Thursday, September 12, 2013

Meet & Greet Celebrities

Assalammualaikum,

Hello korang! Entry kali ni boleh di katakan kesinambungan kisah RINDU ZAMAN BELAJAR! Kalau previous entry Vna cerita dekat korang pasal summary last semester last moment as UiTM student, sekarang Vna nak cerita antara salah satu activity 'sampingan' yang Vna buat sepanjang jadi student iaitu "JUMPA RETIS". Teheee :)

Vna ada gengz merangkap housemates jugak di mana ktorg memang suka nak attend event/roadshow/tv programs dan yang sama waktu dengannya. Antara yang ktorg pergi ABPBH roadtour, Muzik-Muzik separuh akhir and banyak ahhh sampai tak teringat. Kalau korang memang ada baca blog Vna yang lepas-lepas sure korang tau ahhh sebab Vna memang selalu update cerita-cerita macam ni. so untuk kali ni Vna nak share dengan readers sekalian few celebrities yang vna KEBETULAN terserempak dan tegur diorang and yang Vna jumpa masa rakaman untuk satu rancangan hiburan yang disiarkan waktu raya yang lepas.

#Throwback.
Masa ni Vna dengan dua orang teammates tengah menampak dekat BB nak approach international tourist untuk jawab survey for research ktorg. Ktorg duduk dekat area-area H&M - Zara kat tepi-tepi tuh. Tengah-tengah macam menahan malu setebal 60 inchi sebab approach international tourist kebanyakkan buat derk jer yang besar kemungkinan diorang ingat ktorg nak menjual gamaknya, tiba-tiba Aniz terperasan someone from Dubai. cer teka sapa? Orang yang di maksudkan ialah ANNE HOTFM. sebelum ni Vna pernah jumpa dengan Anne ni masa zaman dia jadi penyampai hotfm. so pertemuan kali ni yang bezanya Anne dah bertudung.


Seterusnya ada satu hari Vna pergi H&M Setia City Mall. tengah belek-belek barang-barang superb awesome kat situ all of sudden Vna terpandang someone dekat kaunter yang macam familiar. Dalam hati dah berdetik rasanyaaaa dia ni. Tapi sebab takut silap orang bila dia lalu panggil pelan-pelan "Meeraaaaaaa...."
Tup dia toleh and senyum. Haaaaa betul lah AMEERA ZAINI. terus cakap boleh tak nak ambik gambar. Gila pale muka masa ni. Muka merayap lepas kelas. LOL!


untuk yang tak familiar siapakah gerangan Ameera Zaini ni dia ialah model muslimah kalau tak silap Vna pemenang pencarian gadis majalah dara.com and sekarang nama dia sedang meningkat naik sebagai seorang pengacara TV9 untuk rancangan HIJAB STAILISTA and jugak baru-baru ni untuk rancangan Saffiya yang kedua-dua rancangan ni ditayangkan every weekend. Thank you meera sebab friendly. Keep it up!

Waktu gap final exam baru-baru ni, I repeat FINAL EXAM FOR FINAL SEMESTER FINAL YEAR, sempat lagi Vna dengan bestiesku Aniz pergi join rakaman sebuah rancangan terbitan TV3 tajuknya "Kecoh Pengacara Beraya" yang disiarkan aritu masa raya kedua jam 6petang. Vna masa tuh baru terlelap sebab penat dengan open house dari pagi masak sampai petang melayan sedara mara tiba-tiba menderu call masuk/twitter bunyik member-member menganjing nampak muka Vna & Aniz dalam rancangan tuh. LOL!
Rakaman ni dibuat dekat Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Dekat dengan area Shah Alam lepas tuh masa ni tengah frust and tension dengan paper QMT yang memang kelaut so tekad lah pergi nak release tension. 

Antara artis-artis yang terlibat ialah  Scha Alyahya, Awal Ashaari, Zizan, Fafau, FBI, Kamal Adli, Amyza Adnan & Neelofa which is diorang ni semuanya pengacara lah. Secara keseluruhannya best jugak penggalaman attend recording rancangan TV nak-nak yang bukan berscript punya sebab artis-artis ni akan jadi spontan & lawak jugak lah. Nah, beberapa photos nak share dengan korang semua. 




Untuk pengetahuan korang Kamal Adli memanglah tersangat loklaq to the max & superb friendly. Arituh dia paling active gilaaaaa sepanjang program & all the games. Tak sia-sia lambai-lambai Kamal dari atas stage nak ajak bergambar. Thank you Kamal Adli for your friendliness. Till we meet again :)


Awal Ashaari ni salah satu makhluk yang teramat-amat sempurna ciptaan Allah. Suami orang yang handsome to the max. Serious Awal handsome sangat-sangat kalau korang jumpa depan-depan. Masa Awal naik stage waktu program nak start teruihhh Vna dengan Aniz cakap weyh awat handsome sangat Awal ni? 
Bertuah gila Scha. Diorang berdua pon superb sweet waktu rakaman program ni. 



Akhirnya program ni menemukan juga Vna dengan salah satu artis yang tersenarai dalam wishlist iaitu Scha Alyahya. To be honest kalau kita tengok Scha dalam TV nampak macam biasa-biasa tapi please percayalah cakap Vna yang Scha ni beautiful beyond words. Besties Vna pon mengaku Scha cantik sangat tengok depan-depan. Ni pon rezeki last mins dah snap pictures dengan Scha. Waktu ni program dah habis diorang-diorang semua macam dah rush nak balik since agak lewat gak rakaman habis. Vna cepat-cepat menyelit atas stage pergi tepi Scha. :)


I love you Dania,
I love you Olly,
I love you Cikgu Timah,
I love SCHA ALYAHYA!

so inilah antara selebriti yang Vna jumpa di hujung-hujung kehidupanku di Shah Alam. Memang duduk area sana senang sangat ahh kalau nak terserempak dengan diorang. some tips yang vna boleh share dengan readers sekalian kalau nak jumpa mereka-mereka ni korang pergilah dekat area-area Damansara sana seperti The Curve, IKEA, One Utama. Itu port paling paling senang korang nak jumpa artis. Nak-nak kalau weekdays. Kebanyakkannya Vna jumpa kat sana lah waktu pergi jalan-jalan area situ-situ. Dekat Karangkraf, Shah Alam lagi ahh rasanya tiap-tiap hari ada artis. Waktu semester 3 Vna selalu pergi Karangkraf untuk urusan event ktorg dengan majalah REMAJA so masa tuh memang selalu sangat ahh jumpa retis-retis ni. Kat Shah Alam tuh pon senang gak nak terserempak. 

Tips paling penting sekali korang haruslah CELIK MATA sebab kekadang artis ni diorang lalu tapi kita tak perasan & kenalah tak reti malu sikit nak approach diorang!
good luck!

much love, vna erman :)

No comments :