Saturday, February 25, 2012

Hijabs :)

Assalamualaikum,


Ustaz Don cakap: Ingat,menutup aurat itu hak Allah.
actually reminder pada diri sendiri lepas tengok episode menutup aurat by Ustaz Don :)
pelan-pelan kita laksanakan.
perbaiki mana tak molek lagi.
jom mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.

P/S: sepanjang semester break, tak pernah ketinggalan tengok rancangan 30minit Ustaz Don!
my favorite series too!

much love,vna erman :)


Monday, February 20, 2012

Terima Kasih REMAJA edisi 15.Feb.2012!

Assalamualaikum,

Nak di jadikan cerita, satu mlm Erleen tgh on9 fb then die cakap:
"Akak, Lisa Surihani jadi cover terbaru Remaja"
terus pergi depan lappy tgk. set esk nak pergi cari.
punya pulun pergi kedai runcit dgn Abah tapi tak keluar lagi.
alamak,belum 15feb lagi.
tapi Lisa Surihani punya psl teruja pergi kedai awal-awal.
terpaksa tunggu lagi2-3hari
kalau area klang valley mungkin dah bersepah tapi kat Taiping memang lambat lah sikit kan.

then, masa malam hari jadi abang lepas makan celebrate segala pergilah Tesco.
kat situ terjumpe lah Remaja yg di cari-cari dkt news.com
terus grab. tak mcm selalu belek-belek dulu sebab to be honest skrg vna dah tak layan sangat Remaja dah.
Vna more kpd pembaca setia EH! skrg. pertama kali jatuh cinta dgn EH! magazine masa Yuna jadi cover untuk edisi raya tahun lepas. Since tuh every month beli. Remaja ada jugak Vna beli tapi tak mcm zaman sekolah menengah dulu lah. tgk isu apa & siapa jadi covernya then baru beli.

berbalik kepada Remaja edisi 15Feb 2012 ni,
ada sesuatu yg bikin vna terkejut opoooocooot berderau darah tau.
apa bende?
serious terkejut sebab tak tau.
beli semata-mata sebab nak baca cerita Lisa Surihani b4 kahwin.
tup-tup!
big smile
:)


alhamdulillah, blog kecik Vna terpilih dalam ruangan Blogspot!
Ouch, mahu tak terkejut.
serious tak tipu vna memang tak tahu menahu lgsg.
selak baca tiba haaa ambik kau.

first of all, thank you Remaja sebab review blog kecik Vna!
Vna terima teguran & kelemahan yg dinyatakan oleh Remaja tuh secara terbuka.
yup,masih byk yg perlu vna perbaiki sbg seorg blogger.
oh, psl campur aduk penggunaaan BM+BI dlm entry2 vna ni sebenarnya pada vna blog ni ditulis secara tidak formal that's why lah vna kdg2 cam rojak jer.
tapi takpe lepas ni kte try perbaiki lagi entry-entry di masa akan dtg yeah?
;)

di sebabkan blog kecik vna terpilih maka vna decide nak tukar lah sikit "imej" blog ni.
tuh yg gagah perkasa tukar header tukar layout adjust sikit sidebar.
mungkin tak hebat tapi boleh la.
imej 2012 blog vna
:)

so readers, korang dah beli belum Remaja isu 15Feb cover Lisa Surihani?
hyep,Lisa supporters, you should grab your copies okey?
this is our princess.


once again, terima kasih awak,awak & awak semua yg singgah/baca/follow blog vna ni ok?
tanpa korang-korang semua blog vna takkan terpilih dlm Blogspot Remaja kan.
Insyaallah vna akan share dan terus share info/cerita/penggalaman kat sini yeah.
thanks jugak kpd kwan2 vna yg perasan blog vna masuk Remaja.
korang memang awesome lah.

take care readers!

much love,vna erman :)


Sunday, February 19, 2012

pembaharuan.

Assalamualaikum,

haaa,perasan tak?perasaan tak?
kalau korang pembaca tegar blog kecik ni sure korang perasan kan kan?
yup betul!
BLOG BERWAJAH BARU :)

apa pendpt korg?
ok tak?
konsep kali ni vna ketegahan kpd konsep SIMPLE.
bermula drpd header vna design biase-biase jer.
takde dah nak letak byk2 gambar cam header-header yg lepas.
so ok tak header yg baru tuh?

imbasan header lepas-lepas:
yang ni 1st try vna buat header.

lepas tuh Vna ingat lagi,besties Vna si Dayah complain cakap suruh tukar header baru.
perah-perah idea tup-tup jadilah header yang ini:


memang header kat atas ni nampak mcm crowded dgn segala mcm bende nak decorate & letak.
tapi, itulah imaginasi Vna yg diapplykan kpd header di atas.
kire sapa mampu pandang header tuh dari segi 3D kire hebat lah.
well,vna memang takde basic lgsg psl animation & design.
totally out.
so, sebab tuh header ni mcm keanak-anakkan sikit.
tapi ade makna header kat atas.sape hebat tafsir kire HEBAT GLER LAH!
ke selama ni korg tak pernah perasan?
tssk.

dan inilah latest header design by Vna Erman :)
actually vna mmg takde idea nak wat header.
jap-jap tanya dkt Erleen ok ke tak.
last-last ni jer kot mampu.
sekali lagi ditegaskan vna bukan student AD mahu pon Mass Comm yang expert bab-bab design logo header segala okey?
boleh la nak bagi blog berwajah baru.
hentam saja laaaaaa......

untuk background plak kalau previously punya background yg nama VNA!VNA!VNA! tuh kan.
punyalah nak bagi tau name die Vna kan.teruk betul.
tapi yang kali ni serious lah nak gune pakai konsep simple so vna just pick up jer background sedia ada yang blogger dah sediakan.
edit lah sikit colour segala.
lagi satu,
yang kat tengah2 ni, mksd vna dkt entry punya space ni kalau dulu vna pakai warna pink kan kan..ingat tak?
then kali ni nak gune standard colour putih jer lah.
name pon pembaharuan kan.
lame sangat dah berwarna pink.
cemuh orang tgk dah kan.

so, apa pendpt korg tentang wajah baru blog vna?
masih awesome seperti dulu tak?
gheee ;)
atau BOOOOOO VNA!
you decide.

p/s:ada agenda disebalik blog berwajah baru ni okey.
nak tahu ape.stay tuned next coming entry.

much love,vna erman :)


Thursday, February 16, 2012

segalanya ada di EduFriends :)

Assalamualaikum,

Situasi Pertama:
" Bila eh boleh semak kemasukkan ke IPTA?"

Situasi Kedua:
" Macam mane nak apply biasiswa?"

Hye readers!
Korang semua mesti ade akaun Muke Buku kan kan ;)
Facebook la.
vna nak suggestkan satu page yang sangat informative khusus untuk para pelajar tak kisah lah anda ni masih di sekolah menenggah, politeknik, kolej komuniti, matriculation, asasi , diploma, degree, master and Phd.
TAK KISAH as long as anda ialah PELAJAR!
oh, kalau parents pon boleh jugak. 
ape kata korang rajin-rajinkan jari jemari untuk mengerakkan mouse korang like page: 
dekat sini segala maklumat yang korang perlukan tak kisah apa sahaja as long ade kaitan dengan pelajaran la boleh diperolehi.
takde lah pulak nak cari resipi kek coklat korang pergi tanya kat admin EduFriends ni pulak kan.
tak rugi kalau korang LIKE page ni sebab dia akan tolong korang alert dengan latest news contohnya bila tarikh biasiswa dibuka, bila boleh semak kemasukkan ke IPTA, macam mane nak apply biasiswa, apa biasiswa available untuk students and etc.

example:




page ni jugak bukan semata-mata untuk awak-awak di peringkat pengajian tinggi jer tapi untuk adik-adikku sekalian di sekolah menenggah digalakkan jugak untuk BERKAWAN dengan EduFriends ni.
sebab kat sini adik-adik boleh dapat macam-macam contohnya seperti tips-tips untuk menjawab soalan peperiksaan (PMR,SPM,STPM,MUET)
so sambil-sambil online tuh boleh terjah-terjah lah EduFriends ni.takdelah online kosong jer kan.
atleast somethings you can gain.
Selain itu, EduFriends ni jugak akan membantu adik-adik untuk alert dengan kemasukkan ke SBT,MRSM,Teknik. so ape lagi?
dah ade PA tak berbayar tuh takkan nak lepaskan peluang macam tuh jer kan.
cepat like!

kate kan lah adik-adik macam ade problem tak tahu nak jadi ape, ape course ade dekat U, kalau cita-cita macam ni nak ambik course ape yang sesuai, cabang-cabang kursus yang di tawarkan oleh institut pengajian tinggi senang cerita perlukan consultation jangan risau.adik-adik cuma perlu drop comment dekat wall mereka insyaallah diorang akan acknowledge dengan soalan adik tuh dan akan bantu sehabis mungkin.
senang kan?

jadi kawan-kawan, Vna harap korang LIKE lah page ni boleh?
ni bukan page yang useless okey?
believe me.
if admin tak jawab soalan korang let me know ok.
Vna akan infrom admin segera.
seriously tak payah susah-susah nak search dekat google everythings available here.
tak caye cer LIKE skrg.

till then,
take care.

much love,vna erman :)


Wednesday, February 08, 2012

Vanila Coklat,Gemersik Kalbu & Bicara Hati the series.

Assalamualaikum,

Memandangkan rumah sewa dkt Puncak Alam tuan rumah tak berapa bermurah hati nak providekan tv or from positive side mungkin the owner nak kami berempat pulun sakan study sampai nak muntah. Rasenya kalau begitulah niatnnya tuan rumah maka rasenya matlamatnya untuk menjdikan kami berempat tekun & tawaduknya sewaktu study mcm tak menjadi kot. I know myself. Selagi tak muncul or nampak byg2 study week tuh takde makne eh nak tekun eh eh eh!

In case takde tv dkt puncak alam, punya pulun sakan lah tengok tv skrg ni. Kalau boleh nak peluk cium tv tuh rsenya.eh tak,tak propa sangat. Tak,cume lately ni kat TV asyik tayang cerita best-best mcm nak terjelepuk dekat lantai sebab alahai tomei-tomeinya bak kata BoBoi.
antaranya cerita Vanila Coklat dkt TV3.

Oh my, kenapalah cerita ni teramatlah sweet sehingga semua orang boleh terkena jangkitan kencing manis? 
Kadar peningkatan manusia-manusia gila tersengih sorang-sorang sehingga nak terkoyak mulut jugak semakin meningkat bilangannya & mungkin hospital-hospital sakit jiwa tak mampu merawat pesakit-pesakit angau dek penangan Vanila Coklat ni.ehhhhhhhh!

You know what, kalaulah vna ni ialah ais dah lame cair okey. Nasib baik Allah S.W.T cipta solid kalau tak jenuhlah mak dgn abah nak kene p bubuh dalam fridge bagi keras balik. That's why lah ciptaan Allah S.W.T tuh maha hebat.betul tak?

I really love yesterday episode. Adik vna dah siap tergolek-golek dekat lantai angau. Lepas tuh sumpah kelakar habis time Izara menjerit terkejut tengok makcik dia bgn tdo tuh. sumpah natural gila kot.
thumbs up Izara Aishah! your acting memang superb best.

so sape cakap Korean drama jer best?
Malay series pon tak kurang hebat okey?
Like,like,like Vanila Coklat.
tak boleh ke TV3 buat cerita ni hari-hari sebab penat nak tggu every week!
haiyaaaaaaaaa....

second drama vna follow ialah Gemersik Kalbu at TV3 jugak.


hamboi cerita ni start mase ktorg tgh final exam lagi. pukol 7mlm-8mlm memang diperuntukkan untuk tengok series ni jer. salah satu sebab vna tengok cerita ni of course novel Gemersik Kalbu among favorite novel vna. Lepas tuh watak Wan Ariffin lakonan Fazreen ouwwwh, sweetnya. I mean, Fazreen tuh makin-makin handsome after kawin. Nasib kau dah kawen kan Fazreen kalau tak..... *angkat-angkat kening*
vna & housemate akan make sure yang after paper petang cepat-cepat cari makan malam, mandi & terpancak depan tv nak tengok this series.

lakonan Aqasha pon not bad.sangat nakal ;)
Ayu Raudhah pon oklah.
eventhough cerita ni macam terswitch-switch drpd dlm novel tapi tak la so obvious lari plotnya.
cume bila watak Hisyam di jadikan berlebih-lebihan tak mcm dlm novel, yang tuh memang vna tak puas hati gila. sangat annoying boleh si Hisyam tuh?
Hisyam gila.Hisyam sakit jiwa. Noktah.
don't forget this week episode kemuncak.

third series ialah Bicara Hati at Astro Prima.


memandangkan cerita ni bersiaran waktu yang sama dgn Vanila Coklat so vna akan tgk the next daynya which is today la pukul 12tghari. cerita ni pon vna sempat tgk 2episode baru. sebab ramai cakap lembab & x best. lagi asyik masyuk layan novel ni. di sebabkan Bicara Hati among favorite novel jugak maka skrg vna akan start follow lah this series.

I like heroin drama ni, Christina Suzie kot name die. name die payah sikit nak pronouce. heyyyy, die teramat comel. walaupon lakonan die tak la excellent sangat tapi ok la for new comers kan.
TAPI, vna memang sgh2 meluat watak Razif dalam series ni.
Ya Allah, watak ni same mcm Hisyam dlm series Gemersik Kalbu.
annoying. matilah cepat watak Razif tuh eh.
meluat,meluat,meluat.

so korg sementara ade berapa2 weeks semester break vna ni korg ade lagi cerita best-best nak recommendkan pada vna tak?
Oh, please don't ask me to watch korean series okey. Yes, I know korean series tuh sweet-sweet belaka cerita tapi vna tak tahu nape tak terasa nak tengok.
maybe mata diorg sepet-sepet kot and vna prefer mereka bermata bulat.
eh boleh pulak gitu alasan kauuuu vna

dah la.
take care uolssss
smile :)

much love,vna erman :)


Friday, February 03, 2012

mimpi yang diharap menjadi realiti.

Assalamualaikum,

Supposely entry ni di karang semalam tapi dek kerana mata terlalu berat ibarat pakai maskara 3tan adalah lebih baik vna beradu sebelum mata yang tak berapa bulat mcm Heliza Helmi bertukar menjadi mata panda atau lebih specific menjaga kesihatan iaitu mendptkan tdo secukupnya di malam hari supaya wajah tidak kelihatan lesu tapi malangnya tdo cukup tetap jugak muncul 2 ketul jerawat yg amat besar di dahi yang bukan saja menyakitkan di luaran bahkan sehingga ke dasar hati terasanya.LOL!

korang nak tahu tak? actually vna menyimpan impian untuk menjadi seorang novelis. Since sekolah menenggah lagi. After SPM cuti yang pnjg gila tuh kan adelah vna tulis cerita but then cerita tuh mcm tergantung sekerat jalan seperti anak kangaru tergantung dlm gantungan ibunya. Terus mcm takde idea and tak tahu mcm mane nak kembangkan plotnya. Tapi semangat membara jugak nak siapkan. So, vna baca balik from awal cerita vna and suddenly diri sendiri terasa mual and berkata pada diri sendiri 
"ape bendelah yang aku tulis ni weyh.seriously kalau aku lah pembaca I won't buy this kind of story"
diri sendiri pon tak confident dengan karya sendiri maka sekuat hati button "BACKSPACE" ditekan sampai takde satu huruf lagi appear dkt Microsoft Word tuh and sepantas kilat mouse terus tekan button close. that's it. jangan di kemukan soalan "Vna tulis cerita pasal ape?"
dah tak ingat & kalau ingat sekali pon dalam keadan berpurdah pon malu nak cerita kat org eh!

Bukan senang nak jadi novelis. Impian tak cukup untuk menghasilkan novel lagenda macam Ombak Rindu sehingga mampu di angkat ke layar perak dan dicetak berjuta-juta kali. Impian tak cukup untuk mengarang karya setragis Andai Itu Takdirnya sehinggakan menimbulkan fenomema semua orang keep searching for that novel dek kerana sold out di semua kedai buku di seantero Malaysia.

Orang dah muak dengan novel streotaip kisah anak Dato'/Tengku bercinta dgn orang miskin and terhalang kerana darjat dan harta. Terlalu banyak novel dkt luar sana yang digambarkan heronya kaya raya, handsome sampai mampu mengeliatkan tengkuk sang gadis yg memandang sebab tak mampu nak toleh melihat yang lain manakala heroinnya seolah-olah wajib menjadi yang paling cantik sehingga merangkul Miss Universe sampai 10kali berturut untuk mengambarkan betapa cantik tiada tandingan, menjadi rebutan jejaka berbarisan seperti panjangan penonton beratur di cinema untuk beli tiket wyg cerita Harry Potter.

Vna tak nak tulis novel streotaip macam ni. I want to come out with something different. tak perlu tragis sangat sampai semua pembaca kene pergi farmasi cari ubat selsema, pergi sekolah/kerja dengan mata bengkak.
Cukuplah karya itu mampu buat orang tersenyum, gelak mengekek-gekek ikan kek-kek & mereka berkata BEST!
tapi sampailah ke detik and saat ini idea masih belum muncul lagi.
sobs sobs :(

Vna nak tulis novel yang sangat-sangat lain macam novel ni yang baru vna baca semalam.

*photo credit to Mr Google ;) ;) *
Aku Kan Novelis by Nurul Syahida

Vna agak ketinggalan untuk baca novel ni sedangkan dah lame novel ni keluar dekat pasaran. Dah berlambak kot orang dah buat review pasal cerita ni. But then cerita ni sangat-sangat different and fresh contentnya. Kalau vna tak silap takde pon lgsg digambarkan rupa heroin tuh macam mane. No such thing nak cerita pasal harta, pangkat,kisah cinta 3segi,hexagon,heptagon ke ape. Hero takde nak bajet handsome oh cair semua gadis-gadis sunti di dunia. sangat lawak penampilan hero dalam novel ni. Vna tak nak bagi tau you better read by yourself. sumpah tak boleh berhenti gelak baca sampai Mak Vna tanya ape bende dok gelak sangat tuh. well, Vna kalau gelak memang takde macam rupa gadis Melayu letak tepi gorilla,sopan lagi kot gorilla tuh gelak rasenya.maaf!

tapi serious korang Vna nak tulis novel yang ceritanya fresh & new! mcm author Aku Kan Novelis ni buat.
Vna terfikir macam mane lah datang ilham die nak karang novel macam ni. I would like to say korang WAJIB baca novel ni okey. try to borrow it from your friends or buy it. tak rugi. cuma korg harus pandai berimaginasi bila baca sebab itu akan menambahkan keseronokan membaca novel Aku Kan Novelis ni.
serious vna kasi 5bintang untuk novel ni.

Dan semoga ada di kalangan korg yang ikhlas untuk mendoakan semoga satu hari Vna berjaya menghasilkan sebuah novel yang fresh contentnya, tidak streotaip & menjadi novel lagenda. Dan kita suddenly bertemu mungkin ketika Vna sedang window shopping and korg menyapa: 
"Eh ni Vna kan novelis tuh. Heyy kite minat novel awak! "
and vna memberi reaksi begini:
"Oh terharunya & tak sangka ada orang minat novel kiteeeewww!"
lihat, betapa tingginya impian untuk jadi novelis sehingga mampu berimaginasi sampai tahap ni siap gigih bukak folder gambar sendiri cari gambar yang mengambarkan impian kita tuh tau.
bukan populariti yang di cari tapi kepuasan merealisasikan impian sendiri.
anyway, credit to my official photographer, Dayah Junaidi sebab ambik gmbr candid ni.
berguna akhirnya gambar candid ko ni.

till then,
terlalu panjang entry kali ni.
maaf menjulingkan mata korg!
thanks for reading my entry!

much love,vna erman:)



Wednesday, February 01, 2012

Wordless Wednesday: Kisah Hati

Assalammualaikum,

*picture credit to Hatta Dolmat FB*
cantik gila,suka sangat2,ingin memilikinya tapi mampukah?

much love,vna erman ;)