Assalammualaikum,
New entry kembali dengan al kisah Travelog! Baru-baru ni Vna pergi Pangkor. Nak cakap pergi holiday tak jugak 100 % nya sebab tujuan pergi Pangkor asalnya ialah Abah Vna ada meeting kat situ tapi Vna dengan Mak sesaja follow since tak pernah sampai Pangkor since 23 tahun jadi anak jati Perak. LOL!
Demi tak memalukan diri mengaku anak Perak tapi tak pernah sampai Pangkor maka last week merasalah jugak jejak kaki dekat Pulau Pangkor.
Vna stay Taiping, so dari Taiping shoot ke jeti Lumut ambil masa lebih kurang 1 jam lebih since masa tuh kenderaan berat agak banyak so tak boleh nak speed sangat kena slow & steady. Alhamdulillah ktorg selamat sampai Lumut and beli tiket naik ferry ke Pangkor.
Pink taxi only in Pangkor :)
kat sana semua "taxi" ialah van so setiap kali naik RM10 untuk satu van. so kalau pergi dengan kawan-kawan sepuluh orang naik sorang seketul bayaq seringgit jer. Jimat gitewww! Untuk service kereta sewa pon ada jugak disediakan so sesiapa yang macam extra rajin nak driving during holiday bolehlah sewa. Kat mana nak cari? Toksah risau sesampai je kat jetty berlambak penyewa-penyewa kereta sewa akan approach. Kau siap sedia wang sudah then dapat kereta sebijik and pastu dah boleh vroom vroom kat pulau.
Ada pro and cons naik kereta sewa dengan direct use public transport. Kalau ambik kereta sewa senanglah nak gerak ke mana-mana and kadar bayaran pon depends pada tempoh korang menyewa. Cuma kena mengagau sikitlah nak cari jalan kan, tapi Pangkor ni tak besar mana plus sekarang technology extra hebat GPS ada, google maps ada so it's shouldn't be a problem. Tapi macam Vna sebab tujuan pergi sana sebab follow Abah Vna meeting so nak berjalan pon tak sangat lah.
Vna nak share some advice to those outsider yang first time nak pergi Pangkor, benda pertama korang should take note ialah location hotel korang dengan kedai makan. Macam Vna pergi baru-baru ni, hotel yang pihak penganjur sediakan agak jauh dengan kedai makan, so each time nak makan terpaksa tahan teksi bayar RM10 sekali naik even lokasi kedai tuh takdelah jauh sangat. That's why Vna mention tadi ada pro and cons using rental car dengan public transport. Takkan nak makan makanan hotel tiap-tiap kali nak makan ye dak? tapi kalau korang dikalangan berada takde masalah lah. go ahead, but to those yang dalam within budget buat extra study sikit pasal location so korang boleh decide nak sewa kereta or tak.
Secara personally nya Pangkor ini sesuai those adventurous people sebab dia banyak activity involve nature. Vna memang bukan and takkan sama sekali jadi adventurous person so Abah pulak most of the time dalam meeting room so masa Vna dengan Mak habis melangut tengok pantai and laut.
#ootd
Mak cakap gambar ni posing macam "Hai kak saya jual kain, akak nak beli dak? "
LOL!
In term of shopping dekat Pangkor, kat sana tak macam Langkawi korang boleh cari pinggan mangkuk cekelat segala macam. Kat sana banyak benda-benda hasil laut macam ikan kering, sotong and etc. Pekan dia pon alahai 10 minit jalan dah cukup tawaf kawasan pekan. Most of kedai-kedai jual benda yang sama macam t-shirt, hasil laut macam gitu jelah. Tapi based on experience Abah Vna pergi beberapa kali dekat Pangkor and orang-orang yang pernah pergi sana before this recommend better beli dekat Lumut sebab harga lebih murah compare beli dekat Pangkor. standard lah dekat pulau sure extra sikit harganya.
Depends pada individu lah nak beli kat Pangkor or Lumut. Macam kitaorang selain nak harga yang murah sikit, kitaorang tak mau usung susah payah barang-barang tuh semua bawak naik ferry, so beli kat Lumut boleh terus bawak masuk kereta.
So itulah cerita ringkas pasal short trip ke Pangkor. Vna memang tak sempat nak tawaf satu pulau walaupon actually Pangkor tak besar mana. Kalau tak silap arituh pakcik teksi tuh cakap kalau pusing satu pulau dalam 30km jer lebih kurang.
Next year ialah #VisitMalaysia2014 so add up Pangkor dalam list percutian korang!
take care readers.
much love, vna erman :)
No comments :
Post a Comment