Monday, February 10, 2014

Visit Malaysia 2014: Terjah Terengganu.

Assalammualaikum,

Selamat Hari Isnin sekalian :)
Dua minggu lepas Vna jalan-jalan lagi, kali ni berkesempatan pergi terjah Terengganu :)
Actually niat asal pergi Terengganu ni nak melawat abang Vna yang dah beberapa bulan posting kat sana. Dah alang-alang berjalan lah sekali ye dak? Vna pergi masa CNY, so as u all know kalau kita pi berjalan-jalan time public holiday azabnya kena hadap jalan jammed perghhhhh!
Vna ada dekat sana 4hari 3 malam. Since abang Vna duduk Jerteh, so hari Sabtu tuh kita orang gerak ke Kuala Terengganu.Antara tempat yang best Vna sempat singgah ialah Taman Tamadun Islam. Agak memusing jugak nak mencari, dengan line internet yang kejap-kejap ada kejap-kejap hilang so GPS pon mengarut-garut last-last sampai jugak. Kawasan dia ya ampun luas gilaaaa. You might need one whole day nak discover setiap satu.


Niat asal datang sini nak masuk Monument park, tapi masa sampai tuh dah petang, around pukul 2 macam tuh, cuaca panassssss gila, dengan ramainya orang last-last tak jadi. So pusing-pusing kat area situ and singgah Masjid Kristal. Dari jauh dah nampak yang masjid ni sangat tersergam indah bila datang dekat-dekat terus subhanaallah, cantiknyaaaaaaaa! 




Terengganu with love :)

masa ni memang panas gila, tapi nasib baik berangin. Untuk yang bertanya kat mana nak purchase skirt "mata-mata" tuh korang boleh search @wirdawina dekat akaun instagram. Owner dia sangat friendly. Highly recommened :) Fish tale skirt yang berterbangan tuh berasingan okey! Bukan siap sekali dengan skirt mata-mata tuh :)
selamat shopping!

Dah habis melawat Masjid Kristal, kita orang terus gerak ke Pasar Payang yang orang cakap if datang Terengganu, wajib singgah situ. Konsep pasar ni macam ala-ala Pekan Rabu dekat Alor Setar tuh (if penah pergi itulah gambaran dia). Kat situ korang nak apa saja jenis product Terengganu memang ada. Tapi Vna tak sempat nak snap even sekeping gambar dekat Pasar Payang sebab masa Vna datang Pasar Payang penuh sesangat-sangat dengan manusia, park jauh nak kena toktehtokteh jalan, jalan jams nauzubillah. Kira kalau nak cari plate kereta ganu masa tuh memang payah. Habis tenggelam dengan kereta plate kereta from Perak & Johor, serious dua plate ni sangat obvious Vna nampak sekitar Terengganu time Vna ada kat sana. 

Kalau pergi Pasar Payang anda-anda yang suka membeli kain ela yang jenis liplap-liplap with all the labuci haaaa SINILAH syurganya! Pada pandangan mata Vna, ada yang cantik, ada yang quite heavy well depends pada taste masing-masing. Vna tak beli sebab harga dia gurlppp! Lebih berbaloi beli RTW Jovian Mandagie kalau pada Vna :) Terang tang-tang kita tau fashion designer yang designkan. Lepas tuh of course bila demand tinggi, harga pon diorang kasik up sikit lah kan ;) Economic laws. NORMAL.
Kita as consumer kena lah pandai survey & try our best to get the most affordable price. Vna just beli kerepok-keropok untuk ngapngap lebih berbaloi :)

Next day request dekat abang Vna nak pergi tengok pantai. The nearest pantai dengan kawasan tempat tinggal abang Vna ialah Bukit Keluang, Besut. kat sini pon ramai jugak dengan orang. Hergh!

check-in :)

Banyak-banyak pantai dekat Malaysia yang Vna pernah pergi specialnya Pantai Bukit Keluang ni ialah kat tepi dia ada gua, tapi Vna ni bukanlah adventurous person so MEMANG TAK AAHH nak masuk-masuk gua segala. Feeling-feeling kat luar boleh ahh ;)
photo credit to my sister @elynerman




Kat sini kalau nak shoot gambar wedding sangat sesuai. Memang masa Vna datang berapa pasang pengantin ntah dok sakan bergambar. Baju oren lah, baju biru lah semua adalah. Nak berkelah tapi malas nak masak? Tak payah risau ada je gerai-gerai sepanjang pantai tuh jual makanan, tapi nasi beriani takde ahh. 
bosan nak termenung langut pantai je? Tu diaaaa ada karoke session diorang provide. Memang korang takkan feeling di tepi pantai yang indah ku duduk seorang diri suasana sepiiiiiii........bukan di sini ok?
hahaha. I just wonder 
CONFIDENT GILA NYANYI SATU PANTAI DENGAR SUARA SENGAU HANG?

hiburan :)

much love, vna erman :)


No comments :