Thursday, June 30, 2011

Putih seperti Org Korea?

salam my beloved friends :)

Alahai,aku rasa akulah gadis paling cool gila kat Malaysia sebab tak layan cerita Korea. Tak macam kawan-kawan aku including guys jugak mengilai layan Korea. Sakan sekali mendownload movies, songs, video clip, google gambar buat wallpaper kat laptop & hp gmbr artis Korea and etc. Tak ketinggalan adik aku yg gebu sorang tu tak payah cerita sikit-sikit "Haaaa...handsomennya" or ayat lain "Akak,ko kene tengok cerita ni....cerita ni sweet gila"
Sikit pon tak berkudis rase nak pergi tengok.

Tipulah kalau langsung says NO to Korean product kan.Adalah layan-layan Nobody,nobody but you!
Tengok la jugak tarian ala-ala comel tapi memang comel pon video clip diorg. Berkata-kata la jugak dalam hati asal peha diorang kecik-kecik tak cukup zat? Iri hati jugak lah bila buat comparison dengan peha sendiri kan. Nak mengubat hati cakap dengan diri sendiri
"Bersyukurlah vna kau ada peha daripada kau tempang sanggup ke?"
Tak sangggup.....LOL!

Kalau korang kasi pilihan suruh tengok MaharajaLawak dengan Korean drama series which one yang vna kan choose?Of course tanpa sangsi I will directly switch to channel 132 Astro Warna rather than 391 KBS World :)

Tapi lately ni macam terkena sumpahan Korea kat diri sendiri pulak. Currently tengah follow satu drama series yg actually korang-korang pon dah naik muak tengok kot. Ish,malu kot baru sekarang sibuk nak tengok. Tengok pon sekerat jalan. Episode dah berbelas-belas baru gua layan. Apa guna ada adik fans K-Pop kalau tak boleh cerita what happen masa mula-mula kan. 

Kalau flash back balik dulu-dulu aku layan Korea jugak la weyh. So,toksah nak berlagak superb cool bajet tak pernah layan Korea la kan. Eh, time orang berjiwang melayan perasaan tengok Winter Sonata aku pon sama naik tak kisah lah time tu baru darjah enam kan.
Tapi cuba sekarang kau suruh aku cerita balik cite Winter Sonata eh sumpahlah tak hengat-lah. Ini bukan main-main ini betul-betullah. Eh, to be honest nama hero & heroin or nama watak diorg pon aku tak boleh recalled ketika detik and saat ni apa ntah lagi real-name diorg. Yang aku ingat hero die ada sakit. Sakit apa memang aku tak ingat langsung. Eh betul la aku memang tak ingat jalan cerita die mcm mane walaupun tanpa segan silu aku nak cakap yang dulu aku memang gila kat cerita ni. Pergi sekolah takde bende lain nak cakap dok cerita pasal Winter Sonata jer. And now after a few years, aku tak ingat pape. 

Ok,fine,fine*nada Shuib Sepah*

Lepas redha Winter Sonata dia mai pulak musim lain. Autumn in My Heart. Eh, cerita ni pon aku layan jugak tau. Tapi samalah macam Winter Sonata haram tak ingat dah cerita die mcm mane. Jangan kau tanya nama watak hero die, watak heroin die, last-last jadi ape. Kalau kau tanya cerita ni best ke tak vna akan cakap best sebab vna tau cerita ni best walaupun tak mampu nak ingat cerita ni exactly pasal ape.


Haaa,apa yang aku mampu ingat sekarang hero kedua ni nama die Won Bin? Eh betul ke.Ntah aku rase-rase itulah nama die. Yang aku ingat ramai kawan-kawan pompuan aku minat gila dengan die niyh compare dgn 1st hero.

Lepas tu berzaman-zaman gila tak tengok Korea dah. Orang layan My Girl la, Coffee Prince la and ntah cerita apa lagi aku pon tak tau tajuk die. Kira dua ketul tu jer la cerita Korea yang aku layan sampailah masa part 1 PreLaw kat UiTM Kedah aku TERLAYAN & TERASYIK dengan satu lagi cerita Korea. Tajuk die Which Star Are You From.


Mase tu ntah jin Kedah mana dok menghasut gila marathon CD cerita ni dengan roomate-mate. Sungguh-sungguh gigih punya sanggup empat-empat ketul tarik tilam duduk bawah mentang-mentanglah bilik kat Kolej Masria block M1 tu besaq gila apa lagi mendugong terus Vna,si Dayah,Mia & Kak Aida tengok cerita ni daripada pagi sampai ke malam. 

Cerita ni boleh recalled2 lagi. Erm lelaki tu producer film and heroin ni main dua watak iaitu adik-beradik kembar. Nama watak memang tak mampu nak ingat. Nampak benar makan instant noodle memberi impact yang besar sekali kepada otak.

And now, baru nak sibuk-sibuk layan Boys Over Flower.OMG, korang jangan r hon dekat vna. Yes,yes I know memang ketinggalan gila kan. 

Tapi this series vna tak tengok betul-betul sangat. Al-kisah macam mane boleh terlayan this drama series disebabkan adik vna lah die yg bukak cerita ni petang-petang pukul 3.30 cam tu. Sambil die wat homework sambil die layan cerita ni. Dari dok syok-syok golek baring-baring kat kerusi kat hall tu sampai vna pon terlayan sekali. Episode depan-depan memang tak tengok la kan. So adik vna lah akan jadi tukang cerita. Padahal ada jer dlm external hard disk full cerita ni tapi tulah vna bukan the hard-core fans of K-Pop like others.

Tak nak layan Korea lebih-lebih sebab nanti mula start berangan-angan nak-nak BF sebijik sweet gila nak mampus macam Jihu cerita BOF kan!Kan ke bahaya tu. Standard piawain nak cari soul-mate semakin meningkat bila tengok Korean series. Dalam pada tak berapa layan Korea tak terjumpa-jumpa lagi my soulmate apa ntah lagi kalau asyik melayan Korean series kan ;)

p/s: Selalu sangat orang ingat aku anak Cina, ada blood keturunan Cina.Takde ke orang nak ingat aku anak Korea pulak? Eh Korea pon putih jugak ape ;)
Gheeeeeeeeeeeeee :)

love & hugs, vna erman :)


6 comments :

Anonymous said...

yes, kite same cool la kan sebab xlayan korea..haha tapi ain pon skrg dah TERlayan winter sonata balik, sbb trying to recall the story..=)

Nur Syazana Mohammed Sani said...

zana teringin nak dapat kan kulit yang putih ,. sanggop xkeluar umah ,. heeee

moh le tinggal kan kutukan bernas kat entry terbaru zana =)

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/pengsan.html

Vna Erman said...

Ain Syafiqa: Hye gengz Cool...haha
btw,later share ngan vna ok sal winter sonata...nak recalled balik :)

Nur Syaza: Dear, sanggup eh ddk umah?
insyaallah soon vna terjah ur blog ok!

~aniz~ said...

which star are you from tu aku kn yg bg??? moh le try coffee prince lak..ni pn best.....

Vna Erman said...
This comment has been removed by the author.
Vna Erman said...

a'a yg ko punya...

kalau ada seru aq tgk coffee prince lak.