salam my beloved friends :)
U know what aku ada tiga org adik-beradik. Seorang abang & adik dunia akhirat. Tapi kalau ktorg keluar tiga orang sekali gus & suddenly bertembung dengan kawan-kawan Abah or Mak contohnya seperti di kenduri, di Tesco ketika ktorg bertiga sedang mengaut segala mcm bahan untuk melantak atau di mana-mana sahaja sume orang ok I repeat again SEMUA ORANG mesti tak percaya abang & adik aku tu ialah memang adik-beradik aku sebenar sebab abang & adik aku tu tinggi-tinggi & suddenly aku sorg jer cinonet. LOL!
La, awat hat ni kecik drpd adik?
Yang kakak ni mesti keje diet ja tu yang die sorg ja kecik ......
Macam mana la si kakak ni sorang ja kecik adik ngan abang die tinggi2......
Cheq nak buat lagu mana dah abang & adik cheq tinggi melangut & aku tiba-tiba sorg ja cinonet!
Kalau orang dok cakap aku keje diet & tak makan aku memang nafikan sekeras mungkin. Tanya lah dekat kawan-kawan rapat aku, roomates hatta my own family sendiri aku ni KUAT MAKAN ORGNYA!
Nak-nak kalau tengah malam stay up kat campus kene buat assignmnet yang menyusahkan hidup tu aku awal-awal lagi akan beli 2 dinner. Satu untuk di makan ketika jam 6.30-8.00 p.m & satu lagi selepas jam 12tgh mlm ke atas sebab bila melepasi jam 12 tgh mlm ke atas pada ketika detik & saat itu mula-lah perut ni berokestra bagai.
Yang pasti aku follow genetic my mom orangnya kecik-kecik jer where as abang & adik aku follow mcm Abah aku yang tinggi melanggut!
So fair la kan ada anak ikut bapak ada anak ikut emak kan.
Jadi, bila aku tak cukup ketinggian maka aku harus melupakan impian/cita-cita/harapan/ aku untuk pakai jumpsuit yg skrg ni tengah in-trend KOT!
:(
Kenapalah jumpsuit ni sesuai untuk di pakai oleh mereka-mereka yang tinggi lampai?
Kenapa tidak seperti si katik mcm aku?
FRUSTRATED!
Bertambah frust bila tgk Hana Tajima pakai. Superb lawa pada vna!
Ok,jealous tahap gaban skrg!
Teringggggginnnnnnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......tapi tak sanggup jadi fashion victim!
:(
love & hugs, vna erman :)
p/s:Aku tetap bersyukur dengan apa yg dikurniakan dari Ilahi :)
3 comments :
wahaaa,cun nye hana tajima cutee~
nmpk gmbr viena dlm majalah Dara, tahniah!
Ayuni: TQ dear...
Post a Comment