Friday, March 28, 2014

21 Hari Tanpa Khabar.

Assalammualaikum,

8 March 2014. 
Hari yang DUNIA takkan lupakan, hari menyayat hati, hari bermulanya Malaysia di uji oleh yang hakiki. 
Well, rasanya tak terlambat untuk Vna menulis apa yang Vna rasa tentang KEHILANGAN MH370.
Vna follow setiap cerita/berita/updates pasal MH370 ini dari hari pertama sampai ke 21 misteri kemana MH370 kini.(sewaktu entry ni dikarang) 

Alllahuakhbar, meski pun tak kenal seorang pun hamba Allah yang ada dalam flight tuh, tapi Vna menagis tiap kali dengar perkhabaran tentang MH370 ini. Sehinggalah ke detiknya PM kita Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (this is our current Prime Minister my dear world, please take note & don't simply write the wrong fact) umumkan yang MH370 BERAKHIR di Lautan Hindi. Allahuakhbar hibanyaa! :(

Macam yang Vna cakap Vna memang follow 100% pasal isu MH370 dari awal. Termasuklah dengan berita bukan-bukan orang mengata dekat Twitter sesedap mulut, macam takde perikemanusiaan, dengan yang sakan post gambar selfie, food porn & promote business dekat IG guna hashtag PrayForMH370, buat Vna wondering apa dalam diri memasing memang sifat PENTING DIRI menebal begitu sekali kah?

Dah sampai ke hari 21 ni, ada lagi yang masih tak puas hati bila orang post kata-kata semangat/kirimam doa dekat social media, alternative pihak-pihak tertentu mewujudkan WALL OF HOPE dekat public places untuk orang ramai sampaikan simpati dan doa itu PUN DIJADIKAN ISU? 

Barangkali mereka lupa, ALLAH MAHA MENDENGAR, MAHA MENGETAHUI setiap perkara? Kalau kita tulis doa dimana pun Allah tahu niat kita & dia tahu bila selayaknya untuk dimakbulkan setiap permintaan. Dan untuk tiap coretan di dinding-dinding harapan mungkin dibaca oleh keluarga dan kenalan,setidaknya mereka tahu bukan mereka seorang saja yang mengharap bahkan yang lain juga.

Jangan melulu kata masyrakat doa di sosial media sahaja, 
Apa kau nampak setiap kali dia tadah tangan selepas solat?
Apa kau bersama setiap solat hajat di panjatkan?
Apa kau dengar setiap rintihan di hadapkan pada yang hakiki di atas?

Apa kau terlau hebat untuk mempertikaikan setiap pengorbanan yang dibuat?
Mereka cari dekat lautan bergelora yang terbentang luas,
Itulah orang bagi ilmu Geographi, Pengetahuan Am tak mahu kuasai,
Bahasa Melayu terabur apatah Bahasa Inggeris lagi hancur,
Kosa kata atau grammar yang paling kau terror, itulah semua kata makian sahaja.

Stop blaming MALAYSIA my dear world
Stop blaming ISLAM as terrorist.

MH370,
Malaysia dicerca, pemimpin di lontarkan segala nista,
Islam ditindas oleh anasir luar,
Muncullah, buktikan pada dunia negaramu ini bukan begitu,
Agamamu sebenarnya benar bukan yang dicanang kejam melulu.

MH 370,
Keluargamu,
Kenalanmu, 
Negaramu,
Agamamu,
Bangsamu,
Saudaramu,
bahkan kami yang tiada pertalian dengan kamu 
Semuanya rindu.

p/s: Gambar yang di ambil 2 minggu lepas






Kami redha andai ini takdir kamu yang telah tertulis beratus tahun dulu.
Allah Maha Besar!

much love, vna erman :)