Assalammualaikum,
Entry pertama untuk 2014 :)
Last weekend Vna ada attend kenduri pertunangan anak cousin mak Vna which means yg bertunang tuh dua pupu lah pangkatnya dengan Vna. Nak dijadikan rezeki minggu lepas Vna berpeluang berjumpa dengan pereka fashion yang meletop letop designnya dekat Malaysia ni iaitu Rizman Ruzaini :)
Diorang ni among 5 start fashion designer Malaysia. Tipu lah kalau korang tak pernah dengar nama diorang even korang bukan peminat fashion sekali pun Vna sure korang mesti pernah dengar even tak familiar. Diorang berdua ni memang sinonim dengan artis-artis macam Dato' Siti, Ziana Zain, Fazura, Erra Fazira dan ramai lagi.
Vna one of peminat rekaan diorang. Selalunya kalau selebriti-selebriti Malaysia pakai design diorang Vna dah boleh agak yang baju mereka tuh mesti rekaan Rizman Ruzaini. Sebab each designer ada diorang punya trademark design tersendiri so sebagai peminat sah-sah Vna dapat teka design diorang dengan senangnya :)
Nak-nak kalau selebriti macam Fazura, Dato' Siti, Erra Fazira, Ziana Zain kebiasaannya diorang memang akan menyarung baju rekaan Rizman Ruzaini ni :)
Feeling dapat jumpa dua-dua sekali gus dalam satu event of course lah happy giloooos :) before this Vna dah pernah jumpa dengan Ruzaini ni a few times. Masa first time jumpa ingatkan dia Shah Iskandar tuh tau yang si pelakon tuh tapi gerak hati cakap bukan-bukan tapi muka dia sangat familiar and biasa sangat tengok. Rupenyaaaaa dia lah designer tuh :) Rizman plak this is the first time Vna jumpa. Masa nak tangkap gambar segan kot nak cakap lagi pun masa tuh dia tengah dalam bilik pengantin then yang tolong pergi informkan Rizman yang Vna nak ajak bergambar sesama ialah cousin mak Vna a.k.a tuan rumahnya. Hehehe :)
so taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........
On that day Vna tak bercakap dengan Rizman sangat. Cuma masa nak snap photo tuh sempat lah cakap yang Vna ni peminat Rizman Ruzaini creations. OMG, boleh tak macam all of sudden mengigil. Sangat tak buleh blah uols. Dengan Ruzaini ada gak sempat bercakap few things. Siap cakap awal-awal dengan dia yang esok kalau kahwin Vna chop Rizman Ruzaini untuk buat baju pengantin. Haaaa confident macam dah jumpa calon kan ;) Dia sempat promotekan official website diorang yang baru launch which semua rekaan yang di offerkan dalam range harga affordable which korang just masukkam measurement directly dalam website untuk tempah. Currently, collection "PETALS" baru release. Untuk collaboration dengan Ziana Zian insyaallah bakal menyusul kalau tak silap Vna bulan April nanti. Pringe range pon sangat affordable bersesuaian dengan nama and kredibiliti diorang. Korang keep update dengan instagram/website diorang selalu2 untuk latest update okey?
Tadi sebelum update this entry Vna gatal-gatal lah jengah webstite diorang ni. Before this browse through dekat handphone je so macam tak puas sangat so harini tengok pakai screen laptop hambik bedebak boleh zoom in dekat-dekat all the details dekat baju OMG LAWANYAAAAA RASA NAK KAWEN ESOK!
Yelah masukkan measurement, buat payment, within 2 week untuk buat baju then seminggu untuk shipping. Weyh tak ke seronok namanya kawen dapat pakai baju Rizman Ruzaini. Nasib baik takde calon lagiiii.....nasib baik hambaq hang.Kalau tak laju ni tangan ni haaaaaa menempah dua tiga. Gitu dua tiga helai terus.
all screenshoot credit to Rizman Ruzaini Official Website
Ini adalah koleksi Petals untuk para pencinta rekaan Rizman Ruzaini yang nak kawen pakai rekaan diorang dalam price range yang sangat-sangat affordable habaq hang. Even kadang-kadang pergi sewa baju pon dah berapa diorang charge, kalau yang ni hambik kau boleh pass turun temurun ke anak cucu cicit korang.
Vna punya personal favorite ialah LOOK 4, LOOK 8 dengan LOOK 12 :)
tapi terpaling-paling suka tahap nak menagis tengok LOOK 12.
yes LOOK 12 idaman kalbu. perghhhhhhhhh.
excited tengok sampai mak cakap eh eh macam esok nak kahwinnya.
bila nak kahwin ni? bila? bila?
*kenyit mata sikit*
much love, vna erman :)
No comments :
Post a Comment