Assalammualaikum,
Insyaallah 11 November 2013 adalah antara tarikh keramat dalam hidup Vna. Dengan izin Allah s.w.t pada tarikh tersebut Vna akan graduate selepas 3 tahun melalui kehidupan sebagai pelajar UiTM. First time ever nak graduate uols. Masa PreLaw takde graduation day terus zapppp naik ke degree. Mana tak excited kau 4 tahun setengah (campur masa belajar asasi) baru ni haaa nak merasa graduate. Kalau sebelum ni Abah dengan Mak bangga attend graduation day Abang Vna, kali ni it's my turn to make them proud.
Seperti kebiasaannya bila ada perkara-perkara penting or acara-acara penting dalam life Vna yang Vna akan attend antara perkara yang merungsingkan hidup ialah NAK PAKAI BAJU APA??
jangan nak menjelek-kan peragaiku korang gegirls sekalian pon mesti rasa apa yang aku rasa ni kan? tak kisah lah korang jenis simple person baju kurung pon boleh tapi still korang tetap akan memikirkan which one is the best outfit to be wear right?
Itulah untuk graduation day Vna ni seriously lah takde idea langsung nak pakai apa. Dah lah takde idea nak pakai baju apa, fashion macam mana, warna apa di tambah pula financial diriku pon agak goyah-goyah eh tak goyah tapi dah menjunam jatuh ke tanah dah pon. sobs sobs sobs sobs :(
lepas tuh keep in touch dengan bestfriend (Zalikha) & bestiesku (Aniz) memasing dah tempah baju yang pastinya curlasssss meletopss poom pomm! Lepas tuh mula lah Vna mengadu domba dekat diorg sedih takde baju baru nak pakai.
Nak di jadikan rezeki Vna, my dear brother yang dah bergelar English teacher tuh telah bergabung meletops dengan Abah kesayangan hamba dengan baik hatinya nak sponsorkan baju untuk Vna for my special day!
OMG OMG OMG OMG! they are my truly heroes ever :)
Daripada muka monyok sedih tengok almari apa nak pakai apa nak pakai terus sengih lebar punya habaq hang.
Check check kalender haishhh macam tak sempat je nak pergi tempah dekat tailor. Vna hanya ada satu tailor favorite and takkan hantar dekat mana-mana tailor lain sebab tailor tuh JER yang terror buat baju design yang Vna hantarkan lepas tuh sedap pakai. Tapi dah pergi tanya dia arituh die cakap kalau nak before 11 Nov tak sempatlah sempat dia pon received banyak tempahan untuk Deepavali yang akan datang ni. Haaa see tailor Vna superb talented. Baju orang Melayu, Cina, India semua dia boleh buat. btw, tailor Vna ni orang Cina & dia memang siap hafal dah measurement Vna sebab dia cakap measurement serupa ja tiap-tiap kali datang ambik ukuran.
Since tak sempat nak menempah so terpaksalah cari alternative lain. Survey-survey situ sini dengan Mak Vna selaku penasihat rasmi last-last Vna decided nak beli online. Check it out instagram hari-hari tengok instashop yang offer design cecantik tapi macam alaaaaa sangat biasa lah. tak habis-habis dengan peplum, lace or maxi skirts. Vna nak cari yang simple yet unique & follow the trend. Akhirnya Zalora Malaysia menjadi penyelamatku. Almost 2 JAM OK duduk depan laptop dengan Mak Vna decide nak pilih yang mana yang mana sebab ada few design berkenan di hati.
Secara personally kenapa Vna decide nak membeli belah dekat Zalora ialah faktor keselamatan. Yelah kita bukan di kalangan anak-anak menteri ke hape so duit even seringgit pon sangat valuable tau. Lepas tuh nak membeli secara online ni kena fikir maklumat peribadi contohnya contact number and address kita tak disalahgunakan sebab benda-benda macam ni kalau terlepas ke tangan pihak tak sepatutnya membahayakan keselamatan kita. Nak nak sekarang macam-macam kes jenayah hari-hari keluar dekat berita.
Tapi kalau Zalora Malaysia insyaalah selamat semuanya dengan izin Allah s.w.t sebab website mereka ada Norton Secure. Selain tuh service diorang sangat-sangat memuaskan. Kalau korang call diorang definitely ada orang akan sambut panggilan korang & segala kemusykilan korang akan terjawab. Ini based on experience Vna.
Cara pembelian pon senang sangat. Bila korang preview any items yang korang decide nak beli selain ada picture yang jelas termasuklah details secara dekat (Vna beli baju so details dekat baju tuh memang jelas) diorang jugak akan inform berapa banyak lagi kuantiti yang masih ada untuk saiz kita tuh. Once dah pilih diorang akan displaykan bil kita berapa jumlah kena bayar and if korang ada coupon Zalora key in code coupon tuh untuk redeem and dekat total diorang akan displaykan berapa kita patut bayar. Method pembayaran ada macam-macam cara & Vna bayar arituh via Cash Deposit. Once kita dah order item cepat-cepat check it out email untuk dapatkan details bagi membuat pembayaran.
Macam Vna, lepas order terus buat bayaran then attachkan cepat-cepat slip pembayaran dekat diorang and keesokkan harinya Vna received email dari Zalora inform yang items yang Vna order dah pon dihantar. Keesokkan harinya baju dah sampai. Memang rasa macam nak menjerit macam iklan Zalora dekat TV tuh. Memang pujian patut diberikan kepada Zalora sebab cepat dan selamat.
ada tak tertanya-tanya apakah ending nya yang Vna pilih? taraaaaa.......
Gmbar baju tak boleh reveal lagi kalau tak dah tak surprise lah convocation day nanti. So tunggu entry convo nanti okey. Actually design yang ni Mak Vna yang pilihkan sebab Vna macam tak boleh nak decide mana nak beli. kalau kaya raya sumpah dah grab berpasang-pasang. Design ni simple cuma ada lah something special sikit.......apa dia tunggu bila dah pakai secara official. Details dia pon tak sarat and simple which Vna rasa sesuai kot nak pakai time convo nanti. Ikut kan plan Vna nak pakai dress tapi syarat pakaian untuk convocation day baju kurung/kebaya & yang sama waktu dengannya.
Ini invoice dengan slip pos laju yang diorang attach sekali dalam box kalau-kalau korang nak tukar saiz or any other reason as long as tagged dekat baju tuh tak di gunting lagi. Selain postage FREE, untuk return items pon FREE juga. Alahai Zalora bestnya service awak bagi kepada kami.
Insyaallah ada rezeki lebih pasti Vna akan shopping di Zalora lagi :)
Merah mak ngah untuk #ootd waktu raya haji yang lepas.
Baju dijahit oleh tailor favorite kesayangan!
Nak tgk baju JM tunggu entry convo yang bakal menyusul tak lama lagi.
take care.
much love,vna erman :)
2 comments :
saya tak sabar nak tgk baju kak vna. ikhlas : Auni :p
Semoga kelihatan gojes dan mengancam! Can't wait to meet u there!
Post a Comment