Assalammualaikum,
Buat sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan penggunaan serum dalam skincare routine masing-masing vna nak suggest dekat korang untuk cuba Wardah Lightening Serum Ampoule ni. My skin type ialah combination/acne prone skin so far alhamdulillah this serum works best for my skin. To be honest this one my 1st bottle cuba but memang nampak good results terus nak share dalam blog mudah-mudahan bermanfaat untuk semua
Bukti ya saya memang guna produk ni dah separuh botol
Yang best pasal produk ni :
* Tak breakout or mencetuskan tiny bump dekat kulitku walaupun mengangdungi active ingredients, Niacinamide.
* Muka rasa plump sangat lepas apply. Cepat meresap dalam kulit lepas kita apply sebab formulanya ialah water based.
*Harga berpatutan tak membebankan bank account. (less than RM30 sorry tak ingat exact price berapa)
* Serum ni memang betul-betul bantu hilangkan bekas-bekas jerawat yang jenis hitam-hitam tu. For me lah. My skin suka keluar jerawat yang besar seketul dua dekat bahagian dagu terutamanya jadi most of the time akan apply Oxy. Bila pakai Oxy memang cepat bagi jerawat tu masak dan pecah,but at the same time Benzoyl Peroxide tu effectnya memang akan meninggalkan parut dekat muka. After pakai this serum memang cepat je hilang parut tu. Alhamdulillah.
* Serum ni jugak bagus untuk korang yang nak baiki skin barier if dah tersalah pakai produk-produk terlarang or ter-over exfoliate skin. sebab dia ada Niacinamide.
* Serum ni di-claim mampu membantu untuk melindungi skin kita dari effect blue rays yang datang dari smartphone, laptop yang kita selalu guna. In term of this Vna tak dapat nak pastikan keberkesanannnya but baguslah.
*Cara pemakaian serum ni
Cleanser - Toner - Wardah Lightening Serum Ampoule- Moisturiser- Sunscreen
* Produk ni boleh apply 2x sehari tapi Vna pakai waktu malam sahaja.
Yang kurang best pasal produk ni :
* Produk ni dalam botol jenis kaca tapi tak la berat so kena extra care if nak bawak travel or masa kita nak guna kot2 tertepis or terjatuh.
* Produk ni konsentrasi dia pekat yelah ampoule kan jadi dropper tu kadang-kadang nak sedut produk tu tak boleh. So kena ada extra effort sikit lah untuk kita bawak keluar produck tu untuk guna. Kadang-kadang terkeluar banyak, kadang-kadang tak mau keluar langsung.
Maybe Wardah can consider untuk tukar packaging jadikan dalam bentuk pump so lebih user friendly.
* Kalau semata-mata guna produk ni dan harapkan magis untuk nyahkan semua parut-parut cela dekat muka kita memang mimpi lah. Kita still kena pakai proper skincare routine untuk jadikan produk ni lebih effectif. So jangan skip toner, moisturiser dengan sunscreen ok?
Much Love, Vna Erman :)
No comments :
Post a Comment