Wednesday, April 20, 2016

Penggalaman Memohon, Menjawab Web Assessment dan Phone Interview untuk Teach For Malaysia.

Assalammualaikum,

Fresh from the oven updates okey! Hai, rakan pembaca sekalian? Pernah dengar program Teach For Malaysia? Kalau pernah teruskan membaca. Kalau tak pernah search dulu sedikit informasi then continue baca ok!

Untuk yang nak memohon TFM, ni adalah sikit tips untuk kalian. Based on experince sendiri. Yang mana baik ambik buat guidelines, mana tak okey rujuk pada yang lebih arif. Actually terpanggil untuk tulis sebab rasa kurang orang share pasal penggalam diorang untuk join program ni. Kalau ada pun, lebih kepada SUDAH TERPILIH dan penggalaman join, bukan penggalaman memohon.

SEBELUM MEMOHON:
  1. Study betul-betul setiap syarat kelayakan, baca setiap arahan/butiran sejelas mungkin. Sebab nak memohon stage 1 bukan senang okey!
  2. Be alert dengan datelines, tarikh submit online application. 
  3. Pastikan EMAIL ADDRESS yang digunakan active! Sebarang keputusan, khabar berita di hantar ke email yang korang daftarkan.Toksah dok bagi email yang lapuk password pun tak ingat. 
STAGE 1: ONLINE APPLICATION
  1. Apply permohonan korang secara online dekat website rasmi Teach For Malaysia. Isi betul-betul application part 1 ni. Bukak mata luas-luas. Kalau dia mintak pangkal huruf kena huruf besar, buat!
  2. Lepaih dah siap, ada satu button yang akan send link ke email address korang untuk part 2. Sebab tulah sangat diperlukan valid email address.
  3. Bukak email korang, click link yang TFM provided, continue isi seperti yang diarahkan. Sila selesai tempoh isi mengisi permohonan within masa yang diberikan ok. Untuk cohort 2017 (yang Vna mintak ni) tempoh yang diberikan ialah 14 hari. Make sure completekan selekaih mungkin.
  4. JANGAN SHARE LINK dengan candidates lain sebab link yang diberikan khusus untuk diri sendiri.
  5. PART 2 ada 4 muka surat, basically kena fill in pasal education background dan kena buat 2 SHORT ESSAYS in ENGLISH. 2 short essay tu ialah Statement of Intent & Reflective Essay. Diorang ada bagi guideline apa yang should dituliskan, just follow dan karangan tak boleh lebih 300 words. Untuk reflective essays, buatlah cerita dari hati. 
  6. Mohon alert untuk perkara-perkara remeh, contohnya kalau nak submit resume follow sebijik macam format dia nak. 2 pages dan rename resume according format diminta. So alert arahan-arahan kecil masa isi form tuh
  7. Double check everything, dengan lafaz bismillah tekan lah submit button korang. 

Sekiranya korang layak dan lepas STAGE 1, maka korang akan terpilih ke stage 2. Alhamdulillah Vna lulus stage 1, so nak share dengan korang experience ke stage 2.


STAGE 2: WEB ASSESSMENT DAN PHONE INTERVIEW

  1. Sila semak email. Dalam email disertakan link untuk jawab Web Assesment dan link untuk menempah/booking waktu untuk phone interview. Web Assesment perlu diselesaikan terpilih dahulu sebelum phone interview
  2. Alert dengan arahan. Tempoh yang diberikan hanya 3 hari. Make sure settlekan secepat mungkin Web Assesment dan lepaih tu teruihhhhh booked masa untuk phone interview.Macam Vna tersilap lengahkan sehari untuk buat web assesment bila nak buat booking untuk phone interview dah banyak masa tak available. Nasib current slot compatible dengan masa Vna. So, dapat email cepat booked ok! Once confirm booking, kita akan received email confirmation.
  3. WEB ASSESMENTAda link yang di attach kan. Jangan foward dekat orang sebab link ni lain-lain setiap candidates. Ada 15 soalan objective dan 2 soalan untuk short answers questions. Soalan lebih kepada analysis dan interpretation data.(P/S:Mungkin lain orang lain JENIS soalan). Ini hanya sebagai guidelines untuk korang expect apa yang ditanya. Oh haruslah in ENGLISH. Masa yang diberikan hanya 40 minutes. Takde countdown clock di attachkan so pepandai alert dengan masa.
  4. PHONE INTERVIEW: Memang mendebarkan. Mohon get ready awal, jawab phone call kat tempat yang takde ganguan. Hand phone make sure charge battery full. Soalan-soalan yang ditanya basically mula-mula kenalkan diri, kenapa berminat nak join TFM, previous experiences tak kisah even non-related dengan pendidikan as long as kita INGAT kita buat apa, cabaran yang dihadapi, how to overcome challenges yang lepas-lepas. Prepare apa GOALS yang kita nak achieved once complete 2 years program. Kalau boleh bagi jawapan jujur. Sebab setiap soalan seterusnya related dengan jawapan yang kita bagi. Means, kalau buat cakap buat, tahu cakap tahu. Tak buat cakap tidak, tak tahu mengaku tak alert dan akan take note in the future. Senang study la resume kita/online application yang kita submit. (P/S: Berkemungkinan lain candidates/panels berbeza bentuk soalan/interview).
  5. Berlatih untuk bercakap dengan lancar nak-nak phone interview in ENGLISH ye! Kalau tak hebat grammar terabur cuba as long as jangan senyap. Phone interview the only ways to score ialah dengan bercakap. 
  6. Antara kelemahan phone interview kadang-kadang kita tak jelas/tak dengar soalan dengan baik. Boleh je mintak panel untuk repeat soalan even awal-awal panel pun dah mention kalau tak dengar boleh request soalan lagi sekali.
  7.  Jaga kesihatan. Macam Vna boleh pulak lah nak phone interview tetiba mai penyakit batuk. Ambik precaution cepat-cepat ok. 

Ok, tu je kot experience Vna untuk kedua-dua stage untuk join TFM. Serious habis je phone interview teruihhhhh log in blog taip supaya tak lupa apa nak sharekan. Kalau Vna lulus stage 2, Insya Allah Vna share penggalaman masa Stage 3. Kepada yang mebaca, tolong doakan untuk Vna ye! If bukan rezeki Vna untuk join TFM ni, ambiklah guidelines ni sebagai salah satu sumber untuk preparekan diri korang k. Ini sekadar berkongsi berdasarkan penggalaman sendiri . Mungkin betul mungkin salah. Mohon maaf kalau ada tersilap!

Much Love, Vna Erman :) 


4 comments :

kamilia awatif said...

Dapat tk g final stage? I phone iv esok, cuakkk

Vna Erman said...

Hai Kamilia Awatif!

Unfortunately tak berjaya ke last stage. Bukan rezeki disitu.

aisyah said...

SAYA DAPAT PHONE INTERVIEW.. TAPI XDE PUN WEB ASSESSMENT :(

Vna Erman said...

@aisyah:

Mungkin format baru kot awak. Yang ni last year/2016.