Tuesday, November 28, 2017

Fashion Valet vs Zalora

Assalammualaikum,

Sapa sini suka shopping online angkat tangan? 

Saya!!

Biasa tak shopping dekat Fashion Valet atau Zalora Malaysia. Kalau biasa mungkin boleh skip post kali ni, tapi kalau nak tau tips penjimatan shopping dekat dua online gah di Malaysia ni teruskan membaca! Seperti biasa, apa sahaja yang Vna tulis tidak berbayar dari mana-mana pihak bagi tujuan promosi maka semua yang Vna ceritakan di sini adalah berdasarkan penggalaman sendiri so hopefully tips yang Vna share bermanfaat untuk semua shopaholic sepertiku. LOL!
..................................................................................................................................

Latar belakang syarikat :

Fashion Valet : Syarikat anak muda Malaysia. Wohoooooo Made in Malaysia #bangga .Mula bertapak pada 2010 dan pengasasnya ialah Vivy Yusof dan suaminya. FV carry local designer brands dan jugak beberapa jenama local dari seluruh Asia.

Zalora Malaysia : Mula bertapak di Malaysia pada 2012, meruapakan sebahagian dari Zalora Group under Rocket Internet GmbH. Zalora bukan je ada dekat Malaysia, tapi ada dekat negara-negara lain seperti Indonesia, Singapore dan Brunei. Berbeza dengan FV, dekat Zalora korang boleh beli local brands dan selected international brands.

Adakah senang untuk shopping di FV/Zalora? 

Yes, dua-dua website sangat user-friendly. Korang hanya perlu create user account lepas tuh pilih barang masukkan ke dalam cart/bakul shopping lepas tuh bayar. Once dah selesai pembayaran, kedua-dua website akan update mengenai parcel korang melalui email. So sangat selamat dan cepat. 

Payment Options/ Kaedah Pembayaran

Fashion Valet : Boleh guna kad kredit, online banking yang ada di Malaysia atau secara manual iaitu bank in di ATM mesin kemudian emailkan slip pembayaran kepada diorang. TETAPI, untuk produk-produk yang laku keras/ sekelip mata sold out (selalunya brand dUCk) direct bank in method takde so korang nak tak kena bayar guna kad kredit atau online banking. But most of the time direct bank in available sentiasa. Tapi nak senang guna je online banking. 

Zalora Malaysia: Sama macam FV cuma Zalora TAKDE DIRECT BANK IN tapi ADA CASH ON DELIVERY di beberapa kawasan sekitar Malaysia. 

So decide website mana yang memudahkan anda. Tapi kalau ada online banking senang tak payah pikir dua-dua web boleh shopping

Website mana yang bagi FREE POSTAGE eh?

Dua-dua website offer free postage ke serata pelusuk Malaysia tetapi...............
# IMPORTANT TIPS HERE!
Kalau beli dekat FV tak kira lah berapa items, tak kira berapa harga memang dapat free postage. Tapi, kalau dekat Zalora kena spend RM75 ke atas baru layak untuk dapat free postage. So kalau rasa-rasa nak free postage tanpa perlu spend banyak go to FV. Benda pertama kita kena buat ialah survey terlebih dahulu barang/brands yang kita nak beli tuh available ke tak dekat dua-dua website, lepas nak tuh kalau ada go for FV untuk penjimatan tak payah bayar postage.

Contoh:
Kita nak beli eyeshadow Sugarbelle Cosmetics SAHAJA! Brand ni available dekat FV dan Zalora. Harga eyeshadow yang kita nak RM39 so beli lah dekat FV dah jimat duit postage di situ.

Tapi kalau barang/brands yang kita nak hanya ada dekat Zalora (lepas tuh harganya kurang dari RM75) so terpaksa lah bayar postage. Melainkan kita beli barang lain jugak so lebih dari RM 75 takpe. Postage fees Zalora adalah seperti di bawah :


Ingat, SURVEY/CHECK TERLEBIH DAHULU BARANG/BRANDS yang kita nak beli ada ke di kedua2 website lepas tuh  baru decide. Vna memang sejenis shopaholic kedekut bayar shipping. Mana-mana online website yang offer free shipping with no minimum spend itulah yang akan diutamakan.

FV dan Zalora charge GST tak?

FV BEBAS GST yahooooooooo (bebas disini bermaksud company yang tanggung) manakala Zalora customer yang kena bayar. So kalau nak nyahkan GST dalam shopping cart korang maka membeli-belah lah di FV lebih jimat kerana 6% itu sangat berharga. LOL!

Contoh:

Proses pertukaran/exchange kalau size tak kena dengan kita senang tak?

Kedua-dua company accept exchange dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian ASALKAN mana-mana barang yang kita beli masih ber-tag harga/label, tidak dipakai atau dibasuh, tidak di ubahsuai (alter) dan berserta pembungkus plastik/kotak yang asal. Antara FV dan Zalora, proses pertukaran dengan Zalora lebih senang berbanding dengan FV. Kenapa?

Fashion Valet : Kena email terlebih dahulu kepada customer service diorang lepas tuh kena tunggu FV reply balik sama ada request kita nak tukar ada stock lagi ke tak then baru boleh hantar balik barang kita nak tukar dekat diorang. Setakat harini pernah sekali buat pertukaran size. Walaupun proses nak mintak tukar macam renyah (sikiiiittt je) tapi service diorang cepat. 

Zalora : Sangat senang dari FV, bukak website atau apps lepas tuh pilih exchange terus kita boleh select  nak tukar warna ke atau tukar ke sizing yang lain. Once dah selesai kita boleh terus hantar balik dekat warehouse diorang secara percumaaaaaa. 

Return policy atau proses pemulangan semula bila terjadinya kejadian seperti:

Pinnnn pinnnnnnn!!!!!!! Parcel sampai depan rumah yahooooo! Bila kita bukak parcel lepas tuh try tak selesa

atau

Model pakai lawa kita pakai tak kelihatan macam tuh pun kuciwaaaaa.....

atau

Terpengaruh dengan insta famous lepas tuh menyesal kenapa aku beli kenapa kenapa??

atau

Alamak lupa bayar PTPTN bulan ni sebab dah terguna untuk online shopping"

MACAM MANA NI?HELP!!

Fashion Valet : Korang boleh pulangkan semula apa sahaja barang yang tak suka atau tak puas selepas beli asalkan barang tu bukan pre-order items, produk kecantikan contohnya macam makeup, skincare, alat tulis, pakaian renang, pakaian dalam atau sebarang aksesori seperti tudung, beg, cincin, rantai dan seangkatan dengannya. Senang cerita pakaian atau kasut boleh dipulangkan semula. 

Pastikan barang yang nak dipulangkan semula masih berada dalam keadaan yang sama macam yang kita terima. Lepas tuh print dan isi borang pemulangan semula/returns dan masukkan sekali dengan barang yang kita nak pulangkan tuh. Bila barang yang kita hantar dah sampai dekat diorang kita tak dapat balik duit dalam account bank tapi FV pulang semula dalam bentuk store credit. 

Incase ada yang tak tau apa itu store credit, store credit tuh macam duit jugak tapi duit digital yang hanya boleh guna untuk beli benda lain dekat FV. Contohnya kita beli sepasang baju, lepas order tertengok brands lain eh lagi cantik tak yah tepuk-tepuk dahi menyesal, just pulangkan semula pastu gunakan store credit tuh untuk beli yang lain. Faham tak? Oh ya, di FV kos pemulangan semula di tanggung oleh customer. 

Setakat harini belum pernah pulangkan lagi apa-apa dekat FV. Semua barang yang dapat memang puas hati. Cuma pernah mintak tukar size tu je.

Zalora : Sama macam FV boleh pulangkan apa sahaja barang yang kita tak berkenan lepas beli KECUALI :



Yang bestnya dekat Zalora kita boleh mintak duit kita balik yahoooooo! Kalau jenis dah beli pastu baru nak menyesal kenapa aku beli kenapaaaaaaa why whyyyy, haaaa geng-geng macam ni sesuai membeli-belah dekat Zalora dari FV sebab kita boleh mintak refund duit semula. Proses pun senang dan pantas. Vna tak pernah berani beli kasut secara online sebab kaki saiz kecik so memang risau sangat tak kena. Tapi ntah macam mana tergedik order kasut dekat Zalora pastu bila dah sampai longgar padan muka. Nak tukar saiz lagi kecik yang ambik tuh memang dah paling kecik. Mujur boleh mintak duit semula so taklah sesal separuh nyawaaaaaaaa! 

Proses refund pun lebih senang dari FV. Cuma bukak website atau apps Zalora, takyah renyah print borang pastu isi. Just pilih option returns lepas tuh decide sama ada kita nak nak cash atau store credit. Segala penghantaran pemulangan semula ke Zalora free dengan syarat guna Poslaju atau drop parcel di Collect Co center berhampiran tempat korang. Bila diorang dah terima barang yang kita pulangkan setiap process Zalora akan update kita.






Antara FV vs Zalora, Vna lebih suka Zalora sebab Zalora tanggung kos penghantaran untuk pemulangan dan boleh dapat cash semula! 

Antara FV dan Zalora, mana yang murah?

Pada Vna barang-barang dekat FV agak mahal (terutamanya pakaian) manakala Zalora masih boleh consider ok sikit sebab kita boleh dapat baju yang masih mampu milik sampai secekik-cekik darah gurlllppppp. Contohnya waktu musim raya, baju raya dekat FV kebanyakkannya bermula RM200 ke atas tapi dekat Zalora ada option baju less than RM100 tapi masih lawa, design terkini dan berkualiti. 

FV sangat jarang sales tapi Zalora selalu buat sale. FV kalau sales pun, brands letops excluded contohnya dUCk. Zalora selalu bagi coupun code dalam website, via social influncer atau pun dalam magazine tapi FV memang tak laaaaaaa. 

Ada membership price tak?

Takde awak-awak sekalian. Tapi kalau beli apa-apa items dekat FV boleh collect points. 
RM1= 1 points, kalau ada 100 points boleh tolak RM1.00 untuk next purchase. So kumpul points banyak-banyak then guna so boleh jimat. Zalora pulak takde collect points. Kalau nak discount, apply voucer code je la.

................................................................................................................................................

So itu sahaja tips atau guideline shopping yang Vna boleh share untuk membantu korang jimat tang mana-mana yang boleh jimat.Ingat, duit kita hak kita. Mana boleh jimat kita jimatkan. Tips paling penting 

survey,
survey,
survey,
baru beli.
unless barang tuh limited edition so grab je lah jangan pikir lama-lama atau korang akan menangis dibucu katil. LOL! 

Antara FV dan Zalora, Vna banyak membeli dekat FV sebab free shipping,takde GST dan boleh collect points untuk di gunakan masa depan. Tapi dekat Zalora pun beli jugak cuma tak sekerap dekat FV. Kalau sesuatu benda Vna tak confident nak beli tapi nak try, memang akan beli dekat Zalora sebab kalau tak suka boleh mintak duit balik. Kadang-kadang ada dapat voucher code so dapat lagi murah so Vna akan beli dekat Zalora sebab FV jarang sales. Ada jugak certain exclusive brands ada dekat Zalora takde dekat FV begitu jugak sebaliknya. 

Kedua-dua company service cepat zappppppp cuma Vna tak suka Zalora guna service GD Ex. GD Ex area Vna sangat hampeh, suka tak jumpa rumah padahal rumah Vna dekat center bandar, delays penghantaran even bukan peek season, tak call langsung if sesat atau before datang call dulu untuk pastikan ada orang dekat rumah. Kalau FV, diorang mengunakan pengkhidmatan Pos Laju. Kalau lewat sampai parcel pun bukan salah FV, tapi salah Pos Laju. Senang cerita kalau lewat bukan salah FV atau Zalora tapi courier company yang lambat.

Incase ada yang macam tak paham apooooooo lah yang Vna merepek ni tak pahammmmmmm lah, boleh drop comment nanti Vna leraikan kekeliruan itewwww. Happy shopping uols. 

DISCLAIMER: POLISI SYARIKAT MUNGKIN BERUBAH DARI MASA KE SEMASA, MOHON BACA TERMS AND CONDITION ATAU FAQ TERLEBIH DAHULU. 

Much Love, Vna Erman :) 

5 comments :

Izzy easy said...

Sama la zalora mmg terbaik

Unknown said...

Saya prefer Zalora. Refund senang sangat. Request from website. Postage cepat. Order hari ini esok dah smpi. Depends pada brands, kalau yg mmg simpan kat store zalora cepat smpi. Selalu buat diskaun. Zalora the best.

Dayana hazmi said...

Hai boleh saya tahu sekarang kalau nak return kene email jugak ke

hell said...

Hai, nk tanya, fv store credit tu boleh guna utk discounted items ke?

Unknown said...

Hi nak tanya, macam mana kalau kita salah bagi email? ada option lain ke dia akan bagitau pasal parcel kita tu nanti? :(