Friday, July 26, 2013

Kim Jong Kook Fans Signing (15.June.2013)

Assalammualaikum,

Bila rakyat Malaysia dapat tau Kim Jong Kook nak datang semua fans Running Man pakat tak senang duduk counting days nak pi tengok konsert dia. Pulun sakan simpan duit, ada jugak yang tak ketinggalan topup sakan hantar sms terpantas dekat Hotfm sampai orang yang duduk kat sebelah dalam kereta kena stand by pegang handphone directly tekan button send once isyarat memanggil ke udara keluar. Opsss cheq lah orangnya yang jadi mangsa kawan baiknya Aniz yang minat lah amat sangat dekat si Jong Kook. Nasib cheq tak kena sound everytime sms terpantas announce ticket dapat kat orang. Phewww, dia maki pemenang jer ;)

So pada 15 June 2013 bertempat di Paradigm Mall Vna yang langsung langsung langsung langsung tak kenal Joong Kook sebab langsung tak pernah tengok RM hatta se-episode pon walaupon adik kat rumah gelak mengekek tak ketinggalan besties sama naik dekat rumah sewa hahahahahaha jer kerjanya ni haaaa diwajibkan temankan Aniz pergi tengok Joong Kook. (tu diaaa ayat takdak noktah katanyaaa!)

Event fans signing tuh start pukul 2.00petang. Tapi, tapi ahakkks memandangkan kawan baik ku nak fight ticket untuk fans signing which is limited jer yang tinggal maka dengan itu ktorg keluar awal pagi okeyyyy from Puncak Alam demimu wahai Joong Kook
 (sambil menyesali apakah dosaku terpaksa korbankan waktu tidurku di hujung minggu.
yes,nasib sayang kawan).
Dan pada hari itu Aniz telah membuktikan beliau sangat layak untuk join F1 mewakili pasukan Malaysia since dia speed gilaaaaaaaaaaaaaaaa okey from Puncak Alam which is she took 20 MINUTES ONLY nak keluar from highway Guthrie tuh nak sampai ke Bukit Jelutong (those yang stay PALAM knows lah jaraknya). Bedesuppppppppppp cheq habaq hampa. Cheq gerun berlagak cool jer dekat sebelah. 

so sapa berani lawan kak long sekarang? semua kereta ke tepi babe.
mujur umurku masih panjang sehingga entry ni dikarang. kalau tak memang cheq akan menghantui you, yes you Jong Kook. Mujurlahhhh. 

Sampai-sampai jer amazing gila sebab parking banyak gila bedesuppp masuk ngam-ngam cantik punya tepi pintu masuk. Dengan pakai kainnya kena kuatkan stamina berlari nak hambat ticket punya pasal sambil mulut ngomel-ngomel keep update dengan sorang lagi fans Jong Kook yang nak datang tapi tak tau jalan sapa lagi kalau bukan Dyra ex-roomate zaman Kedahan dulu. 


Vna ingatkan Vna dengan Aniz dah cukup awaiiii dah nak tunggu si Jong Kook ni rupanyaaaa telahan ktorg silap belaka sebab orang dah pakat chop tempat kat depan-depan punya. so nak tak nak ktorg terpaksa lah jugak terus duduk kat tepi palang-palang ibarat penjara sebab nak chop tempat punya pasal. Yang baguihhhnya stage events ni locationnya baik punya untuk Vna yang tak minat Jong Kook nak escape bila dah ramai-ramai orang nanti. 

Nampak tak apa yang berdekatan? H&M I love you!

Senyum sakan cik kak kitaaaa ni dah dapat chop tempat depan-depan. 

Masa sampai-sampai tiket untuk fans signing ni tak boleh beli lagi. Pihak penganjur cakap kena tunggu dulu balance berapa yang ada from konsert semalam. Memang pakat tak senang duduk lah si Aniz & Dyra. Cheq sorang ja rileks gilaaa menikmati Aunt Anne tanpa ada perasaan apa-apa cuma merencanakan mana patut pergi kejap lagi selain H&M. Nak dipendekkan cerita alhamdulillah rezeki diorang dapat jugak akhirnya tiket fans signing which is kena lah burn duit simpanan masing-masing kan. Since diorang dapat tiket so ktorg terpaksa ahh separate. Diorang berdua masuk dalam kandang yang khusus untuk those yang ada ticket & cheq terpaksalah menanguk dari luar. Dah habaq siap-siap dah dekat diorang Vna tak stay situ. Once dapat tengok muka Jong Kook kejap (ye ahh dah alang-alang kan) so Vna akan chow pastu.

Pukul 1.30 masa tuh. Orang ramai tak payah cerita. Pakar Mathematics pon rasanya tak terdaya nak kira berapa ramai fans yang datang. Tuh tak termasuk bukan fans contohnya Vna :)
All of sudden, penganjur suruh semua yang kat luar kandang ni bangun berdiri. Ya Allah masa tuh barulah dapat tau yang rakyat Malaysia ni sebenarnya kuat-kuat belaka. Habis kena rempuh. Can you just imagine habis orang-orang yang kat depan ni terpenyek nak mampuih including ME? Ada yang kena tolak kat tepi, siap ada makcik gaduh sebab orang-orang kat depan tak nak bagi laluan dekat anak dia yang Vna guest umur dalam 11-13 years maybe. Hello kak, orang lain semua sacrifice datang awal kot what do you expect orang akan simply bagi anak akak mencelah just because dia budak? Kak, dalam bab-bab gini takde unsur kesian-kesian kak. Once in a life time memang mimpi ahh orang nak bertolak ansur. Well benda ni terlintas dalam hati Vna jer ahh masa tuh.

Since orang gila sakan menunjukkan skil tolak-menolak which Vna guest depa mesti terror Math kan sebab non-stop sesi tolak menolak Vna pon malaih nak hadap so Vna chow dari situ. Takpe ahh cheq tak kisah. Masuk H&M lagi best. Sejuk, nyaman, tak sesak & yang paling penting takde bau bauan yang kurang menyenangkan :) text diorang inform terus chow. Rasanya macam dah lama gak ahh Vna duduk dalam H&M then keluar kat pintu OMG kena tolak all of sudden sampai kat tepi tangga terstuck tak boleh gerak sebab semua pakat tunggu Jong Kook dah nak sampai. sekali lagi terpikir apalah dosa aku terpaksa bersesak-sesak gini & yang paling hangin pakguard dekat Paradigm Mall tuh bapak berlagak nak mampuih tak padan dengan dengan bangla yang ahakss baunya tau-tau jer lah tak bagi orang jalan. so terstuck ahh kat situ sampailahhhhhh Jong Kook sampai. Ya rabbi macam nak runtuh bumbung Paradigm Mall tuh haaa once Jong Kook sampai. Well, Vna dapat ahh tengok Jong Kook jugak akhirnya waktu dia sampai masa tuh.

Nak jalan dah penat, so endnya Vna duduk jer jauh sikit tapi still kat kawasan berdekatan dengan event. Riuhnya tak payah cerita. here some photos untuk korang fans RM/fans Jong Kook waktu fans signing arituh. adakah korang jealous Vna yang tak minat Korea all of sudden dapat tengok Jong Kook live depan mata? hehehehe ;)







Malangnya, which Vna rasa sangat tak patut diorang-diorang yang purchase ticket fans signing hanya boleh naik ke stage mintak sign Jong Kook atas poster yang diorang akan kasi atas stage. Maksudnya tak payah berangan kau nak suruh Jong Kook sign kat baju, handphone dan sebagainya. Lebih malang lagi gambar pon tak payah mimpi nak ambik. Ada unsur kezaliman di situ. So di sebabkan nak jugak atleast ada gambar kenangan jumpa Jong Kook live depan-depan maka Vna terpaksalah naik ke level atas cari angle yang baik punya nak snap gambar diorang. Jadilah......

Mamarazi on duty!

The crowd. Waktu ni dah almost pukul 4 petang kot tapi still ramai lagiiii...

At last, turn diorang. Yang tudung kelabu tuh si Dyra. 

Satu lagi kezaliman pihak penganjur ialah diorang-diorang fans ni tak sempat nak cakap apa-apa terus dah kena tarik like what happen kat picture ni, Aniz kena tarik even time tuh Jong Kook belum habis sign lagi. Before event Vna ada mintak tolong dekat Aniz & Dyra kalau boleh cuba sedaya upaya mintak Jong Kook signkan untuk adik Vna yang minat habis RM. Tak boleh. So oklah diorang dah try fight masa dekat tepi stage. Thank you girls I appreciate it. ok bab tuh boleh consider. yang tak boleh blahnya diorang yang sementara beratur ni bila dah dekat dengan stage nak lah ambik gambar Jong Kook dari jarak dekat kan. Hamboiii terus kena warning dengan penganjur tak boleh ambik gambar & one of yang kena sound si Dyra. Apa lagi berapi ahhh kak long Aniz kita ni terus keluar "We paid for it!"

Seriously, management sangat tak adil. sangat tak logic sangat ridiculous. Memang diorang ambik keuntungan semata-mata sedangkan Jong Kook rileks jer kot layan fans dia. Orang-orang yang datang bawak hadiah nak bagi dekat Jong Kook hamboii gituuu jer bedebak diorang campak kat tepi masuk kotak. Tak pikir ke orang beli pakai duit kot, ntah barang berharga ke pecah ke?
One good reason, they only think about PROFIT!

Last shoot waktu Jong Kook nak gerak balik.

Even cik kak dua orang ni ada rasa tak puas hati gila tapi okeylah merasa gak kan salam & dapat sign Jong Kook kan :)





8 jam okey berkampung dekat Paradigm Mall tuh habaq hang! Sebab satu benda, dia kawan baik saya tak mengapalah berkorban :)

so itu jer penggalaman Vna yang indirectly dapat jumpa Kim Jong Kook live depan mata. Even dah jumpa depan-depan sampai ke saat entry ni dikarang Vna still tak tengok-tengok RM. Nak cakap tak minat karang all of sudden terminat Korea dah pulak termasuk dalam golongan cakap tak serupa bikin plak kan. Well, kurang minat Korea lebih tepat lagi. Takpelah everyone ada interest masing-masing kan.

till we meet again next entry,
thank you for reading this entry.

much love, vna erman :)




3 comments :

~aniz~ said...

Haha..anyway tq dear sista..really appreciate it..

~aniz~ said...

Haha..anyway, tq dear sista...really appreciate it..

misz sheyla said...

mak aih..kena bayar ke???? dah bayar pun kn tarik mcm tu