Tuesday, July 05, 2011

Wataniah.

salam my beloved friends :)

Aku mengaku siap-siap yg aku bukan dikalangan atlet-atlet sejak zaman sekolah sehinggalah ke zaman universiti.Jgn pernah berharap utk melihat aku bersukan dalam naiwatu rela hati. Kalau pernah ternampak aku pergi padang or pusat sukan itu tak lain tak bukan memang aku TERPAKSA!

Sedaya upaya aku akan avoid any activities involve dengan sukan. Orang selalu cakap badan kecik lari mesti kuat sebab badan ringgan. Di sini aku nak cakap itu fakta paling auta sekali. Walaupun berat badan aku mase sekolah menenggah average 40-42kg tapi akulah lari paling lembab sekali. Kalau ada latihan sukan suruh aku lari-lari, mmg aku tak lari weyh. Aku selalu pakat ngan member aku especially Jazlin jangan nak bersemangat waja sgt lari kuat-kuat sebab takde maknannya kau akan sumbang mata kat rumah sukan sendiri.

Tapi,kalau suruh aku berkawad bab tu aku boleh. Mase sekolah boleh di katakan aku active koku bab unit uniform and kelab persatuan tapi bukan sukan. Selalu jugak la "menghitamkan diri" setiap petang untuk mengharumkan nama KRS sekolah. Kire mmg all out la masa sekolah sebab nak kumpul markah kokurikulum nak masuk U.

Tapi bila dah masuk U aku mmg dah malas sekali utk bergiat active dgn koku especially anything yang kene berkawad. Cukup-cukuplah masa zaman sekolah dulu. Siap aku pura-pura aku lah paling kayu sekali tak reti kawad mase Part 1 Kesatria semata-mata tak mau kene paksa masuk pertandingan kawad. Alah tak masuk kawad pon aku dpt A jugak utk koku :)

Dan sebenarnya aku nak cerita betapa kagumnya aku tengok artis-artis Malaysia skrg sedang bergiat active get involved with Askar Wataniah. Aku yang tak artis ni pon malas gila & tak terbukak pon naiwatu untuk join sekali. Yes, ni sebahagian drpd symbol mereka cintakan negara.

Hey,Lisa Surihani pon masuk Askar Wataniah you all. Yes, Lisa yg flawless & gorgeous tu pon sanggup berjemur & berkawad demi membuktikan perasaan cintakan negara.

Gamaknya macam mane la komander-komander yang selama ni benggis tahap dewa bagi arahan bila ada 
Dato' CT, Lisa Surihani, Sam and lain-lain depan diorg. Kalau aku rasenya tak terkeluar suara kot sebab adrenalin dalam badan vna akan melonjak-lonjak bila bab jumpa artis niyh.Hahaha :)
Nak-nak Lisa Surihani kan ;)

Again, I do respect them. Tetapi tak semestinya kita-kita yg tak masuk program-program sebegini tak sayang negara. Cukuplah kita tahu menghormati pemimpin kita, menghargai penat lelah pejuang-pejuang masa lalu, tak get involve dengan any program yg mengganggu gugat ketenteram & keamanan negara itu sudah cukup membuktikan yang kita sayangkan negara kita. Setuju?

Jadilah belia yang menyumbang kpd pembangunan negara & bukan belia yang menghancurkan negara :)

love & hugs, vna erman :)

p/s: Bila cakap pasal askar wataniah terus teringat dekat ex-BF Ainie dulu ;) Zalikha Zamri anda ingat tak?


2 comments :