Assalammualaikum,
1997, masa tu aku baru darjah 1. Kita orang tak kenal dan tak berkawan. Tapi aku nampak dia dok pakai topeng jerebu lagi even jerebu dah habis masa tuh. Masa tu waktu balik, aku duduk dalam pagar sekolah, dia tengh ting tong ting tong kat luar panggar tunggu bas or abah dia aku pun tak sure. Tup tak sangka budak bertopeng jerebu tu sampai harini rupanya dia jadi bestfriend aku. Seingat aku lah tulah first time aku start kenal Zalikha Zamri.
Rasanya start betul-betul jadi kawan darjah 4 kalau tak silap. Kelas agama kita orang bergabung dua kelas. Lebih kurang cenggitu lah. Sampai lah ke sekolah menenggah kita orang tak pernah tersplit kelas pun. Ada lah insiden masa tu tingkatan 2, kita orang dapat nombor sebelah-sebelah dalam tingkatan. Tup dia dapat naik kelas. Tapi cikgu kelas masa tu tau betapa rapatnya kita orang. Ada lah berapa hari terpisah kelas kejap.
Pastu satu hari sebelum pi sekolah. Masa tu kita orang sekolah sesi petang. Tetiba telefon rumah bunyi. Biasanya memang aku je yang angkat. Puan Zaiton (still ingat okey sampai sekarang) yang call. Dia cakap aku dapat naik kelas jugakkkkk. OMG!
Cikgu cakap ntah macam mana ada rombakan kelas ke cemana so aku should ke kelas. Aku ingat lagi Puan Zaiton siap cakap haaaa dapatlah duduk balik dengan kawan awak tu suka tak? Teruihhhh terjerit-jerit habaq dekat Mak dapat masuk kelas balik sama dengan Zalik.
Masa PMR kita orang dapat result yang sama. Lawak okey. Result PMR pun nak jadik BFF jugekkk. So bila tingkatan 4 tu macam nervous ahh kot tak sekelas lagi. Tup, masa kat perhimpunan waktu pembahagian kelas lorhhh dapat duduk sekelas lagi. Wehuuu. Masa form 4 tu aku ingat lagi kita orang dua ketul di landa demam galak nak beli barang serupa warna oren. Pencil case sama, jam tangan sama yang pasti haruslah warna oren gituuuu. Tak paham sangat motipnya!
Antara kenangan aku tak boleh lupa, masa SPM kita orang study Add Maths sangat sungguh-sungguh buat past year paper within gap paper 1 and paper 2. Rumah aku dekat gilos dengan sekolah, so after habis paper pagi berdesup berdua balik rumah buat past year paper bersungguh-sungguh. Aku still ingat dia cakap
"Vinnnn kita boleh lulus add math ni....Insya Allah"
Alhamdulillah, credit jugak Add Maths masa result keluar walaupun bersungguh study dalam masa beberapa jam. Gila ahh. Hang ingat lagi dak Jal??
Lepas SPM, kita orang masuk form 6 sat dekat sini. Tapi kekonon dua2 ketul nak mencabar diri so apply lah sekolah berasrama. Pastu sekolah asrama aku bapak kejam takdak outting. Aku memang stok homesick so satu hari tuh abah dengan mak mai nak bawak lah outting. Bila nak mintak kat warden nak keluar abah buat auta la kata nak bawak aku pi doctor kekonon ada check up. So ustaz warden pun bagi lah. Pastu nak bawak keluar Zalik sekali. Dia pun confident pi hulur buku or kad outting (lupa dah panggil apa) kat ustaz. "Ustaz cakap haaa awak sakit pe?". Dia boleh dok buat muka sengih loqlaq dia tuh bukan nak berlakon ka pa. Dah gagal nak bawak keluar Zalik sekali. Tapi nak jugak bawak Zalik keluar. So seludup jugak Zalik masuk kereta. Penyek-penyek kan dia masuk kat celah-celah seat supaya pakguard tak nampak. Dapat lah pi makan Kenny Roggers arituh setelah cemuih dengan nasi kawah hari-hari.
Tapi aku seorang yang tak gagah bab homesick ni. Bila dapat ja offer UiTM memang aku decide nak berambus terus dari sekolah asrama tu. Even kawan-kawan aku semuaaaaa baik (even sampai ke harini aku still keep contact dengan diorang) plus sedih nak berpisah dengan Zalik tapi I have too. Since tu aku selalu harap kita orang dapat masuk U sesama masa continue degree. Alhamdulillah, kita orang dapat U kampus yang sama and sempat jugak lah merasa duduk sebilik sekolej untuk satu sem walaupun kita orang lain-lain course.
Banyak weyh kalau aku nak cerita pasal life kita orang. Kalau dulu asal birthday ja mesti nak buat handmade birthday card. Gigih la gunting kertas warna tempek gambar itu ini lepas tu pos. Yelah sebab birthday dua-dua ketul pakat bulan Disember pastu cuti sekolah. Dah dewasa-dewasa ni guna cara moden lah sikit nak buat birthday wish. Hew hew!
Selain wish via kat Whatsapp plus appreciation post kat IG, aku tetap nak post special entry lah kat blog ni (supaya blog berupdated,bahahahaha sebab dah berkepam lama sangat lah blog ni tak berupdate gara-gara malaihhh punya pasal).
Selain doakan semua yang baik-baik termasuk lah rezeki, kesihatan, rahmat & lindungan Allah untuk setiap perkara dalam hidup dia, aku sangatlahhhhh berdoa dan harap supaya satu hari dia dipertemukan dengan orang yang sebetul dan selayaknya yang boleh jaga dia sampai hari tua. Sepanjang jadi kawan dia rasanya hidup dia banyak menceriakan orang dengan peragai loqlaq and keslumber-an dia. Semua orang senang dengan dia. So aku rasa dia pun deserve someone yang boleh layan gila-gila dia, fullfill setiap makanan yang dia nak makan and senang cerita gembirakan dia. Tu je.
Sebenarnya tengah duduk-duduk tadi terfikir je macam mana lah nanti time Zalik kahwin aihhh, dengan kalot-kalot dia, mana nak loqlaq lagi. Sapa yang kenaiii dengan dia in reality boleh imagine kan kan kan?
Haih padahal itu asalnya tujuan nak upadate blog but end up tulis panjang-panjang. Bahahaha. Memang genetik mukadimah berjela. Sudah.
Happy birthday once again Jal.
Tak sabar nak update story wedding hang pulak!
Carik jangan tak carik.
Much Love, Vna Erman 😊
No comments :
Post a Comment