Monday, October 02, 2017

Mee Kari Sedap dan Murah di Taiping

"Bukak tak bukak tak............?. 
*sambil mata meliar tengok tepi jalan*

BUKAKKKKKKK!

Assalammualaikum,

Antara makan favourite aku ialah Mee Kari. Tapi kalau makan nasi tak suka lauk kari. Jangan tanya kenapa takde jawapan. Lulz. Ada satu gerai dekat Taiping ni jual mee kari tersangat sedap lazat marvellous tahap sempurna 100%. So kepada orang-orang Taiping/orang yang cari makanan sedap dekat Taiping/pelancong atau sesiapa saja meh lah makan dekat gerai warga tua ni. Tak tipu sangat sedap dan murah. Lokasinya dekat tapak bazar Ramadhan Kamunting, ada gerai-gerai makan dalam 4-5 buah sederet meniaga. Gerai mee kari ni paling hujung sekali, penjual dia suami isteri yang dah berumur. 



Maaf takde proper gambar sebab ambik curi-curi. Nak approach diorang untuk proper pose macam eh segan pulak plus rasanya diorang pun tak mau so ambik curi-curi jer. Sorry pakcik makcik tapi niat saya nak memudahkan orang-orang kenal yang mana satu gerai mee kari sedap yang saya cakap ni. Teeeheeeee :)
Selain mee kari, gerai ni ada jugak jual nasi ayam,laksa dan soto tapi setakat hari ini tak pernah try menu lain selain mee kari. Pernah niat nak makan soto tapi bila pergi tak tergamak nak sebut menu lain nak jugak kena order mee kari. LOL!

Honestly, dah banyak kali makan dan setiap kali makan tak pernah mengecewakan. Kalau bulan puasa pun diorang meniaga cuma kadang-kadang takde menu mee kari sebab makcik kata tak larat nak buat dikkkkk. Biasanya nasi ayam memang ada masa bulan puasa. Tapi kalau datang hari-hari biasa insya allah mee kari ada. Cuma pastikan datang pada hari ISNIN, SELASA,JUMAAT dan AHAD sahaja ok. Sebab hari Rabu, Khamis dan Sabtu ada pasar malam jadi diorang tak meniaga, cuti tutup gerai. Waktu operasi bermula jam 5.30 petang. Kalau datang awal berpotensi belum meniaga lagi (Baru dapat tau recently sebab selalu datang kuciwaaaaa alaaaa tak bukak padahal belum bukak lagi.LOL!

Harga pulak tersangat berpatutan di zaman-zaman GST masih kekal RM3.00 jer. Dah lah mee banyak, ada kerang, ada telur (kadang-kadang separuh kadang-kadang suku ), fish cake, fish ball,tauhu, taugeh dengan sawi. Memang pakej lengkap mee kari lah senang cerita. Macam tak percaya harga RM3.00. Korang boleh makan teruih dekat situ atau bungkus bawak balik. Selalunya Vna memang bungkus bawak balik. 

(Sorry, platting berlemuih tak lap tepi pinggan, dan-dan dah tuang kuah dalam mangkuk pappp snap gambaq teruihhh makan pastu dah habis baru realise mangkuk berlemuih.LOL!)

Highly recommended.

Much Love, Vna Erman :)

No comments :