Thursday, March 10, 2011

3 days 2 night Off To Penang =)

salam my beloved friends :)

Esok ada public speaking tp still sempat curi-curi masa update blog.
Release tension sebentar.Chait,speech 5minutes punya cerita gemuruh mcm nak gila!

Mcm vna cerita b4 this vna baru balik dr trip to Penang.Bukan pergi suka suki ni asgnment group so masa nak melaksanakan mmg penuh cabaran & pancaroba.Even ni dah balik dari trip still ada kontroversi lagi berlaku.Berserah pada Ilahi berharap yg baik-baik sajo buat kami sekelas ;)
Amin.

Ktorg bergerak hari Jumaat,4 Mac 2011 depan Kolej Melati,yeah kolej kediaman I.hehe
Supposely ktorg gerak 7pg & bas pon sampai awal jgk.Bguih2 begitu tangkas pak cik2 driver UiTM tp tulah tggu our V.I.P dtg lmbt so lmbt la jugak bergerak kan.
Let me share  with you all wajah-wajah gumbira classmate vna yg tak pyh pergi Third Language Class hari Jumaat di sbbkan trip ni ;)
Oh including me la kan.Syiokkkk gila tak pyh g class Jepun weyh :)


Boleh recognise vna tak dlm pc ni?Oh,gmbr ni tak complete 31 students sbb ada yg lom smpi bersolek bagai,ada jd jurucamera & tak ketinggalan jd driver tak rasmi angkut mereka2 yg dok x smpi2 lg tu :)

Alhamdulillah after a long journey lebih kurang dlm 6jam mcm tulah kan tmbh tolak stop rehat makan sume ktorg smpi Penang dlm pukol 2 ptg & check in hotel pastu rehat-rehat jap terus pergi jln2 sekitar Penang.
Antara tmpt2 ktorg pergi mcm Pdg Kota,Masjid Kapitam Keling,Kompleks Mahkamah Penang, Galeri Seni & Fort Cornwallis.


Dah penat-penat jln kaki pakcik driver sgt zalim tak mau hntrkan dgn alasan dekat jer.MMG DKT SGT PAKCIK!TQVM.
ktorg sume sgt keroncong.Yela weyh jalan kaki kot JALAN WEYH mahu tak berbunyi sakan pasukan pancaragam dlm perut aq ni.Alang-alang dah ada dkt Masjid Kapitan Keling tu yg kat tepinya famous dgn Nasi Kandar Beratur so ktorg decide nak mengisi perut la.
And again TQVM Nasi Kandar Beratur sebab mengecas saya RM9.60 utk nasi separuh,telur masin separuh and sebiji udang beserta limau ais.Yeah selepas ni sy takkan dtg lagi :)


Pedas nak mampuih eh weyh!pedih jari jemariku dgn rempahnya.

Keesokkan harinya ktorg pergi Taman Negara Penang.Gila weyh gila pergi dgn baju rambu raba siap bershawls bereben kat kepala & jeans.Ok,org2 kat situ mcm pndg2 pelik jelik dkt ktorg sume.
Mana gua tau tiba-tiba nak kene jungle trakking.Ingatkan jalan2 kat kanopi jer.
Oh,kanopi mmg best.1st try mencuba.Nasib I bukan si gayat-gayat.


Biarpun kaki beralas Crocs I tetap teruskan expedisi merentas Tmn Negara tu sebelum ktorg smpi ke pantai Kerancut.Bapak jauh weyh.Almost 3jam merentas hutan.
Syabas vna.

Alhamdulillah ktorg smpi jgk kat Pantai Kerancut.kat situ ktorg dpt tgk penyu bertelur & anak penyu.
Oh,xde gmbr bersama dgn penyu sbb we are not allowed utk pegang sebab before2 this diorg kasi but then bila pegang pakat-pakat geli geleman kedebush kedebuk jatuh anak penyu tu terus arwah kan.
Atas dasar nak menyelamatkan species penyu yg mmg korg tau dah hampir pupus so tak merasalah kami-kami ni pegang anak penyu.

extra info buat yg tak tau:penyu boleh tentukan jantina telurnya.Kalau die bertelur dkt kawasan lapang and ada direct matahari itu utk dptkan penyu betina where as kalau kat tempat berteduh mcm kat bawah pokok ckit or area-area terlindung dr sinaran matahri maknanya tu dia nak anak jantan.sgt lembik you sang jantannya tak mau kene matahari ;)

Memdgkan sume dah kepenatan so ktorg balik ke daratan semula mengunakan bot.Gila syiokkk weyh dpt tgk view laut.First time niyh naik boat dkt lautan.Sume kau 1st time vna.Nmpk sgt betapa tak adventourues kau vna ;)


Busuk-busuk berpeluh wajah berminyak tak mematahkan tulang mulang ktorg utk ke next destination called Tropical Spice Garden.Dah nama pon garden kan sah-sah la kau berkenal-kenalan dgn tumbuh-tumbuhan kan.Bila uncle tu suruh main teka-teka nama pokok harem tak tau.Mana tak nya kecik ke besau menghadap bangunan jer.Pokok kelapa aq tau la ;)



Pulang ke hotel merehatkan urat saraf sebab sebelah malamnya segala urat murat & segala kudrat akan digunakan utk shopping dkt Feringhi Night Market :)
I'm love it =)


vna & Diva Malaya cik Aniz berjaya menyambar beberapa helai pashmina dkt kedai uncle manyak kelekut nak kasi diskaun.Ktorg borong gelang colour2 yg India pakai tu.Murah gila & sgt lama nak pilih sbb colour2 die cantik nak mampus.Seriously.

Last day sebelum gerak balik Shah Alam pagi2 ktorg check out terus gerak pergi main pantai. Of course kalau g Penang tapi tak g Feringhi mcm pelik-pelik jer kan 
Masa yg di peruntukkan 30minutes jer.
Mana cukup nak berphotoshoot :(



Bergerak ke destinasi kedua Butterfly Farm
Comel-comel gila butterfly kat situ.
Konon-konon mcm di dunia Magika sebentar


Masa ni seriously tak tahu ada butterfly hinggap atas pala.Aniz yg perasaan.Terus jalan pelan-pelan tak nak die terbang.Jakun tak?
Gila tak jakun.Takpe2 berbaloi pakai pashmina merah.Tertipu juga butterfly tu ;)

Butterfly ni Push yg berjaya menangkap.mesti die berjantinakan betina sebabnya masa dkt Push lama gila die ddk kat tgn Push tapi smpi kat tgn sendiri sekejap jer.
Nasib smpt snap photo ;)


Lepas tu ktorg gerak g Pasar Cowrasta borong ceruk beruk.Eh jeruk jer beruk takde.
Yummy yummy you all makanan paling BERKHASIAT sekali tu!

And last desnation dkt Khoo Kongsi Penang.Kalau tgk dari luar dia mcm temple tapi kalau refer to Sejarah die merupakan rumah tumpangan puak-puak dulu.lebih kurang la explanation die.
Lupa la exactly history tempat tu.



ok,tu jer kot Laporan 3days 2 night off to Penang.Dah mcm tulis laporan karangan masa time sekolah-sekolah dulu pulak.Senang cerita Penang best ;)
Actually masa vna kat UiTM Kedah dulu selalu sangat pergi Penang.so dah familiar la ckit-ckit gan Penang.

take care you all.wish me best of luck speech esok.takutttttttnyaaaaaaaaaaa.....

i'm born to be the writer and you are born to be my readers
much love,vna erman =)


2 comments :

Ayun Ayunar said...

Comel comel.. gambo pakai topi comel!

Vna Erman said...

TQVM Ayun!