penat awal-awal semester kene bebel 2 lori dengan Abah sebab beria sakan angkut baju segala tak cukup dgn tu ddk bertapa dpn almari shawls telek satu-satu shawls mane should bawak & shawls mane not necessary kan. Time tuh SOMBONG gila dgn tudung bawal sebab well skrg kan zaman hijabista dengan shawls & pashmina kan!

Alih-alih, tudung bawal jugak yg vna tibai. Balik weekend ke Taiping punggah almari cari balik bawal tak kisah gred A ke or gred Z hey angkut balik ke Shah Alam. Ntah, maybe dekat fac tuh vna tengok sume nak jadi Hana Tajima sangat sampai ade tuh bukan mcm Hana Tajima tapi dah mcm org eskimo cheq tengok eh. But, but itu hak masing-masing kan. Style is something yang bebas org nak pakai. As long as that people feel comfort, confident & beautiful definately looks ok. Tapi pada vna skrg senang kot nak pakai tudung bawal & also tudung syria. Cepat & pantas. Maklumlah menjak-menjak menyewa kat luar ni kene siap cepat2 nak gelak traffic jam kan. Tapi kdg2 siap dah awal smpi class lmbt gak. Conclusionnya Shah Alam memang sesak pagi2.Kadang-kadang ade jugak balun pakai shawls, pashmina tuh lagi. membazir kot kalau tak pakai. Ade lagi berapa-berapa helai tersimpan rapi dalam rak yang masih belum sempat nak pakai. Tak taulah bila zaman nak pakai. Maybe semester 4 kot lepas dah habis sume tough subject ni kan.

BTW, sape cakap tudung bawal tu tak stylish? Vna baru discover new icon yg pakai tudung bawal tapi style kot! Dia ialah Dian Pelangi. If i'm not mistaken die ialah Indonesian. Actually, vna pon tak really done research who is actually Dian Pelangi. But I know her since dkt FB start menjual plain bawal Dian Pelangi so sajer lah try google jap sambil-sambil search material utk eco asgnmnt kan. Kesian kan baru nak kenal sape die Dian Pelangi. Bloggerian yg lain mungkin dah berzaman entry cerita psal die tapi vna baru nak buat entry. Kesian sgt!

Berkenan pulak tengok cara Dian ni. Simple. Pakai tudung bawal jer kot.

pic credit to:Google

Nak tahu cara nak pakai plain bawal like Dian Pelangi?

pic credit to:Google

do visit her tutorial :The Merchant Daughter
itu official blog Dian Pelangi. Geram tengok gmbr-gmbr die superb cun.


let's try together. So recycle balik sume tudung-tudung bawal korg skrg!
good luck ;)

till here,
take care people!
esok shoot balik Shah Alam since 3days spend time kat rumah.
homesick syndrome is back immediately I reach bus station sek17 tomorrow.
sobs sobs :(

p/s: Datin Norjuma pon until now setia lagi dgn tudung bawal.adore & respect her style too!

much love, vna erman.


Saturday, November 26, 2011

Twilight Fever Is Back!

Assalamualaikum,

Sanggup yer hari Isnin start memburu Twilight tickets semata-mata nak tgk 1st day tayangan. Dari Jusco Bkt.Tinggi kehampaan bukan sahaja hampa dek kaunter TGV cakap schedule tayangan belum keluar bahkan kecewa tak dpt beli high heels nude pink dek hujung-hujung sem dilanda kemarau kewangan terus bawak diri ke Sunway Pyramid dgn harapan setinggi Kinabalu moga-moga dpt tickets lah. Tapi, serupa jugak. Sgt bang**** mamat Indon kat kaunter tuh cakap konon by 5pm dah boleh beli tickets alih-alih tickets pon tarak resultnya tersangkut dkt jam sebab by 5pm org dh berpusu-pusu balik from office.

Alahai Twilight,

To be honest vna org yg jenis nationalitynya tinggi. What I means here vna more tgk Malaysian movies rather than outsiders movies. Yeah, I know it looks a bit kolot sebeb teenagers skrg kurang suport our local products tapi vna pon bukan semua cerita Melayu rembat tengok. Tak lah. Depends movies and pelakon jugak lah. But, tak bermaksud English movies langsung tak tengok. Tengok jugak tapi jarang-jarang. Ntah, maybe tak suka sgt adegan romatik melampau diorg that's why kureng ckit lah. TAPI, TAPI TAPI vna memang totally fall in love dgn Twilight series! Seriously.

I started watch Twilight dgn New Moon. Yg pertama tak tengok. Yeah, like I told you kureng berminat kan mula-mula. Al-kisahnya mcm mane terjebak jugak dgn Twilight fever ni ialah mase time kat Kedah dulu, my two besties Fatin & Aniz nak sgt tgk sambungan Twilight and Vna & Dayah yg totally hujung pangkal pon tak tahu menahu pon terheret sekali masuk panggung. Bila dah masuk cinema tuh memang ngagalah xpaham pape. Oh my vampire? Serigala melalak? Apoooo ni weyh?

Tapi follow jugak from early till the end movie. Then, eh eh not bad. Pastu I still remember mase Part 1 degree Twilight Eclipse pulak kuar. Hey of course adrenalin rush lah nak tengok. Oh my, awesome kot. Lepas tuh penantian yg sgt lame la pulak nak tunggu Breaking Dawn ni. Dah lah tuh main nak part-part pulok.

Di sebabkan tak mampu nak kawal adrenalin rush yang melampau ni tekad last Wed immediately after class terus pergi Jusco Bkt. Raja cari tiket nak booked. Alhamdulillah, ade plus tayangan pukol 11.15am plak. Perfect time sebab after tgk movie terus shoot pergi Eco class.

nak tahu my comment about this movie?
PERFECTLY AWESOME! 

Twilight kali ni memang menagis gila-gila punya. Yes, I know some people might say galak, gedik over emotional alamak twilight jer pon tapi BIARLAH!
Ade scene yg Bella nak kawin and her parents especially her mom say something yg mcm berat hati nak lepaskan daughter die tuh Oh my sgt sedih sebab vna memang sgt emotional bila bab-bab melibatkan parents then meleret smpi ke Jacob dtg wedding Bella. Oh yg tuh memang SANGAT-SANGAT SEDIH WEYH!
Tak suka Jacoob sgt sebab watak die sikit-sikit nak baran kan tapi we all know that Jacoob loves Bella so much and suddenly Bella get married with Edward [Oh my hero ;) ] then die still attend Bella's wedding. Gila kau tak sedih? In term of friendship die datang jugak eventought dalam hati die menyanyi-nyanyi lagu Beribu Sesalan.....sebak dadaku,retak hatiku, luka jiwaku dihirissssss piluuuuuu.sobs sobs sobs :(
COP! Jacoob tahu ke Beribu Sesalan? LOL!

Eh, senang cakap TWILIGHT BREAKING DAWN BEST! People you should grap this weekend holidays to go & watch it ;)


Girls, you will started to dreams a protective guys like Edward seriously after watch Breaking Dawn. Believe me! Kalau agak-agak penghujung sem ni sengkek like me tapi nak-nak jugak tengok, no worries follow my tips. Tengok during weekdays and pilih showing time before 12pm sebab it only cost you for RM9 only! Untungkan..... Vna dpt tengok 1st day, waktu tayangan pertama and only RM9. Memang berbaloi ;)

Oh, twilight twilight lah jugak. Maal Hijrah jgn lupa plak. Esok kan. So, Vna nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433 to all my friends,readers & followers. Azam tahun baru nak cepat-cepat kahwin. EH EH!
Nak cepat-cepat habiskan degree dgn jayanya and build up my future successfully dunia & akhirat. Amin.
Insyaallah.

Last but not least, don't 4get baca doa akhir tahun & awal tahun yerrr :)

till here.
have a nice weekend.
take care.
thanks for reading my blog!

much love, vna erman :)


Sunday, November 20, 2011

Live Muzik-Muzik Separuh Akhir.

Assalamualaikum,

Hello gengz!

Straight to the point, tadi pergi tgk muzik-muzik separuh akhir dkt Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.
Thanks to Kak Nor Raigers ( fans HUJAN) for giving us the pass. Kalau tak sia-sia jer la pergi tapi hampeh tak dpt masuk. Suddenly jd raingers sebab Aniz fans gler2 ngan Hujan. Tak kisah lah tbe2 kene jd raingers jap utk dptkan pass kan ;)


Seriously pencalonan hari tuh sgt2 best & sengit. Memang riuh sgt kat studio tuh weyh serious tak tipu sebab FBI & Cheryl Samad sendiri admit for the 1st time separuh akhir meriah sgt2. Ktorg ddk depan weyh depan tau tak. Memang setempek-setempek muke retisss-retisss tuh boleh tgk live depan mata.

Pergi pon sebab nak tengok Yuna, Stacy & Alyah sebab lagu-lagu diorg superb best. Oh terlupe Beribu Sesalan by 3 Suara pon sedap. Unfortunately, Stacy xdpt masuk sdgkan lagu die gler meaningfull kot. Anggap takde rezeki.

before siaran langsung.
spotlight terang benderang.sgt cantek kalau bergmbr :)
tapi diri sendiri jer yg perasan cantek.
dush dush.

Hujan, first perfomer. Oh my, Aniz kat sebelah teruja tak hengat kot.
Name pon raingers kan ;)


Oh my,Oh my, Oh my kagum sgt2 dgn sore live Alyah sebijik mcm dgr dekat radio.
Cantek kot Alyah plus baju die pon superb duperb lawa. Of course by Hatta Dolmat.
And Alyah pon among top 5. Memang betul tekaan ;)


Mase ni semua org dlm keadaan histeria. Memang riuh sgt once tiga2 diva ni naik stage dari awal sampai ke akhir including me. Seriously sore diorg amazing gler kot. Lagu pon sedap. So memang selayaknya jadi top 5.

Lepas dah umum semua top 5 audience sume kene halau keluar sebab ada press conference. Masa dekat luar sempatlah snap photo dgn berapa2 org selebriti. Antaranya........



HATTA DOLMAT.
Hey, I meet him for 2nd time. Serious Hatta sporting orgnya. Tak caye cer korg tweet kat die mesti die reply. Selalu jer tweet die. Oh Hatta kenapalah kau design baju Alyah lawa sgt?
Makan hati.


FAIZ.
Pengacara secara tak lgsg Muzik-muzik. Ade jugak rancangan Makan Angin kalau tak silap lah.
Jenuhlah masa tuh dok recalled pe eh name mamat ni sekali Aniz ingat so boleh lah nak panggil die nak snap photo kan.


SHILA.
Oh tinggi jugak orgnya. Sore pon not bad. Taklah big fans die tapi minatlah lagu-lagu die for eg Beribu Sesalan tuh kan.

Ade jugak bergmbr dgn Nubhan tapi quality gmbr tak memuaskan so maleh la nak publish. Nak bergambar dgn Alyah tapi malangnya artis-artis yg berpangkat diva segala ni keluar pintu belakang. Should diorg appreciate lah kan peminat diorg yg dtg support?Apelah salahnya beramah mesra jap. Itulah harga yg diorg patut bayar bila jadi artis kot. Tanpa peminat siapalah artis kita kan?
agree? Yuna plak lain casenya. Bodyguard over tak bagi lgsg. Ewah-ewah mcm Yuna bini die pulak.
Marah ckit Qi oiit?

For next week punya semi final rasenya tak pergi kot sebab dah psg niat awal-awal nak shoot balik Taiping sebab cuti Awal Muharam kan. Tapi yg pusingan ketiga MESTI pergi sebab ada FT my superhero.
On that day WAJIB bawak DSLR. Aritu pergi tak bawak DSLR sebab ingatkan kene berdiri and mcm susah nak usung camera sume kan. Last-last ade tempat duduk. Rugi betul lah. Tu yg quality gmbr tak berapa sgt sebab pakai hp camera jer pon. Moral of the story bawak jer DSLR bila ade jer any events.
*btw, bkn DSLR vna pon ;) *

that's all people.
take care.

much love, vna erman :)



Friday, November 11, 2011

11.November.2011

Assalamualaikum,

Takde issue or cerita pon nak cakap. Just nak ngomel-ngomel yg date hari ni sgt comel & cantik.
11.NOVEMBER.2011
:)
perfect date for engagement, wedding plus jatuh hari jumaat pulak kan. Berkat mudah-mudahan.
Unfortunately saya takde calon lagi.sobs sobs sobs :(
degree pon terkial-kial nak bagi habis ade hati nak ke situ fikirnya kan?

eh eh entry gatal pulak bunyinya 
LOL!
;)



I will waiting for you until the true love comes :)
ececeh cewaaaaaaaah
pang jap!
Sewel seketika selepas berjaya menyiapkan assignment park. LOL!

nite & take care people.
much love, vna erman :)


Wednesday, November 09, 2011

My Aidiladha.

Assalamualaikum,

Like I promised before, entry kali ni nak share psl raya haji vna. Raya ktorg biase-biase & disambut dlm keadaan sederhana. Standard la malam-malam raya balik rumah tok beriuh-riuh dkt sane dgn sedara mara. Pagi raya lepas solat sunat aidiladha mintak maaf sume & received duit raya from Abah & Mak. Yes, mesti ada org akan bertanya WOW, raya haji pon dpt duit raya? Yup, rezeki lebih :)

Tahun ni special sikit sebab pagi-pagi raya ktorg gather kat rumah mak long sebab mak long ade wat kenduri kesyukuran sikit. before gerak pergi umah maklong sempat snap pic dulu :)
sementara muke masih senonoh :)

sementara guest belum sampai ambik feel new surrounding umah mak long. Snap photo lagi :)
 Abah & Emak Vna :)
so, vna ikut muke sape?
you decide.
nak tau opinion korg.

my siblings.
the only brother and litte sister. eh die adik tau. Vna pangkat kakak.
Yes, I know Vna sorg terkerdil di situ. sobs sobs sobs :(
One more things, yes I know yg I sorg2 jer terkeluar tema. suddenly purple sorg2.
Takpe, special ;)

my little cute cuzen, Aniqah.
Die keep requesting nak make up kakak! nak make up kakak!
biaselah budak pompuan kan.
my high heels & wedges sume die dah booked awal-awal.
Oh my,I think I should call her Vna Erman junior ;)

On that day, seriously makan byk sgt2. Menu Nasi Beriani kuah kari ayam plus udang goreng.
Oh my, udang goreng mestilah tak ingat dunia kan. 2kali tambah nasi kot. Tahu-tahu jer bila makanan dah terhidang dalam keadaan lazat & menyelerakan habis camera ke mana so takde pic nak share.

Habis kat rumah maklong ktorg gerak pergi rumah tok. Kalau raya haji jarang-jarang lah org or sedara-mara jauh datang menziarah. Usually masa raya Aidilfitri jer org buat macam tuh. Tahun ni pon takde among family members yang buat korban & akikah so takdelah kalot memasak ke ape. lepak-lepak & gather among mom's sibling jer lah.

the next day raya kedua my family buat open house kecik-kecik. panggil sedara dekat2.
just for fun & gather adik-beradik.
raye korg cm ner especially org Pantai Timur? As I know org Pantai Timur meriah sikit sambutannya?
anyone nak share. Nak tahu jugak.
leave your link ok.later vna catch up!

that's all. nothing special.
take care people!
much love,vna erman :)





Tuesday, November 08, 2011

My Pastry Class & Soft Roll Recipe.

Assalamualaikum,


*mood masih layan OST Ombak Rindu sambil mengarang entry blog*
hehehe ;)


Ade yg bertanya dkt vna actually vna buat course ape. Ade jugak my schoolmate confuse eh kau bukan buat law ke weyh? So bagi meleraikan persoalan berbangkit let me explain yeah. before degree level vna buat Asasi Undang2 dkt UiTM Kedah and alhamdulillah Vna complete setahun setengah foundation dekat sane. Unfortunately, rezeki utk ke next level proceeding Bachelor of Legal Study (BLS) takde. Therefore Vna switch to Tourism Management dkt UiTM Shah Alam.

Currently Vna dah semester 3. For this semester ktorg ade minor subject which is kte kene pilih major org lain and jd minor subject kte. Tapi malangnya ktorg tak diberi pilihan and suddenly ktorg kene ambik minor F&B. For F&B subject ktorg belajar basic jer tak la mendalam sgt mcm Culinary students. Dalam pada belajar basic pon alamak weyh penat+susah+memerlukan kesabaran yg tinggi.

Every Tuesday ktorg ade class kitchen. Nasib baiklah sekali semggu jer. I do respect ngan Culinary Arts students yg sepnjg semester memasak jer & berdiri berjam-jam dlm kitchen. Salute habis lah.
Besides memasak dekat kitchen, ade week yg ktorg akan pergi ke pastry class.
Yes, my favorite class sebab vna more kpd wat-wat pastry kureng ckit bab masak lauk pauk & all the dishes.
 So far dah dua kali pergi pastry class. BEST,BEST,BEST!

nak tahu mcm mane kitchen pastry ktorg? Check it out here :)




Dekat pastry ktorg akan prepare dessert.Group kitchen Vna ada 7org so 2 org akan pergi pastry and lg 5org wat preparation utk dishes lain dekat kitchen lagi satu. Dessert wajib ialah Fruit Platter. So Sir ktorg akan ajar skill potong buah supaya presentation buah tuh berseni la ckit bile serve dkt guest.
Ini die rupa fruit platter kalau yg mane tak tahu.

Besides fruit platter ktorg akan buat lagi satu dessert as an opinion utk guest choose mane satu diorg nak pelahap kan. So mse turn Vna pergi pastry last week ktorg prepare this dessert tapi betul-betul tak boleh nak recalled pe name dessert ni. Sorry. Tapi serious sedap.


Dessert ni menu die berubah-berubah every week. Cume fruit platter memang ada every week.so next time org lain g pastry wat dessert lain la pulak.

Ktorg jugak akan prepare Soft Roll every week. soft roll ni utk makan dgn soup. Senang jer ok nak wat swiss roll ni. Nak recipe tak?

Ingredients:
1kg strong floor
10gm freemat
140gm castor sugar
20gm dry yeast
400gm water
10gm salt
100gm margerine
4nos egg

Cara-cara:
1.Korg sukat & timbang semua bahan-bahan kat atas.
2. Then, masukkan semua bahan-bahan sekali gus then mixedkan kan dalam electric mixer.
3. Once sume bahan-bahan dah sebati and jd dough keluarkkan and biarkan die dulu. Ambik plastik utk coverkan die.
4. Bajet dalam 20 mins macam tulah korg boleh lah start potong kan dough tuh then timbang 30gm setiap satu then bulat-bulatkan die utk susun cantik-cantik dalam dulang.


5.Dah siap susun dlm dulang, coverkan dulu die dgn plastik kat atas nak bagi die kembang.
6. Dalam 15mins korg tengok die dah mengembang bolehlah masukkan dalam oven suhu 200 degree celsius for 20mins. Eh jangan masukkan sekali plastik yg korg cover die td tau.

7. Lepas dah siap dibakar sapukan sikit majerin kat atas roti tuh.
8. Macam mane nak tahu soft roll korg menjadi or tak die mesti ringan & lembut.


Pada yg berminat nak wat good luck yeah. Erm, sorry kalau procedure yg Vna explain tak berapa faham or confuse tapi seingat vna itulah step-step yg ktorg wat during prepare soft roll tuh. Anyone among my readers culinary arts students? Eeeeii, malu plak ngan korg. Mesti korg ckp eh eleh itu pon nak kecoh dlm blog?
LOL!

that's all. next entry vna story pasal my aidiladha.
catch up later.
take care.
much love,vna erman :)


Monday, November 07, 2011

Meet & Greet famous blogger: Irine Nadia Marcello.

Assalamualaikum,

*layan OST Ombak Rindu sambil update blog*

Yeaayyyyy, mid-term break skrg. Oh, hopefully belum terlmbt utk vna wish Selamat Hari Raya Aidiladha to my friends,followers & readers! Semoga pengorbanan2 yg kita lakukan semua berlandaskan jalan Allah. Amin.

Actually di kesempatan mid term break vna nak ambik masa update blog. Banyak cerita nak share ngan my readers & followers sampai tak tahu nak update mane satu dulu. So I decided ikut cerita mana happen dulu lah. Maaf lah kalau agak basi or muak asyik-asyik tengok vna update blog kan.

Last week vna pergi ke SACC ada pameran pengantin. Opss, jgn ingat date nya semakin hampir yeah! Belum sampai seru lagi lah! ;)


Kebetulan mase tuh Aniz ajak makan Piza sebab die dah lame teringin nak makan so lokasi ktorg pilih ialah kat SACC Mall. Dah alang-alang tuh terus ajak Aniz & Dayah temankan Vna pergi ke pameran pengantin nak jumpe dengan seseorg. EH! EH! EH!

Actually vna dpt info sendiri drpd tuan badan sendiri iaitu Irine Nadia Marcello yg die akan g pameran tuh. So dah alang-alang Vna dah de kat SACC Mall tuh pe lah salahnya cube nasib kot-kot dpt jumpe dgn Irine kan. 



Dengan muke sememeh & comot, pakai cardigan,t-shirt & jeans jer pon sebab tak plan nak pergi so Vna, Aniz & Dayah round-round lah pameran tuh. Excited tengok baju-baju kawin la, pelamin lah, org tuh promote pakej die org ni promote pakej itulah tup-tup zappppppp mata vna yg rabun tak pakai spek time tuh nampak seseorg. 
IRINE! IRINE!

Terus suruh Dayah & Aniz tengok utk double confirm sebab diri sendiri tak pakai spek time tuh takut kot-kot silap org. YES! Betulah diorg cakap tuh Irine. lame jugak nak ambik masa nak tegur org famous ni. yelah satu perkara kene pk siapalah kite ni kan. Takkan nak over-over terus-terus terjah org tak tentu pasal *padahal selalu jer wat ;) * plus mase tuh Irine & tunang tgh discuss dgn org-org dekat booth utk weeding mereka soon.

The endnya Dayah yg mula pergi tegur Irine. Eeeeiiii debar-debar time tuh. Ntah pape lah vna kan! Mujurlah Irine ni tak sombong orangnya. Sempatlah borak-borak kejap dengan die and snap photo. Tak kisahlah time tuh vna tak lawa ke ape. Memang dah tak lawa nak buat camno. Dengan berbekal camera hp dptlah snap photo dgn Irine bukti yg Vna betul2 jmpe dgn Irine bukan fakersnya.hehehehe. Lighting tak berapa best so gmbr pon tak berapa quality.


Vna mula kenal dgn Irine since vna start berblogging. Selalu jealous tengok gambar2 die, blog die yg cantik and vna also salah seorg drpd berpuluh ribu followers die ok!
To be honest lepas jumpe dengan Irine live depan mata Vna boleh conclude yg Irine ni matang orangnya. Tak sombong & peramah. No wonder die mampu jd blogger famous & ramai meminati sampai nak jd fakers pon ade. Sabar lah yer dik.

Malam tuh terus tweet happy dpt jumpe dgn Irine & Irine reply it:

that's all. nak kasi Irine baca entry ni. Itu pon kalau die sudi jengah blog kerdil ni.
sobs sobs ;(

that's all. take care.
i'll be back with another new entry soon.
tata.

much love,vna erman :)

p/s:mase dpt jumpe Hatta Dolmat pon selekeh, mase jumpe dgn Irine pon comot gamaknya nasib aku bila time comot-comot jer dpt jumpe org famous-famous tak?



:) + :( =Inilah kehidupan.

Satu petang,
Hujan lebat sangat-sangat,
ktorg kebasahan.

Dalam kesejukan, ktorg bercerita.
Dari semerepek-repek perkara
sampailah seserius cerita.


menyelami jiwa melalui penggalaman & peristiwa,
berendam airmata di hapuskan melalui ketawa,
semoga bahagia sentiasa ada buat mereka.

be strong my girl.
much love,vna erman :)