Wednesday, March 09, 2016

Makan Nasi Minyak Majlis #ruzainideqda (Rizman Ruzaini)

Assalammualaikum,

Bulan sudah, (ehem baru nak update) dapat invitation majlis resepsi pasangan Ruzaini & Deqda. Siapakah? Ruzaini, salah seorang fashion duo negara dengan jenama Rizman Ruzaini Creations tuuuuuu!

Majlis yang Vna attend ni sebelah lelaki, kiranya orang kata sambut menantu la macam tu. To be honest, Vna memang superb duperb excited untuk attend dengan harapan pleaseeee pleaseeee ada Fazura, since Fazura dengan RR tersangat lah akrab. Malangnya tiada. Bukan rezeki untuk bersua kali kedua. Nevertheless still loving you Faz!

Vna & Family sampai sedikit terlewat daripada pengantin maka terlepas lah satu acara dalam majlis tersebut. Acara tersebut ialah berarak guna tandu. Ala-ala inspirasi kesultanan Melayu Perak zaman dulu-dulu. Sesampai je pengantin dah duduk bersanding atas pelamin yang lawa gilossss telan ayaq liuq tengok.


Since pengantin tengah bersanding so adalah lebih baik pergi makan dulu sambil mata terperasan dengan golongan-golongan dalam fashion industry & ahaks mata tertacap dekat sesorang dimana harus or tak, tak lebih kepada WAJIB KENA AMBIK GAMBAQ dengannya! Siapa? Tunggu cerita seterusnya.

Lepas dah kenyang, actually separa kenyang sebab pulun makan lekaih-lekaih takut terlepas nak ambik gambaq teruihhh gerak pergi menyapa pengantin. Tak la menyapa sangat sebab ramai orang kot keliling meja makan. Pakat-pakat take turn wish dan bergambar. Harus pandai skill menyelit untuk bergambar dengan pengantin nak-nak yang berstatus public figure ya!


Sorry ya sebab ramai ya ampun take turn, pengantin nak makan pun tak senang. Mana nak kunyah mana nak sengih maka this is the best shot yang dapat dengan pengantin. 

Sementara pengantin tengah isi perut tambah tenaga penat kenduri, Vna toleh kanan toleh kiri takdak orang pun sebab semua tertumpu kat meja makan pengantin maka kami pun tumpang sedas dua ootd depan pelamin meletup mak aihhh ni!


Hew hew! :)

Lepas sedas dua ootd, teruihhh pulun pi cari orang wajib bergambar itewww! Inilah dia, Daler Yusuf. Model lelaki yang selalu bekerjasama dengan RR & juga salah seorang bakat baru/pelakon. Antara drama yang latest Vna tengok Tuan Anas Mikael, watak dia Mika, manager dekat Krabi yang bercinta dengan Wan Sharmila tu! Dalam cerita tulah bukan in real life. 


Sound merenyam/galak/gatal mereqla, but honestly Daler handsome ya rabbi. Segala puji-pujian setinggi langgit selayaknya untuk Illahi sebab molek sempurna aihhh ciptaNya. Masa sampai-sampai kenduri memang mata ter-pandang secara tak sengaja & wow handsome weyh. 100% lebih handsome dari dekat TV.

Daler pun mesra dan peramah since status dia sebagai public figure/selebriti so memang ramai la orang kampung pakat-pakat pulun ajak bergambar. Termasuk lah Vna, makcik-makcik ku, cousin-cousin ku sekalian papppp ambik pappp pakat upload Instagram memasing qenyih sampai telinga. Nak-nak dapat comment-comment rakan taulan makan hati sebab jealousy! Bahahaha. 

Sesudah kisah Daler, kita balik semula ke kisah yang diraikan. Lepas makan, acara seterusnya ialah memotong pulut kuning. 

Lepaih tu tup-tup emcee announce keluarga pihak lelaki ada surprise untuk pengantin. Taraaaa tudia ada performance tarian joget. Pakat-pakat close family close friends pengantin join depan pelamin menari termasuklah pengantin.  Iols duduk tepi tengok sajo! Hew hew. 

Dah habis menari maka tibalah masanya sesi memenatkan pengantin iaitu bergambar tanda kenang-kenangan. Maka family ku pakat bergegaslah naik pi depan pelamin. Macam biasalah golongan bapa-bapa mana pulun sangat depa pakat duduk tepi bawah pokok. Golongan ibu-ibu iaitu para emak dan mak sedaraku, le cousin je lah yang bergambar. Demi Instagram kan! Bahaha.

Sebahagian dari keluarga Mami Banun yang attend. Eh kami geng cucu-cucu Mami Penang mai naaaa!


Sama je, cuma gambaq ni tukar turn ambik gambar dengan adikku. Lol!

Sebelum ni memang pernah je pun bergambar dengan Rizman tapi since le cousinku tak pernah ok jomlah hakak sedara hampa teman kan!


Thanks ya Rizman sudi bergambar. Merangkap pengapit lelaki sejak nikah dan semua resepsi.

Sebelum balik nak kena jugak bergambar dengan someone ni. Memang hidup Vna jenis jumpa public figure/selebriti jenis kena bergambar. Tapi yang kita suka la. Masa kat majlis tu selain Daler Yusuf, ada Zery Zamry, salah seorang fashion designer tak kurang hebat kat Malaysia. Dia macam malu tapi mahu last-last approach jugak lah. 

"Zery nak ambik gambar boleh?"


Hew hew lagi :)

Oh hat ni bukan selebriti, tapi my little cousin yang not so little anymore. Ingat Aniqah? Nahhhh dah berstatus anak dara uolsss! Bila adik membesar ni???


Dah kenyang, dah dapat bergambar maka pulang lah nak dekat pukul 3 petang jugak lah. Terima kasih untuk setiap serba serbi. Wedding tradisional paling meriah pernah pergi.


Till Jannah Ruzaini & Deqda.
Amin.

Much love, 
Vna Erman.