Thursday, October 12, 2017

Make Up Brush Cleanser Paling Berkesan dan Murah

Suatu pagi Sabtu waktu tengah check IG ternampak instastory @makeupbyumminasir share sesuatu yang bermanfaat dan seharusnya dikongsi dengan meluaskan dengan sesiapa sahaja yang sedang google tips pencuci berus makeup bagus/ cara membasuh berus makeup / mana nak dapatkan pencuci berus make up. 

Teruskan membaca sehingga ke ayat terakhir. Sumpah you need this!


Assalammualaikum,

Masa zaman sekolah mak memang TAK BAGI LANGSUNG pakai sebarang makeup. Tak macam budak-budak zaman sekarang darjah 6 dah pandai contouring, shading, eyebrow on point, masuk Sephora berbakul borong beli. Masing-masing punya cara lah nak bentuk anak-anak anda macam mana. To me kita tak boleh bandingkan sebab kita lahir di zaman berbeza. Zaman sekarang semua bergerak pantas, semuanya advanced so mungkin itu salah satu faktor budak-budak zaman sekarang matang sebelum usia. Tak kisah lah asalkan pantau ye parents sekalian. 

Ok berbalik kepada tak boleh langsung pakai makeup, lepas SPM ada lah kejap kerja part time promoter untuk dua minggu dekat mall dapat lah lebih kurang RM300. Masa tu tahun 2008 dan untuk seorang lepasan sekolah yang belum pun dapat lagi result SPM ketika itu RM300 dah besar nilainya. Berbekalkan RM300 yang diperolehi telah ku salurkan beli sebentuk cincin emas putih dekat Lazo Diamond (masih pakai sehingga ke harini sebab sentimental value) dan concealer Maybeline dan satu lagi barang makeup sumpah tak ingat dah apa dia. Masa tuh mak dah bagi kelonggaran untuk berjinak-jinak dengan makeup.

Start daripada tuh makeup collection makin bertambah dari sehari ke sehari. Siap masa birthday request nak basic makeup brush set. Masa memula ada makeup brush SUMPAH tak tahu betapa penting dan WAJIBNYA untuk dibasuh selepas digunakan untuk mengelakkan kuman dan seterusnya menyebabkan pembiakan jerawat tahap dewa. Once dapat tahu teruslah basuh selalu dan sekerap mungkin. Honestly tak pernah beli apa-apa produk pencuci berus makeup. Kebiasaanya mahal macam mehhhhhh apo mahal ni weyh. 

HABIS TUH BASUH BERUS MAKEUP MACAM MANA?

Haruslah google sajo macam mana orang-orang yang lebih expert buat lagu mana. Biasanya rendam dengan syampoo baby jer. Tapi sejujurnya tak bersih sangat. Perlukan effort yang lebih untuk menyental. Wangi memang wangi lah tapi bila lepas basuh, ambik kain tuala bersih perah lebihan air masih ada sisa-sisa kekotoran. Bila nampak jer one of my fav MUA share dekat instastory pasal cleanser yang dia guna, plus berkesan plus murah ko tunggu apa lagi haruslah masuk DAISO beli. 

Balik-balik terus testing adakah benar keberkesanan produk ini. So ayuh lihat!

SEBELUM


SELEPAS
OPPS! Gambar bergegaq sikit but you can still see the result right?

WEYH BERKESAN SANGAT!
Dah pernah cuba macam-macam cara/tips but sekarang tak perlu lagi. Just ambik pencuci tuh titikkan sikit terus gosok bawah air mengalir taraaaaaaa sponge dah bersih. Ok next try dekat brush pulak.

 SEBELUM

SELEPAS


Sungguhlah tak payah nak rendam lama-lama. Ambik sebiji mangkuk, masukkan semua berus yang nak dibasuh lepas tuh titikkan cleanser tuh dalam 2-3 drops dalam mangkuk tuh lepas tu isi air, kocak-kocak berus tuh satu persatu dalam mangkuk tuh then dah boleh terus lap dan jemurkan.

KAT MANA NAK BELI?

Dapatkan di:

DAISO!
DAISO!
DAISO!
(dalam AEON Mall berdekatan anda!)

Harga : Rm 5.90 (including GST)

Rate: 5/5 (EXCELLENT sangat!)

Disclaimer: Produk ni takde bau. Insya Allah HALAL since @makeupbyumminasir pernah belajar dekat Jepun untuk beberapa tahun jadi dia pandai baca description produk-produk Daiso yang kebiasaanya ditulis dalam bahasa Jepun. Dia seorang Muslim, followers dia majoriti Muslim so tak mungkin dia akan recommend produk yang tak halal right? Go get it and let me know your review pulak? Sharing is caring.

Much Love, Vna Erman :)

1 comment :

Ika.S said...

Ika would like to buy this. Sbb mmg tgh mencari pencuci brush yg paling berkesan selain guna benda yang dah tahu. Thankyou sbb share :)