Tuesday, November 11, 2014

kegembiraan sementara.

Assalammualaikum,

Pernah tak dalam life korang di mana situasinya korang terima sesuatu benda yang di nanti-nantikan, tapi good news tuh hanya bersifat sementara. Contohnya, korang dah lama tunggu sesuatu peluang, tapi bila dah dapat peluang, korang dah usaha sehabis baik tapi endingnya korang tak dapat. Contoh lagi, korang dah lama tunggu peluang nak dapat masuk berkerja dengan kerajaan, kemudian dapat panggilan temuduga. Mesti seronok tak terkira sebab kita among yang terpilih di kalangan beratus ribu dekat luar sana yang sama mengharap macam kita. Kemudian kita attend temuduga, tunggu punya tunggu result, satu hari dapat email ayat pertama yang korang baca adalah perkataan "dukacita".Oh mannnnn, takde seorang pun manusia suka dengan perkatan ini. Can you just please go away from our life wahai si "dukacita"?

Sebenarnya, contoh kat atas happen to myself. Nak di jadikan cerita, semalam Vna menghadap lagi situsai kegembiraan sementara ini. Vna selalu berangan dan mengharap dapat lah sekali seumur hidup attend fashion show yang REAL FASHION SHOW. Means, jenama-jenama hebat jalan atas runway, lighting cantik, jumpa designer ternama dan kita orang pertama yang ekslusif dapat tengok latest collection. Dannn, semalam Vna sengaja cuba-cuba nasib contest dUCk scarf dan tak di sangka-sangka shortlisted untuk terima invitation ke KUALA LUMPUR FASHION WEEKEND. 

Vna memang tak sangka akan dapat seriously, sebab masa join dah beratus orang comment untuk mencuba nasib. Bila check email bukak-bukak dapat. Tapi, macam Vna mention, ini hanya kegembiraan sementara, sebab Vna mengambil masa untuk membalas email yang diterima, bukak email pun selepas 1 jam email ini di hantar, lepas tuh call kawan lah,nak pujuk suruh temankan bla bla by the time reply RSVP slot dah penuh.Serious tak sangka. Vna mati-mati ingatkan yang once kita dah reply email cakap tak datang, baru seat di beri kepada orang lain. Memang dalam email dah siap mention, ini bukan confirm seat, tapi tak sangka kena reply ASAP. Extravangaza ASAP.

Hanya satu jam terlambat, maka lesap impian yang selama ini nanti-nantikan. Serious sedih. Lepas good news bertukar kepada bad news terus cuaca jadi mendung, guruh pun bergempita. Hamboiii, filem sangat ok! Tapi betul memang jadi macam tu semalam. Terus whatsapp bestfriend habaq kelaraan hati semalam. Drama lagi. 
Semalam serious rasa apaaaaaa la nasib aku selalu macam ni? KEGEMBIRAAN SEMENTARA!

Tapi lepas dah beberapa detik,baru realise yang AKU TAK WARAS! 
Tak redha dengan ujian Allah bagi, tak bersyukur apa yang dah dapat selama ni dan senang lenang makan hasutan syaitoooonnnn! I think semua orang mesti pernah berhadapan dengan situasi macam ni kan?
I wrote this entry just to remind to myself, untuk di masa-masa akan datang, dan jugak untuk sesiapa yang membaca entry ni untuk TIDAK MENYESALI apa jua bentuk kegembiraan sementara yang pernah kita terima.

For me,
yes, pernah shortlisted untuk attend fashion show, atleast shortlisted daripada langsung tak pernah kan? Bersyukur di situ.
Dan untuk semua perkara-perkara kegembiraan sementara yang pernah rasa, semua Allah akan gandakan kegembiraan selamanya.
Maafkan aku Tuhan :(

My simple tips untuk melalui kegembiraan sementara ni ialah :

1) Belajar terima nasib. Kalau nak menagis masa tuh, bantai pi lah menagis pun. Itu bukan satu bentuk jenayah pun. Kalau rasa masih tak boleh nak hadapi sorang-sorang, next korang boleh cuba untuk:

2) Bercerita dengan tulang belakang/kekuatan kita macam parents, best friends or anybody yang kita seleasa yang mana diorang tahu sangat-sangat betapa kita menginginkan sesuatu perkara, tapi tak dapat dan kita terlalu kecewa. Diorang-diorang inilah antara Allah hantarkan untuk tolong sedarkan ketidakwarasan kita masa tuh.

3) Terus ambik wudhuk, hadap Allah terus sebab semua terjadi atas izin dia. Macam semalam, masa frust kebetulan azan masuk waktu Asar. Lepas solat, terusssss cuaca kat luar dari mendung slowly bertukar cerah. Wallahi tak tipu. Masa tuh Vna realise yang semua ini bersifat sementara. Ujian macam ni terlalu kecil sebenarnya. Bandingkan dengan nasib orang yang lebih malang, kita dah berlebihan nikmat sebenarnya. 

4) Tengok balik benda-benda yang kita nak sangat-sangat sebelum ini, dan kesemua benda itu dah pun kita miliki. Percayalah, kita akan marah dengan diri sendiri sebab meragui apa nasib yang dah Allah tentukan. Ingatkan diri TAMAK tidak sepatutnya berada seinci dekat pun dengan hati.

Sebenarnya, semua ini kerja syaitan. Kita manusia biasa memang akan senang terhasut. Tapi kita dalam pada masa yang sama kena cepat jugak sedar dan bersyukur seadanya. Ini sekadar perkongsian cerita yang biasa, tapi macam yang Vna cakap entry ni khusus untuk diri sendiri as a reminder. Ustaz Kazim pernah mention, Allah itu Maha Adil. Kita nampak orang lain dapat lebih, tapi sebenarnya sama jer apa kita dapat. 

Mohon tampar diri sendiri dan mensyukuri semua kegembiraan selamanya yang dah pun dimiliki. 
much love, vna erman :)

No comments :