Monday, January 15, 2018

Ayat-Ayat Cinta 2 : Filem vs Novel

Assalammualaikum,

Bila dapat tau filem Ayat- Ayat Cinta 2 (AAC2) tak ditayangkan serentak dekat Malaysia frustnyaaaa tuhan saja yang tahu. If korang dah baca entry yang lepas pasal AAC2 yang Vna update sure korang tau betapa ku nanti-nantikan filem ni. Tapi tak mengapa hidup harus diteruskan dan setia menanti 11 Januari tiba.  


Tepat je 11 Januari terus check waktu tayangan pappp terjah wayang terus. My expectation memang tinggi sangat-sangat dengan filem ni sebab yang AAC yang first memang menusuk gila kan lepas tu dah khatam pulak 1004 muka surat novel yang kedua maka semangat tuh memang membuak-buak nak tengok. Dah lah tuh almost 10 tahun beza filem pertama dengan yang kedua. 

SELEPAS MENONTON
..............................

BEST TAPI MENGECEWAKAN! 4/5 bintang!
Rating tinggi tuuuuuuuu tapi mengecewakan apakahhhhhhhhh? Ok meh nak habaq mai sebagai seorang yang dah baca novel dan dah tengok movie yang di adaptasikan.

BEST:
1. Untuk sesiapa yang tak pernah baca novel sebab jalan cerita dia mudah difahami walaupun ada beberapa scene yang macam eh tetiba macam ni dah. But ok lah almost semua cerita waktu permulaan filem sama. Fahri memang berjaya sebagai seorang Muslim, pensyarah di universiti, tauke mini market dan kalau tak silap dia dengan Aisha ada butik dan restoran makanan Indonesia jugak cuma dalam filem tak ditunjukkan.Fahri dah jadi kaya raya berbekalkan harta yang Aisha miliki dan bertambah-tambah bila semua bisness yang diusahakan dengan Aisha berjaya. (Aisha memang orang kaya sejak AAC1). Scene Fahri mengantikan kelas Professor Charlotte, bersolat, halau students yang tak baca nota lepas tuh panggil masuk semua sama. Tapi part tetiba Hulya mencelah masuk arghhhhhhhh dah mula rasa tak best sebab dalam novel bukan macam tuh pun. Cepat sangat Hulya muncul.

2. Watak Fahri memang padepowwwww sangat-sangat lah dalam AAC2 walaupun sebenarnya dekat filem dia tak tunjukkan betapa menderitanya Fahri mencari Aisha. Suka tengok sifat murah hati Fahri tolong semua orang tak kira bangsa atau agama. Setiap benda yang Fahri buat (tolong Misbah, beli rumah nenek Catrina, menaja Keira belajar kelas biola, cuba selesaikan masalah Sabina) diniatkan supaya amalannya sampai buat Aisha. Nampak tak betapa sayangnya Fahri dengan Aisha. Memang lah tak logik semua benda Fahri tu tolong, tapi memang watak Fahri untuk AAC2 duit selongok gila. Kalau kita baca dari segi Islam makin banyak kita bersedekah makin bertambah-tambah rezeki kita. So logik lah kenapa Fahri kaya dan berjaya.

3. Dalam filem ni jugak Islam digambarkan sebagai agama yang INDAH dan HEBAT dari setiap segi sama macam dalam novel. Walaupun sebenarnya dalam novel lebih mendalam lagi digambarkan keindahan Islam. Suka cara dia angkat watak Fahri, seorang Muslim yang berjaya di negara asing. Suka cara tengok kegigihan Fahri menuntut ilmu selagi boleh. Suka tengok cara Fahri berdakwah dalam kelembuatan. Haihhhh....

4. Filem ni jugak best sebab dia genre karya berat/naskah yang deep bukan cerita-cerita yang santai kebiasaaan yang dilambakkan dekat tv/wayang. Bila tengok cerita ni kita kena berfikir. Lagi-lagi kalau dah pernah baca novel.Cuma itulah pengarah mengolah jalan cerita nampak klise dan banyak scenes PENTING di skip. Itu memang frust sangat. 

5. Pada Vna, bila nenek Catrina back up Fahri dalam debat. Tak tau nak cakap macam mana tapi rasalah sesuatuuuu yang deep. Korang yang dah tengok paham tak? Alaaaa tak tau nak cakap macam mana lah. Mohon tengok dan rasakan. 

Antara yang 
MENGECEWAKAN:

1. Scene berdebat antara Fahri dengan orang-orang berbangsa Yahudi 

Nampak macam debat murahan sangat sebab tak di highlightkan point sebenarnya perdebatan tuh. Kalau dalam novel, yes diorang betul-betul berdebat siap dengan hujah-hujah yang mantap gila. Kalau di zahirkan betul-betul lah dalam filem sure gempak gila sebab Vna percaya Bront Palarae (watak Baruch) mesti lagi all out, OMG berimaginasi sendiri sekarang! Lagi satu, scene nenek Catrina mencelah waktu berdebat mencacatkan lagi scene berdebat tu. Kalau dalam novel Baruch halau nenek Catrina dari dewan before debat mula. Waktu tu yang nenek Catrina bela Fahri macam yang dalam filem tuh then barulah debat pasal Amalek mula. Tak la orang benggang debat ntah apa-apa. Bukan si Fahri yang berdebat si nenek Catrina. Haha.

2. Fahri selamatkan Keira dari jadi pelacur. Keira tetiba didatangi Puan Varenka nak ajar dan asah bakat Keira bermain biola.

Semua sama macam dalam filem, Jason datang mintak tolong dengan Fahri. Tapi dalam filem klise nya pengarah olahkan Fahri upah orang untuk bidding beli Keira. Takde ok dalam novel camtu. Keira decided untuk jadi pelacur lepas ibunya berkeras menjual satu-satunya biola yang Keira ada untuk bayar hutang. Keira buat keputusan untuk melacurkan diri . Lepas Jason mintak tolong dengan Fahri, Fahri belikan sebuah biola dan suruh Jason berlakon dia curi biola untuk Keira supaya Keira tak jadi pelacur. Kalau Keira masih berdegil, Jason akan bunuh diri. 

Lepas tuh Fahri mintak tolong dengan Puan Suzan (pengurus butik pakaian milik Aisha tapi dalam filem tak wujud pun wataknya) untuk berlakon seolah-olah berminat untuk menaja perbelanjaan Keira belajar biola dengan Puan Varenka dengan syarat mesti menjadi juara dunia. Takde lah tak semena-mena ketuk pintu rumah orang haiiiii saya nak ajar awak main biola. LOL!

3. Watak Hulya 

Tetiba muncul dalam class BILA MASA WUJUD lagu tuh? Sebenarnya Hulya muncul lambat sangat dalam novel. Macam mana Hulya muncul sebenarnya?

Untuk menjadikan Keira pemain nombor satu dunia, Puan Varenka suruh Keira untuk bermain biola di jalanan supaya dapat dia dapat feel yang lebih ghairah waktu bermain biola. Puan Suzan mencadangkan kepada Fahri untuk mengadakan acara mengumpul dana kemanusian untuk anak-anak Palestin. Keira dan Puan Varenka akan bermain biola untuk acara tersebut. Puan Suzan mempelawa Fahri untuk join perform sebab Fahri sedikit sebanyak tahu cara untuk bermain biola hasil dari ajaran Aisha. 

Waktu acara tuh berlangsung, Fahri langsung tak fokus main biola sebab asyik teringatkan kenangan bersama Aisha. 
SEE DIORANG TAK INSERTKAN PUN SCENE FAHRI SELALU TERINGKATKAN AISHA HERGHHH! 
Tetiba ada seoranggadis bertudung menawarkan diri untuk bermain biola mengantikan tenpat Fahri since Fahri tempo semua dah kelaut LOL LOL. By the time gadis tu mula mengesek biola, Fahri terus rasa macam Aisha yang bermain. Habis je event, baru Fahri discover gadis tuh ialah Hulya, sepupu Aisha. Fahri tak cam memula sebab dulu Hulya still budak kecil. Sekarang dia dah pun dewasa. Gitewwwww! 

4. Nenek Catrina discover siapa sebenarnya Sabina. 

INI SCENE YANG PALING KU KUCIWAAAA GILA! 
Scene ni tak wujud langsung dalam novel dan scene ni paling-paling tak patut tukar sebab inilah perkara penting dalam cerita AAC2. 

5. Fahri dan Hulya berkahwin.

Frustnya tengok dalam movie watak Fahri macam nampak "miang" sukakan Hulya. Fahri sebenarnya dibayangi Aisha setiap kali tengok Hulya. Sebab Hulya membesar saling tak tumpah macam Aisha. Lepas kahwin dengan Hulya, Fahri still ingatkan Aisha. Hulya banyak bercerita dengan Sabina. Sabina selalu share tips dengan Hulya cara untuk mengambil hati Fahri. Hulya pun follow semua yang Sabina nasihatkan akhirnya Fahri pun mula menerima Hulya.

CAN YOU IMAGINE PERASAAN SABINA a.k.a Aisha TENGOK SEMUA TUH? 
Tertoreh weyh. Tapi dalam filem TAKDE! Sayangnya dibuang scene-scene penting macam ni.

6. Hulya wasiatkan untuk buat pemindahan wajah dengan Sabina a.k.a Aisha.

 Sebetulnya Hulya dah melahirkan Umar. Sabina pulak membantu menjaga dan sayangkan Umar macam anak sendiri. Satu hari. Puan Veranka menjemput Hulya untuk bermain biola bersama dengan Keira. Tujuannya untuk membangkitkan mood bertanding dan sebagai persiapan untuk Keira menghadapi pertandingan biola peringkat dunia. Puan Veranka nak bagi mood bersaing kepada Keira. 

Dengan keizinan Fahri, Hulya bersetuju dengan rancangan Puan Verenka dengan syarat Hulya tidak mahu di interview oleh mana-mana pihak selepas persembahan selesai diadakan. 

Waktu nak balik diorang (Keira, Hulya dan Sabina) singgah dekat station minyak. Hulya waktu tub mengandungkan anak kedua bukan si Umar.  Kalau dalam filem, tetiba ada muncul watak Bahadur dari AAC1 tapi sebenarnya tak wujud langsung si Bahadur dalam AAC2 ni. 

Keira turun ke tandas Hulya pulak masuk ke mini mart untuk membeli sesuatu. Selesai membeli, dia pun tunggu Keira dekat luar toilet. Tetiba dia dengar suara Keira menjerit terus Hulya pun lari masuk dalam toilet. Ada seorang lelaki mabuk sedang cuba nak merogol Keira. Hulya pun terus sepak lelaki tuh dan lari selaju mungkin dengan Keira ke kereta.

Masa nak masuk kereta tulah tetiba Hulya kena tikam dengan lelaki mabuk tuh. Hulya pun dibawa ke hospital dan koma beberapa hari. Bila dia sedar dia tau yang sebenarnya masa yang dia ada suntuk sangat dah. Dia wasiatkan Fahri untuk buat pembedahan menukarkan wajahnya dengan Sabina supaya Umar sentiasa dapat tengok muka ibunya walaupun Hulya dah mati.

Lepas Hulya meninggal, Fahri suarakan wasiat Hulya kepada Sabina. Akhirnya Sabina bersetuju. Kalau dalam novel dia siap cerita Fahri ada jumpa dengan beberapa ustaz/ulamak untuk membincangkan isu ini berdasarkan persepsi Islam. Kalau scene ni diwujudkan dalam filem, tak la nampak klise pembedahan muka tuh.

Sehari sebelum pemedahan, Fahri kemaskan barang-barang Hulya. Tetiba dia terjumpa sebuah buku puisi kegemaran Aisha dekat tempat barang-barang Hulya. Waktu Fahri bukak buku tuh, ada nota Hulya tulis ini puisi kesukaan Fahri. Sabina menyuruhnya membaca waktu bersama dengan Fahri. 

Waktu tu Fahri rasa sesuatu. Dia masuk ke bilik Sabina tetiba terjumpa cincin perkahwinannya bersama Aisha ada dekat bilik  Sabina. Fahri tak percaya. Esoknya sebelum pembedahan dijalankan, Fahri request dekat doktor menjalankan bius seluruh badan. Fahri merayu supaya diberikan seminit sebelum pemedahan untuk berjumpa dengan Sabina yang waktu tu dah tak sedarkan diri. 

Fahri pun menyelak sikit pakaian Sabina di bahagian bahu kanannya. Terkejut lah Fahri bila dia tengok Sabina ada tanda lahir yang sama dengan Aisha. 

TENGOKKKKK FAHRI ORANG PERTAMA YANG TAHU ITU AISHA!
Bukan nenek Catrina okeyyyyyyy. Even sampai meninggal Hulya tak tahu Sabina sebenarnya Aisha. 

Ok cukup tuh je kot perbandingan antara filem vs novel. Ada lagi tapi ini dah cukup panjang Vna cerita. Ntah dibaca ntah tidak korang ni. 

Keseluruhan filem ni masih bagus walaupun adaptasi nampak klise. Bila kita ambik kira nilai pengajaran yang kita dapat, cinematography-nya, the way setiap satu pelakon deliver watak masing-masing Vna rasa mereka masih deserved 4/5 rating.  Pengolahan cerita je simple sangat. I wish pemgarah tonjolkan lagi penderitaan Fahri dan Aisha yang terpaksa berpisah. Oh Bront Palarae your acting memang padepowwwww!

 Till next movie.....tak sabar nak tunggu Eiffel I'm In Love 2 bulan Feb nanti. Tuh pun favourite jugakkkkkkk. Sapa suka angkat hp sekarang! 

Much Love, Vna Erman :)

No comments :