Sunday, November 23, 2014

#staybeautiful dUCk scarves special edition by Vivy Yusof

Assalammualaikum,

I find happiness in the simplest thing!

Kadang-kadang perkara tu biasa pada orang lain, tapi besar maknanya buat kita. Simple things, contohnya dapat makan makanan favorite. Cukup. Dah boleh bagi seribu kebahagian. Kan? 

Nak-nak kalau masa tu kita serabut nak mampuihhh, tiba-tiba ada perkara yang simple je pun happen secara automatic bagi kita WALAUPUN seketika untuk lupa masalah kita. Macam yang Vna rasa sekarang. Serabut dengan masalah sekeliling. Fening, ana fening! So, macam biasa malaihh nak pikiaq macam-macam benda, lari sekejap cari alternative nak tenangkan fikiran. Bacalah favorite blog, Proudduck. 

Vivy Yusof, pengasas kepada jenama selendang, dUCk reveal hint kepada persoalan yang menghantui followers dUCk yang ternanti-nanti koleksi apakah yang akan di keluarkan yang menampilkan duck charm versi gold edition tuuuu. Tapi Vivy tak fully reveal. Masih berahsia. Vna buat extra work untuk cari maklumat sebab tak nak terlepas peluang nak grab limited edition ini. 

Rupanya, dUCk berkolaborasi dengan jenama P&G, di mana setiap pembelian RM40 ke atas, (wajib beli shampoo or coonditioner jenama Pantene atau Head & Shoulders) akan menerima shawl #staybeautiful duck scarves X P&G secara percuma. Great combo! 

Teruihhh, dah tau info beria ajak Mak Vna pergi mencari. Secara jujurnya, Vna tak pernah guna shampoo Pantene atau Head & Shoulders. Tapi memang tengah survey-survey nak tukar shampoo brand lain, sebab shampoo yang pakai sekarang bukan membantu mengurangkan keguguran rambut, lagi bertambah-tambah "autumn"  rambutku. So, Vna decide untuk mencuba brand Pantene. Sambil menyelam minum air. Sambil nak dapatkan limited edition duck scarves, sambil mencuba shampoo baru. Gitewwww!

I have been duck-ed again!Happy! 

Actually, benda yang buat Vna nak sangat special edition ini ialah kotak dia. Tak boleh blah kan?Haha. Macam Vna mention, simple thing tapi itu yang buat kita happy.  Itu yang gigih cari info nak jugak dapatkan, terima kasih kepada dunia di hujung jari.Di sebabkan nak tau pasal special edition ini, lupa sat masalah. Kolaborasi antara duck X P&G ini bersempena dengan kempen #staybeautiful untuk menghargai jasa-jasa ibu kita yang mendahului kita dalam apa jua perkara. Info lebih boleh tengok kat SINI. Dekat website tu jugak lah Vna dapat info pasal duck scarves special edition ini. 

Gold duck charm yang menjadi buruan sudah dapat ku tangkap!




Oh ya, limited edition ini datang dengan dua warna. Actually macam ini, shawlnya ada warna hitam dengan gold. Yang buatkannya beza, sehelai side gold lebih banyak compare hitam, sehelai lagi hitam lebih banyak dari gold. You get what I mean? Cuba tengok illustration from D ni, faham kan?


So bila nak purchse, first thing make sure tanya dulu dekat counter diorang ada stock lagi tak sebab setahu Vna stock sangat limited and only selected outlet yang ada. Vna pergi dekat Watson Aeon Taiping. Bila ada cecepat grab P&G product untuk purchase. Second thing, check dekat kotak design yang mana nak ok? Macam Vna punya, side gold lebih banyak compare hitam so dia akan tanda kat gold. 




So, dUCk scarves lovers semua, hopefully entry ini membantu korang untuk dapatkan duck special edition ini. Let's get duck-ed again and again. 

much love, vna erman :)

Tuesday, November 18, 2014

dUCk Scarves by Vivy Yusof


Assalammualaikum,

Hai, selepas terpengaruh dengan fenomena handbag Sofina 2.1 by Vivy Yusof insan bernama Vna Erman jugak sekarang terjebak/terpengaruh/terberjangkit dengan syndrom dUCk Scarves yang melanda para gadis dan wanita-wanita di era ini.

Sebagai salah seorang pembaca setia blog Proudduck by Vivy Yusof Vna memang dah sedia maklum Vivy akan launch jenama tudung sendiri . Hari pertama duck scarves launch website Fashion Valet jam gila and within 1 hour semua colour sold out. Adakah Vna Erman salah seorang daripada penyebab kesemua colour itu sold out? Ohhhh, tidak! Anda silap sebab masa first time tengok harga terussss gulpp!
I do admit yang harga dia expensive untuk golongan-golongan seperti daku.

Masa mula-mula launch, duck scarves menampilkan koleksi basic wear yang menggunakan material mixed crepe. At that time memang lupakan niat nak memiliki sehelai sebab mahal, mahal,mahal! Nak pujuk perasaan sendiri monolog lah dalam hati.....

"Dah banyak dah tudung engko ada Vna oiiit" 

 "Jangan membazir" 

" Eh sayang lah duit"

Terpujuk seketika, goodbye katanya.

Dannnn suatu hari, duck launch lagi collection seterusnya still basic wear tapi menggunakan material satin silk. Hamboiiii colour yang diorang pilih memang tak menahan kalbu, akhirnya tertewas. Nafsu bersorak kemenangan.  Poket terus kekeringan. Tapi poket Mak ku. Hahahaha. Thank you mummy! My first duck ialah Satin Silk Lychee or specific colour cream macam buah laici tuh haaaa. Ikut hati nak beli colour Rose Tea (orang kita-kita panggil pink belacan/dusty pink) tapi dah sold out sepantas kilat. Online shopping pun orang berebut okey jangan tak tau. Kalau kat kedai, mungkin main tarik-tarik baju, tarik rambut, potong barisan tapi kalau online shopping nak beli hot item you just need high speed internet connection and be good with refresh button. Then you will be the winner!

Sangat nervous nak tunggu parcel sampai sebab takut quality tak seiring dengan harga. Once bukak duck box, I"m love it! Material sangat lembut, senang bentuk,packaging menarik suka suka suka suka :) Sangat berbeza dengan tudung satin keluaran brand-brand yang lain. Highly recommend satin silk from duck brand.

Dah sekali beli, mula nak gatal beli lagi. So, kali ini memang simpan duit sendiri nak beli. Memang target nak beli colour Rose Tea once diorang restocked. Hampeh tak sempat beli sold out lagi. Esoknya, duck come out with another collection. Collection seterusnya menggunakan material jersey. Korang mesti ingat kain jersey baju bola kan? Cheq pun pikiaq lagu tu tau. Tapi salah. Kain jersey yang duck gunakan berat, seakan-akan lycra tapi lembut. So kalau korang lilit dia memang akan stick macam tu. Takde maknaya nak terlucut, tercabut, melayang-layang kena tiup dengan angin. Tudung paling selamat, tudung bebas jarum peniti. Compare dengan satin silk, yang tu memerlukan atleast dua jarum peniti untuk normal wear. Kalau yang nak lilit berstyle lagi banyak jarum peniti yang diperlukan.

Maka sudah dua helai duck scarves daku miliki. Rezeki :)

Selain basic wear, duck scarves juga ada menampilkan printed limited edition collection. Yang first collection, Kuala Lumpur printed scarves inspire by KL city. Sangat sesuai untuk tourist beli sebab ada landmark Malaysia, KLCC.
Kalau dah harga basic pun gulpp, yang printed plus limited edition lagi lah mahal harganya. Pastu, colournya warna cream, so macam tak berapa nak sangat beli sebab lebih kureng macam satin silk lychee yang beli before ni.

Second collection diorang launch Blurred Lines inspire from The Lourve, Paris. Ada 4 colour untuk pilihan. Colour paling laris warna caramel. Duit memang ada, tapi macam sayang nak membazir lagi. Tahan punya tahan, ignore punya ignore, suddenly FV bagi sales sempena anniversary ke 4 diorang, semua item including duck less 20%. Normally, kalau ada coupun code tak valid untuk brand duck, but this time special bersempena ulangtahun ke 4 FV. Tiga hari dok pikiaq nak beli tak nak, nak beli tak. Nafsu sah-sah berkata-kata, this is the only time nak beli duck scarves dapat discount. Pastu berbelah bahagi tak boleh decide nak beli yang mana. Nak beli basic or printed. End nya tekad beli je lah. This time pilih printed sebab berbaloi sikit sebab dapat discount. Taraaaa fresh posmen baru hantar.



Current collection, up until 18 November 2014. 
Satin Silk Lychee, Jersey knit Pink Guava & the latest one, Blurred Line in Mine.


Current "duck stairs"
Orang lain dah siap jadi tower okey! 
Bersyukur atleast merasa jugak pakai. 

So, that all review Vna pasal duck scarves. Kalau ada yang nak tanya apa-apa boleh drop comment ok? Hopefull personal review ini membantu korang untuk decide nak membeli. See you next entry!

much love,vna erman :)

Monday, November 17, 2014

feel the aere.


Asssalammualaikum,

Apa itu aere? It's actually Latin words yang bermaksud udara. Serta merta bayangkan bunga-bunga,ada tasik kecil di sebuah taman di susuli cuaca yang redup angin sepoi-sepoi bahasa tarik nafasss sekarang. phewwww!





Hai, kita sekarang berada di taman rekreasi di dalam kawasan Muzium Kota Kayang, Perlis. Bersesuai dengan mood weekend getaway, Vna choose untuk pakai something yang light, simple and practical untuk berjalan di tempat orang.  Crop top, jeans, light shawl & sandal. Senang cerita.



  


My crop top adalah dari jenama aere. Aere merupakan jenama yang dihasilkan oleh seorang fashion blogger, Raja Nadia Sabrina yang banyak memberi inspirasi kepada para gadis, wanita berkerjaya mahu pun suri rumah untuk sentiasa bergaya.

My personal review, kain sangat light, ada lining sangat bersesuai dengan cuaca dekat Malaysia so tak panas. Corak exclusive, maksudnya takde brand lain yang akan keluarkan corak ini. Takdelah kita pakai brand A, kawan kita pakai brand B tapi sebenarnya baju yang serupa. Supplier kain yang sama, seller yang berbeza. Revisible top, sangat practical, as mention before, korang boleh pakai as normal top or twist as light jacket. Boleh mix and match with jeans, maxi skirt or any style! 

Apa tunggu lagi, bodek lah Abah korang (just like what I did to get this top,haha), boyfriend or your boss as a reward/bonus untuk excellent performance korang!
Log on to Fashion Valet and own one. Happy shopping!

OOTD Featured item: 
Shawl from duck scarvesSofina 2.1 handbag from Fashion Valet, Crop top from aere
Sandal from Vincci

Location: Muzium Kota Kayang, Perlis

much love, vna erman :)

Tuesday, November 11, 2014

kegembiraan sementara.

Assalammualaikum,

Pernah tak dalam life korang di mana situasinya korang terima sesuatu benda yang di nanti-nantikan, tapi good news tuh hanya bersifat sementara. Contohnya, korang dah lama tunggu sesuatu peluang, tapi bila dah dapat peluang, korang dah usaha sehabis baik tapi endingnya korang tak dapat. Contoh lagi, korang dah lama tunggu peluang nak dapat masuk berkerja dengan kerajaan, kemudian dapat panggilan temuduga. Mesti seronok tak terkira sebab kita among yang terpilih di kalangan beratus ribu dekat luar sana yang sama mengharap macam kita. Kemudian kita attend temuduga, tunggu punya tunggu result, satu hari dapat email ayat pertama yang korang baca adalah perkataan "dukacita".Oh mannnnn, takde seorang pun manusia suka dengan perkatan ini. Can you just please go away from our life wahai si "dukacita"?

Sebenarnya, contoh kat atas happen to myself. Nak di jadikan cerita, semalam Vna menghadap lagi situsai kegembiraan sementara ini. Vna selalu berangan dan mengharap dapat lah sekali seumur hidup attend fashion show yang REAL FASHION SHOW. Means, jenama-jenama hebat jalan atas runway, lighting cantik, jumpa designer ternama dan kita orang pertama yang ekslusif dapat tengok latest collection. Dannn, semalam Vna sengaja cuba-cuba nasib contest dUCk scarf dan tak di sangka-sangka shortlisted untuk terima invitation ke KUALA LUMPUR FASHION WEEKEND. 

Vna memang tak sangka akan dapat seriously, sebab masa join dah beratus orang comment untuk mencuba nasib. Bila check email bukak-bukak dapat. Tapi, macam Vna mention, ini hanya kegembiraan sementara, sebab Vna mengambil masa untuk membalas email yang diterima, bukak email pun selepas 1 jam email ini di hantar, lepas tuh call kawan lah,nak pujuk suruh temankan bla bla by the time reply RSVP slot dah penuh.Serious tak sangka. Vna mati-mati ingatkan yang once kita dah reply email cakap tak datang, baru seat di beri kepada orang lain. Memang dalam email dah siap mention, ini bukan confirm seat, tapi tak sangka kena reply ASAP. Extravangaza ASAP.

Hanya satu jam terlambat, maka lesap impian yang selama ini nanti-nantikan. Serious sedih. Lepas good news bertukar kepada bad news terus cuaca jadi mendung, guruh pun bergempita. Hamboiii, filem sangat ok! Tapi betul memang jadi macam tu semalam. Terus whatsapp bestfriend habaq kelaraan hati semalam. Drama lagi. 
Semalam serious rasa apaaaaaa la nasib aku selalu macam ni? KEGEMBIRAAN SEMENTARA!

Tapi lepas dah beberapa detik,baru realise yang AKU TAK WARAS! 
Tak redha dengan ujian Allah bagi, tak bersyukur apa yang dah dapat selama ni dan senang lenang makan hasutan syaitoooonnnn! I think semua orang mesti pernah berhadapan dengan situasi macam ni kan?
I wrote this entry just to remind to myself, untuk di masa-masa akan datang, dan jugak untuk sesiapa yang membaca entry ni untuk TIDAK MENYESALI apa jua bentuk kegembiraan sementara yang pernah kita terima.

For me,
yes, pernah shortlisted untuk attend fashion show, atleast shortlisted daripada langsung tak pernah kan? Bersyukur di situ.
Dan untuk semua perkara-perkara kegembiraan sementara yang pernah rasa, semua Allah akan gandakan kegembiraan selamanya.
Maafkan aku Tuhan :(

My simple tips untuk melalui kegembiraan sementara ni ialah :

1) Belajar terima nasib. Kalau nak menagis masa tuh, bantai pi lah menagis pun. Itu bukan satu bentuk jenayah pun. Kalau rasa masih tak boleh nak hadapi sorang-sorang, next korang boleh cuba untuk:

2) Bercerita dengan tulang belakang/kekuatan kita macam parents, best friends or anybody yang kita seleasa yang mana diorang tahu sangat-sangat betapa kita menginginkan sesuatu perkara, tapi tak dapat dan kita terlalu kecewa. Diorang-diorang inilah antara Allah hantarkan untuk tolong sedarkan ketidakwarasan kita masa tuh.

3) Terus ambik wudhuk, hadap Allah terus sebab semua terjadi atas izin dia. Macam semalam, masa frust kebetulan azan masuk waktu Asar. Lepas solat, terusssss cuaca kat luar dari mendung slowly bertukar cerah. Wallahi tak tipu. Masa tuh Vna realise yang semua ini bersifat sementara. Ujian macam ni terlalu kecil sebenarnya. Bandingkan dengan nasib orang yang lebih malang, kita dah berlebihan nikmat sebenarnya. 

4) Tengok balik benda-benda yang kita nak sangat-sangat sebelum ini, dan kesemua benda itu dah pun kita miliki. Percayalah, kita akan marah dengan diri sendiri sebab meragui apa nasib yang dah Allah tentukan. Ingatkan diri TAMAK tidak sepatutnya berada seinci dekat pun dengan hati.

Sebenarnya, semua ini kerja syaitan. Kita manusia biasa memang akan senang terhasut. Tapi kita dalam pada masa yang sama kena cepat jugak sedar dan bersyukur seadanya. Ini sekadar perkongsian cerita yang biasa, tapi macam yang Vna cakap entry ni khusus untuk diri sendiri as a reminder. Ustaz Kazim pernah mention, Allah itu Maha Adil. Kita nampak orang lain dapat lebih, tapi sebenarnya sama jer apa kita dapat. 

Mohon tampar diri sendiri dan mensyukuri semua kegembiraan selamanya yang dah pun dimiliki. 
much love, vna erman :)

Monday, November 10, 2014

Ada Apa Dengan Cinta 2014.


Assalammualaikum,

Mungkin ada yang tak tahu, mungkin jugak ada yang tahu. Tapi rasanya semua dah tahu kot filem cinta popular Ada Apa Dengan Cinta masa zaman sekolah kita dulu-dulu dah ada kesinambungannya selepas 12 tahun. Phewww! Rangga & Cinta masih punya peminat lagi dong! Actually mula-mula Vna pun tak tahu nak ada nya AADC 2014 ni haaa, nak di jadikan cerita Sabtu lepas masa lepas scroll IG, ternampak cousin Vna post video about this.Eh tak pernah pun tengok scene ni dalam filem? Asal Rangga dengan Cinta nampak mature? Laju terus search kat youtube. Rupanya ada mini drama diorang buat. Masa Vna tengok AADC 2014, view dah mencecah 1 juta plus plus, baru sehari official tayang. Memang hebat penangan AADC sampai ke hari ini. Kepada sesiapa yang masih belum tengok, atau rasa nak tengok lagi macam Vna sekarang ini ahahaha, meh kita sesama tonton kat bawah ini


Tak puas lah 10 mins. WE WANT AADC 2014 FULL FILM VERSION PLEASE!
Apa pun marketing team LINE memang brialliant bila diorang come out with this kind of promotion. AADC satu fenomena masa zaman kita-kita sekolah dulu, so after 12 years,  mesti macam wahhhh, ini cerita zaman sekolah dulu, mesti kita nak tengok, sambil tengok sambil ter-expose with LINE apps, since Rangga dengan Cinta jumpa semula pun sebab LINE apps. Viral lah lepas ni, pakat-pakat join alumni dalam LINE. Betul tak betul? Vna tak terpengaruh ok? Sebabnya kalau add alumni pun semua perempuan. Takde maknya nak jumpa Rangga, Mangga dan sebagainya.

Ini antara filem favorite Vna sebab tuh Vna share dalam blog. Siapa sini suka AADC jugak?


let's hope Rangga and Cinta will meet again in film version.
much love, vna erman :)


Tuesday, November 04, 2014

Selamat Bergelar Isteri,Puan Fatin Hazwani.


Assalammualaikum,

Sekarang kan zaman era kegemilangan instant mesengger macam Whatsapp, WeChat dan macam-macam lah sampai tak terhadap nak buat account. Tapi Vna cuma ada Whatsapp dengan WeChat je and paling active dekat Whatsapp. Lepas tuh makin berupdate apps tuh makin bertambah-tambah groups kat dalam tu sampai hp hang sebab notification selambak alam nak mampos. Dah kalo satu group bersembang lepas tuh ada berlambak pulak group kau ghaseee tak biul hp berpusu-pusu terima notification? 

Kronologinya nak cerita, dalam dok active merancang/menumpang angan-angan untuk wedding si Ainie dalam salah satu group WA, tup-tup satu malam pakat semua terkejut terbeliak mata tampar-tampar muka memasing nak terima hakikat yang kitaorang terima INVITATION CARD FATIN!
OMG, memang surprise nak mampos. Sebab selama hari ini dalam group memang takde desas desus langsung yang nak tin kahwin dulu, plus masa majlis pertunangan Ainie kita orang kepoh-kepoh jugak "tinnn hang bila?" "Eh,aku lambat lagi nak kena tolong sara adik-adik dulu".Tup-tup berdebak hambik dapat kad terus beberapa bulan kemudian.Yang mana geng Vna yang berkerjaya dekat KL pakat mengagau nak korek cuti tang mana plus dah hujung-hujung tahun ni haaa. Vna pulak on that day tin nak nikah, Jumaat, 24 October nak gerak ke Ipoh untuk majlis doa selamat untuk pertunangn cousin Vna (refer previous entry) lepas tuh esoknya majlis resepsi bertindih dengan majlis tunang cuzzie. Iols pening!

Hari Jumaat hidup macam kalot sangat, pagi-pagi pergi cari buah-buahan, bunga-bunga lah apa nak deco hantaran untuk cousin, nak kemas barang nak pergi Ipoh lagi ( memang selalu ada masalah menung depan almari nak decide nak bawak apa), petang tuh nak attend nikah Fatin habis majlis terus nak shoot ke Ipoh. Letih. Pergh!

Majlis pernikahan Atin di hadiri family dua-dua belah pihak dan 2 bridemaids kesesatan di situ untuk mendampingi pengantin pada petang yang mulia. Bahahahaha!




Pengantin dan 2 bridemaids yang decide sendiri nak pakai ala sedondon untuk menyerikan gambar. Ainie, mohon gelak sekarang! Majlis start selepas asar. Kita orang sempat nyakat tin " Hang sungguh nak kahwin ka tin?" Haha. #worsebridemaidsever

Alhamdulillah dengan 2 kali lafaz selamat lah Atin bertukar kepada status Puan. Pengantin dalam pada gelabah dalam hati rileks je, yang dua ekor bridemaids yang beria sebak ya ampun over! Sapa yang kahwin ni? Si darah manis tunangan orang, Aini lagi beria "Wey takutttt, kami takut nak kahwin nanti"
Maafkan kami berdua. 







Kawan Vna sejak dari sekolah rendah sampai ke detik ini dah pun selamat jadi isteri orang. Kami gembira untuk hang Tin. Muah!

Tak dan nak bergambar beria apa, ngam-ngam habis upacara nikah Abah sampai kat masjid nak ambik Vna terus gerak ke Ipoh. Esoknya kalot sama lagu semalam, habis majlis tunang, hantar balik barang-barang hantaran yang pihak kami dapat ke rumah Aunt Vna terus shoot back to Taiping nak attend reception Atin. Agak lewat jugak Vna sampai almost pukul 3 petang. Memandangkan parents Vna memang kenal sangat dengan Atin sebab kitaorang berkawan lama sangat dah so parents Vna pun datang memeriahkan majlis. 

Wallahi Fatin Hazwani hang sangat extravaganza cantik. Serious terlalu cantik. Seri pengantin, baju, make up semua cantik. Perfect babe, perfect.  Untuk yang tak dapat datang wedding Atin baru ini, nah special pose untuk korang exclusive dii blog Vna. Ahaks!




Si belemuih bersama anak patung. 

Geng Convent Taiping! 

Selfie adalah perlu di abad ini

Kalau di hitung hari rasa sekarang dah almost plus minus 2 weeks dah Atin melayari bahtera rumahtangga. Hamboi ayat. Semoga terus menerus berbahagia kawanku. Semoga saling memahami, saling bertolak ansur, keep strong untuk hadap semua ujian-ujian mendatang. Segera dikurniakan cahaya mata secomel semolek hampa. Cinta sampai syurga okey?

Much love, vna erman :)

Monday, November 03, 2014

Le Cuzen Engagement Day!

Assalammualaikum,

Selamat datang November, selamat juga menerima berita dukacita. Tak mengapa bukan rezeki. Bertabah lah hati dan juga kawan-kawan yang senasib serupa. Allah tahu apa terbaik buat kita. Tak perlu di pertikaikan tak perlu di risaukan. Sama macam bab jodoh, kerap sangat sekarang ini di ajukan topic "bila nak kahwin?" 
TETTTT! Kami tunggu putera raja. Hambik habuan jawapan. 

Memandangkan Vna takde clue bila nak cerita bab majlis tunang/ kahwin diri sendiri, maka blog ini akan terus menyajikan cerita-cerita tunang/kahwin orang-orang penting dalam life Vna. Sebab perkara-perkara macam ini happen once in a life time, so Vna rasa patut di coretkan untuk tatapan masa akan datang.

25 November 2014, cousin lelaki Vna, Syahmi namanya selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan gadis molek bernama Farah. Vna pernah jumpa sekali dengan empunya diri, Farah masa dia datang rumah tok tapi belum berkesempatan berkenalan lebih rapat lagi. Insyaallah soon bila kita bergabung as big family ok?
Syahmi merupakan second cucu tokwan dengan tok (belah Mak)  yang melangkah ke fasa alam perkahwinan after Abang Fizi. So we are getting excited regarding the wedding sebab dah lama takde kenduri kahwin family. Pakat dah kalut plan nak beli kain berkayu-kayu nak pakai sedondon mondon nanti. Hahaha. 

Ini sebahagian dari hantaran pihak kami untuk belah perempuan. 100% hand made by le family. 











Sebelum bergerak ke rumah pihak perempuan, sesi bergambar dulu! 









Next, Sekitar majlis pertunangan. Vna kurang alert bab sarung menyarung cincin ni, tapi menurutkan adat ( mungkin berbeza mengikut negeri) upacara menyarung cincin kepada pihak perempuan akan di lakukan oleh perempuan yang paling senior dalam keluarga. Contohnya, family Vna kami masih ada Tok sebagai yang paling senior, so dia yang patut menyarungkan cincin. Memandangakan kami bawak dua cincin masa majlis, so sepatutnya Mak Long Vna yang sarungkan tapi Mak Long Vna cakap biarlah ibu pengantin lelaki yang buat. Kebiasaan yang Vna tahu selalunya mak lelaki yang sarungkan kan? Sekarang baru tahu. Negeri korang macam mana?



Selesai majlis menyarung cincin maka selamat lah semuanya. Makanan yang di sediakan pun ada macam-macam dan sedapppppp sangat! Yums. Paling sedap semua kuih-muih adoiii lemak manis semua cukup. I'm craving now! 

Last but not least,


Nak jugekkk. Bahahahaha!
Nak di jadikan cerita dan menambah kekalutan, minggu tuh jugak hari tu jugak lah salah seorang kawan rapat Vna sejak sekolah rendah kahwin. Ya ampun. Memang kekalutan sikit minggu tuh. Will share the story untuk entry akan datang okey?

Terima kasih pada yang membaca! ( Ada lagi ke readers blog ini?) Haha.
much love, vna erman :)