Monday, November 10, 2014

Ada Apa Dengan Cinta 2014.


Assalammualaikum,

Mungkin ada yang tak tahu, mungkin jugak ada yang tahu. Tapi rasanya semua dah tahu kot filem cinta popular Ada Apa Dengan Cinta masa zaman sekolah kita dulu-dulu dah ada kesinambungannya selepas 12 tahun. Phewww! Rangga & Cinta masih punya peminat lagi dong! Actually mula-mula Vna pun tak tahu nak ada nya AADC 2014 ni haaa, nak di jadikan cerita Sabtu lepas masa lepas scroll IG, ternampak cousin Vna post video about this.Eh tak pernah pun tengok scene ni dalam filem? Asal Rangga dengan Cinta nampak mature? Laju terus search kat youtube. Rupanya ada mini drama diorang buat. Masa Vna tengok AADC 2014, view dah mencecah 1 juta plus plus, baru sehari official tayang. Memang hebat penangan AADC sampai ke hari ini. Kepada sesiapa yang masih belum tengok, atau rasa nak tengok lagi macam Vna sekarang ini ahahaha, meh kita sesama tonton kat bawah ini


Tak puas lah 10 mins. WE WANT AADC 2014 FULL FILM VERSION PLEASE!
Apa pun marketing team LINE memang brialliant bila diorang come out with this kind of promotion. AADC satu fenomena masa zaman kita-kita sekolah dulu, so after 12 years,  mesti macam wahhhh, ini cerita zaman sekolah dulu, mesti kita nak tengok, sambil tengok sambil ter-expose with LINE apps, since Rangga dengan Cinta jumpa semula pun sebab LINE apps. Viral lah lepas ni, pakat-pakat join alumni dalam LINE. Betul tak betul? Vna tak terpengaruh ok? Sebabnya kalau add alumni pun semua perempuan. Takde maknya nak jumpa Rangga, Mangga dan sebagainya.

Ini antara filem favorite Vna sebab tuh Vna share dalam blog. Siapa sini suka AADC jugak?


let's hope Rangga and Cinta will meet again in film version.
much love, vna erman :)


No comments :