Assalammualaikum,
Sekarang kan zaman era kegemilangan instant mesengger macam Whatsapp, WeChat dan macam-macam lah sampai tak terhadap nak buat account. Tapi Vna cuma ada Whatsapp dengan WeChat je and paling active dekat Whatsapp. Lepas tuh makin berupdate apps tuh makin bertambah-tambah groups kat dalam tu sampai hp hang sebab notification selambak alam nak mampos. Dah kalo satu group bersembang lepas tuh ada berlambak pulak group kau ghaseee tak biul hp berpusu-pusu terima notification?
Kronologinya nak cerita, dalam dok active merancang/menumpang angan-angan untuk wedding si Ainie dalam salah satu group WA, tup-tup satu malam pakat semua terkejut terbeliak mata tampar-tampar muka memasing nak terima hakikat yang kitaorang terima INVITATION CARD FATIN!
OMG, memang surprise nak mampos. Sebab selama hari ini dalam group memang takde desas desus langsung yang nak tin kahwin dulu, plus masa majlis pertunangan Ainie kita orang kepoh-kepoh jugak "tinnn hang bila?" "Eh,aku lambat lagi nak kena tolong sara adik-adik dulu".Tup-tup berdebak hambik dapat kad terus beberapa bulan kemudian.Yang mana geng Vna yang berkerjaya dekat KL pakat mengagau nak korek cuti tang mana plus dah hujung-hujung tahun ni haaa. Vna pulak on that day tin nak nikah, Jumaat, 24 October nak gerak ke Ipoh untuk majlis doa selamat untuk pertunangn cousin Vna (refer previous entry) lepas tuh esoknya majlis resepsi bertindih dengan majlis tunang cuzzie. Iols pening!
Hari Jumaat hidup macam kalot sangat, pagi-pagi pergi cari buah-buahan, bunga-bunga lah apa nak deco hantaran untuk cousin, nak kemas barang nak pergi Ipoh lagi ( memang selalu ada masalah menung depan almari nak decide nak bawak apa), petang tuh nak attend nikah Fatin habis majlis terus nak shoot ke Ipoh. Letih. Pergh!
Majlis pernikahan Atin di hadiri family dua-dua belah pihak dan 2 bridemaids kesesatan di situ untuk mendampingi pengantin pada petang yang mulia. Bahahahaha!
Pengantin dan 2 bridemaids yang decide sendiri nak pakai ala sedondon untuk menyerikan gambar. Ainie, mohon gelak sekarang! Majlis start selepas asar. Kita orang sempat nyakat tin " Hang sungguh nak kahwin ka tin?" Haha. #worsebridemaidsever
Alhamdulillah dengan 2 kali lafaz selamat lah Atin bertukar kepada status Puan. Pengantin dalam pada gelabah dalam hati rileks je, yang dua ekor bridemaids yang beria sebak ya ampun over! Sapa yang kahwin ni? Si darah manis tunangan orang, Aini lagi beria "Wey takutttt, kami takut nak kahwin nanti"
Maafkan kami berdua.
Kawan Vna sejak dari sekolah rendah sampai ke detik ini dah pun selamat jadi isteri orang. Kami gembira untuk hang Tin. Muah!
Tak dan nak bergambar beria apa, ngam-ngam habis upacara nikah Abah sampai kat masjid nak ambik Vna terus gerak ke Ipoh. Esoknya kalot sama lagu semalam, habis majlis tunang, hantar balik barang-barang hantaran yang pihak kami dapat ke rumah Aunt Vna terus shoot back to Taiping nak attend reception Atin. Agak lewat jugak Vna sampai almost pukul 3 petang. Memandangkan parents Vna memang kenal sangat dengan Atin sebab kitaorang berkawan lama sangat dah so parents Vna pun datang memeriahkan majlis.
Wallahi Fatin Hazwani hang sangat extravaganza cantik. Serious terlalu cantik. Seri pengantin, baju, make up semua cantik. Perfect babe, perfect. Untuk yang tak dapat datang wedding Atin baru ini, nah special pose untuk korang exclusive dii blog Vna. Ahaks!
Si belemuih bersama anak patung.
Geng Convent Taiping!
Selfie adalah perlu di abad ini.
Kalau di hitung hari rasa sekarang dah almost plus minus 2 weeks dah Atin melayari bahtera rumahtangga. Hamboi ayat. Semoga terus menerus berbahagia kawanku. Semoga saling memahami, saling bertolak ansur, keep strong untuk hadap semua ujian-ujian mendatang. Segera dikurniakan cahaya mata secomel semolek hampa. Cinta sampai syurga okey?
Much love, vna erman :)
1 comment :
x sangka masing2 dh smpai ke jinjang pelamin..cantik fatin..huhu..dulu masa sekolah sibuk masing2 ckp hang ni kawen dulu..eh x la hang...hehe..skrg dh terjawab kan..
Post a Comment