Monday, October 21, 2013

Berimaginasi di Trick Art Museum,i-City.

Assalammualaikum,

Hello korang! Sepuluh jari ku titipkan sebab membiarkan blog picisan ini menjadi semakin kusam terkulai layu tidak bermaya. Actually hidup selepas habis belajarku tidak se-ohsem mana  maka tiada berita gembira untuk di kongsikan bersama. Tapi sebagai ex students Tourism Management so aku akan share kan dekat korang sekalian tempat-tempat tourism spot yang aku dah pernah pergi so that korang boleh jadikan review ku ini sebagai panduan. Kali ni Vna nak share dengan korang pasal Trick Art Museum yang terletak di i-City, Shah Alam Selangor :)

Beberapa bulan yang lepas ( nampak tak punya lama nak cerita tapi malas punya pasal) waktu di penhujung semester akhir ktorg ada tugasan untuk subject marketing iaitu buat promosi mana-mana tourism spot so group Vna yang kesuntukan masa & kekeringan idea ketika detik & waktu itu ktorg decide nak pilih Trick Art Museum ni jelah since benda ni pon masih baru dekat Malaysia. Trick Art Museum ini merupakan satu-satunya di Malaysia. Ok, adik-adik yang tercari-cari SWOT analysis untuk Trick Art Museum ini salah satunya dia THE ONLY dekat Malaysia.

Harga nak masuk sangat affordable which is RM5.00 jer ( masa Vna pergi beberapa bulan lepas kalau sekarang dah naik tak tau lah) Dia ada two level which is penuh dengan lukisan-lukisan di setiap penjuru termasuklah lantai-lantai. Apa yang perlu korang sediakan nak datang ke sini selain wang tunai berjumlah RM5.00 ialah CAMERA! yes, camera. camera hp pon tak mengapa as long as ada :) Kalau tak macam krik krik krik krik lah pergi situ sebab lukisan-lukisan dia bukan untuk di perhati macam art museum yang lain-lain tapi lukisan-lukisan dia sesuai untuk kita lontarkan imaginasi dan kreativiti bila snap gambar.

let's explore imaginasi Vna waktu pergi Trick Art Museum ni :)




gambar ni sangat sesuai di post dekat instagram dengan caption:
happy journey into the world of dreamzz, good nite :)
eh dah post pon actually!
teheee :)

ahahahaha tak kena padan muka tak kena!

aksi sesuai (waktu itu) di penghujung semester. as a students paham-pahamlah kan macam mana :)

ececewah budget spiderman nak tangkap. biar ahh imaginasi gua.

woiii qila nak buai orang tengok ahh depan kan dah terpelantimg kasut minachi niyh!

ok line clear, cabut lari!!!!!!!!!

itu sebahagian ahh gambar-gambar masa ktorg pergi. nak upload semua karang menyampah pulak korang nak kena loading lama-lama plus dah tak surprise lah sebab semua lukisan yang ada dekat situ korang dah tau. tak menguji creativity lah bila korang pergi nanti. 

so untuk assigntment Trick Art Museum ni Vna kena buat salah satu part Vna ialah SWOT analysis. Antara weakness museum ni ialah lukisan ni kan di lukis dekat dinding so kebanyakkan lukisan ni dah terkeluar-keluar catnya buatkan lukisan tuh ada kecacatan sikit. well, management should pilih lah cat yang high quality sikit since lukisan-lukisan ni di sentuh banyak tangan each time nak ambik gambar manalah lukisan tuh tak rosak ye dak? 

apa lagi Strength, Weakness, Opportunities & Threat museum ni?
SWOT analysis lain korang pikir lah sendiri. hamboiii nak jawapan free lah tuh. 
nak senang kerja eh.
go & exlpore sendiri. 
throw your creavity & imagination. enjoyyyyyy :)

much love, vna erman :)

No comments :