Assalammualaikum,
Memandangkan masih berbaki 2 hari lagi kuarantin positif covid 19 ni, maka kita isi masa dengan menulis review dengan apa bahan yang ada dalam hp ku. Belek punya belek ohhh ada gambar-gambar Sambal Nyet Khairul Aming yang dah berkurun ambik gambar untuk review tapi tak review pun. Semangat tinggi ye tapi kerajinan dan masa yang tidak mengizinkan. Lebih kepada tidak rajin sebenarnaya bahahahahaha.
Sapa yang tak kenal dengan Khairul Aming besar berkemungkinan bukan pengguna tegar Instagram. Masa sambal ni mula-mula launch secara jujurnya takda rasa pun nak beli sebab most of the time dekat rumah mak sentiasa buat spare sambal belancan extra dalam peti ais. Lagi satu, my family bukan jenis beli sambal instant-instant ni semua sebab kebiasaanya memang makan sambal yang mak masak je tak kisah la sambal tumis, sambal balado or sambal belacan. Lagi satu sebab lagi kenapa takdak samba instant dekat rumah adalah kerana abah memang cerewet teramat sangat bab sambal sebab dia cukup pantang sambal letak gula. Well lain orang lain preferences kan?
So macam mana boleh terjebak beli ni?
PERTAMA:
Vna Erman sejenis manusia yang tak boleh ye dengaq dengan perkara limited editon. Tapi sambal ni bukan limited edition kan?
Ting tong!
Dekat twitter bersepah ye orang frust menonggeng sebab sambal ni lesap dibawa arus permodenan rakus tangan-tangan yang sepantas kilat zasssss checkout account shopee masing-masing setiap kali Khairul Aming restock. Tak cukup dengan itu pernah viral ya kes sambal tiruan lagi.
Hal ni membangkitkan perasaan keterujaan yang melampau dalam diriku untuk turut turun berjuang berbatte berbekalkan ilmu selalu battle barang-barang limited edition Dato Rizalman dan jugak duckscarves. Tapiiiiiiii macam membazir rasa sebab bukan nak makan sangat plus kesian dekat orang yang teringin sangat nak tapi tak dapat. So niat terbatal di situ buat sementara.
KEDUA :
Satu hari mak singgah rumah makcik Vna then makan tengahari situ. Then balik mak cerita mak makan sambal sedap sangat tapi pedaih nak mampuih ambik sikit je tapi terasa puas makan. Tanya la dekat mak sambal apa. Dia tak tau. Adoiiiii.
Tapi mak bagi hint yang penting. Mak cakap sambal tu jual online then sorang dapat beli 2 botol je.
SAH!
CONFIRM!
Sambal Nyet Khairul Aming la tuh
Pappp esok pegang hp teruih dah standby nak beli.
GUESS WHAT???
KALAH BATTLE.
Nope.
Pantang ye kalau nak-nak tak dapat.
Esoknya lagi usaha diteruskan lagi untuk membeli sambal nyet ni.
FINALLY!
BERJAYA!!!
Alhamdulillah :)
So taraaaa
p/s : Kalau nak beli sambal ni make sure topup sesiap Shopee Pay secukupnya amount harga item+ postage lepas tu get ready ikut masa restock yang team Khairul Aming mention dekat Shoppee diorang. Internet kena kuat coverage and refresh setiap saat ok? Good luck :)
No comments :
Post a Comment